Sabtu, 9 Julai 2011

PERAKITE

PERAKITE


BERSIH 2.0 membarakan unggun api pada jiwa rakyat yang disakiti

Posted: 09 Jul 2011 09:16 AM PDT

BERSIH 2.0 gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, namun unggunnya bakal membara bersama semangat rakyat yang menyala dan jiwa yang dilukai.


Hujan yang turun selebat-lebatnyanya di Kuala Lumpur pada kemuncak Himpunan Bersih 2.0 hari ini pula disifatkan sebagai rahmat. Begitulah perancangan ALLAH, ia mengatasi perancangan manusiawi. Ia seolah-olah untuk meringankan azab rakyat yang dizalimi tembakan gas pemedih mata dan bom asap oleh polis. Sekurang-kurangnya kesannya berkurangan. 


Seorang wanita dilaporkan pengsan akibat bom Asap oleh Polis yang jelas terdesak untuk mengagalkan Himpunan Aman Bersih 2.0.  Strategi polis ternyata gagal mengekang kehadirian rakyat.


Himpunan Bersih 2.0 memang berteraskan keamanan dan ia berlangsung dengan aman, namun campurtangan polis yang lebih banyak mencetuskan provokasi terhadap orang ramai, berjaya  menimbulkan ketegangan. Polis sedaya upaya berusaha menimbulkan kesukaran dan menyusahkan pergerakan orang ramai, menyekat pergerakan lalulintas dan menguna media untuk menyalahkan Himpunan berkenaan.


Pada peringkat awal siangnya, kelihatan penyokong Himpunan masih mampu dikekang polis. Nampak seakan gagal Himpunan itu dan tidak ramai yang akan hadir. Namun semakin menghampiri jam 2 petang (waktu himpunan di kawasan luar Stadium Merdeka), ia umpama kelaktu selepas hujan apabila orang ramai mula keluar dari pelbagai arah.


Polis pula ternyata bertindak berat sebelah dan tidak adil kerana di sebalik mengekang penyokong BERSIH, Polis dikhabarkan telah memberi laluan  siap dengan kemudahan kawalan trafik kepada Patriot yang diketuai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin (ahli Parlimen Rembau) untuk menuju ke Stadium Negara, agar bertembung dengan rakyat pro Bersih.

Khairi dengan mengikut 1Patriotnya yang tak sampai 500 orang itu kemudiannya dberkas oleh Polis. Namun Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ternyata tidak mempunyai keberanian untuk muncul.




Presiden PAS TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberkas polis, Pengerusi Bersih Datuk Ambiga juga tidak terlepas. Di samping itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayob, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua antara turut diberkas Polis. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cedera ekoran kekerasan fizikal oleh polis. 
Sasterawan Negara A Samad Said menyifatkan Himpunan Aman Bersih 2.0 itu berjaya kerana puluhan ribu manusia hadir memberi sokongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Penyokong dikatakan  bijak menyusun strategi dengan mula berkumpul di serata tempat. Polis juga bertindak agresif dengan melepaskan meriam air dan gas pemedih mata pada rakyat yang bertandang ke ibu kota.



Beberapa das  gas pemedih mata juga dilepaskan pada rakyat yang berhimpun secara aman. Namun benarlah hujan meredakan kesengsaraan rakyat ekoran kezaliman itu.


Polis juga dilihat agresif dengan memegang cota mengejar rakyat yang bertempiaran melarikan diri kerana bimbang dihentam.
‎Angka tangkapan mencecah 1,000 orang dengan sebilangan kecil wanita.



Masjid-masjid dipastikan kosong oleh Polis agar peserta tidak boleh menghuni atau berlindung. Ia hanya dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas juga dikunci demi menyusahkan rakyat yang juga dilarang menunaikan solat sewaktu masuk waktu zohor.


Walaupun gagal menyerahkan memorandum ke[ada Yang di-Pertuan Agong, BERSIH sekurang-kurangnya menyemai unggun yang menyala di jiwa rakyat yang bertambah sakit kerana dianaktirikan di negara sendiri. 

Wajah-wajah BERSIH yang diberkas Polis

Posted: 08 Jul 2011 10:42 PM PDT


Posted: 08 Jul 2011 09:06 PM PDT

UPDATING BERSIH VIA PENANGDAILY.COM

Tiada ulasan: