Pahang Daily Online |
- Suhakam 'Mengecam' Kekerasan Serta Keganasan Yang Di Lakukan Oleh Pihak Polis Ketika Tangkap Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 Pada Sabtu Lalu!
- Lynas Corporation Peruntukkan US$210 Juta Bagi Membangunkan Fasa Kedua Kilang Penapisannya
- ABIM Anggap 'Tuntutan Munasabah', Gesa Agar Kerajaan Pertimbang Apa Yang Telah Di Kemuka Oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil Itu
- Eksklusif: Cermin Gelap, Jika Tidak Melonggarkan Syarat Penggunaan Maka Kerajaan Di Harap Buat Operasi Menyeluruh Pihak Yang Jual Aksesori Itu
- 50 Sukarelawan Turun Padang Baik Pulih Rumah Sempena Program Cakna Prihatin Anjuran GPMS Pahang Dekat Kampung Cherating Baru-Baru Ini!
- Mat Sabu: PAS Gesa Agar 'SPR Laksanakan' Sistem Pilihan Raya Yang Adil Dan Telus Jika Tidak Mahu Lagi 'Berdepan Dengan Perhimpunan' Bersih 3.0 !
- Terkini: Perbicaraan Kes Liwat, Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh 8-26 Ogos Untuk Anwar Bela Diri
- Panas: Bantahan Lynas, Rakyat Pasti Kecewa Bila Terdapat Dakwaan 'Ada Pemimpin' Pembangkang Terlibat Secara Langsung Dengan Projek Tersebut
- Isu Saman: Bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Koperasi Tidak Akan Beri Keterangan Kes Felda
- UMNO Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangkis Tohmahan Pihak Pembangkang !
- Panas: 'Dua Pemimpin PAS' Johor Di Tahan Polis Gara-Gara Pakai Baju Bersih Tengahari Semalam
- Majlis Peguam 'Tampil' Dengan Pengakuan Saksi Membuktikan Gas Pemedih Mata Dan Meriam Air Telah Pun 'Di Lepaskan' Ke Hospital Tung Shin !!
Posted: 13 Jul 2011 02:17 AM PDT SHAH ALAM 13 Julai - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengecam kekerasan dan keganasan yang dilakukan polis ketika bertindak menangkap peserta Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sambil menyifatkan ia pencabulan hak asasi manusia. Pesuruhjayanya Muhammad Sha'ani Abdullah (foto) berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS. Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. "Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya. Sha'ani yang turut memantau perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga merupakan satu pencabulan. Dalam pada itu, beberapa peserta himpunan itu berkesempatan menceritakan detik-detik cemas mereka ketika dikasari, diherdik malah dihertet ke dalam trak polis. Rata-rata peserta yang ditemui, kesal dengan tindakan ganas polis ketike berdepan dengan perhimpunan aman Bersih sambil persoalkan kegagalan pihak berkuasa itu dalam menjamin keselamatan rakyat dalam negara ini. [Kenyataan Suhakam ini sudah pasti akan mengejutkan pihak kerajaan sebenarnya. Apakah kerajaan boleh menuduh agensi yang diwujudkan sendiri oleh mereka itu kini berpihak kepada pembangkang?. Padahal Suhakam melihat dari sudut kebebasan sebuah negara demokrasi dan juga hak-hak asasi manusia. Namun begitu, kesalahan tidak wajar diletakkan sepenuhnya kepada pihak polis kerana mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Arahan telah dikeluarkan dan dalam keadaan yang genting seperti itu, apa saja boleh berlaku jika ada tindakan provokasi daripada mana-mana pihak. Apapun, rakyat tetap akan terus bangkit untuk berjuang menuntuk keadilan dalam pilihanraya sehingga bila-bila. Tambahan pula jika pihak SPR sewenangnya bertindak memperlekehkan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 itu sebenarnya. Oleh itu, semua pihak perlulah kembali ke meja rundingan demi kesejahteraan rakyat Malaysia]. |
Lynas Corporation Peruntukkan US$210 Juta Bagi Membangunkan Fasa Kedua Kilang Penapisannya Posted: 13 Jul 2011 01:47 AM PDT KUANTAN 13 Julai - Anak syarikat pembekal nadir bumi, Lynas Corporation, di Malaysia, memperuntukkan sehingga US$210 juta bagi pembinaan fasa kedua kilang penapisan yang dirancang di Kuantan, Pahang. Menurut laporan Australian Associated Press (AAP), Lynas Malaysia telah menandatangani surat anugerah dengan syarikat kejuruteraan Thai, Toyo-Thai Corporation, bagi kerja-kerja pembinaan fasa kedua di kilang bahan maju Lynas yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini. Surat anugerah itu merupakan harga keseluruhan pembinaan fasa kedua kilang penapisan itu yang bernilai antara US$180 juta hingga US$210 juta. Tertakluk kepada kelulusan, pembinaan itu dijadualkan siap pada tiga bulan terakhir 2012. APP berkata, fasa pertama kilang itu juga dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Awal bulan ini, saham Lynas turun berikutan laporan media bahawa kilang itu ditangguhkan selama satu hingga dua tahun. Bagaimana pun pihak Lynas menafikan laporan tersebut. [Rakyat akhirnya perlu akur dengan fenomena yang berlaku, terutamanya dalam isu Lynas ini. Berjuang jika tiada penghujungnya pasti akan menyebabkan mereka kecewa akhirnya. Namun, Lynas akan terus melebarkan sayapnya dan beroperasi tanpa sebarang sekatan. Cuma, rakyat amatlah berharap segala apa yang menjadi igauan buruk mereka termasuk radioaktif tidak akan berlaku. Soalnya, apakah jaminan sekarang ini boleh memastikan ia tidak berlaku pada masa akan datang?. Semua ini mungkin hanya ramalan dan sukar untuk ditafsirkan sehingga ia benar-benar berlaku kelak. Rakyat perlu menerima hakikat bahawa Lynas akan menjadi salah satu pemangkin ekonomi ke arah pembangunan negeri ini]. |
Posted: 13 Jul 2011 01:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) wajar diperhalusi dan dipertimbangkan secara bersungguh-sungguh oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris (foto) turut menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan bagi meneliti dan menilai secara objektif tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih berdasarkan kepada beberapa perkembangan yang hangat berkaitan isu tuntutan itu. Bagi tujuan tersebut, pihaknya ingin menyeru pihak SPR dan Bersih meneruskan usaha rundingan bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong yang meminta supaya isu ini diselesaikan menerusi dialog. Beliau berkata, sekiranya terdapat sebahagian dari tuntutan tersebut di luar dari bidang kuasa SPR, kedua-dua pihak harus bersetuju tentang langkah yang seharusnya dilakukan untuk tempoh terdekat dan jangka panjang bagi merungkai isu berbangkit berkaitan tuntutan tersebut. Menurutnya, di dalam suasana masyarakat Malaysia hari ini dan kesedaran terhadap nilai demokrasi yang semakin tinggi, sebarang pengesyoran dan permintaan yang boleh membawa kepada pengukuhan amalan dan sistem demokrasi seharusnya diraikan secara positif dan konstruktif. "Tambahan pula dalam konteks ini ialah berkaitan amalan pilihanraya yang merupakan nadi kepada sistem demokrasi itu sendiri," ujarnya. Amalan pilihanraya yang dihormati oleh semua pihak akan membawa kepada kewibawaan keputusan yang diperolehi. Ini, tambahnya secara langsung akan menyumbang kepada kesatuan penerimaan terhadap mandat kepimpinan yang dibentuk dan diputuskan oleh rakyat terbanyak. "Kepimpinan yang diperoleh menerusi mandat rakyat secara berwibawa akan mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan diyakini oleh segenap pihak di dalam dan di luar negara," ujar beliau lagi. [Nampaknya semakin banyak pihak yang tampil untuk menyokong hasrat bagi melihat pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Maka sepatutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil serius pandangan-pandangan ini. Mereka tidak perlu takut untuk melakukan perubahan jika badan itu benar-benar merasakan mereka jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi mengadili pilihanraya di negara ini. Soalnya, kenapa SPR seolah-olah menggelabah dan takut melakukan perubahan?. Sedangkan keadilan dalam pilihanraya itu perlu sekiranya benar SPR mahu bertanggungjawab kepada semua pihak. Masalahnya, rakyat melihat banyak keputusan yang dibuat oleh SPR mutakhir ini menjurus ke arah memastikan kemenangan UMNO Barisan Nasional. Inilah yang menakutkan rakyat. Mereka tidak takut kalah dalam pilihanraya, namun kekalahan itu biarlah bermaruah. Tapi jika kekalahan itu adalah percaturan, inilah yang dikatakan rasuah. SPR mempunyai undang-undang terhadap rasuah pilihanraya, tetapi begitu mudah mengatakan mereka tiada kuasa. Kenapa ini berlaku? Sebab mereka tahu rasuah kebanyakkan dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu sebenarnya. Justeru, piliharaya adil dan bersih wajar dituntut seluruh rakyat tanpa bezakan fahaman politik masing-masing. SPR perlu buat perubahan jika mereka benar-benar telus]. |
Posted: 13 Jul 2011 12:18 AM PDT Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu. Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Keputusan kerajaan ini sedikit mengelirukan rakyat sebenarnya. Ini kerana, dalam keadaan sekarang masih banyak kenderaan milik "golongan berada" yang menggunakan cermin gelap. Soalnya, banyak kes yang berlaku kenderaan terbabit dilepaskan oleh pihak berkuasa atas alasan mereka adalah VIP atau VVIP. Kenapa perlu ada undang-undang "double standard"?. Akhirnya rakyat yang tidak melakukan kesalahan tersebut cuba untuk melakukannya. Alasan yang diberikan, "jika mereka boleh masakan aku tidak boleh". Inilah senario yang berlaku sebenarnya. Satu lagi, kerajaan sepatutnya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan operasi terhadap semua kedai-kedai aksesori yang menjual barangan terbabit termasuk cermin gelap. Bukankah ia akan memudahkan kerja dan tidak meyusahkan rakyat. Jika bekalan tiada maka pasaran juga akan tiada. JPJ boleh menyamar dengan berpakai dan kenderaan biasa untuk memasang cermin gelap di kedai-kedai aksesori terbabit. Bila terbukti mereka melakukan kesalahan dan mudah sahaja barangan itu dirampas dan peniaga didakwa atas kesalahan berkenaan. Kenapa terlalu sukar JPJ mahu melakukan kerja sebegini. Jalan terbaik ialah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjalankan operasi yang berkenaan. Bukti, kedai aksesori bebas untuk membuat promosi gila-gila cermin gelap sedangka pihak kerajaan dilihat tidak pula buat operasi terhadap mereka |
Posted: 12 Jul 2011 10:24 PM PDT KUANTAN 13 Julai - Seramai lima puluh (50) sukarelawan terlibat menjayakan program Cakna Prihatin di Kampung Cherating di sini baru-baru ini. Program tersebut anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Universiti Shahputra dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating. Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) berkata, dalam program tersebut, pihaknya telah memilih sebuah rumah usang yang diduduki oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Effarizam Jabar, 33. Menurutnya, pemilihan itu disebabkan ayah kepada empat anak dan bekerja sebagai nelayan tersebut tidak mampu memperbaiki rumahnya berikutan pendapatannya yang tidak menentu. ''Atas keprihatinan itu, semua sukarelawan terbabit beri komitmen baik pulih rumah beliau supaya mereka dapat duduki rumah yang lebih selesa," kata Wan Emril. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Dato' Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan peruntukkan bagi menjayakan program tersebut. Wan Rosdy dalam ucapannya, memuji program terbabit serta mengatakan rasa bangganya kerana mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan itu terdiri daripada generasi muda. ''Program seperti ini dapat memupuk sikap dan budaya lebih positif di kalangan masyarakat dan berharap dapat dijadikan perintis bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti serupa pada masa depan,'' katanya. Sementara itu, Pengerusi Rakan Muda KIPSAS, Mozaid Hasbullah berkata, selain aktiviti tersebut, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk. Katanya, usaha tersebut dikendalikan oleh penuntut kejururawatan Kolej Universiti Shahputra (foto). Pihak lain yang turut terlibat menjayakan program itu ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan juga Sekolah Kebangsaan Cherating. Info Siber [Syabas dan tahniah kepada pihak yang berkenaan atas iniseatif yang baik seperti ini. Sewajarnya rakyat yang miskin dan susah perlu dibantu tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak kerajaan jika mahu UMNO terus mendapat tempat dihati rakyat. Langkah yang dilakukan oleh NGO seperti GPMS ini wajar dipuji kerana mereka lebih prihatin dalam membantu rakyat biarpun bukan dilandasan politik kepartian sebenarnya. Sepatutnya, perkara yang sama dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik baik kerajaan mahu pun pembangkang mulai sekarang. Rakyat haruslah dilayan secara adil dan saksama tanpa ada "double standard". Tanpa mereka siapalah kerajaan itu, kerana rakyat adalah penentu segalanya. Semoga aktiviti seperti ini dapatlah diteruskan pada masa yang akan datang. Rakyat Hakim Negara !!]. |
Posted: 12 Jul 2011 09:50 PM PDT PETALING JAYA, 13 Julai - Parti PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pilihan raya yang adil dan telus jika mereka tidak mahu berdepan dengan satu lagi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0). Justeru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) mahu SPR melaksanakan empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersih kepada suruhanjaya itu dalam kadar segera. "Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera kita akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi. "Ada tuntutan yang boleh disegerakan oleh SPR, kalau tiada perubagan kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar," katanya. Lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih adalah supaya SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor. Mengulas lanjut mengenai Bersih 3.0, Mohamad berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Bersih terlebih dahulu. "Kita akan bincang dengan Bersih dahulu jika tidak setuju barulah kita bincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Bagi meneruskan agenda Bersih kita juga mencadangkan supaya setiap hari Sabtu dijadikan hari memakai baju Bersih atau baju berwarna kuning," katanya. Berhubung larangan daripada pihak polis tidak membenarkan pemakaian baju Bersih, Mohamad perkara tersebut hanya haram pada UMNO tetapi tidak daripada segi undang-undang. [Sewajarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka dalam menerima teguran daripada rakyat. Sesiapa pun berhak untuk menegur kerana SPR dibayar gaji oleh kerajaan hasil duit rakyat. Tindakan pihak SPR mencanangkan kononnya tiada ruang lagi untuk perbincangan bagi menambah baik sistem pilihanraya di negara ini sememangnya tidak wajar. Jika itu keadaannya, apa guna PM Najib Razak mengumumkan KPI untuk setiap Menteri bagi menilai prestasi masing-masing. Maka sepatutnya SPR mengadakan perbincangan secara terbuka bagi menangani isu ini secara lebih profesional lagi pada masa akan datang. Rakyat hanya mahukan keadilan dalam pilihanraya. Bukan bermakna SPR itu tidak adil, tetapi ada beberapa kepincangan yang perlu diperbetulkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Jalan terbaik ialah duduk semeja dan berbincang ke arah itu sebelum PRU-13 ini. Rakyat mahu melalui satu proses pilihanraya yang terbaik untuk semua bukan untuk sebelah pihak sahaja. Apapun, pilihanraya di negara ini perlulah diperbaiki supaya ia jadi yang terbaik]. |
Terkini: Perbicaraan Kes Liwat, Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh 8-26 Ogos Untuk Anwar Bela Diri Posted: 12 Jul 2011 08:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya. Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini. Pada 6 Julai 2011 yang lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu. Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Sementara itu Awar akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat membela diri pada perbicaraan kes liwat tersebut. Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu, pihaknya juga akan memfailkan permohonan pada minggu depan untuk mendapatkan perintah agar pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan sebelum mereka tentukan saksi-saksi lain yang akan dipanggil di peringkat itu nanti. [Kes yang semakin memeningkan mereka yang berfikir secara waras sebenarnya. Banyak fakta dan keterangan yang nampak menarik tetapi terkadang indah khabar dari rupa. Apakah kes ini hanya akan selesai menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Terdapat sumber mengatakan kemungkinan besar itu harus berlaku. Anwar bakal berhadapan dengan laluan sukar dalam kerjaya politiknya selepas ini. Apapun, sokongan rakyat terhadap beliau semakin bertambah-tambah biarpun ramai penyokong UMNO sudah menjatuhkan hukuman yang dia memang bersalah dalam kes ini. Paling menarik, tarikh yang diputuskan oleh mahkamah itu sebenarnya jatuh pada bulan Ramadhan iaitu ketika umat Islam jalani ibadah puasa. Biasanya kebenaran akan terserlah di bulan baik itu nanti. Sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes ini]. |
Posted: 12 Jul 2011 11:49 AM PDT KUANTAN, 13 Julai - Orang ramai terutamanya mereka yang membantah projek pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat sini, kecewa bila ada beberapa orang pemimpin pembangkang yang "cakap tidak serupa bikin" dalam isu ini. Mereka membantah Lynas di depan rakyat, sebaliknya mereka mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat itu sendiri. Malah, kami juga mendapat beberapa maklumat tentang pembabitan pihak terbabit sebelum ini. Cuma, untuk mengelakkan salah faham maka perkara itu dirahsiakan dari pengentahuan semua pihak. "Saya hairan dengan sikap pemimpin terbabit, di depan kita mereka lantang membantah Lynas tetapi dibelakang rupanya mereka juga mendapat projek di dalam syarikat tersebut. Ini munafik namanya!", kata seorang penduduk Balok Makmur yang ditemui pagi tadi. "Memang saya tahu perkara ini, tapi saya tidak berani untuk mengesahkannya kerana tidak cukup bukti. Tapi bila saya arahkan beberapa orang sahabat yg bekerja di dalam Lynas menyiasat. Ternyata ia ada kebenarannnya", tambah beliau lagi dengan nada kecewa. Kami juga terkejut dengan maklumat ini. Amatlah malang bagi rakyat yang membantah Lynas apabila ada pemimpin yang rupanya mendapat untung lumayan daripada projek itu. Di fahamkan, ramai juga anak-anak penyokong pembangkang yang bekerja dengan Lynas. Alasan yang diberikan, selama ini mereka tidak tahu kilang Lynas itu berbahaya. Malah, mereka juga tidak tahu bantahan rakyat sehebat hari ini. Soalnya, bukankah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah membawa isu ini ke parlimen sejak awal lagi. Maka, mana mungkin mereka semua tidak tahu. Benarkah ada pemimpin pembangkang terlibat secara langsung projek Lynas Kenapakah mereka sanggup khianat kepercayaan yang diberikan rakyat [Bagi kami, kebenaran itu hanya boleh tertegak dengan keikhlasan dan kejujuran. Jika ada unsur-unsur sebegini maka sampai bila-bila pun kes ini tidak akan selesai. Jika itu keadaannya, apa guna rakyat bangkit menentang?. Sedangkan projek tersebut kini hampir siap dan dijangka memulakan operasinya September ini. Malah, sudah pun disahkan oleh pegawai IAEA bahawa mereka akan mempunyai pejabat di kawasan kilang terbabit dekat Gebeng yang akan memantau operasi dan tahap radiasi Lynas. Difahamkan juga, pejabat itu akan beroperasi 24 jam sehari dalam tempoh seminggu untuk menastikan tidak berlaku sebarang unsur yang boleh memudaratkan rakyat. Rakyat digesa agar bertindak dengan fikiran yang waras dan tidak terlalu mengikut emosi dalam hal ini. Memang benar selama ini mereka dimomok-momokkan dengan berita negatif semata-mata oleh pemimpin dan NGO terbabit. Tetapi, bila ada pendedahan pemimpin berkenaan juga terlibat dengan projek ini. Maka, apakah kita boleh percaya keikhlasan mereka atau kita telah diperalatkan untuk kepentingan masing-masing?. Inilah yang harus disedari oleh rakyat sekarang. Sampai bilakah rakyat harus terus tertipu sebegini gamaknya !]. |
Isu Saman: Bekas Timbalan Menteri Tanah Dan Koperasi Tidak Akan Beri Keterangan Kes Felda Posted: 12 Jul 2011 11:15 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai - Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong (foto) tidak akan memberi keterangan dalam saman RM200 juta yang difailkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap beliau. Peguam Dr Kee Kwong, Ranjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa defendan (Dr Kee Kwong) tidak mempunyai kes untuk menjawab berhubung saman Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd. Ranjit memberitahu mahkamah demikian selepas peguam utama Datuk Mahinder Singh Dulku yang bertindak bagi plaintifnya (Felda dan Felda Global Ventures) memaklumkan bahawa plaintif telah menutup kes itu selepas memanggil empat saksi. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusuf tetapkan 20 Julai ini untuk dengar hujahan. Sebelum itu, Hakim Zabariah menolak permohonan Mahinder untuk tangguhkan perbicaraan kerana beliau mahu hantar sapina kepada wartawan Suara Keadilan yang menemubual Dr Tan berhubung satu artikel. Hakim berkata, sapina itu boleh dibuat selepas perbicaraan. 25 Januari lepas, Felda dan anak syarikatnya menyaman Dr Kee Kwong berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan yang bertajuk "Kontroversi" yang didakwa telah memfitnah mereka. [Sebelum ini kita hanya mendengar Felda di saman oleh peneroka, namun isu ini sungguh mengejutkan bila agensi terbabit pula menfailkan saman terhadap pihak berkenaan. Apapun, segala keputusan terletak kepada mahkamah untuk menentukannya. Felda berhak mempertahankan maruahnya dari terus tercemar. Sementara itu, pihak lain juga berhak untuk mendedahkan segala kepincangan yang berlaku seandainya ada asas dan bukti-bukti kukuh terhadap dakwaan tersebut. Harus diingat, Felda juga telah menjerat diri bila mana berani membuat pinjaman berbilion ringgit daripada KWSP baru-baru ini. Isu itu juga hangat kerana ia seolah-olah mengesahkan lagi bahawa terdapat kepincangan dalam pengurusan agensi terbabit selama ini. Sama-sama kita nantikan sinambungan kes ini]. |
UMNO Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangkis Tohmahan Pihak Pembangkang ! Posted: 12 Jul 2011 10:34 AM PDT KUANTAN 13 Julai - Badan Perhubungan UMNO Pahang telah mewujudkan jawatankuasa khas yang berperanan menangkis segala tohmahan dan dakwaan tidak berasas pihak pembangkang. Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata, jawatankuasa tersebut yang dianggotai ahli-ahli UMNO di negeri ini akan bergerak ke setiap lokasi yang menjadi tumpuan parti pembangkang berceramah atau berkempen. "Jawatankuasa khas ini akan menangkis apa saja bentuk penipuan atau tohmahan yang dibuat oleh mereka dan bertindak memperbetulkan apa yang mereka dakwa tidak betul. "Ini kerana, kita sedia maklum bahawa pembangkang akan memutar-belit segala fakta dan memainkan apa sahaja isu demi memburukkan kerajaan," kata Adnan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pahang Inovatif 2011 di Kompleks Yayasan Pahang di sini semalam. Menurut Adnan, jawatankuasa itu akan bergerak aktif mulai September ini kerana penubuhan badan itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak tertipu dengan muslihat pembangkang. "Tugas yang diamanahkan kepada badan itu bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan bukan senang untuk menjelaskan sesuatu perkara yang betul kepada rakyat sekiranya mereka telah terpengaruh dengan kata-kata pihak luar. "Bagaimanapun, pendekatan ini dilakukan bagi menjelaskan apa sahaja tohmahan yang dilemparkan agar rakyat tahu keadaan sebenar," jelas MB Pahang. [UMNO Pahang sepatutnya sudah lama menubuhkan jawatankuasa khas seperti ini. Tambahan pula banyak isu-isu panas yang didedahkan oleh pihak pembangkang masih gagal dijawab oleh pihak berkenaan. Bagi pihak pembangkang, mereka bernasib baik kerana mempunyai pentas terbuka untuk mendedahkan isu dan kepincangan yang berlaku terhadap pentadbiran kerajaan negeri biar pun ia dianggap fitnah. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai peluang untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat berbanding dengan UMNO. Justeru itu, jalan terbaik ialah mencari satu sistem terbaik untuk digunakan sebagai sumber maklumat berguna kepada rakyat. Rakyat yang celik ICT kini begitu mudah mendapat maklumat terkini menerusi internet. Inilah yang membuktikan kegagalan UMNO selama ini. Mereka akan terperangkap akhirnya dengan program ICT yang dilancarkan. Kerana peluang itu akan dimanfaat sepenuhnya oleh penyokong parti pembangkang dan bukan ahli-ahli UMNO BN sebenarnya]. |
Panas: 'Dua Pemimpin PAS' Johor Di Tahan Polis Gara-Gara Pakai Baju Bersih Tengahari Semalam Posted: 12 Jul 2011 09:53 AM PDT JOHOR BAHRU 13 Julai - Dua pemimpin PAS Johor ditahan polis kerana memakai kemeja T kuning mempunyai logo Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tengahari semalam. Mereka dikatakan memakain baju terbabit di hadapan Balai Polis Johor Bahru Sentral semalam. Mereka yang ditahan ialah Yang Dipertua PAS Johor Baru, Rosli Kemin dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim pada pukul 12.20 tengah hari. Ketika ditahan pukul, kedua-duanya sedang mengiringi Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfouz Mohamed bersama beberapa ahli Pas lain membuat sidang akhbar berkaitan Bersih di sebuah gerai makan di hadapan balai polis tersebut. Sebelum penahanan tersebut, Mahfouz diiringi Ketua Penerangan PAS negeri, Mazlan Aliman dan beberapa ahli PAS lain membuat laporan di balai berkenaan berhubung beberapa perkara termasuk kekerasan yang digunakan polis terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Sabtu lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan itu berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan. [Agak mengejutkan bila tindakan ini dibuat terhadap pemimpin terbabit. Bukankah Himpunan Bersih 2.0 sudah berakhir dan ini bermakna mereka yang memakai baju itu bukanlah untuk berkempen atau menarik orang ramai menyertainya. Tindakan merampas baju dan sebagainya boleh dilakukan sebelum program berjalan, tetapi bila ia sudah berakhir maka sesiapa sahaja bebas untuk memakai baju masing-masing. Soalnya, mungkin ada isu lain yang menyebabkan pihak polis terbabit terpaksa berbuat demikian agaknya. Apapun kita mengharapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi di negeri Pahang. Lebih penting lagi, kepada rakyat agar berhati-hati dengan semua ini kerana isu terbabit masih hangat diperkatakan. Lebih elok agar mereka tidak bertindak mempromosikan Bersih 2.0 biar pun program sudah berakhir. Inilah padahnya yang berlaku kepada pemimpin PAS di Johor itu. Semoga semua berwaspada !]. |
Posted: 12 Jul 2011 09:39 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai - Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam semalam tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi. Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (foto) berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman. Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital. Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan pada Sabtu lalu. [Nampaknya isu ini semakin panas bila Majlis Peguam pula campur tangan. Namun, pihak terbabit ada hak untuk memberi kenyataan terbuka kerana mereka menghantar wakil bagi memantau perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis mungkin mempunyai bukti termasuk rakaman video berkaitan untuk menafikan tindakan tersebut. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan pendedahan video itu?. Apatah lagi bagi mereka yang berada di lokasi yang berkenaan. Sepatutnya, pihak hospital awal-awal lagi menutup pagar dan tidak membenarkan premis mereka dijadikan lokasi perlindungan mana-mana pihak. Inilah yang memungkinkan ada gas dan meriam air yang akhirnya dihalakan ke bangunan tersebut. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan? Pihak polis, peserta demo atau pengurusan hospital. Semoga isu ini dapat selesai dengan sebaik mungkin]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan