Pahang Daily Online |
- Jenazah "Allahyarham Baharuddin Ahmad" Yang Meninggal Dunia Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 Semalam Selamat Di Kebumuikan Tengahari Tadi
- Eksklusif: Himpunan Bersih 2.0, SPR Perlu Sedar Bahawa Ramai Rakyat Malaysia Kini Tidak Mahu Terus Di Tipu Dalam Pilihanraya Buat Selamanya
- Musykil: Ketua Polis Negara Merujuk Statisk Yang Mana Satu Untuk Nyatakan Himpunan Bersih 2.0 Hanya Di Hadiri 5,000 Hingga 6,000 Orang Sahaja
- PAS Tegaskan Putrajaya Perlu Bertanggungjawab Ke Atas Kematian Perserta Himpunan Bersih 2.0 !
Posted: 10 Jul 2011 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Julai - Allahyarham Baharuddin Ahmad, 56, yang meninggal dunia di Perhimpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan di Tanah perkuburan AU4 Ampang jam 12.50 tengahari ini. Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam. Orang ramai bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir terhadap jenazahnya. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang awal tiba menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar. Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam. Difahamkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa anjuran parti PAS. Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di Tanah Perkuburan AU4, Keramat, Ampang [Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tn.Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya. Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam. Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham. Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya]. |
Posted: 10 Jul 2011 01:03 AM PDT Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara selama secara dasarnya telah berjaya. Biar pun kerajaan UMNO BN pimpinan PM Najib Razak mengatakan polis yang berjaya, namun hakikatnya polis telah gagal menghalang puluhan ribu rakyat untuk hadir berbondong-bondong bagi menyertai himpunan tersebut semalam. Sekatan jalan raya yang dilakukan di sana sini, gagal menghalang rakyat untuk bersama-sama menyatakan bantahan terhadap kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Rakyat sudah tidak rela untuk terus ditipu lagi. Mereka bangkit menyatakan bantahan demi untuk melihat keadilan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Biarpun seribu alasan yang diberika oleh SPR, namun hakikatnya memang mereka adalah penipu besar yang telah memenangkan UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya. Memang benar, ada diantara pemimpin UMNO yang begitu lantang mengatakan jika SPR tidak telus dan adil masakan pula pembangkang boleh menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di parlimen. Malah, pembangkang menang di beberapa buah negeri. Itulah kenyataan yang diulang-ulang bagi membuktikan kononnya SPR itu bersikap adil. Jika ahli politik yang berkata demikian, mungkin ia tidak menjadi satu kemusykilan. Namun terkadang pemimpin SPR sendiri yang turut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bukankah ini amat tidak wajar. Nampak benar SPR mengalunkan lagu yang sama dengan pemimpin UMNO BN sejak sekian lama. Padahal mereka lupa, jika SPR itu telus dan adil, bukan 2/3 majoriti dinafikan dan bukan lima negeri yang tumbang. Malah, sudah pasti Putrajaya juga telah ditakluki berdasarkan undi popular yang diterima daripada majoriti rakyat. Maknanya, sehebat mana SPR menipu tetapi banyak lagi undi daripada rakyat yang diterima untuk perubahan. Lantaran itulah, kita agak hairan bila SPR nyata berpihak kepada UMNO BN dalam apa jua keadaan sekali pun. Malah, ia semakin menjadi-jadi terutamanya dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. [Maka itu, adalah wajar SPR sedia melakukan perubahan dan tidak terus menjadi tali barut dan talian hayat untuk UMNO BN semata-mata. Mereka dibayar gaji oleh duit rakyat dan amanah yang dipertanggungjawab itu perlulah dipikul dengan sebaik mungkin. Bukannya dikhianti seperti yang berlaku hari ini. Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam adalah bukti kebangkitan suara rakyat. Jika dilihat kepada bilangan mereka yang hadir, ternyata ia cukup luar biasa dan menakjubkan. Hanya pemimpin UMNO BN sahaja yang tidak mahu melihat kebenaran dan mengatakan himpunan tersebut gagal mendapat sambutan. Soalnya sekarang, apakah SPR mahu melakukan transformasi ke arah pilihanraya yang telus dan adil selepas ini?. Atau, mungkinkah mereka akan terus melihat kebangkitan suara rakyat terus bergema untuk menuntut perubahan?. Soalnya, sampai bilakah kita harus terus begini dan ditipu setiap kali musim pilihanraya?]. |
Posted: 09 Jul 2011 09:17 PM PDT Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (foto) menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara semalam jelas sekali sungguh memalukan. Nampak benar pihak polis gagal untuk mengira jumlah kehadiran rakyat biar pun mereka menggunakan kemudahan helikopter untuk memantau dari udara sebenarnya. "Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," kata Ismail semalam. Malah menurutnya, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan. Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur. Soalnya, benarkah apa yang dikatakan oleh Ismail itu?. Mungkin bagi rakyat di kampung pedalaman atau kawasan Felda yang hanya membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3 boleh percaya kata-kata beliau itu. Tapi, bagaimana dengan rakyat yang melihat sendiri perjalanan perhimpunan tersebut menerusi internet. Bukankah, kenyataan Ismail itu cukup memalukan dan sungguh tidak wajar sebenarnya. Bayangkan, jika mereka yang ditangkap oleh pihak polis itu pun menjangkau hingga ke 2,000 orang maka apakah mungkin yang hadir sekitar 5,000 hingga 6,000 orang. Hanya mereka yang celik mata dan tidak dibutakan hati sahaja yang boleh melihat kebenarangan. Malah, jumlah yang dinyatakan oleh Ismail itu hanya layak untuk menggambarkan rakyat yang hadir ke Jalan Hang Jebat berhampiran Petaling Street sahaja sebenarnya. Bagaimana dengan mereka lokasi yang lain seperti di hadapan Menara Maybank, KLCC, Sogo, Kg.Baru, KL Sentral dan yang berada di Taman Melewar itu sendiri agaknya?. Bayangkan, jika di hadapan Menara Maybank itu pun ramainya sebegini Begitu juga dengan sebegini ramai berhimpun di hadapan bangunan KLCC Bagaimana pula dengan gambaran sekitar Petaling Street dan Brickfiled ini |
PAS Tegaskan Putrajaya Perlu Bertanggungjawab Ke Atas Kematian Perserta Himpunan Bersih 2.0 ! Posted: 09 Jul 2011 08:56 PM PDT KUALA LUMPUR 10 Julai - Parti PAS menegaskan Putrajaya perlu bertanggungjawab ke atas kematian seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 semalam, kata Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (foto). Malah, PAS turut mengecam pendekatan pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan itu yang disifatkannya sebagai "ganas". Husam berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam. Beliau yang juga suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu sempat melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan. Jenazah Baharuddin dijangka akan dikebumikan sebelum Zohor. "Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas. "Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia," kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi . Seramai 1,840 orang ditahan termasuk juga pemimpin Pakatan Rakyat. [Tindakan pihak polis atas arahan kerajaan UMNO BN ini amatlah tidak wajar sebenarnya. Mereka sengaja membuat kekecohan dengan tindakan menggunakan water canon dan gas pemedih mata terhadap rakyat. Malah, amat melucukan apabila Ketua Polis Negara mengatakan kerajaan sudah meluluskan penggunaan Stadium Merdeka tetapi penganjur tidak mahu mengadakan perhimpunan tersebut di situ. Walhal, di sekitar kawasan stadium itu juga mereka meletakkan begitu ramai anggota polis untuk menghalang peserta memasukinya. Akhirnya inilah yang berlaku. Nyawa melayang akibat kerakusan pihak polis bertindak menyuraikan keadaan. Apakah mereka boleh bergembira melihat senario yang berlaku ini. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tetapi mereka pula yang melakukan provokasi dan menyerang rakyat yang tidak berdosa, hanya kerana mereka mahu pembersihan dalam amalan pilihanraya negara ini]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan