PERAKITE |
SIARKAN RAKAMAN PENUH YANG TIDAK DIEDIT Posted: 22 Jul 2011 06:55 AM PDT Mohamad Sabu atau Mat Sabu mencabar polis mendedahkan rakaman penuh CCTV mengenai kejadian kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncenginya pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu atau bersedia menghadapi saman sivil di mahkamah. Timbalan Presiden PAS itu mendakwa, rakaman yang disiarkan oleh pihak polis semalam adalah rakaman yang telahpun diedit serta tidak menggambar wajah sebenar anggota polis terbabit. Fitnah dalam adalah keterlaluan dan langsung tidak berlandaskan apa yang dilakukan ke atas saya (di tempat kejadian) itu," katanya di Komtar, Gergetown. Beliau turut mengulangi tekad untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid kerana menuduhnya beliau berlakon dicedera dek polis. "Tarik balik fitnah ke atas saya dan kesihatan saya...maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau," ujar beliau. Turut serta dalam sidang tersebut, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Haji Othman. Kelmarin, Saleh menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu diperlaku secara brutal oleh polis adalah palsu. "Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,"ujar Saleh semasa tayangan video tersebut. Ligamen Lutut Mohamad tercedera hatta koyak akibat insiden brutal tersebut. Dalam pembedahan seminggu yang lalu, di bahagian pelipat lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci. Mohamad kemudiannya berkali-kali menafikan bahawa beliau berlakon duduk di atas kerusi roda sambil membawa filem x-ray yang menunjukkan lututnya menerima skru tersebut. |
Posted: 22 Jul 2011 05:35 AM PDT Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha. Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran. "Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di Putrajaya hari ini. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat. Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan