Pahang Daily Online |
- Gara-Gara Mahu Di Bunuh Jika Masyarakat Tidak Boleh Menerima Beliau, Akhirnya Allah Jua Yang Telah "Mengambil Nyawa Ashraf Hafiz" Pagi Tadi!
- Memalukan: Blogger UMNO Si Semut Hitam Perlu Kaji Fakta Sebelum Kata Pembangkang Bankrap !
- Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Menolak Alasan Wan Ahmad Tentang Had Waktu Kempen 21 Hari
- SPR Akhirnya Berjanji Menetapkan Tempoh Lebih Seminggu Sebagai Jangka Waktu Kempen PRU-13 !
- Majlis Perbandaran Kuantan Di Harap Wajibkan Juga Peniaga 'Tutup Aurat' Di Samping Menutup Makanan Masing-Masing Di Bulan Ramadan Ini !
- Info Cyber Warta Selangor Bertarikh 28 Julai 2011
Posted: 29 Jul 2011 09:19 PM PDT ![]() KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (foto), yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. ![]() Kenyataan Ashraf yang mahu dibunuh jika masyarakat tidak terimanya Akhirnya Allah Taala jua yang lebih berkuasa mengambil nyawa beliau ![]() |
Memalukan: Blogger UMNO Si Semut Hitam Perlu Kaji Fakta Sebelum Kata Pembangkang Bankrap ! Posted: 29 Jul 2011 08:46 PM PDT ![]() Kami amat tertarik tatkala melihat blogger UMNO Pahang mempertahan dan membicarakan soal Lynas. Dalam posting terbaru hari ini oleh blogger semuthitam di blog pahangku yang bertajuk "Pembangkang Pahang Bankrap", jelas sekali menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham apa-apa fakta pun tentang apa yang mereka tuliskan. Amat malang sekali bila blogger seperti ini dilatih khas untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Pahang dalam isu panas seperti ini sebenarnya. Nampak benar begitu dangkal tahap mentaliti dan pengetahuan mereka tentang isu yang diperkatakan itu. Dalam artikel tersebut blogger terbabit secara jelas beliau mengatakan "Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini. Puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni memang bankrap. Diorang bankrap idea. Dalam erti kata lainnya, diorang ni MISKIN. Miskin dengan idea, miskin dengan sokongan dan miskin dalam pengetahuan mengenai pentadbiran. Maka sebab itu la diorang sering bertanya benda yang bukan - bukan. Sebagai contoh, isu Lynas ni. Isu ni dah selesai sebenarnya. Rakyat dah tahu bahawa apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ini hanyalah penipuan semata - mata". Beliau juga turut mengatakan "Sampaikan ada dikalangan ahli mereka sendiri yang turut mengakui perkara ini. Dan mereka juga turut memberi kebenaran untuk anak - anak mereka memohon kerja di kilang tersebut. Tapi disebabkan tembelang mereka dah pecah, jadi puak - puak Pembangkang Haramjadah ni cuba nak cari isu lain yang dapat dibangkitkan. Salah satu cubaan terbaru mereka ialah mengenai pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Lynas tu. Itu yang Semut kata diorang ni miskin dalam ilmu pengetahuan. Bukan kilang Lynas ni je yang dapat pengecualian cukai ni. Semua kilang pun dapat", tambah beliau. Namun, dalam keadaan sedar atau tidak blogger terbabit telah memperbodohkan dirinya sendiri apabila membicarakan isu ini. Beliau secara jelas mengatakan Lynas menawarkan 20 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Fakta mana yang diperolehi pun kita tidak tahu. Tiba-tiba begitu mudah mengeluarkan fakta seperti itu. Ini kerana Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan (MITI) berkali-kali mengatakan Lynas hanya menawarkan 450 peluang pekerjaan selama ini. Malah, CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui bahawa kilangnya bakal memberi peluang kerja kepada 450 rakyat tempatan. Cuma apa yang difahamkan, jumlah pekerja mencecah 3,000 hingga 5,000 orang ketika proses pembinaan kilang tersebut dijalankan. Itu pun bukan semua rakyat tempatan yang digunakan. Majoritinya adalah buruh asing yang diimport khas untuk bekerja di situ. Peluang 450 pekerjaan hanyalah selepas kilang itu beroperasi kelak. Itu pun, sudah pasti bukan semua rakyat tempatan yang akan mengisi kekosongan tersebut. Sudah pasti Lynas akan membawa juga pekerja luar yang lebih berpengalaman untuk membantu operasi mereka. Disini jelas sekali Blogger semuthitam, bercakap tidak merujuk kepada fakta sebenarnya. Mungkin dek kerana terlalu ghairah untuk mempertahankan projek tersebut atau dia sendiri sudah terkena "radiasi Lynas" agaknya. Malah, kenayataan kononnya isu Lynas sudah selesai amatlah tidak wajar sama sekali. Ia mungkin selesai dimata kerajaan tetapi tidak di mata rakyat. Banyak perkara dan rahsia yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Apakah ini namanya sudah selesai?. [Buat blogger semuthitam, eloklah belajar melihat fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang cukup memalukan selepas ini. Jangan malukan Kerajaan Negeri Pahang melalui tulisan dangkal yang langsung tidak dapat mencerna minda rakyat. Sudahlah tulisan yang sering memaki hamun dan berkata lucah sering kali dikeluarkan oleh beliau selama ini. Kami melihat jika blogger sebegini digunakan untuk mengembalikan kepercayaa rakyat terhadap kerajaan maka akhirnya "masuk anging keluar asap". Tulisan mereka langsung tidak memberi kesan mendalam dihati rakyat dan nampak benar mengampu sebenarnya. Oleh itu, kerajaan negeri perlu melahirkan lebih ramai blogger yang lebih profesional dan mempunyai etika dalam penulisan mereka jika mahu rakyat percaya apa yang diperkatakan. Tindakan membenarkan penulis upahan yang "hentam kromo" seperti ini akan menyebabkan rakyat tertawa dengan apa yang didedahkan sebenarnya. Ingatlah, isu Lynas adalah satu kes besar yang akan menyebabkan BN kehilangan majoriti pengundi Cina pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika BN gagal lakukan sesuatu, pasti mereka akan terperangkap kali ini. Berhati-hatilah!]. |
Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 29 Jul 2011 08:15 PM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum MB, Kerajaan Negeri Tidak Abaikan Aduan Rakyat ![]()
Peneroka Tembagau Dapat Duit Tanam Semula
[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Menolak Alasan Wan Ahmad Tentang Had Waktu Kempen 21 Hari Posted: 29 Jul 2011 01:19 PM PDT ![]() Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) secara dasarnya menolak alasan yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung dengan tempoh had masa 21 hari jangka waktu berkempen pilihanraya. "Tempoh (kempen) 21 hari boleh diguna untuk pastikan rakyat dapat maklumat, khususnya mengenai calon. Ya, pengundi boleh tahu semua mengenai parti tersebut tapi (apabila) tempoh pendek ia tidak cukup untuk mengenali calon," tegas beliau. Beliau turut terlibat dalam wacana yang disertai Wan Ahmad di Petaling Jaya petang semalam. Sepanjang wawacana bersama wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, Datuk Muhammad Mohd Shafee Abdullah itu, Wan Ahmad sekali lagi difahamkan meletakkan segala keresahan rakyat terhadap ketelusan pilihanraya kepada kuasa-kuasa terhad yang diberikan kepada SPR. Katanya SPR hanya sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya selain memantau poster yang dinaikkan oleh parti-parti yang bertanding. Keberkesanan SPR bergantung sepenuhnya terhadap sejauh mana pejabat Peguam Negara dan Parlimen mencadang dan meluluskan pindaan undang-undang yang ada sekarang, jelas beliau. "Ianya amat susah untuk puaskan hati semua orang bila anda berada di tengah-tengah," kata beliau. Seperti wacana Selasa lalu, Wan Ahmad menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya. Justeru beliau berkata aduan-aduan mengenai pembelian undi, sogokan dan rasuah politik semasa kempen pilihanraya harus dirujuk kepada SPRM dan bukan pihaknya. "Tidak pernah SPR ambil tindakan orang yang rasuah dalam pilihan raya ke mahkamah. SPRM ada (kuasa) untuk mendakwa," ujar beliau. [Ambiga menggesa SPR untuk bangkit mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah badan yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak, baik kerajaan atau pembangkang. Beliau mahukan SPR menguatkuasakan Perkara 115(2) Akta Pilihan Raya 1958 SPR. Ia memberikan SPR kuasa untuk melantik pasukan penguatkuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengamalkan rasuah dan kesalahan lain semasa PRU. "Akta Pilihan Raya beri kuasa kepada SPR kerana ia menyebut pasukan penguatkuasa SPR berhak 'pastikan undang-undang bertulis diikuti pihak terlibat,' kata beliau. "Jadi mereka berhak panggil pihak berkuasa terlibat untuk bantu mereka jika mereka lihat aktiviti yang menyalahi akta itu. Mereka lihat dan mereka boleh lapor kepada polis atau sesiapa," tambah Ambiga lagi]. |
SPR Akhirnya Berjanji Menetapkan Tempoh Lebih Seminggu Sebagai Jangka Waktu Kempen PRU-13 ! Posted: 29 Jul 2011 12:57 PM PDT ![]() [Sebenarnya dalam hal ini, SPR tidak perlu berdolak dalih kononnya rakyat sudah kenal parti bertanding maka mereka tidak perlu kempen yang panjang. Jika itu keadaannya, rakyat sudah kenal kerajaan BN maka mereka tidak perlulah turun berkempen. Masalahnya, kempen perlu bagi menghindari rakyat yang dirasuah oleh BN itu pada setiap kali pilihanraya. Walau pun mereka kenal parti yang bertanding, tetapi apabila dihulurkan wang ringgit dan berbagai imbuhan ketika berkempen maka akhirnya mereka terpaksa undi BN. Sebab itulah kempen diperlukan untuk memulihkan kembali jiwa dan minda mereka yang cuba dipesongkan oleh parti-parti tertentu. Soal pembangkang sudah selalu berkempen melalui ceramah sepanjang tahun seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Itu tidak mencerminkan informasi boleh sampai kepada rakyat secara keseluruhannya. Ia hanya sampai kepada kelompok terbabit sahaja. Jika SPR mahu adil dan kempen pendek maka mereka perlu beri ruang yang sewajarnya kepada pembangkang untuk berkempen di RTM sama seperti BN. Alasan RTM perlu mewar-warkan agenda BN sahaja adalah tidak tepat kerana peruntukan Kementerian Penerangan dibuat menerusi Bajet setiap tahun. Ini bermakna ia menggunakan duit rakyat. Maka itu, wajarlah rakyat diberi peluang sama rata untuk menerima maklumat dari parti yang disokong mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh SPR]. |
Posted: 29 Jul 2011 07:24 AM PDT ![]() KUANTAN, 29 Julai - Berkuat kuasa 1 Ramadan ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mewajibkan semua 1,431 peniaga bazar Ramadan menggunakan bekas makanan bertutup bagi meningkatkan aspek kebersihan. Sebelum ini, ada di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan makanan dengan membiarkannya terdedah kepada habuk dan lalat sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelanggan. Malah, tinjauan dilakukan sendiri Yang Dipertua MPK, di sebuah bazar Ramadan tahun lalu, mendapati aspek kebersihan tidak diutamakan sebahagian besar peniaga dan beliau sendiri turut mengesan terdapat lalat dalam bekas air minuman yang dijual. Ketua Bahagian Penjaja MPK, Mohammad Hamzan Ibrahim (foto), berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang enggan mematuhi syarat ditetapkan. "Kita akan memberi amaran terlebih dulu sebelum menarik balik permit berniaga mengikut Undang-Undang Kecil Penyediaan dan Pengendalian Makanan MPK 1993 jika peniaga terus berdegil enggan menggunakan bekas makanan dan minuman bertutup. "Pada masa sama, kita akan memastikan mereka mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mempamerkan kad kesihatan, pemakaian apron dan penyediaan tong sampah," katanya. MPK menyediakan 30 tapak gerai termasuk Beserah, Balok, Taman Tas, Sungai Isap, Cenderawasih dan Stadium Darul Makmur sepanjang bulan puasa. Sementara itu, peniaga yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan itu berdepan tindakan tegas oleh pihak MPK. Sementara itu, seorang peniaga air dan keropok, Roslan Mustapha, 45, menyambut baik saranan MPK yang mewajibkan para peniaga menggunakan bekas makanan bertutup. ![]() MPK juga diminta bertegas supaya pekerja bazar menutup aurat masing masing bagi menghormati kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini [Tindakan mewajibkan peniaga menggunakan bekas makanann tertutup amatlah baik sekali untuk menjamin kualiti dan meningkatkan aspek kebersihan. Namun, dalam masa yang sama juga pihak MPK perlulah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk mewajibkan juga para peniaga dan pekerja wanita mereka menutup aurat ketika menjalankan urusan perniagaan. Apa yang dapat dilihat pada setiap tahun ialah ramai pekerja yang tidak menutup aurat dan gemar berpakaian seksi hingga menjolok mata. Mana lebih afdal daripada menutup makanan dengan menutup aurat kepada wanita Islam itu sendiri. Kita tidak mahu bazar Ramadhan dijadikan tempat untuk memperagakan tubuh seksi masing-masing. Apakah kita mahu kejadian ribut taufan (video TV3) seperti yang melanda bazar ramadhan tahun lalu berlaku lagi pada tahun ini. Peringatan telah diberikan oleh Allah, justeru itu berhati-hatilah demi menjaga pahala puasa umat Islam yang lain pada bulan Ramadan ini nanti]. |
Info Cyber Warta Selangor Bertarikh 28 Julai 2011 Posted: 27 Jul 2011 11:01 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan