KUALA LUMPUR, 9 Julai -
Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan berlangsung jam 2.00 petang ini nampaknya semakin panas apabila terdapat maklumat yang mengatakan
"darurat" akan diisytiharkan oleh pihak kerajaan bila-bila masa dari sekarang. Ia ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan negara sekiranya perintah darurat dikeluarkan hari ini. Beliau bagaimanapun berkata, ATM hanya akan bertindak sedemikian selepas pengumuman mengenainya diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menurutnya, walaupun tugas menjaga keselamatan negara di bawah kuasa polis namun ATM boleh mengambil alih tugas itu atas perintah
Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan kepada senario pada waktu ini, sememangnya keadaan darurat itu kemungkinan besar akan berlaku. Tambahan pula difahamkan telah berpuluh-puluh buah
kereta perisai dan ribuan anggota tentera dipercayai telah ditempatkan diserata ceruk bandaraya Kuala Lumpur sejak beberapa hari yang lalu. Suasana agak cemas ketika ini, apabila begitu ramai anggota polis bersiap sedia seolah-olah satu peperangan besar akan berlaku. Jalan-jalan utama ditutup di sana sini dan orang ramai tidak dibenarkan melaluinya, walaupun atas urusan peribadi. Tinjauan kami mendapati, satu sekatan jalanraya telah diadakan di
Plaza Tol Bentong. Dipercayai beberapa orang sahabat dari Jengka telah dibawa ke
IPD Bentong setelah pihak polis mendapati mereka membawa baju kuning Bersih 2.0 awal pagi tadi. Sementara itu di
Hotel Brisdale, pula Saudara
Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) hampir ditangkap polis, apabila biliknya telah diserbu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan