Pahang Daily Online |
- Salahuddin Ayub Gesa PM Najib Razak Bertindak Gentleman Berhadapan Dengan Pakatan Rakyat !
- Majlis Perbandaran Kuantan Akan Menguatkuasa Larangan Umat Islam Jadi GRO Di Pusat Hiburan!
- Ketua Pemuda UMNO Putrajaya 'Akui' Tuntutan Bersih Relevan Dan Mahu SPR Buat Perubahan !
Salahuddin Ayub Gesa PM Najib Razak Bertindak Gentleman Berhadapan Dengan Pakatan Rakyat ! Posted: 28 Jul 2011 03:45 AM PDT KUANTAN, 28 Julai - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa bertindak secara profesional dalam berhadapan dengan pembangkang dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Tindakan yang keterlaluan dan zalim akan menyebabkan imej dan maruah negara tercalar di mata dunia. Najib seharusnya tidak bermusuh dengan rakyatnya yang mahu melihat sebuah keadilan tertegak di negara ini. Tindakan keterlaluan yang dilakukan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu jelas sekali membuktikan ketakutan yang amat sangat kepada suara rakyat. Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub (foto) dalam ceramahnya di Markas PAS Kg.Pandan Dua dekat sini malam tadi. Beliau berkata tindakan yang diluar batasan akan menyebabkan rakyat semakin benci dengan kerajaan yang memerintah pada hari ini. "Najib perlu bersikap gentleman sebagai anak jantan dan tidak mempergunakan pasukan polis sesuka hati sebagai alat untuk menakutkan rakyat", katanya. "Bersih 2.0 adalah gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar secara sah untuk melihat satu pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Makanya kenapa kerajaan mengatakan ianya haram?. Bersih 2.0 itu bukanlah NGO atau pertubuhan. Sama juga seperti 1Malaysia yang diilhamkan oleh Najib. Bukankah ianya satu gagasan rakyat yang mahukan perubahan. Kenapa perlu takut dengan pembersihan dalam pilihanraya?", tambah Salahuddin Ayub lagi. Ustaz Suhaim Md Saad serta Ustaz Yusoff Embong juga turut berceramah Saudara Hatta (PKR) juga hadir, Ustaz Tarmizi jadi pengerusi malam itu Sementara itu, beliau juga turut hairan kenapa begitu lama baru pihak polis mahu mengeluarkan video Bersih 2.0?. "Sudahlah video yang dikeluarkan itu hitam putih, kini mereka seolah-olah cuba untuk mengubah persepsi rakyat. Bukankah rakyat seantero dunia sudah dapat melihat dan menonton video asli Bersih 2.0 beberapa jam selepas himpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu. Maka kenapa selepas tiga minggu baru polis tayangkan video mereka. Bukankah ini mengelirukan rakyat dan membuktikan seolah-olah ada usaha untuk menutup cerita sebenar apa yang telah pun berlaku sebenarnya", kata beliau lagi. [Kenyataan Salahuddin Ayub ini ada kewajarannya, kerana mutakhir ini nampak benar kerajaan begitu drastik menggunakn institusi polis untuk mengekang suara rakyat. Mereka beranggapan rakyat seperti komunis yang tiada hak untuk mendapat keistimewaan selagi tidak menyokong UMNO BN. Akhirnya berbagai tindakan tidak munasabah dan tidak masuk dek akal telah dilakukan bagi menakut-nakutkan rakyat supaya berpaling tadah daripada perjuangan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jika fenomena ini berterusan maka kami yakin rakyat secara keseluruhannya akan terus menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang merisaukan kepimpinan kerajaan sekarang ini. Lantaran itulah kini, Najib terpaksa mengadakan roadshow dan menghulurkan projek mee segera kepada rakyat demi memastikan mereka terus menyokong BN pada PRU-13 yang akan datang. Kebangkitan suara rakyat tidak wajar disekat!]. |
Majlis Perbandaran Kuantan Akan Menguatkuasa Larangan Umat Islam Jadi GRO Di Pusat Hiburan! Posted: 28 Jul 2011 01:35 AM PDT KUANTAN 28 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan umat Islam di daerah ini bekerja di pusat hiburan sebagai pelayan atau gadis pelayan pelanggan (GRO). Yang Dipertuanya, Dato' Zulkifli Yaacob (foto) berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan semua ahli majlis MPK dalam mesyuaratnya selepas menerima cadangan dan pandangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). "Kalau semuanya berjalan lancar, peraturan ini berkuat kuasa menjelang tahun depan dan menjadi dasar baru MPK. "Kita akan mengeluarkan syarat tidak membenarkan orang Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPK semalam. Zulkifli menegaskan, kerjaya GRO sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral. "Kajian mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu Islam. Secara tidak langsung, ia memberi kesan negatif kepada masyarakat mengenai kebebasan orang Islam mengangkat, menghidang dan meminum minuman keras," katanya. Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan bersama JAIP, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), polis dan Jabatan Imigresen, mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat dalam minuman keras. Katanya, kajian juga mendapati 70 peratus GRO Islam di sini bekerja sepenuh masa dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM3,500 sebulan. "Tempoh masa bekerja pula antara pukul 8.30 malam hingga 1.30 pagi dengan purata umur pekerja antara 21 dan 45 tahun," katanya. [Satu berita baik dan tindakan yang cukup wajar kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menguatkuasakan peraturan baru ini. Tambahan pula selama ini, memang sudah diketahui bahawa majoriti pusat-pusat hiburan yang terdapat di bandar ini menggunakan wanita Melayu sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO). Wanita terbabit bukan saja dipelihara oleh tokey-tokey pusat hiburan terbabit, malahan mereka juga bebas melakukan maksiat tanpa ada sebarang kekangan daripada mana-mana pihak. Wanita Melayu dijadikan hamba maksiat untuk menarik pelanggan Melayu supaya beramai-ramai hadir ke pusat hiburan terbabit. Justeru itu, sewajarnya MPK juga mengetatkan peraturan kepada orang Melayu Islam yang mahu berkunjung ke pusat-pusat hiburan terutamanya ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Amal Makruf Nahi Mungkar. Apapun syabas dan tahniah buat Dato' Zulkifli Yaacob, Yang DiPertua MPK atas tindakan terpuji serta cukup bertanggungjawab ini]. |
Ketua Pemuda UMNO Putrajaya 'Akui' Tuntutan Bersih Relevan Dan Mahu SPR Buat Perubahan ! Posted: 27 Jul 2011 09:53 PM PDT PUTRAJAYA 28 Julai - Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu terus memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak yang sebelum ini seolah-olah tidak mengakui tuntutan gabungan NGO itu, kini bersedia menimbang dan memperhalusinya. Semalam, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Datuk Zaki Zahid (foto) mengakui penambahbaikan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil. Beliau turut bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pihak Bersih dalam dialog umum dan terbuka serta diskusi melibatkan pihak lain dalam menuju ke arah matlamat itu. "Ramai pengundi berdaftar di Putrajaya sendiri ada alamat sama. Kita mahu jumpa SPR mengenai hal ini. "Pemuda Umno juga mahu daftar pemilih disemak. Malah saya setuju pendapat Saifudin (Abdullah) agar struktur SPR perlu dikaji. Hakikatnya kami mahu tapi semua ini boleh dilakukan tanpa protes jalanan," kata beliau dalam Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda UMNO Putrajaya di sini, semalam. Selain Zaki, panelis lain ialah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Nawwar Ariffin. Forum ini adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Pemuda UMNO yang membincangkan tentang himpunan Bersih dan tuntutan terhadap sistem demokrasi di Malaysia. Lebih 100 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah turut mengikuti debat ini tanpa sebarang insiden tidak diingini. [Malah Zaki turut menyatakan betapa platform seperti ini merupakan peluang bagi rakyat yang tidak berpihak kepada parti tertentu untuk menilai hujah masing-masing. "Apa kita cuba buat malam ini ialah percambahan minda supaya boleh lihat pendapat terbaik. Ini yang penting dalam demokrasi. Penyokong Pembangkang juga boleh tengok pimpinan BN berani jawab dan berdepan," kata beliau. Nik Nazmi menyambut baik program ini dan menganggap wacana dan diskusi sebegini harus diteruskan kerana mampu memberi hasil yang baik. Malah beliau menganggap ia merupakan hikmah Himpunan Bersih lalu yang menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin matang dalam soal demokrasi. "Rakyat sudah matang. Orang luar kata bergaduh pasal bola di luar negara lebih ganas dari himpunan Bersih. Kita tak melawan walaupun ditangkap Polis. Kita pun tahu siapa yang rempuh polis pada hari itu, bukan Bersih. Umno Putrajaya pun sudah matang, tapi pemimpin ramai yang belum matang," tambah beliau lagi]. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan