Sabtu, 23 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Seorang Lagi 'Tokoh Vateran' UMNO Tegur Najib Razak Supaya Berhenti Sekat Suara Rakyat

Posted: 22 Jul 2011 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Seorang lagi tokoh UMNO hari ini tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan dialog dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini. Bekas Menteri Perlancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir (foto) memberikan saranan itu selain menekankan perlunya Najib berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. "Kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara," ujar beliau. Justeru, tokoh veteran UMNO itu mahukan berkata kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak. Kerajaan mengisytiharkan Bersih yang menggabungkan 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai gerakan haram pada awal bulan ini. Puluhan ribu orang yang menyertai perhimpuan Bersih 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis. Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera. Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini dakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis. Enam individu lain ditangkap dibawah Ordinan Darurat yang bolehkan seseorang ditahan tanpa perbicaraan.



[Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan dan mantan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Najib supaya tidak bersifat konfrontasi terhadap Bersih yang hanya menzahirkan tuntutan awam untuk proses pilihanraya yang lebih telus dan adil. Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan menggesa Najib supaya bergerak seiring dengan ketamadunan masyarakat yang berdaya saing dan intelektual, dan bukan menyekat hak rakyat untuk bersuara. Beliau menjelaskan sekiranya kerajaan mampu membuktikan ia melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka rakyat tidak akan mempunyai alasan untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Abdul Kadir berkata demikian selepas majlis pelancaran "Angkatan Amanah Merdeka" (Amanah) pagi tadi. Abdul Kadir berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini saring maklumat berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah antarabangsa The Economist hanya membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan. Pendekatan sedemikian ketinggalan zaman dan hanya timbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba melindungi maklumat daripada sampai kepada orang awam]. sumber

Ku Li Tubuh AMANAH, Untuk Bawa Suara Rakyat Menuntut 'Kebenaran Serta Keadilan' Menangani Masalah Rasuah, Kronisme Dan Perpaduan Kaum

Posted: 22 Jul 2011 04:43 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) semalam melancarkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Beliau berkata, permohonan pendaftaran Amanah sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Amanah bukan sebuah parti pertubuhan politik tetapi mempunyai visi untuk membawa keadilan, kesaksamaan, kemajuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berdasarkan kepada semangat perlembagaan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman. Turut hadir bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan juga Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

[Tengku Razaleigh, selaku Presiden Amanah, berkata, barisan anggota-anggota utama jawatankuasa sementara Amanah terdiri daripada nama-nama yang terkenal daripada beberapa parti politik dan pertubuhan sosial di Malaysia. Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri Abdul Kadir serta bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam; Datuk Seri Wilfred Bumburing; Datuk Seri Bujang Ulis; dan Datuk Seri Daniel Tajem. Beliau berkata, Amanah akan merealisasikan misinya untuk menangani rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan. Hasrat dan halatuju Amanah dilihat lebih relevan dengan arus pembangunan negara daripada lain-lain pertubuhan yang ditubuhkan sebelum ini sebenarnya. Syabas dan tahniah buat Amanah].

Tiada ulasan: