Jumaat, 22 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bicara Kes "Pakai Baju Bersih" Prosiding Bakal Di Dengar Semula Di 'Mahkamah Seysen' 28 Julai Ini

Posted: 22 Jul 2011 12:04 AM PDT

KUANTAN, 22 Julai - AJK Dewan Pemuda PAS Pahang yang juga merupakan seorang peguam iaitu Fadzli Ramly (foto) berikrar akan lawan habis-habisan di mahkamah ekoran penangkapannya di Rompin awal bulan lalu kerana memakai baju kuning Bersih 2.0. Kes beliau yang disebut pada Rabu, 20 Julai lalu bakal dipanggil semula pada 28 Julai ini. Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan kerana mempamerkan logo pertubuhan haram. "Saya rasa pendakwaan dan penangkapan saya hanyalah satu tindakan terdesak kerajaan, berniat jahat, zalim, tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan. "Dakwaan hanya memakai lambang satu usaha mereformasikan sistem pilihan raya pada baju jelas menampakkan sikap pengecut kerajaan. Perhimpunan belum berlangsung, sedangkan perhimpunan patriot yang jelas sebuah pertubuhan tidak berdaftar memakai baju merah bertulisan 'patriot' dibiarkan tanpa sebarang tindakan."Jadi ini jelas satu tindakan terdesak Umno yang takut melihat kebangkitan rakyat dan gerun berhadapan dengan realiti demokrasi," katanya. Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hoi Kai Ping dan Hisham Ramzan. Perbicaraan kes itu kelmarin mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir. Apa yang menarik pada perbicaraan itu, kedua-dua tertuduh telah mengenakan pakaian T-Shirt kuning yang tertera perkataan "Kotor 13.0" sebagai tanda protes.


Tanda protes, Fadzli dan Abd Manaf tunjukkan baju kuning "Kotor 13.0"

Berbincang dengan peguam, hadir sama Ustaz Fadli dan Ustaz Fadzil Noor

[Beliau bersama AJK PAS Dun Tioman, Abdul Manaf Hassan, 41, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin pada 20 Julai lalu selepas ditahan polis kerana memakai baju Bersih selepas berceramah di Markaz PAS Kampung Mentara, Rompin awal bulan ini. Mereka dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan. Fadzli merupakan peguam pertama yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih. Difahamkan satu program Bicara Bersih akan diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang pada 25 Julai ini. Difahamkan, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan Siti Aishah Shaik Ismail (Srikandi PKR) bakal hadiri. Maka, eloklah penganjur menjemput sekali Fadzli Ramly bagi memperjelaskan kepada rakyat tentang penahanan dan perbicaraannya].

Peguam Perancis Yang 'Di Jangka Dedahkan' Isu Kapal Selam Scorpene Telah Di Tahan Imigresen!

Posted: 21 Jul 2011 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Peguam Perancis William Bourdon (foto), yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. "Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel. Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut. Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya. Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon". Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru. Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan iaitu Sherpa yang mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan. Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. yarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang negara Perancis.

[Sementara itu Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini. Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda. Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan]. sumber

Cyberita Pahang: MB Minta Penduduk Janda Baik Menjaga Kebersihan Serta Pelihara Alam Sekitar !

Posted: 21 Jul 2011 09:08 PM PDT

BENTONG 22 Julai - Semua penduduk Kampung Janda Baik diminta sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar memandangkan kawasan itu kini menjadi destinasi pelancongan menarik. Menteri Besar, Dao' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata, beliau bangga melihat perkembangan dan pertumbuhan kampung itu yang semakin pesat membangun terutama dalam sektor pelancongan. Katanya, walaupun tanpa bantuan kerajaan sepenuhnya, penduduk dan pengusaha pelancongan berjaya menjadikan kampung itu sebagai destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan kem latihan fizikal, motivasi dan hotel. ''Saya bangga kerana penduduk Janda Baik berjaya menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan. ''Janda Baik adalah rumah kedua saya, saya dilahirkan di Kampung Benus dan dibesarkan di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Pemimpin Mesra Masyarakat di Dewan Orang Ramai Kampung Janda Baik baru-baru ini. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari iaitu Datuk Dr. Ng Keong Chye.

[Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan orang miskin. Adnan berharap, penduduk terus memelihara alam sekitar kerana ia merupakan khazanah dan produk yang berjaya menarik kehadiran ramai pelancong terutama warga Lembah Klang. Jika kualiti alam sekitar tidak dipelihara dengan baik sehingga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna, jelasnya, ia akhirnya merugikan penduduk kerana pelancong tidak akan mengunjungi lagi tempat tersebut. Tegasnya, penerokaan tanah secara berlebihan perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja merosakkan alam semulajadi tetapi menyebabkan hakisan tanah dan cerun sehingga mengancam keselamatan dan nyawa penduduk. Selain itu tambah beliau, Janda Baik kini mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk berasaskan wayar oleh syarikat Elektriksola (M) Sdn. Bhd. yang secara tidak langsung membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk]. sumber

Panas: Sah, Azmin Bakal Gunakan Kuasa Vetonya Untuk Gagalkan 'Penyokong Zaid' Dari Jadi Calon!

Posted: 21 Jul 2011 08:27 PM PDT

Gara-gara penyiaran berita pasal ada pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang mahu meninggalkan parti itu dek kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali, maka krew-krew kami telah dihujani dengan berbagai soalan oleh orang ramai. Ada yang marah dan mengatakan Pahang Daily Online (PDO) hanya melemparkan fitnah terhadap PKR semata-mata. Malah ada yang percaya dengan laporan tersebut. Terus-terang ingin kami maklumkan bahawa laporan berkenaan ada asasnya dan kemungkinan besar menjadi kenyataan. Ini kerana, di sana sini sekarang kecoh kedengaran pemimpin parti marah kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebenarnya. Malah, sejak Azmin menang jawatan itu tahun lalu beliau dilihat lebih mengutamakan "cai-cai"nya dalam apa jua program yang diadakan oleh parti. Peruntukan begitu mudah turun jika diarahkan oleh Azmin sendiri, sebaliknya bagi kumpulan yang tidak menyokong beliau semasa pemilihan maka cabang terbabit akan terus dipinggirkan. Ramai yang melihat, tindakan Azmin ini tidak wajar sebenarnya. Apatah lagi PKR diambang perpecahan selepas pemilihan 2010 yang lalu. Banyak masalah yang belum diselesaikan dan sengaja dibiarkan. Akhirnya ramai pemimpin yang dipercayai menyokong Datuk Zaid Ibrahim ketika pemilihan (sebelum Zaid tarik diri) diberi tekanan. Malah, keputusan Azmin mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh juga dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan orang-orangnya mendapat tempat dalam pilihanraya terutamany PRU13 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Maka, kini bagai sudah dijangka Azmin pasti akan menggunakan "kuasa veto" untuk memilih calon proksinya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

[Jika ini berlaku, bermakna mereka yang menyokong Zaid ketika awal pemilihan 2010 pasti akan terpelanting sebenarnya. Soalnya, apakah wajar Azmin bertindak sedemikian sedangkan dia berjanji mahu menyatupadukan sesama ahli parti?. Inilah yang menakutkan ramai pemimpin yang tidak menyokong Azmin dulu. Perkara ini memang disedari oleh ramai pihak, tetapi mereka nyata takut untuk bersuara. Justeru itu, kami terpaksa mendedahkan permainan politik jahat ini sebagai pengajaran untuk mereka. Apalah ertinya perjuangan, jika sikap begini diamalkan dalam parti yang kononnya memperjuangkan keadilan dan mewar-warkan mahu lakukan perubahan. Keadilan dilihat telah jauh berubah dari landasan perjuangannya sekarang. Jika apa yang dikhabarkan ini menjadi kenyataan, maka sudah pasti ramai pemimpin PKR yang menyokong Zaid pada pemilihan lalu akan tinggalkan parti tersebut. Kami juga difahamkan pihak berkenaan sedang melihat nama-nama calon yang bakal diumumkan oleh parti sekitar bulan Ogos 2011 ini. Jika benar Azmin menggunakan kuasanya untuk mengawal parti, maka sudah pasti mereka beramai-ramai tidak teragak-agak keluar kerana sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan peribadi dalam PKR akhirnya].

Panas: Dek Kerana "Sikap Pendendam" Azmin Ali, Ada "Pemimpin PKR Pahang" Bakal Keluar Parti !!

Posted: 21 Jul 2011 05:09 PM PDT

Ini berita panas yang baru kami terima awal pagi tadi. Khabarnya ada satu "bom" akan meletup dan menggoncangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dalam masa terdekat ini. Kami tidak pasti maklumat ini sahih atau tidak. Namun berdasarkan kepada laporan daripada pihak yang boleh dipercayai ia mungkin berlaku dan akan berlaku jika tiada perubahan dilakukan. Menurut sumber, ada beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang bakal "angkat kaki" dan tinggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Antara mereka termasuklah beberapa orang kuat dalam ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang sendiri. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini untuk mendapatkan kepastian. Isu yang hangat diperkatakan jika perkara ini berlaku tidak lain kerana kecewa melihat PKR tidak mahu berubah. Maksudnya, Keadilan sepuluh tahun lalu lebihbaik dari parti yang ada pada hari ini. Malah, kumpulan terbabit juga dikatakan kecewa dengan kepimpinan PKR yang masih gagal menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pemilihan parti tahun lalu. Hingga kini, ia dipandang sepi biarpun ada janji-janji manis daripada Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution mahu menyelesaikan segala permasalahan dua minggu selepas Kongres Nasional parti itu hujung tahun lalu. Kini segalanya menjadi "carca marba" serta masih tiada berpenghujungnya.

[Laporan yang dibuat dengan kos RM50 akhirnya terbiar begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada pihak yang berkenaan. Malah, pihak terbabit juga dikatakan kecewa dengan senario terkini yang berlaku sekarang. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah mula menunjukkan kuasanya seperti yang dijangka. Azmin yang kononnya menganggap tidak akan bermusuhan dengan mana-mana pihak yang menyokong Zaid Ibrahim tiba-tiba melakukan tindakan sekarang. Beliau mengatasai Presiden PKR, Wan Azizah Ismail dan Anwar Ibrahim sendiri untuk menentukan keputusan siapakah calon yang layak bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kini perkara itu direalisasikan dan Azmin dengan kuasa yang ada sebagai Pengarah Pilihanraya menggantikan Fuziah Salleh dikatakan telah mencaturkan orang-orangnya untuk menjadi calon. Malah, dengan beraninya menolak semua calon-calon yang tidak menyokong beliau pada pemilihan 2010 lalu].

Kontroversi Bersih 2.0: Polis Menayangkan Video Klip "Beberapa Insiden" Untuk Jawab Tohmahan

Posted: 21 Jul 2011 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Seperti dijanjikan, polis semalam telah menayangkan klip video beberapa insiden yang berlaku ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap mereka. Tidak terhad kepada wakil media, beberapa persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO juga menyaksikan tayangan yang turut memaparkan kejadian di Hospital Tung Shin. Taklimat dan penjelasan diberikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mohd Rashid (foto). Lokasi tayangan, Dewan Theaterette Bukit Aman yang penuh sesak dengan wakil media dan NGO. Dibahagikan kepada beberapa segmen, Datuk Salleh menjelaskan satu persatu tohmahan dan insiden mengaitkan keganasan dilakukan anggotanya. Bermula dengan pra-perhimpunan, video memaparkan kawalan dan sekatan yang dilakukan anggota polis meliputi Unit Simpanan Persekutuan, FRU, Unit Tindakan Ringan, LSF dan Unit Rusuhan Ketenteraman Awam. Menggunakan pendekatan sabar, bertahan dan menilai situasi, PDRM menangani keadaan di Jalan Pudu, KLCC, KL Sentral, Dataran Maybank dan Hospital Tung Shin. [ Video 1 Video 2 Video 3 Video 4 ].

[Penjelasan dan video yang didedahkan oleh pihak polis ini mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak sebenarnya. Tambahan pula, ia terlalu lambat untuk dikeluarkan seolah-olah ada operasi suntingan (editing) untuk memaparkan adengan terpilih dilokasi yang berkenaan. Sedangkan rakyat sudah melihat video asal yang didedahkan oleh ramai pihak di lokasi-lokasi berbeza yang lebih banyak dari itu. Namun, hakikat perlu diterima bahawa pihak polis juga melaksanakan tugas mereka seperti yang diarahkan oleh pihak atasan. Memang benar akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini dalam keadaan emosi dan panas seperti tu. Maka jalan yang terbaik ialah, satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan yang diperkatakan. Ini kerana rakyat tidak akan percaya apabila polis menyiasat polis, tambahan pula klip video tersebutjuga ditayangkan dalam kawasan polis di Bukit Aman. Maka, mana mungkin ini boleh diterima mereka. Keyakinan rakyat terhadap polis akan terus pudar jika senario ini tidak dipulihkan semula. Lakukanlah sesuatu !!].

Mati Bunuh Diri, Ibu Dan Isteri Beng Hock Tidak Terima Keputusan Suruhanjaya Siasatan DiRaja

Posted: 21 Jul 2011 03:58 PM PDT

SHAH ALAM 22 Julai - Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock pembantu politik DAP untuk menentukan punca kematian suaminya disifatkan sebagai 'mimpi' yang baru berakhir. Malah isteri mendiang, Soh Cher Wei mengucapkan 'terima kasih' kepada suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberi harapan palsu sambil merumuskan ia ibarat 'tamparan' yang mengejutkannya dari lena dibuai mimpi. "Terima kasih RCI kerana membiarkan saya dibuai mimpi untuk selama beberapa bulan. Sekarang selepas ditampar (dikejutkan), sekarang masa untuk bangkit," katanya. Sementara itu, Sementara itu ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, juga menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri. Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik. "Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Alor Gajah semalam. Teng yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan. Kata Teng, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain ke Kuala Lumpur petang semalam untuk menemui peguam mereka.

[Petang semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz petang tadi mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati pembantu politik DAP itu membunuh diri. Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini. Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh. Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza itu].

Tiada ulasan: