Pahang Daily Online |
- Aktiviti: NGO Save Malaysia Adakan Program Hari Mesra Dekat Taman Esplanade Kuantan Pagi Tadi
- Zahid Hamidi Beri Amaran Supaya Pihak Tertentu Tidak Burukkan Imej Negara Negara Isu Scorpene
- Penghantaran Pulang "Peguam Perancis" Wiliam Bourdon Bukti Kerajaan Takut Pendedahannya !
Aktiviti: NGO Save Malaysia Adakan Program Hari Mesra Dekat Taman Esplanade Kuantan Pagi Tadi Posted: 23 Jul 2011 11:57 PM PDT KUANTAN, 24 Julai - NGO Save Malaysia Stop Lynas telah mengadakan satu program Hari Mesra di Taman Esplanade (Sungai Kuantan), dihadapan Hospital Tg.Ampuan Afzan hari ini. Program yang bertemakan "Kuantan Yang Indah, Sarap Nasi Lemak Bersama" itu telah dihadiri oleh lebih 500 orang peserta. Orang ramai bersenam bersama seawal jam 7.00 pagi sambil diiringi oleh lagu "We Are The World". Selepas bersenam, masing-masing kemudian bersarapan pagi "Nasi Lemak" di Kak Nor Corner, benteng sungai Kuantan. Nampaknya, biar pun kerajaan telah memutuskan bahawa projek pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu tidah berbahaya dan mendatangkan risiko besar kepada orang ramai, namun NGO terbabut terus mengadakan kempen-kempen mereka. Soalnya, apakah kempen sebegini akan diteruskan sampai bila-bila agaknya?. Jika ini berlaku, apakah kerajaan akan berdiam diri?. Kami menjangkakan sudah pasti operasi besar-besaran terhadap Save Malaysia juga akan dilakukan sama seperti Bersih 2.0 baru-baru ini. Kemungkinan besar, larangan memakai baju T-Shirt Save Malaysia turut akan dikeluarkan atas tindakan pihak berkenaan mutakhir ini. Inilah yang pasti akan berlaku nanti. |
Zahid Hamidi Beri Amaran Supaya Pihak Tertentu Tidak Burukkan Imej Negara Negara Isu Scorpene Posted: 23 Jul 2011 06:31 PM PDT KOTA KINABALU, 24 Julai - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto) memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002. Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis. "Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna. Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan. "Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya. Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu. [Kerajaan ada hak untuk mempertahankan isu ini. Namun, apakah rakyat boleh terima segalanya. Sedangkan mereka sendiri tahu memang ada penyelewengan dan skandal yang terjadi dalam proses pembelian kapal selam Scorpene itu sebenarnya. Malah, ramai juga yang mempersoalkan jika benar Kerajaan Malaysia telus dalam urusan pembelian tersebut maka kenapa perlu ada "orang tengah" yang perlu terlibat. Bukankah ia boleh dibuat terus antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan pihak lain?. Kerajaan Malaysia bukanlah sebuah syarikat swasta yang begitu mudah menggunakan "broker" untuk pembelian aset ketenteraan seperti itu sebenarnya. Oleh itu, rakyat berhak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Kebenaran pasti akan muncul jua satu hari nanti. "Rakyat Hakim Negara"]. |
Penghantaran Pulang "Peguam Perancis" Wiliam Bourdon Bukti Kerajaan Takut Pendedahannya ! Posted: 23 Jul 2011 05:33 PM PDT SHAH ALAM 24 Julai - Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini (22 Julai). Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut. Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya (foto) berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini. "Tindakan ini nampak sangat menunjukkan pihak kerajaan BN ini takut. Sebab apa yang mereka takut, kami rasa pendedahan dalam kes pembelian Scorpene dan kes melibatkan penyalahgunaan kewangan dan sebagainya. Dan besar kemungkinan kerana kaitan dengan isu pembunuhan Altantuya," katanya. Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu. "Kita tidak faham kenapa mereka perlu sebegitu rupa. Sedangkan apa yang dilakukan ini adalah secara sah. Tiada isu yang bolehkan beliau dihantar pulang begitu sahaja. Beliau masuk ke Malaysia dengan pasport, dengan notis dan sebagainya," kata Latheefa. Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia, untuk menfailkan kes itu ke mahkamah terbuka dekat Perancis. [Tindakan menghantar balik peguam Perancis itu sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula kehadiran beliaua dalah untuk menghuraikan segala kekusutan dan kekalutan yang bermain difikiran rakyat selama ini terutamanya dalam isu pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shariibuu. Kerajaan sepatutnya tidak sebegitu mudah menghalau beliau balik ke negara asalnya, ini akan memberikan imej dan persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap negara kita sebenarnya. Jika benar tiada apa yang berlaku di sebalik pembelian kapal selam Scorpene itu, maka kenapa kerajaan perlu takut?. Inilah yang memusykilkan rakyat dan bakal menimbulkan lebih banyak spekulasi selepas ini. Apapun, memang ada sesuatu rahsia besar pasti akan terbongkar dalam masa terdekat ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan