Jumaat, 8 Julai 2011

PERAKITE

PERAKITE


Beratus peguam BERSIH bertugas malam ini

Posted: 08 Jul 2011 06:44 AM PDT

Beratus-ratus peguam termasuk 46 peguam dari PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta Himpunan Aman Bersih 2.0, yang kemungkinan menghadapi masalah di ibu negara esok.


Bagi peguam dari PAS, mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas dan menerima pakaian khas yang akan dipakai semasa bertugas.


Pasukan peguam PAS akan berada di semua lokasi yang dijangka ada himpunan. 


Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.


Selain itu, 120 peguam  disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan Himpunan Bersih 2.0 ini.


Para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka dibuka oleh polis untuk menahan peserta himpunan.


Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi.

Aktivis Sarawak ditahan polis di Petaling Street

Posted: 08 Jul 2011 05:34 AM PDT

Aktivis yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini ditangkap polis selepas dia membawa gimik ke Kuala Lumpur hari ini untuk membantah tindakan keras terhadap BERSIH 2.0.

NONEHii Tiong Huat, yang berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya, muncul di Petaling Street seorang diri petang ini sambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.

Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"

Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "Bersih tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing. Beberapa kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Malaysiakini difahamkan aktivis tersebut melakukan gimik yang sama di bandar Sibu sejak dua hari lalu tetapi tidak diendahkan polis di sana kerana mereka sudah biasa dengan tingkahlaku Hii.

Dia terbang ke Kuala Lumpur hari ini dan terus ke Jalan Petaling selepas mendarat.

Tidak sampai lima minit, tiga anggota polis bermotosikal muncul dan cuba menghalangnya daripada meneruskan gimiknya.

NONEBerikutan itu berlaku pertengkaran antara mereka, yang menarik 
perhatian orang ramai yang berkumpul di situ untuk melihat apa yang sedang berlaku. 

Ada yang merakamkan insiden tersebut dengan kamera manakala beberapa orang lagi kedengaran berkata "Polis mengganggu!" dan "Adakah ini suatu kesalahan?"

Hii menuntut anggota polis terbabit berjanji tidak akan merampas MyKadnya, sebelum dia menunjukkannya kepada mereka. 

Tetapi selepas anggota polis itu mengalah, Hii hanya menunjukkan pasportnya, dan mendakwa MyKadnya telah hilang dan dia tidak membawa laporan polis mengenainya.

Apabila salah seorang anggota polis memberitahunya bahawa mereka telah diarahkan untuk menangkapnya, Hii naik berang dan menjerit balik bertanyakan apakah kesalahannya dan mengapa mereka mahu menangkapnya.

Tiada ulasan: