Pahang Daily Online |
- Panas: Mahathir Kata Anwar Terlalu Ingin Sangat Jadi PM Hingga Sanggup Gadai Bangsanya Sendiri
- Panas: Tokoh UMNO, Ku Li 'Menyokong' Tuntutan Bersih 2.0 Yang Mahu Pilihanraya Adil Serta Telus
- Polis Menafikan FRU Menggunakan Gas Pemedih Mata Yang Sama Di Gunakan Oleh Tentera Israel
Panas: Mahathir Kata Anwar Terlalu Ingin Sangat Jadi PM Hingga Sanggup Gadai Bangsanya Sendiri Posted: 20 Jul 2011 10:39 PM PDT ALOR STAR, 21 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu keinginan tidak terkawal ingin menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan ketua pembangkang itu sanggup menggadai bangsanya demi mendapat sokongan bukan Melayu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perpecahan perpaduan orang Melayu adalah kejayaan jelas bekas timbalannya itu sehinggakan Melayu menjadi bangsa yang lemah, kata beliau. Cita-cita orang yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan mahu melihat orang Melayu berpecah mengambil peluang dari 'jaguh' yang mampu merealisasikan cita-cita mereka itu katanya lagi. Itu antara apa yang diperkatakan di dalam ucaptama pada perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Alor Setar hari ini. Mantan Perdana Menteri itu terus menambah dengan mengatakan orang Melayu mudah lupa. Mereka sepatutnya belajar dari sejarah bagaimana British menguasai Raja-Raja Melayu yang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan penubuhan Malayan Union. UMNO ditubuhkan untuk menggabungkan bangsa Melayu tetapi masih ada orang yang sanggup merosakkan parti bangsanya sendiri. sumber [Kenyataan Mahathir ini sememangnya amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula mantan PM itu semakin meniti usia dan bila-bila masa sahaja akan dijemput illahi. Namun, beliau berhak bersuara kerana dia adalah orang yang membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dulu. Persoalannya, jika Anwar jujur berjuang untuk membala Islam kenapa pemimpin terbabit tidak sertai PAS dulu. Bukankah dia sealiran dengan bekas Presiden PAS, Allahyarhak Ustaz Fadzil Noor ketika bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu. Kenyataan Mahathir ini pastinya mengundang kemarahan kepada penyokong pembangkang, namun mereka harus rasional dan sedia menerima pandangan beliau itu]. |
Panas: Tokoh UMNO, Ku Li 'Menyokong' Tuntutan Bersih 2.0 Yang Mahu Pilihanraya Adil Serta Telus Posted: 20 Jul 2011 06:53 PM PDT SHAH ALAM 21 Julai - Tokoh Vateran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (foto) sekali lagi "melawan arus" pendirian kepimpinan UMNO, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus. Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi. "Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih)," kata beliau kepada pemberita. Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram. Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia oleh pihak polis. [Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan. "Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu," kata beliau. "Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen. "Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat," tambah beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO]. Baca artikel seterusnya di SINI |
Polis Menafikan FRU Menggunakan Gas Pemedih Mata Yang Sama Di Gunakan Oleh Tentera Israel Posted: 20 Jul 2011 06:04 PM PDT LANGKAWI, 21 Julai - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas. "Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita," katanya semalam. Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily. Laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin. Khalid juga berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. "Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan membuat tuduhan," katanya. [Pada masa ini, memang banyak persepdi dan tuduhan yang dilemparkan terhadap pasukan polis gara-gara himpunan Bersih 2.0. Namun, rakyat perlu bijak menilai isu dan tidak termakan dengan berbagai tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja memusuhi polis sejak sekian lama. Mereka perlu pandai menilai maklumat berkenaan dan jangan terus menerima tanpa merujuk kepada pihak yang berkenaan. Apapun, pihak polis harus lebih berhati-hati dengan segala tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi seperti ketika himpunan Bersih 2.0 itu. Rakyat juga berhak bersuara dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Polis perlu menjaga keselamatan rakyat dan bukan sekadar menggunakan senjata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mengikut arahan pihak atasan yang jelas bercanggah dengan hak-hak asasi manusia]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan