Pahang Daily Online |
- Perhimpunan Agung UMNO 2011 Bakal Di Adakan Mulai 29 November Hingga 3 Disember Tahun Ini
- Perdana Menteri Mahu Badan Politik Serta Sayap Parti Ambil Pendekatan Baru Tangani Isu Rakyat
- Semua Enam Tahanan ISA Anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) Telah Di Bebaskan Petang Tadi !!
- Isu Lynas: BADAR Hantar Memo Bantahan Rasmi Ke Pejabat Menteri Besar Pahang Pada Rabu Lalu
- Panas: Isu Cincin Berlian "RM24.4 Juta", Rosmah Mansor Dakwa Ia Fitnah Sedangkan Pendedahan Oleh Chegubard Siap Dengan Dokumen Lengkap !
- Kontroversi: Keluarga Nafi Lelaki Dalam Rakaman CCTV Di Tayang Polis Adalah Baharuddin Ahmad !
- Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita
- Aduan Rakyat Pahang Daripada Pelbagai Sumber
- Bersih 2.0: Pejabat 'Peguam Negara' Mengesahkan Telah Terima Kertas Siasatan Terhadap Pemimpin Pembangkang Berhubung Perhimpunan Tersebut
- Bicara Kes Pakai Baju Bersih 2.0 Libatkan Peguam PAS, Fadzli Ramly Di Tangguhkan Ke 18 Ogos 2011!
- Edisi Sukan: Malaysia "Gagal" Ke Pusingan Ketiga Bila Tewas Dengan Agregat 4-6 Kepada Singapura
- Info Cyber Dari Warta Selangor 27 Julai 2011
| Perhimpunan Agung UMNO 2011 Bakal Di Adakan Mulai 29 November Hingga 3 Disember Tahun Ini Posted: 29 Jul 2011 07:10 AM PDT
|
| Perdana Menteri Mahu Badan Politik Serta Sayap Parti Ambil Pendekatan Baru Tangani Isu Rakyat Posted: 29 Jul 2011 06:54 AM PDT
[Satu pendekatan baru yang sepatutnya sudah lama diamalkan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Tindakan "bermusuh" dengan rakyat yang tidak menyokong parti itu dalam pilihanraya akan menyebabkan mereka semakin menyampah dan benci kepada kerajaan itu sendiri. Maka, langkah terbaik ialah melakukan perubahan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tidak rakyat yang sudah "menolak BN" akan terus menolak parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan menyekat peruntukan dan menahan kebajikan rakyat yang tidak menyokong BN menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada parti itu. Malah, tindakan tersebut telah menyebabkan tanggapan negatif terhadap kerajaan semakin bertambah-tambah. Politik "suku-suku" sudah tidak relevan di negara kita sebenarnya. Rakyat perlu dilayan secara adil dan saksama tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Jika ini dilakukan nescaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan UMNO BN itu akhirnya]. |
| Semua Enam Tahanan ISA Anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) Telah Di Bebaskan Petang Tadi !! Posted: 29 Jul 2011 06:26 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 29 Julai - Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan petang tadi. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. "Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya. Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang. Mereka yang dibebaskan itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50,Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis dakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0. [Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan. Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Turut menuntut Kerajaan Malaysia supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai lebih 13,000 pengamal profesyen perubatan]. sumber |
| Isu Lynas: BADAR Hantar Memo Bantahan Rasmi Ke Pejabat Menteri Besar Pahang Pada Rabu Lalu Posted: 29 Jul 2011 12:24 AM PDT ![]() KUANTAN, 29 Julai - Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) telah menghantar memorandum bantahan Lynas ke Pejabat Menteri Besar Pahang pada Rabu lalu. Penyerahan memo diketuai oleh Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (foto) dan Andansura Rabu (Pengerusi BADAR). Zulkifli dalam sidang medianya menyatakan walau pun ada pembangunan yang dikata boleh menguntungkan, tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu menilai kehendak rakyat juga. "Apa yang berlaku hari ini, rakyat khususnya di kawasan Indera Mahkota, Balok dan Gebeng serta sebahagian besar yang hampiran telah dipaksa terima projek ini. Projek yang dianggap berbahaya kepada rakyat. Projek ini difahamkan projek berbahaya yanga kan meninggalkan kesan radioaktif kepada masyarakat di kawasan ini", katanya. Beliau turut menegaskan, satu pertemuan dengan pihak MITI telah dibuat pada minggu lepas, dan telah menyatakan kebimbangan atas beberapa faktor akibat pembinaan kilang Lynas termasuk keterlibatan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan projek itu berjalan. "Kesilapan kerajaan persekutuan membenarkan Lynas dibawa masuk dengan perlepasan cukai selama 12 tahun sedangkan syarikat terbabit akan mengaut untung sehingga RM8 bilion setahun. Bagaimana kerajaan boleh beri perlepasan cukai tersebut. Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Jika ini situasinya, apakah keuntungan yang boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri?. Kalau dari segi ekonomi, apa faedahnya pada masa hadapan", tambah beliau lagi. ![]() Sempat bergambar sebelumpenyerahan memorandum tersebut di buat ![]() Mengecewakan, tiada seorang pun pegawai dari Pejabat MB Pahang yang sanggup menerima memo itu, akhirnya ia diserahkan kepada pengawal |
| Posted: 28 Jul 2011 11:31 PM PDT Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya isu pembelian cincin berlian berharga RM24 Juta seperti yang dihebohkan di laman-laman blog baru-baru ini sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. Beliau berkata demikian di Pokok Sena, Kedah semasa mengikuti lawatan kerja suaminya Najib Razak ke sana semalam. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). "Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan itu fitnah maka Rosmah sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkannya. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan dakwaan itu pada 16 Julai lalu. Malah, laporan itu turut disertakan sekali dengan dokumen berkenaan sebagai bukti. Malah berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara ini. Chegubard juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.[Adakalanya kebenaran akan dianggap fitnah apabila mereka yang membongkarkan dokumen berkenaan ditekan dan diarahkan mengaku sebaliknya. Malah, ada kes yang mana dokumen berkenaan tidak digunakan sebagai bahan bukti kukuh sesuatu kes itu berlaku atau tidak. Inilah yang berlaku di Malaysia sebenarnya. Jika apa yang dinyatakan oleh Chegubard itu satu fitnah, maka bagaimana dokumen kastam ini boleh terlepas dan disertakan dalam laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Masalahnya, apakah SPRM berani untuk menyiasat Rosmah sedangkan beliau itu adalah "wanita nombor satu negara" dan merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri. Akhirnya, perkara yang disertakan dengan bukti lengkap ini akan menjadi fitnah bila orang yang didakwa mengatakan ia fitnah. Tetapi, rakyat tidak bodoh dan dangkal untuk menilai sebenarnya. Mereka lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Tunggu PRU-13 nanti untuk mereka membuktikannya]. |
| Kontroversi: Keluarga Nafi Lelaki Dalam Rakaman CCTV Di Tayang Polis Adalah Baharuddin Ahmad ! Posted: 28 Jul 2011 09:25 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Julai - Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad semalam tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV (foto) yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau. Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu "Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau. Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin. Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam. Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat. Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk. Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya" kata Azhar.[Dengan pendedahan terbaru ini pasti ia akan menambahkann lagi kontroversi berkenaan tindakan pihak polis terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu. Penafian yang dibuat oleh ahli keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad ini nyata amat mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula video yang ditayangkan oleh pihak polis itu disebarkan kepada orang ramai selepas tiga minggu perhimpunan berlaku. Dengan pendedahan ini juga kini rakyat boleh membuat penilaian, antara kenyataan dan kebenaran yangs epatutnya diketahui oleh rakyat. Sewajarnya, pihak polis membuat tayangan lebih awal dan tidak menunggu selepas rakyat sudah melihat banyak video berkaitan beberapa jam selepas kejadian itu berlaku. Kini kita menantikan maklumat lanjut tentang isu ini]. |
| Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita Posted: 28 Jul 2011 07:14 PM PDT Mulai hari ini, Pahang Daily Online akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum MPK Gesa Alam Flora Lunas Hutang Tertunggak
Kemudahan Dekat Stesen Keretapi Di Naik Taraf
[Kebanyakkan artikel yang disiarkan adalah dipetik daripada pelbagai sumber berita. Justeru itu kami tidak bertanggungjawab atas laporan yang disiarkan. Walau bagaimana pun mana-mana berita yang dilihat bermotifkan politik, akan disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan. Kami mengalukan sebarang bentuk laporan berita daripada rakyat Pahang di seluruh dunia. Berita yang berkaitan anak-anak Pahang di perantau dan sebagainya. Laporan yang disiarkan di sini bukanlah bermotifkan keuntungan, namun ia kebih menjurus kepada berita untuk rakyat Pahang. Sokongan semua amatlah diharapkan. Salam Perjuangan]. |
| Aduan Rakyat Pahang Daripada Pelbagai Sumber Posted: 28 Jul 2011 06:03 PM PDT Mulai hari ini, kami akan siarkan beberapa rintihan, rungutan dan komentar rakyat berhubung berbagai isu di kawasan masing-masing. Anda boleh menghantarkan masalah yang berkaitan ke email pahangdaily@yahoo.com (sila sertakan gambar dan permasalahan terbabit dengan lengkap untuk disiarkan). Kami juga akan memetik beberapa masalah yang diperolehi menerusi berbagai sumber berita dari seluruh negeri Pahang. Semoga apa yang didedahkan ini dapat diambil tindakan segera oleh pihak yang terbabit, demi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan kepada mereka. Talian Telefon PTG Kuantan Tidak Pun Di Jawab
JBA Pahang Di Minta Perbaiki Segera Paip Bocor
Pusat Perkhidmatan ADUN Tahan Makin Terbiar
Majlis Daerah Rompin Di Gesa Gantikan Bumbung
Kemudahan Sukan Di Simpang Kg.Gesing Terbiar
|
| Posted: 28 Jul 2011 05:18 PM PDT KUALA LUMPUR 29 Julai -Pejabat Peguam Negara semalam mengesahkan telah menerima kertas siasatan daripada polis ke atas beberapa pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 berhubung pembabitan mereka pada perhimpunan 9 Julai lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Ketua pendakwaraya di pejabat Kuala Lumpur, Raja Rozela Raja Toran, ketika dihubungi berkata senarai nama itu termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan juga Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. "Ya, mereka sebahagian daripada pemimpin utama (yang kertas siasatan telah diterima)," katanya. Raja Rozela bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kertas siasatan yang diterima pejabatnya daripada polis. "Ada beberapa. Kami juga menerima beberapa kertas siasatan (berhubung perhimpunan) itu," katanya, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam juga melaporkan bahawa pihak polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai itu dan telah menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Awal minggu ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kertas berkenaan dijangka siap hujung minggu ini dan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Lazimnya, pihak Peguam Negara akan mengambil masa bagi menyemak kertas itu dan ada kalanya ia akan dikembalikan kepada polis untuk siasatan lanjut sekiranya ia tidak lengkap. Pada perhimpunan 9 Julai itu, tidak kurang 1,600 ditangkap. Mereka kemudiannya dilepaskan selepas kenyataan mereka dirakamkan.[Nampaknya para pemimpin pembangkang yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah selepas ini. Soalnya, apakah pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap mereka?. Alasan perhimpunan haram jelas sekali tidak masuk dek akal kerana perhimpunan aman termaktub dalam perlembagaan negara sebenarnya. Malah, mengatakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram juga tidak masuk dek akal kerana Bersih 2.0 itu bukanlah pertubuhan dan ia hanyalah gabungan hasrat lebih 60 NGO berdaftar untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Makanya, alasan kukuh untuk mendakwa pihak yang terbabit agak samar-samar dan dalam banyak kes sebelum ini ternyata mahkamah membebaskan pihak yang terbabit dengan perhimpunan yang dikatakan haram itu. Apapun, pejabat Peguam Negara mungkin mempunyai cara dan alasan yang kukuh untuk meneruskan pendakwaann terhadap mereka yang telah didapati terlibat]. |
| Bicara Kes Pakai Baju Bersih 2.0 Libatkan Peguam PAS, Fadzli Ramly Di Tangguhkan Ke 18 Ogos 2011! Posted: 28 Jul 2011 08:33 AM PDT KUANTAN, 29 Julai - Perbicaraan kes memakai baju kuning Bersih 2.0 yang melibat Mohd Fadzli Mohd Ramly (foto) dan Abdul Manaf Md Hassan ditangguhkan ke 18 Ogos 2011 ini. Hakim Mahkamah Sesyen, Fathiyah Idris, menetapkan tarikh sebutan semula kes itu selepas mendengar hujah daripada peguam bela yang turut meminta tempoh masa berikutan terdapat isu terhadap kes seperti itu yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Fadzli hadir ke mahkamah bersama beberapa orang penyokongnya yang turut berada dalam mahkamah ketika keputusan penangguhan itu dibacakan. Fadzli yang juga merupakan seorang peguam tidak berpakaian serba kuning dan berlambang Kotor 13.0 seperti sebelum ini. Sebaliknya beliau mengenakan baju blazer hitam kerana turut mempunyai kes pelanggannya ketika itu. Beliau hanya mengenakan tali leher yang berwarna kuning sahaja. Pakaian T-Shirt kuning hanya dipakai oleh Kamarul Hatta Ali (PKR) yang turut hadir pagi semalam.![]() Mohd Fadzli bersama para penyokongnya di luar mahkamah pagi tadi [Kes yang dihadapi oleh Fadzli Ramly ini dijangka merujuk kepada lain-lain kes yang terdahulu termasuk apa yang difailkan oleh pihak terbabit di Mahkamah Tinggi nanti. Persoalannya jika mahkamah memutuskan yang Bersih 2.0 bukanlah pertubuhan haram, maka apakah kes terhadap tertuduh akan ditarik balik?. Malah, agak menghairankan kenapa kerajaan begitu cepat mengatakan Bersih 2.0 adalah haram kerana tidak berdaftar di bawah akta pertubuhan. Sedangkan Bersih 2.0 hanyalah nama atas gabungan berpuluh-puluh NGO yang sememangnya berdaftar sebenarnya. Malah kesediaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduga Baginda Yang DiPertuan Agong mencemar dulu mempersilakan Bersih 2.0 mengadap jelas sekali menunjukkan ia bukanlah pertubuhan haram seperti yang dimaksudkan itu. Justeru itu, SPR digesa mengkaji dan memperhalusinya]. |
| Edisi Sukan: Malaysia "Gagal" Ke Pusingan Ketiga Bila Tewas Dengan Agregat 4-6 Kepada Singapura Posted: 28 Jul 2011 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Julai - Harapan rakyat Malaysia untuk menuaksikan pasukan bolasepak negara melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Jaringan pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57. Manakala Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi. Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton. Malah lebih malang pasukan negara menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayang kad merah pada minit ke-93.[Kekalahan yang memeritkan buat pasukan negara malam tadi merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka sebenarnya. Tambahan pula dengan prestasi yang jauh lebih hambar daripada apa yang disajikan ketika bertandang ke Singapura hujung minggu lalu. Persoalannya, kenapa tiba-tiba jadi begini?. Apakah pemain negara gugup atau ada unsur-unsur lain agaknya?. Mujurlah ketangkasan penjaga gol, Fahmi berjaya mengekang asakan pasukan Singapura. Kepada pemain negara, teruskan perjuangan dan jadikan ia sebagai semangat untuk bangkit dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Perjuangan Malaysia baru bermula sebenarnya]. |
| Info Cyber Dari Warta Selangor 27 Julai 2011 Posted: 27 Jul 2011 08:51 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan