Pahang Daily Online |
| Tan Sri Ismail Omar: Polis Jangka Mendedahkan Bukti Video Serta Gambar Bersih 2.0 Minggu Ini ! Posted: 19 Jul 2011 06:58 AM PDT
[Rakyat diminta tidak menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi agar ia tidak merumitkan keadaan. Pihak polis pula harus benar-benar jujur untuk mendedahkan video yang berkenaan. Soalnya, yang mana satukan babak yang akan didedahkan oleh pihak polis kerana perhimpunan tersebut mempunyai berbagai adengan yang berlaku sepanjang masa. Malah, apakah rakyat boleh percaya dengan pendedahan yang akan dilakukan oleh pihak polis sekarang?. Sedangkan mereka telah terlebih awal melihat video tulen dari jurukamera amatur yang merakamkan perhimpunan tersebut tanpa sebarang suntingan. Kenapa perlu seminggu dua baru pihak polis mahu mendedahkan segala memusykilkan ini agaknya]. |
| Bob Lokman Telah Hadir Ke Program Ngeteh Dan Sembang PAS Kawasan Indera Mahkota Semalam Posted: 19 Jul 2011 02:03 AM PDT ![]() KUANTAN, 19 Julai - Parti Islam SeMalaysia (PAS) kawasan Indera Mahkota telah mengadakan program "Ngeteh & Sembang" bersama artis terkenal dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) semalam. Program yang bertemakan "Orang Muda Geng Kita" itu telah dimulakan jam 5.00 petang di Restoran Usrah Terminal (hadapan Eng Hong Balok). Hadir sama dalam program itu ialah Yang DiPertua PAS Indera Mahkota, Ustaz Nasrun Amir dan beberapa orang kepimpinan kawasan. Sementara itu, sebelah malamnya sesi Sembang-Sembang pula telah diadakan di Pasti Al-Hidayah, Balok mulai jam 9.00. Program turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi. Syabas dan tahniah buat Bob Lokman. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan