Isnin, 11 Julai 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


LIDAH KONTOT KELENTONG "KANTOI" SEMUA

Posted: 11 Jul 2011 12:59 AM PDT

Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada Media-Mkini

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke perkarangan Hospital Tung Shin Hospital, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.





Gambar Di atas ialah Wartawan TV Selangor










LSS:Lagi nak kelentong ! dah kantoi depan mata lagi nak menipu,lidah kontot susah nak menipu kalau menipu pon gerenti kantoi! sape kasi kantoi! kitorang la para blogger!

Woi! Buat Malu aje la!!!! 1 Malaysia Dah Tak nak lagi nak Kerek!

Posted: 11 Jul 2011 12:48 AM PDT

PM gesa 'majoriti senyap' bangun nyata pendirian-Mkini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Perdana menteri menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas berucap kepada 6,000 ahli Umno dan NGO di PWTC pagi ini.

Sambil membayangkan pentadbiran beliau lebih suka rakyat menyuarakan pandangan mereka di internet, Najib menegaskan bahawa bila kerajaan menolak perhimpunan jalanan, ia tidak bermakna ia menjauhi demokrasi.

"Ia tidak bermakna kita tidak komited kepada demokrasi di negara ini, dan kedaulatan undang-undang ... sudah ada demokrasi di negara ini," katanya.



Kah..Kah..Kah Tu pasal La at Monggol lari Ke Turkmenistan..kah..kah..kah.kah



Undur Najib, kata warga internet-Mkini


Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

NONEMelalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),

Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.

Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.

Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.

Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.



LSS: Tu pun lagi nak kerek kerr??? nak menipu orang kaw - kaw tapi pakai taktik bangang!

BERSIH ! Seantero Dunia Berpesta warna Kuning!

Posted: 10 Jul 2011 11:58 PM PDT



Seluruh dunia telah menyaksikan yang julai yang lalu telah berpesta Demokrasi menuntut Hak yang telah di rampas!




KUALA LUMPUR























KAHERAH MESIR


























OTAWA CANADA


















NEW YORK


























LONDON

























GENEVA SWISS



















PARIS

















OSAKA JEPUN

















TAIPEI























HONG KONG

















PERTH AUSTRALIA


















MELBOURNE AUSTRALIA


















ADELEIDE AUSTRALIA

















CANBERA AUSTRALIA






















SAN FRANCISCO AMERIKA












VENICE ITALY



SEOUL KOREA






Tiada ulasan: