PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
Himpunan Patriot : Khairy, Reezal , Aziz Terperangkap dgn strategi sendiri Posted: 10 Jul 2011 05:08 AM PDT Gambar yang bakal menjatuhkan Khairy, Aziz dan Reezal Cakap tak serupa bikin, Bikin tak serupa cakap Apabila bercakap dengan orang UMNO berkenaan himpunan PATRIOT yang berlangsung pada 9 Julai, pastinya mereka tidak dapat menyembunyikan rasa malunya dengan himpunan yang hanya menarik paling tinggi 300 orang pemuda UMNO. Lebih memalukan mereka apabila Khairy gagal menarik pemuda UMNO dari seluruh negara menghadapi himpunan Bersih. Khairy mungkin menyalahkan Reezal Merican yang nampak bersemangat semasa menyerang Pejabat PKR tetapi gagal kali ini. Khairy mungkin mengharapkan media pro UMNO seperti Utusan dan TV3 menyelamatkan maruah himpunan itu dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa himpunan itu mendapat sambutan. Khairy juga mengharapkan Najib memberi pujian kepada Patriot kerana akan mampu menyangkal pandangan bahawa polis tidak bertindak adil terhadap Bersih kerana pemuda UMNO juga ada yang ditangkap termasuk beliau sendiri. Namun , Khairy tidak sedar bahawa rakyat termasuk orang UMNO sendiri tidak lagi terikat dengan media massa pro UMNO. Melalui Facebook dan Youtube , rakyat dan orang UMNO sendiri dapat melihat bagaimana himpunan Patriot berlaku. Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat perbezaan ketara jumlah peserta himpunan Patriot dan Bersih. Bukan kecil tapi beribu-ribu kali ganda. Sudah ada tulisan blogger UMNO yang menghentam Khairy , Reezal dan Aziz yang dikatakan gagal serta memalukan UMNO. Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat betapa terdesaknya tanpa perancangan yang rapi pemuda UMNO mengedarkan secara percuma baju merah Patriot. Ada dikalangan pemimpin pemuda UMNO jelas terpancar dalam video merayu orang ramai yang menyaksikan himpunan mengambil baju free itu dan memakainya. Lebih memalukan bukan sahaja pemuda UMNO malah blogger UMNO ialah terdapatnya gambar baju itu diberikan kepada Mat Bangla yang siap bergambar kegembiraan mendapat baju free. Kemana pemuda UMNO, di mana pemuda bermotorsikal yang berarak ke pejabat PKR? Adakah pemuda-pemuda bermotor ini diupah semasa berarak ke pejabat PKR? Bila kali tiada upah maka mereka tidak datang. Adakah pemuda UMNO seluruh negara hanya akan datang jika mendapat upah? Jelas , Khairy gagal menerapkan semangat berjuang untuk parti secara sukarela kepada pemuda UMNO. Pemuda UMNO nampaknya gagal menyaingi pemuda PAS,PKR dan DAP yang turun tanpa upah, guna belanja sendiri, sanggup dibelasah FRU, ditahan polis . Himpunan Patriot juga menampakkan kejahilan pemuda UMNO berhadapan dengan FRU. Terdapat video yang menunjukkan dengan jelas pemuda UMNO sengaja merempuh FRU walaupun bilangan FRU lebih ramai dari peserta Patriot. Akibat rempuhan keras itulah , polis FRU bertindakbalas dengan menangkap mereka sehingga lari pemuda UMNO lintang pukang dan tak datang-datang lagi. Hanya beberapa orang sahaja yang berhimpun semula. Sekiranya pemuda UMNO tidak merempuh, pasti tidak ada tangkapan dibuat. Berbeza dengan peserta himpunan Bersih yang tidak pun merempuh polis walaupun bilangan mereka ramai dari FRU , sebaliknya polis yang menyembur pancutan air dan menembak gas pemedih mata . Walaupun Khairy, Aziz dan Reezal ditangkap namun setakat ini masih belum kata-kata pujian kepada mereka. Yang ada adalah cemuhan akibat kegagalan menarik pemuda UMNO seluruh negara menghadiri himpunan Patriot. Cemuhan juga kerana himpunan Patriot yang sepatutnya menjadi pembakar semangat pemuda UMNO telah terjadi sebaliknya dengan memaparkan lemahnya pemuda UMNO yang hanya cakap berdegar-degar di hadapan wartawan media massa pro UMNO. Hakikatnya , gagal di medan sebenar. Khairy, Reezal, Aziz boleh bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemuda UMNO. Pastinya , rasa tidak puas hati dan malu ini tidak dapat ditutup lagi. Blogger UMNO yang dulunya begitu megah memaparkan hebatnya Patriot, hari ini malu hendak memaparkan gambar dan video himpunan Patriot. Jika , ada pun gambar jarak dekat yang tidak menampakkan keseluruhan peserta Patriot. Tapi, selama mana hendak menipu, kerana gambar dan video himpunan patriot sudah tersebar di merata facebook dan blog penyokong PR. | ||||
Kebangkitan Rakyat Semakin Membuak Dan Sukar Di Halang Posted: 09 Jul 2011 11:36 AM PDT Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih. Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap. Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini. Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari. Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang. Hatta Ramli terus berucap, menyeru mereka yang masih mempunyai T-shirt kuning BERSIH 2.0 untuk memakai baju tersebut. Sebelum ini, polis menangkap mereka yang berpakaian kuning di sekitar pusat bandar, sejak awal pagi, malah mereka yang tidak berpakaian kuning juga ditangkap. Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007. Gas pemedih mata dan meriam air berkimia Polis dan FRU tiba di Menara MayBank pada kira-kira jam 1.30 petang. Meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak secara bertalu-talu ke arah peserta perhimpunan. Sekumpulannya berlari ke arah Jalan Petaling, dan satu lagi kumpulan berlari menuju ke arah Pudu. Tangkapan dilakukan, tahanan digari dengan tali plastik, malah kekerasan digunakan sehingga terdapat tahanan yang berdarah di bahagian kepalanya. Pemerhatian wartawan mendapati sesetengah anggota FRU menembak gas pemedih secara mendatar menghala ke kelompok manusia, dan bukannya menghala ke atas jika diikut peraturan. Angin yang berbaur dengan gas pemedih menyebar secara luas dalam masa yang singkat apabila helikopter terbang dengan lebih rendah ketika itu. Kelompok orang kemudian berlari ke arah Hospital Tong Shin, dan sesetengah pula berlari untuk berkumpul di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Bekas Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Timbalan Setiausaha Agong Ngeh Koo Ham cuba berunding dengan pihak polis. Menurut Sivarasa Rasiah, pihaknya meminta polis membuka Jalan Sultan, supaya peserta boleh bersurai secara aman, dan permintaan ini disetujui peserta perhimpunan. Bagaimanapun, polis akhirnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malah Sivarasa Rasiah diheret oleh polis. Polis melepaskan meriam air, dan peserta perhimpunan melarikan diri ke dalam hospital. Polis kemudiannya masuk ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan. Dengan ini, polis semakin menguasai keadaan di depan Hospital Tong Tsin, selepas menguasai kawasan di Menara MayBank pada kira-kira jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang. Tiada molotov cocktail Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata. Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan. Khairy ditangkap Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengepalai perhimpunan PATRIOT, juga ditangkap polis. Perhimpunan PATRIOT yang bermula dari Jalan Bukit Bintang, menarik penyertaan kira-kira 200 orang sebagaimana yang dilaporkan. Sebelum itu juga Polis telah mula membuat sekatan di sekitar jalan utama yang memasuki bandar Kuala Lumpur, sebagai persediaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, mulai jam 11 malam, telah dikhabarkan bahawa polis meronda dan menyemak dari bilik ke bilik di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu bahawa polis mula menyemak dari bilik ke bilik di situ pada kira-kira jam 11, malam tadi. Menurut H.R.Dipendra, dua orang anggota polis lelaki dan dua orang polis wanita mengetuk pintu bilik di hotel yang beliau menginap. Bilik yang bertentangan dengan biliknya disemak. Bagaimanapun, polis tidak menyemak biliknya, dan beliau juga tidak tahu sebab polis berbuat demikian. Di samping itu, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memaklumkan dalam Facebooknya bahawa Hotel Subang Valley yang didiami ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong juga disemak polis. Polis masuk menyemak biliknya, namun tidak berbuat apa-apa. Beliau mempercayai ini kerana biliknya tidak mempunyai baju "BERSIH". Penginapan Chqu Bad juga tidak ketinggalan di buru. Tian Chua menyanggah hujah jejaskan ekonomi Demikianlah perbualan dalam rancangan "Soaring Pegasus", Durian FM tempohari. Naib Presiden PKR merangkap ahli parlimen Batu, Tian Chua diundang ke rancangan untuk membincangkan isu perhimpunan BERSIH 2.0, yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011. Tian Chua juga tersenarai sebagai antara individu yang dihalang menghampiri beberapa kawasan komersial dalam wilayah Kuala Lumpur pada 9 Julai, menurut perintah larangan majistret. KeyKok membangkitkan hujah bahawa "demonstrasi jalanan bakal menimbulkan ketakutan pelabur, lantas menjejaskan ekonomi negara". Ketika menyanggah hujah sebegini, Tian Chua sebaliknya menuding jari kepada pendekatan polis mengendalikan perhimpunan jalanan. Tian berkata, situasi perhimpunan tidak berbeza dengan Marathon, di mana polis juga menyekat jalan utama untuk perjalanan acara tersebut. Malah, Tian Chua berkata, seandainya polis tidak menyuraikan perhimpunan dengan gas pemedih mata, meriam air berkimia, maka 300,000 orang yang masuk ke kawasan Kuala Lumpur bakal menambah pendapatan peniaga tempatan. Beliau membuat perhitungan seandainya setiap orang memberi tiga botol air mineral, maka peniaga di Kuala Lumpur akan memperolehi pendapatan RM1 juta dalam sehari. "Itu belum kira nasi lemak, tambang pengangkutan dan sebagainya," selorohnya. Tian Chua menyindir, apakah Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen yang membuat promosi di seluruh dunia, mampu untuk membawa 300,000 orang ke Kuala Lumpur dalam sehari? Ini bermakna BERSIH 2.0 petang semalam telah mencapai satu matlamat perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia. Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua. Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Tetapi, malangnya, seperti kata Pak Samad Said, beliau tidak pernah melihat tindakan Polis yang begitu kejam seperti yang terjadi dalam kejadian 9 julai ini. Dan yang lebih malang, seperti kata YB Nurul Izzah, polis secara sedar dan waras menembak gas pemedih mata betul – betul dihalakan kepada peserta perhimpunan, dan ini yang terjadi kepada DSAI. Baca dan lihat ini dan ini Soalan 1. Adakah adanya arahan dari pihak atasan untuk menembak terus ke kepala bagi tujuan membunuh DSAI dalam perhimpunan ini ?Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
Harga murah Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0. Wajah sebenar Najib Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan. Negara diktator Kesetiaan kepada Raja?
Inilah semangat BERSIH. Memang tak ganas. Inilah yang kita doakan. Terbukti yang ganas adalah KDN yg memperalatkan polis sahaja. PHOTO GALLERY LIVE reports I LIVE reports II |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan