Pahang Daily Online |
- Panas: Rais Yatim Kata Kementeriannya Sanggup Siar Video Bersih Demi Kesahihan Dan Keadilan !
- Panas: Anak Mahathir Kata BN Terancam Melihat Gelombang "Kebangkitan Suara Rakyat" Maka Itu Mereka Memandang Remeh Himpunan Bersih 2.0
- Jenazah Allahyarhamah Dr.Lo' Lo Telah Selamat Di Kebumi Di Tanah Perkuburan Datuk Keramat
- Penarik Kereta Mengadu Di Tampar Oleh Pegawai Polis Tanpa Sebab Di IPD Maran Pada Rabu Lepas
- Ahli Parlimen Titiwangsa, "Dr.Lo' Lo' Ghazali" Sah Meninggal Dunia Di Hospital Selayang Malam Tadi
Panas: Rais Yatim Kata Kementeriannya Sanggup Siar Video Bersih Demi Kesahihan Dan Keadilan ! Posted: 18 Jul 2011 06:08 AM PDT BANTING 18 Julai – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), hari ini berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas. Beliau berkata, polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu. "Pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat sini hari ini. Rais berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan. Orang Ramai Di Minta Serah Video Sebagai Bukti Sementara itu orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (foto) berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu. "Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di Genting Highlands hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika menangani perhimpunan itu. [Tindakan Menteri UMNO si Rais Yatim ini sungguh melcucukan sebenarnya. Sudah lebih seminggu Himpunan Bersih 2.0 berlaku, baru sekarang beliau sedar dan mahu siarkan video tersebut. Soalnya sekarang, kenapa sampai hari ini RTM masih menayangkan iklan Bersih 2.0 sedangkan himpunan tersebut sudah berakhir?. Apakah Rais terlalu bodoh untuk bertindak demikian agaknya?. Tindakan mahu tayangkan keganasan peserta terhadap polis sudah pasti akan mengundang implikasi yang lebih besar sebenarnya. Tambahan pula, jutaan manusia seluruh dunia sudah dapat melihat kesahihan dan kebenaran yang tersiar dalam Youtube tanpa suntingan daripada mana-mana pihak. Apakah mereka akan percaya dengan tindakan Rais ini nanti?. Nampak benar mereka kini kian terdesak]. |
Posted: 18 Jul 2011 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR 18 Julai - Kerajaan Barisan Nasional yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir (foto). "Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya. "Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka. "Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya," kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya. Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia. [Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0. "Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia. "Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi. Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina]. Laporan ini dipetik dari tvsnews |
Jenazah Allahyarhamah Dr.Lo' Lo Telah Selamat Di Kebumi Di Tanah Perkuburan Datuk Keramat Posted: 18 Jul 2011 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR 18 Julai - Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercayai telah memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut kelihatan hadir berikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen pembangkang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil. Jenazah telah dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Datuk Keramat. [Pahang Daily Online sekali lagi mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dr.Lo'Lo atas pemergiaannya ini. Sesungguhnya rakyat kehilangan seorang pejuang yang cukup konsisten dan komitmen dalam membela nasib mereka selama ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Perginya sebagai pejuang dalam mengadap Allah SWT. Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan juga mengangkat darjatnya]. |
Penarik Kereta Mengadu Di Tampar Oleh Pegawai Polis Tanpa Sebab Di IPD Maran Pada Rabu Lepas Posted: 17 Jul 2011 12:24 PM PDT KUANTAN, 18 Julai - Seorang penarik kereta menngadu ditampar tanpa sebab oleh seorang pegawai polis ketika sedang membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran mengenai kejadian keretanya yang disamun. Muhamad Darul Adzuha Muhamad Darawi, 29, berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang Rabu lepas, bahagian belakang kepalanya ditampar pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan di hadapan beberapa anggota polis lain di pejabat pertanyaan balai tersebut. Dakwanya, pegawai polis itu kemudian mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di IPD berkenaan sebelum beliau sekali lagi ditampar di bahagian pipi kirinya, katanya kepada pemberita di Kuantan semalam. Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin (foto) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan oleh polis. [Kes sebegini sungguh mengelirukan sebenarnya. Selama ini kita hanya mendengar geng penarik kereta bertindang samseng terhadap orang ramai, terutamanya ketika menarik kereta dari pemiliknya. Kini, tiba-tiba pula kereta penarik kereta terbabit disamun dan dia ditampar oleh polis. Apakah benar, pegawai polis terbabit sesuka hati mahu menampar beliau? Atau memang ada kenyataan dan percakapannya yang membuatkan pegawai terbabit naik angin dan marah. Semua ini boleh berlaku, kerana mereka yang terlibat dalam pekerjaan tersebut biasanya adalah individu yang dilihat garang dan menakutkan orang lain. Kini akhirnya mereka pula diperlakukan sedemikian rupa. Apapun semoga siasatan rapi dapat dibuat demi mencari kemusykilan terhadap apa yang berlaku ini hendaknya]. |
Ahli Parlimen Titiwangsa, "Dr.Lo' Lo' Ghazali" Sah Meninggal Dunia Di Hospital Selayang Malam Tadi Posted: 17 Jul 2011 11:21 AM PDT SHAH ALAM 18 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (foto) yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. "Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut," kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Wakil rakyat penggal pertama itu meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. "Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat," katanya. Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok. Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter. Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan adakan mesyuarat dekat Ampang petang tadi. [Setelah panas dengan kontroversi khabar angin mengatakan Allahyarhamah Dr.Lo' Lo' meninggal dunia petang tadi, maka akhirnya ia menjadi kenyataan buat seluruh rakyat terutamanya penyokong pembangkang. PDO mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Perjuangannya dalam membela rakyat selama ini sukar untuk dicari ganti. Malah, kehilangannya pasti amat dirasai semua. Al-Fatihah]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan