Isnin, 25 Julai 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


tiba tiba bapak anjing 1 malaysia berkokok untuk bersubahat dengan suruhanjaya penipu rakyat menggunakan biometrik dalam PRU....

Posted: 25 Jul 2011 08:58 AM PDT

Tiba-tiba, Dato' Najib Tun Razak menyatakan kesediaan beliau untuk membantu SPR mengimplementasi sistem biometrik. Kesediaan ini sekaligus menolak penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Sungguh menghairankan apabila Perdana Menteri Malaysia begitu beriye-iye mahu mengimplementasi sistem Biometrik sedangkan sistem dakwat kekal lebih praktikal dan jauh lebih murah.

Yang kita  nampak adalah sistem biometrik ini memerlukan hubungan dengan sistem "database" yang dikawal oleh Kerajaan melalui SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan kata lain, sistem Biometrik masih membolehkan Barisan Nasional mempunyai kawalan terhadap data dan maklumat.

Manakala sistem dakwat kekal menyebabkan kerajaan Barisan Nasional hilang kawalan sama sekali terhadap proses pembuangan undi.

Biometrik = Masih boleh dimanipulasi UMNO/BN

Dakwat Kekal = TIADA RUANG UNTUK MANIPULASI.

Tak hairanlah Najib beriye-iye mahu

PEGAWAI SPR PUN BERKOKOK MAHU BIOMETRIK

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim juga menolak penggunaan dakwat kekal. Hujahnya adalah dakwat kekal ini terlampau kuno dan terkebelakangan. Hanya layak digunakan oleh negara-negara yang tidak membangun ataupun negara dunia ketiga seperti Zimbabwe, Afghanistan, Indonesia dsbnya.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Hashim, dilaporkan berkata:

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana  tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Pengerusi SPR pula system biometrik yang digunakan oleh Kementrian Dalam Negeri (pimpinan Hishamuddin Tun Hussein) akan digunakan oleh SPR. Beliau menerangkan serba sedikit tentang bagaimana sistem itu akan digunakan SPR:

“Pemegang kad pengenalan perlu meletakkan jarinya pada alat biometrik dan maklumat yang tertera pada skrin akan sama dengan kad pengenalan yang dibawa. Sebaik disahkan, SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih.

“Jika namanya ada dalam senarai, barulah kita berikan kertas undi. Mereka yang sudah mengundi tidak boleh lagi mengundi di tempat lain kerana nama mereka sudah ditanda dalam bank data,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

jangan lupa....ini merupakan ...

Helah Guna Biometrik Tolak Dakwat Kekal hanyalah semata mata hendak menipu pilihanraya bagi mengekalkan kuasa...!!!!

 

malah tak berkesan kerana mudah di manupulasi...tengok nie


.SPR Baru nak Akui Wujud Pengundi Hantu sebab dia sendiri penternaknya...dah KANTOIII...berlakon kunun nak minta tolong BERSIH kan...poodah...sendili ternak sendili kasi BERSIH lah...!!!

Posted: 25 Jul 2011 08:17 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Ini  merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.

"Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2..

Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan...mula mula enggan percaya..sebab nak tutup tembelang penipuannya...

Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.

Pada 21 Julai lalu,  satu fakta  di dedahkan bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.

Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.

Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.

Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah..

Kita  hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

Oleh itu kita  mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah...

UMNOPORNO dan juak juak haramjadah macam PUKI BABI...semuanya di katakan berlakon memudaratkan diri sendiri....!!!

Posted: 25 Jul 2011 06:23 AM PDT

Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati...

Kelmarin  di TV3 suku  dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati...

Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya...

Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz....

Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...wa punya friend juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ....tak ada pula dia  rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno..

Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan...

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati...

Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco...

Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta  lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya  langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut  dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya...

Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa..

Kezaliman Berakhir Hanya Selepas BN Berkubur

Posted: 25 Jul 2011 05:41 AM PDT

 

Hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional..

Ini berikutan  dengan  Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.Justeru itu kita  mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan.Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan, angkat tangan anda (sebagai sokongan)...!!!

Tiada ulasan: