Rabu, 6 Julai 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


polis malaysia tewaskan KL Gangster.....BERSIH punya hal jadi kambing hitam...!!!

Posted: 05 Jul 2011 08:47 PM PDT

 

KL Gangster memerlukan lagi RM400 ribu dari Sabtu 2 Julai hingga Rabu 6 Julai untuk mencapat kutipan RM12 juta, kerana setakat hari ini, kutipan KL Gangster telah sah mencecah RM11.6 juta dengan jumlah 1.2juta orang yang menonton Filem KL Gangster di 81 pawagam seluruh negara.(Tidak termasuk kutipan di Brunei dan Singapura)

Polis Malaysia mesti iri hati punya. Pasal itu polis mesti buat lakonan...polis musti tunjukkan yang dia lebih gangster dari  segala gangster yang sedia ada  termasuk KL punya gangster...piraaahhh gangster taik kucing...pembuli rakyat...!!!

Setelah Najib dimalukan semalam oleh Sultan Mizan. Sekarang mereka akan buat apa sahaja nak gagal BERSIH 2.0 dan kerajaan akan melembukan rakyat Malaysia....ingat kita rakyat bodoh macam lembu serupa macam datuk nenek dia ke...!!!

 

Senjata menjelang Bersih ditemuiOleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 5 Julai - Polis menemui beberapa bukti berupa sejumlah senjata berbahaya yang dipercayai akan digunakan dengan niat untuk mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda awam semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Kesemua senjata terlibat iaitu 20 bilah parang, 36 botol molotov *****tail petrol, 17 pemetik api dan sejumlah bebola besi ditemui disorokkan di celah batu di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini pada pukul 7.20 petang semalam.

Turut ditemui 44 baju T berwarna kuning berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Berdasarkan keadaan senjata itu disorokkan, polis percaya pihak terlibat menggunakan modus operandi yang sama dengan pemberontak komunis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua senjata dan barangan terlibat ditemui hasil maklumat seorang Orang Asli yang kebetulan ternampak bahan itu disembunyikan semasa sedang mencari rotan.

"Kesemua beg yang mengandungi senjata dan barangan Bersih itu ditemui di celah batu di lereng bukit kawasan tersebut. Kawasan hutan itu jaraknya kira-kira 12 meter dari jalan raya.

"Kita percaya taktik digunakan pihak terlibat sama dengan modus operandi pemberontak komunis yang menyorok dan menanam barangan makanan dan senjata di dalam tanah dan sebagainya untuk mengelak pemeriksaan pihak berkuasa," katanya di Pusat Media Polis Selangor di sini, hari ini.

Menurut Tun Hisan, pihaknya kini melakukan siasatan untuk menjejak pihak yang terlibat dan telah menemui asid deoksiribonukleik (DNA) pada senjata dan barangan yang dijumpai.

"Setakat ini, kita telah mengambil kenyataan dua orang iaitu anggota polis yang menemui senjata tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah menangkap 44 orang berkaitan Bersih sebelum ini dan akan membuat pendakwaan dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: