Khamis, 7 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Satu Penghormatan Buat Warga Jengka, Bandar Pusat Di Isytiharkan Sebagai Bandar Tun Razak Oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak Hari Ini !

Posted: 07 Jul 2011 12:16 AM PDT

MARAN, 7 Julai - Satu penghormatan buat warga peneroka gugusan Wilayah Jengka dekat sini apabila Bandar Pusat Jengka secara rasmi diisytiharkan sebagai Bandar Tun Abdul Razak oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Pengisytiharan tersebut dibuat bersempena dengan sambutan Hari Peneroka Felda 2011 yang disambut mulai hari ini hingga 10 Julai ini. Dikelilingi persekitarannya oleh 25 gugusan Felda Jengka serta enam lagi Felda yang berhampiran, dan ditadbir oleh Majlis Daerah Maran. Sambutan hari peneroka kali ini diadakan di Stadium Mini bermula hari ini hingga 10 Julai 2011. Dalam pada itu Najib turut mengumumkan pelan pembangunan bersepadu bandar itu bernilai RM250 juta yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan bola sepak Felda United bakal memiliki stadium sendiri yang akan dibina di Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Stadium itu akan dibina dengan kos RM87.9 juta. "Pembinaan stadium ini dengan kos RM87.9 juta adalah sebahagian daripada peruntukan RM250 juta bagi projek pembangunan bersepadu di Bandar Tun Abdul Razak ini," katanya. Bandar Pusat Jengka yang wujud hasil kejayaan tanah rancangan akan ditukar namanya kepada Bandar Tun Abdul Razak bagi menghargai jasa bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak membangunkan Felda. Sempena sambutan Hari Peneroka Felda itu, Najib turut melancarkan program Guarded Community bagi memastikan semua 317 kawasan rancangan Felda berada dalam keadaan selamat. Beliau juga telah menyampaikan beberapa anugerah seperti Anugerah Sekolah Bestari, Usahawan Tani Felda, Pingat Khidmat Bakti dan juga Anugerah Keceriaan Kampung Felda.

[Syabas dan tahniah buat rakyat Jengka. Namun satu persoalannya pembangunan bandar tersebut masih ditahap sederhana hingga ke hari ini. Masuk kali ini sudah dua kali bandar ini bertukar nama dari Bandar Pusat Jengka ke Bandar Jengka dan kini Bandar Tun Razak pula. Apapun, keputusann yang dibuat ini diharap akan memangkin pembangunan bandar tersebut agar ia selaras dengan pembangunan semasa di kawasan lain. Jalan-jalan di kawasan Jengka terutamanya dari Bandar Jengka ke Simpang Awah perlulah dibesarkan bagi mengelakkan kejadian tidak dingini berlaku. Pada masa itu, jalan berkenaan begitu sempit dan amat berbahaya kepada lalu lintas. Apakah peruntukan yang dikeluarkan itu juga akan termasuk kemudahan jalanraya itu tadi?. Semoga warga Jengka akan lebih berdaya maju dengan pembangunan yang bakal dikecapi atas peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan ini. Selamat Hari Peneroka!].

Tan Sri Muhyiddin Yassin "Membidas" Penganjur Perhimpunan Bersih 2.0 Berdegil Hendak Buat Di Stadium Mereka Walau Pun Di Tolak Oleh Kabinet

Posted: 07 Jul 2011 12:05 AM PDT

PUTRAJAYA 7 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) membidas penganjur perhimpunan 9 Julai kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walaupun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan di situ. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium. "Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi lagi... nak lawan tak habis-habis, tiada niat baik dan sikap bertolak ansur. Apa yang saya lihat, tiada keikhlasan. "Ini semua untuk provokasi dan menimbulkan perasaan kebencian. Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan (jalanan) haram. Rakyat rasa lega dan selamat. "(Tapi) saya dengar laporan tidak rasmi, mereka akan berarak dari satu penjuru alam ke satu penjuru alam nak menuju ke tempat itu. Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi... itu saya serah kepada polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga pada hari ini.

[Muhyiddin kata penganjur bidas kabinet dengan berkeras untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa kabinet sebenarnya perlu dibidas kerana mempunyai Perdana Menteri yang menipu rakyat. Sebelum ini PM sendiri mengatakan sedia memberi peluang penganjur untuk menjadikan stadium sebagai tempat berhimpun, tetapi tiba-tiba pula berdolak-dalih kononnya dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah, kabinet juga perlu dibidas kerana "derhaka" kepada perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan mempermain-mainkan penganjur dalam hal ini. Soalnya, kenapa sanggup bermain dengan kata-kata?. Bukankah ia akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan itu sendiri. Apapun mungkin isu ini bakal menyebabkan BN ditolak rakyat nanti, terutamanya bagi pengundi-pengundi atas pagar].

Himpunan "Bersih 2.0" Tetap Mahu Di Adakan Di Stadium Merdeka Seperti Yang Di Rancang, Malah Penganjur Mahu Najib Razak Tidak Mungkir Janji

Posted: 06 Jul 2011 09:05 PM PDT

Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata "kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana". Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium. Apa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan menggunakan hak perlembagaan untuk berkumpul secara aman dengan tujuan yang adil dan berpatutan dengan tidak akan berbelah bahagi. "BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet beliau berdolak dalik mengenai tawaran untuk menyediakan stadium bagi perhimpunan aman kami. "Sebagai ahli masyarakat madani, kami setia berpegang kepada prinsip integriti dan kami dengan sepenuh hati akan menuruti titah dan nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong untuk berhimpun di stadium untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Kami memilih Stadium Merdeka sebagai tempat yang terbaik untuk acara ini kerana ia simbolik dan terletak di lokasi yang munasabah. Kami tidak akan sekali-kali akan berubah niat dan tetap akan membuat himpunan yang aman di sana," kata kenyataan tersebut.


Ambiga dan jawatankuasa Bersih 2.0 tetap pilih Stadium Merdeka
[Menurut gabungan itu jika Perdana Menteri seorang yang boleh dipegang katanya, beliau akan membuat tindakan yang sewajarnya agar perhimpunan Sabtu ini dapat dilaksanakan secara aman di Stadium Merdeka. Kata BERSIH 2.0, kenyataan akhir yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang 'menasihatkan' rakyat supaya tidak "berbuat apa-apa selain daripada duduk di rumah masing-masing" sebenaranya percubaan menakut-nakutkan orang ramai. "Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air mahukan hak kami untuk memilih pemimpin kami dengan cara yang demokratik. Kami tidak akan ditakut-takutkan dengan penyalahgunaan kuasa yang tidak bermoral dan tidak adil. "Tanggungjawab pertama kami adalah untuk masa depan kami dan anak-anak kami. Kami sudah memasang tekad agar mereka tidak mewarisi negara yang diperintah berdasarkan ketakutan dan tidak berpandukan prinsip-prinsip keadilan". Kenyataan itu diakhir dengan: "Kami rakyat Malaysia akan tetap berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, 2 petang. Kami akan datang untuk berkumpul beramai-ramai, dan bersama kita membina Malaysia"]. mkini

Razali Alias: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Sudah Bersiap Siaga Untuk Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Yang Akan Datang Ini

Posted: 06 Jul 2011 11:36 AM PDT

KUANTAN, 7 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Menurut Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) "Saya menyeru supaya semua ahli PKR Pahang agar memberi sokongan terhadap perhimpunan aman itu jika ia diadakan Sabtu ini. Walau bagaimana pun seandaninya ada keputusan sebaliknya maka semua pihak perlu bersabar. Saya difahamkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengatakan bahawa kerajaan tetap mengharamkan Bersih 2.0 biarpun pihak penganjur telah mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Ini bermakna mereka tetap tidak mengikhtiraf perhimpunan tersebut walau diperkenankan oleh Agong. Justeru itu, sebagai ahli parti, kita wajar mendengar arahan pucuk pimpinan parti tentang perkembangan terkini perhimpunan tersebut", kata Razali Alias.

PKR Pahang Sudah Bersiap Siaga Hadapi PRU-13

Menyentuh tentang perkembangan terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang dalam menghadapi pilihanraya, Razali berkata partinya kini sudah bersiap siaga untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Beliau juga menyeru agar rakyat Pahang membuat perubahan dalam PRU-13 nanti, kerana sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat selepas sekian lama UMNO Barisan Nasional berkuasa selama ini. "Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP kini sudah memperkemaskan jentera parti masing-masing dan saya amat yakin kita akan diterima oleh majoriti rakyat kali ini. Banyak faktor yang menjurus ke arah itu termasuk sosio ekonomi, kebajikan dan kemiskinan rakyat yang berlaku hari ini. Maka rakyat sudah tiada jalan lain lagi selain melakukan perubahan", kata Razali.


[Pilihanraya Umum Ke-13 dijangka berlaku dalam tahun 2011 ini, berdasarkan kepada senario semasa sekarang. Andai ia benar berlaku maka sudah pasti parti-parti politik perlu bekerja lebih keras mulai sekarang. Tiada lagi alasan untuk beristirehat dan masing-masing perlu memulakan jentera pilihanraya mereka. Isu Lynas dijangka menjadi isu utama bagi Pakatan Rakyat di Pahang. Tambahan pula isu tersebut semakin panas sekarang ini. Pakatan Rakyat dijangka menarik banyak undi atas pagar terutamanya masyarakat kaum Cina gara-gara isu tersebut. Justeru itu, UMNO BN perlu berwaspada dan bekerja lebih keras lagi jika mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terutamanya di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang dimenangi PKR pada PRU-12 yang lalu. PKR perlu mantapkan program dan gerak kerja mereka terutamanya ceramah-ceramah umum yang kini jelas dimonopoli oleh parti PAS. Jika tidak, rakyat akan melihat PKR masih terus bergantung kepada jentera PAS dalam setiap kali pilihanraya. Sementara itu UMNO harus berusaha keras untuk mengekalkan kuasa di Pahang. Jika tersilap langkah kemungkinan besar negeri ini bakal jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13 ini nanti].

Tiada ulasan: