| Polis "Menolak Permohonan Permit", Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Untuk Mengadakan Perhimpunan Gerak Aman Di Stadium Titiwangsa Posted: 08 Jul 2011 02:34 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis menolak permohonan permit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang ingin mengadakan perhimpunan digelar "Gerak Aman" di Stadium Titiwangsa di sini dari pukul 2 hingga 5.30 petang esok. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, permohonan itu tidak diluluskan kerana stadium tersebut telah ditempah lebih awal oleh sebuah pertubuhan sukan yang akan menganjurkan acara sukan pada 9 dan 10 Julai. "Setelah kita mendapat maklumat ini daripada pihak berkuasa stadium berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, dan mengambil kira pelbagai aspek keselamatan, kita putuskan bahawa permohonan permit mereka ditolak," katanya pada sidang media di sini hari ini. Zakaria berkata, Perkasa yang dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui faks, akur dan tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan di lokasi tersebut. Sehubungan itu, beliau meminta anggota pertubuhan terbabit dan orang ramai agar tidak menghadirkan diri ke stadium berkenaan esok atau sekiranya "mereka ingkari arahan", polis akan ambil tindakan.
|
| Bersih 2.0 : Polis Hari Ini 'Secara Rasmi' Menolak Permohonan Penganjur Mengadakan Himpunan Di Kuala Lumpur Esok Atas Faktor Keselamatan !! Posted: 08 Jul 2011 02:16 AM PDT  KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis hari ini secara rasmi menolak permohonan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu negara esok atas sebab keselamatan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman (foto) berkata dengan pendirian itu, pihaknya akan menangkap sesiapa yang berbaju kuning Bersih dan berhimpun. Zulkaranain mengesahkan menerima permohonan Bersih untuk menganjurkan perhimpunan aman itu pagi tadi. Pihak Bersih 2.0 boleh membuat rayuan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam, kata beliau. "Ada permohonan daripada seorang wanita yang saya tidak boleh sebut nama atas dasar keselamatan, saya sebagai Ketua Polis Dang Wangi tidak meluluskan untuk adakan sebarang perhimpunan," tambahnya.Ditanya sekiranya polis akan mempertimbangkan sebarang rayuan Bersih, Zulkarnain menegaskan tidak boleh memberi jaminan kerana ianya di luar bidang kuasa beliau. Zulkarnain menafikan pihaknya pada awal meluluskan permit itu dan kemudian menarik balik kebenaran itu. Jelasnya lagi, sekiranya peserta Bersih 2.0 berkeras untuk melakukan perhimpunan itu tanpa permit dan berpakaian kuning pada esok hari maka mereka boleh didakwa si bawah Seksyen 27 Kanun Keseksaan. Tambah beliau, pihak polis telah bersedia bermula hari ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan namun tidak menyatakan jumlah anggota yang dikerahkan. "Kita sudah bersedia lebih awal untuk pastikan daerah Dang Wangi terjamin," tambah Zulkarnain lagi. |
| Bersih 2.0 : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Tidak Hirau Larangan Ke Atasnya Serta 90 Individu Lain Agar Tidak Memasuki KL Esok !! Posted: 08 Jul 2011 01:53 AM PDT HULU TERENGGANU 8 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) tidak akan menghiraukan larangan yang dikenakan ke atasnya bersama 90 lagi individu agar tidak memasuki Kuala Lumpur esok. Ketika menyampaikan ceramah pada program Gempur Perdana anjuran PAS Terengganu di Kuala Berang dekat sini malam tadi, beliau memberikan gambaran akan tetap berada di Kuala Lumpur pada tarikh itu walaupun dilarang berbuat demikian. Menurutnya, tiada sebab beliau tidak boleh berada di Kuala Lumpur atas alasan beliau serta keluarga mempunyai rumah kediaman dan memang menetap di situ. Beliau seterusnya mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan serta mahkamah yang mengeluarkan perintah melarang beliau serta individu lain daripada memasuki Kuala Lumpur.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan