Pahang Daily Online |
Posted: 11 Jul 2011 06:26 AM PDT SHAH ALAM 11 Julai - Di sebalik gesaaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya "majoriti senyap" yang menentang himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu bersuara di ruang siber, sebuah profil baru di Facebook yang menggunakan identiti "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) kian mendapat sambutan rakyat. Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka). Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini. Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati. Namun katanya, kini sudah tiba masanya bagi mereka berhenti dan menyuarakan pandangan masing-masing. Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0, sebagai landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan. Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang. Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama. Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat. Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara 100 tingkat) kini disukai 300,000 orang. tvsnews. [Kerajaan UMNO BN bernasib baik kerana mereka memiliki segala jentera termasuk media arus perdana untuk menganyang pembangkang. Lihat apa yag berlaku, bila PM Najib Razak dengan jelas menghina dan memperlekehkan suara rakyat yang menuntut perubahan menerusi perhimpunan Bersih 2.0. Beliau lupa bahawa perhimpunan itu bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan oleh rakyat negara ini yang berada di seluruh dunia. Masyarakat antarabangsa kini mula menghidu segala penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan sejak sekian lama. Penggunaan segala jentera termasuk badan bebas pengendali pilihanraya sebagai senjata untuk memastikan kemenangan mereka sejak sekian lama kini sudah diketahui dunia. Apa lagi yang mahu dipertahankan, selain memperkukuhkan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bersikap bebas, adil dan telus dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus bangkit memberontak dan menyatakan bantahan demi keadilan sejagat. Sampai bilakah rakyat Malaysia mahu terus ditipu oleh SPR?. Rakyat digesa terus bangkit menyatakan bantahan demi maruah negara yang telah tercemar]. |
Eksklusif: Himpunan Bersih 2.0, Buktikan Suara Rakyat Malaysia Telah Bergema Seantero Dunia ! Posted: 10 Jul 2011 11:45 AM PDT Majoriti rakyat Malaysia yang menuntut perubahan pilihanraya yang bersih terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN kononnya perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini telah gagal. Malah mereka menuduh perhimpunan rakyat itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh sekitar 5,000 hingga 6,000 peserta sahaja. Padahal, jikalau angka itu yang diberikan oleh Ketua Polis Negara kepada Perdana Menteri, maka ternyata puak-puak UMNO BN sudah gagal untuk berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat sebenarnya. Malah, angka itu hanya layak untuk digambarkan kepada beberapa himpunan Bersih 2.0 yang turut diadakan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia. Mereka sama-sama mahu melihat negara ini kembali mengamalkan demokrasi berparlimen yang dihormati. Bukannya, sebuah negara demokrasi yang berpelembagaan, tetapi hanya untuk rakyat yang tidak menyokong mereka. Sebaliknya, bagi rakyat yang menyokong kerajaan mereka bebas melakukan apa saja tanpa kekangan undang-undang itu sendiri. Sebagai bukti bahawa perhimpunan Bersih 2.0 turut disokong oleh rakyat Malaysia seantero dunia, maka disini kami paparkan beberapa gambar dan video yang berkaitan sebagai bukti bahawa kerajaan UMNO BN kini sebenarnya telah pun ditolak oleh sebahagian besar rakyat. [Ternyata kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Mereka kini hanya bernafas dengan adanya media arus perdana bagi membuat propaganda kononnya masih diterima. Walhal, jika diadakan kaji selidik secara rambang sekali pun memang sah yang UMNO BN sepatutnya sudah dikapankan sejak PRU-12 lalu lagi. Namun, dek kerana pilihanraya yang jelas tidak bebas dan adil, akibat sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berterusan bersekongkol dengan UMNO BN maka hasilnya tetap sama. BN terus dimenangkan biarpun telah ditolak oleh majoriti rakyat. Lantaran itulah, pilihanraya yang bersih dan adil dituntut agar tidak berlakunya permainan kotor dalam PRU-13 akan datang. Rakyat mahu melihat satu perubahan dalam sistem politik yang lebih menguntungkan mereka. Penipuan dan penyelewengan yang dilakukan wajar ditentang habis-habisan demi masa depan generasi akan datang. Sila KLIK SINI untuk lihat perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan di seluruh dunia. Ia sebagai bukti bahawa BN kini kian nazak sebenarnya!]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan