Pahang Daily Online |
- Edisi Global: Parti Pembangkang Menang Majoriti Mudah, 'Adik Perempuan Thaksin' Bakal Menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama Bagi Thailand !!
- Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!
- Pahang Daily Online Memohon Sumbangan Dana Ikhlas Daripada Semua Pembaca Budiman Untuk Teruskan Perjuangan Rakyat Menjelang PRU-13 !!
- Panas: Gara-Gara Pendedahan Oleh Blogger Tiba-Tiba SPR "Halang Capaian Ke Laman Web" Rasmi Semakan Daftar Pemilih Mereka Mulai Semalam !!
Posted: 03 Jul 2011 01:00 PM PDT BANGKOK, 4 Julai - Parti pembangkang Pheu Thai yang diketuai pemimpin de facto bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, menang majoriti mudah dalam pilihanraya umum negara itu, dengan memperolehi 255 kerusi daripada 500 kerusi parlimen pada jam 8 malam (9 malam). Sebelum itu menurut bancian oleh Universiti Sri Pathum University, Parti pembangkang Puea Thai Party yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan diramalkan menang 290 daripada 500 kerusi Parlimen. Puea Thai PartyYingluck yang diketuai oleh Shinawatra (foto) adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dari kaum wanita. "Ia kini jelas dari pilihan raya keputusan setakat ini bahawa parti Pheu Thailand telah memenangi pilihan raya itu, dan Parti Demokrat mengakui kekalahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pheu Thailand bagi hak untuk bentuk kerajaan," kata Abhisit bekas Perdana Menteri Thailand yang disiarkan oleh TV Thailand. "Saya akan memberi peluang kepada Yingluck, wanita pertama untuk membentuk kerajaan," katanya. "Saya mahu melihat perpaduan dan perdamaian. Parti Demokrat sudah bersedia untuk berada dalam parti pembangkang." katanya lagi. Menurut Polis dan Suruhanjaya Pilihan raya Thailand, 83.69 peratus undi telah dikira pada jam 8 malam. Bekas parti Demokrat itu memperolehi 163 kerusi, Bhumjai Thail (35), Chart Thai Pattana (21) dan Chart Thai Pattana Phea Pandin (10). Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand (4), Matubhum (2), dan Rak Santi serta Parti Baru Demokrat memenangi satu kerusi. [Senario yang berlaku di Thailand ini pasti menyebabkan Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tidur tak lena. Tambahan pula negara terbabit berjiran dengan Malaysia. Apakah tempias kemenangan parti pembangkang di Thailand itu akan merebak ke Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang terjadi ini membuktikan rakyat seluruh dunia sebenarnya mahukan perubahan. Mereka tidak boleh lagi bernaung dibawah satu parti kerajaan yang memerintah begitu lama seperti UMNO BN sekarang ini. Negara bukan Islam seperti Thailand boleh memberikan ruang terbuka kepada calon-calon yang bertanding, maka kenapa di Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam situasinya jauh berbeza sama sekali. Tidak malukah kita melihat semua ini. Maka itulah, rakyat mahukan satu pilihanraya yang bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 adalah landasan terbaik untuk rakyat menuntut perubahan selepas pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) permain dan menipu mereka selama ini]. |
Posted: 03 Jul 2011 12:47 PM PDT Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti di Malaysia ini. SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan tersebut, tiba-tiba sudah tidak boleh dilawati lagi. "Website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat memaparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk menyemak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja menyebabkan website ini tidak dapat diakses untuk mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR terbongkar kepada umum? [SPR]", kata beliau lagi. Bukti, laman web semakan daftar pemilih yang tidak boleh diakses lagi [Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?]. |
Posted: 03 Jul 2011 09:43 AM PDT Tanggal 31 Ogos 2011 ini maka genaplah tiga tahun blog panas Pahang Daily Online (PDO) ini berada di alam siber. Berbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi oleh pihak kami selama ini, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. PDO terpaksa bergerak dengan dana sendiri tanpa ada sokongan daripada mana-mana pihak. Cuma, terkadang blog ini dapat terus beroperasi seperti biasa dengan sedikit dana yang diperolehi menerusi ruangan iklan yang dipaparkan. Itu pun masih belum mampu untuk menanggung segala kos yang berkaitan. Banyak pahit manis dan ranjau berduri yang harus kami lalui sehingga akhirnya blog ini seolah-olah menjadi portal rasmi rakyat Pahang seantero dunia. Saban hari ada sahaja pembaca baru yang masuk dan menjadi pelanggan setia Pahang Daily Online. Banyak paparan isu rakyat, semasa, politik, kontroversi, sensasi, analisis dan sebagainya yang telah kami paparkan. Setakat hari ini sudah mencecah 3,700 posting yang telah dibuat untuk tatapan pembaca. Biar pun penuh dengan ranjau berduri, kami tetap beroperasi seperti biasa hingga terkadang terpaksa bergolok bergadai untuk memaparkan hanya yang terbaik kepada para pembaca. Malah, kami difahamkan bukan sahaja penyokong pembangkang yang melayari laman blog ini. Ramai juga dikalangan penyokong UMNO BN yang turut memberi sokongan kepada kami. Ramai wartawan dan krew kami telah datang dan pergi akibat tidak mampu membayar kos yang berkaitan. [Kini kami hanya mampu berdiri dengan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat. Kami sebenarnya amatlah memerlukan dana perjuangan daripada semua pihak. Jika tidak, kemungkinan besar Pahang Daily Online terpaksa ditamatkan operasi buat seketika dalam masa terdekat ini. Justeru, kami merayu kepada pembaca budiman yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan ikhlas ke tabung dana perjuangan Pahang Daily Online bagi membolehkan kami terus beroperasi seperti biasa. Kami juga amatlah mengharapkan sumbangan dana bulanan daripada semua pihak untuk meringgankan bebanan operasi kami. Sokongan semua amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kepada pembaca yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah disalurkan ke akaun krew pengiklanan kami CIMB 06-1000-1938-208 atau pun MBB 1560-9399-3135, atau hubungi talian berikut 012-3854400 untuk maklumat lanjut tentang perkara ini. Perhatian semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga dengan adanya sumbangan ini ia dapat memantapkan lagi perjuangan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nanti]. |
Posted: 03 Jul 2011 05:05 AM PDT Sungguh melucukan apabila kami mendapat makluman terkini daripada blog sahabat MiloSuam, mengatakan pihak SPR begitu gusar dengan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau perihal penipuan nama pengundi berdaftar. Ternyata SPR terus mengamalkan amalan penipuan tersebut sejak sekian lama. Mereka sebenarnya sudah menjadi seperti Pengadil Sukan Gusti (foto) yang ternyata "double standard" dalam membuat keputusan. Anehnya, SPR tidak mahu mengaku kelemahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. Bagi mereka rakyat Malaysia harus terus ditipu dulu, kini dan selamanya. Tanpa pilihanraya yang adil dan saksama maka selagi itulah amalan ini akan dihalalkan oleh pihak SPR. Ia jelas membuktikan mereka adalah talibarut UMNO BN sejak sekian lama. Banyak bukti yang telah didedah dan dibongkarkan, namun mereka tetap memberi alasan untuk menunjukkan kononnya mereka itu berada di pihak yang benar. Sedangkan hakikatnya hanya rakyat yang cintakan keadilan sahaja yang mahukan perubahan dan membersihkan pilihanraya itu. bagi mereka yang mahu terus berkuasa dengan taktik kotor maka mereka akan takut melihat kebenaran. Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. SPR Halang Pelawat Akses Laman Web Rasminya Menurut MiloSuam seperti yang dilaporkan di dalam blognya "Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan salah satu taktik jahat Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR yang berjaya dikesan menempatkan 88 orang pengundi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India, lelaki dan wanita di alamat yang sama iaitu di alamat 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Tinjauan di lokasi sebenar menunjukkan bahawa alamat tersebut menempatkan sebuah rumah kayu yang kecil, tidak munasabah boleh didiami oleh 88 orang pengundi berdaftar pelbagai jantina dan bangsa rujuk sini [pengundi hantu]. Hari ini ReJaM© ingin membongkarkan satu lagi penipuan serupa yang telah berjaya dikesan di salah sebuah alamat di dalam kawasan Parlimen Tambun. Tapi malangnya, website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR gagal untuk diakses ", katanya. Beliau juga mendedahkan dia amat terkejut akibat laporan tersebut, tiba-tiba sudah tidak boleh dilawati lagi. "Website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dilihat memaparkan page error dan tidak boleh diakses. Persoalannya di sini, apakah yang sudah terjadi? Adakah website rasmi untuk menyemak daftar pemilih ini adalah website "kokak" dan "cap ayam"? Adakah ada pihak yang sengaja menyebabkan website ini tidak dapat diakses untuk mengelakkan tembelang Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR terbongkar kepada umum? [SPR]", kata beliau lagi. Bukti, laman web semakan daftar pemilih yang tidak boleh diakses lagi [Apa yang didedahkan ini, mengesahkan lagi kepada kita bahawa memang wujudnya amalan yang tidak bersih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya. Mereka beriya-iya mahukan rakyat memberi bukti, apabila ia dibongkarkan maka mereka amat gusar dan takut hingga terpaksa menutup laman web yang berkenaan buat sementara waktu. Maka itu, apakah kita boleh percaya SPR itu berlaku adil dalam pilihanraya?. Bayangkan, SPR tidak wajar menutup capaian ke website mereka, kerana pada masa ini media massa begitu sibuk membuat promosi pendaftaran pemilih. Jika laman web rasmi pun tidak boleh untuk dilawati, maka apakah pengundi boleh menerima keputusan berat sebelah yang dibuat oleh SPR itu agaknya. Hanya mereka yang bodoh sahaja boleh teris diperbodohkan oleh SPR. Tapi bagi rakyat yang bijak, mereka tidak sama sekali mahu terus ditipu lagi. Maka itulah mereka mahu bangkit menyatakan bantahan dan menyuarakan peruabahan menerusi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Soalnya, kenapa SPR perlu takut pada Bersih?]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan