Pahang Daily Online |
- Panas: Terbongkar SPR Nyata Tipu Rakyat, Bukti Kukuh Adanya 88 Nama Sama Dalam Satu Alamat Berjaya Di Dedahkan Untuk Pengetahuan Semua!
- Memalukan: Ismail Sabri Yaakob Ajak Rakyat Ke Program Maksiat UMNO Di Bera Agar Tidak Pergi Ke Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 Ini
- Ramai Terkilan 'UMNO' Gunakan Institusi Istana Untuk Menghalang Rakyat Menuntut Perubahan Dalam Pilihan Raya Menerusi Himpunan Bersih 2
- Bantahan Lynas Terus Bersemarak, Save Malaysia Menggempur PC Fair Berjaya Megamall Semalam !!
- Tuduhan Menghidupkan Fahaman Komunis, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.D Jeyakumar Dan Lima Yang Lain Telah Di Tahan Di Bawah Akta Darurat
Posted: 03 Jul 2011 12:33 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak memberi helah dan alasan dangkal lagi untuk menhalalkan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Malah, tindakan mereka menutup pintu rundingan dengan rakyat juga merupakan satu penghinaaan dan penganiayaan yang nyata bahawa SPR ternyata menjadi talibarut UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya. Sebagai "badan bebas" sepatutnya SPR berkecuali dan bersikap profesional dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Namun, rupa-rupanya mereka mahu terus biarkan pilihanraya itu kotor dan menjijikan. Mereka mahu teurs amalkan "sistem double standard" yang diamalkan selama ini. Rakyat bukan lagi bodoh dan boleh ditipu buat selamanya. Segala apa yang dibangkitkan oleh pimpinan Bersih 2.0 ada asasnya dan wajar dipertimbangkang oleh SPR jika mahu berlaku adil. Kenapa mereka harus takut dan ingin ikut telunjuk pemimpin UMNO sampai bila-bila?. Apakah dek kerana mereka mendapat habuan demi habuan duniawi yang akhirnya memaksa mereka tidak berlaku jujur kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT terhadap diri mereka?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Paling malang bila SPR mengatakan jika pilihanraya tidak bersih kenapa pembangkang boleh menang di lima buah negeri?. Inilah juga alasan yang digunakan oleh puak-puak UMNO mutakhir ini. Namun sedarkah mereka bahawa jika pilihanraya itu bersih maka bukan lima negeri yang tumbang, tetapi seluruh semenanjung Malaysia pasti sudah jatuh ke tangan pakatan rakyat !. Malahan juga, sudah pasti UMNO BN sudah terkubur dalam pilihanraya umum ke -12 yang lalu. Itu jawapan mudah berdasarkan kepada undi popular yang diraih oleh pakatan rakyat dalam pilihanraya umum 2008 itu sebenarnya. Inilah realiti yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN itu sekarang. Akhirnya SPR dijadikan alat untuk terus menipu rakyat. Memberi alasan kononnya mereka berlaku adil. Sedangkan hakikatnya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa teruknya badan bebas itu mengendalikan pilihanraya di negara ini. Bila ditegur mereka mahukan bukti, tetapi bila diberika bukti mereka menutup pula bukti. Akhirnya rakyat tertipu atas nama demokrasi amalan UMNO dulu kini dan selamanya. Justeru itulah kami paparkan satu bukti kukuh di atas mengenai penipuan yang dilakukan oleh SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mana mungkin begitu ramai nama pengundi boleh terdapat dan didaftarkan pada satu alamat?. [Bukankah ini kerja-kerja jahat yang dilakukan SPR. Maka kenapa mereka mahu menipu rakyat kononnya mereka bertindak adil kepada semua pihak. Paparan ini diharap dapat menjadi kekuatan dan semangat untuk rakyat terus bangkit menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Bangun dan bangkitlah untuk mempertahankan amalan demokrasi sebenar dan bukannya permaintan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mengimpikan kemenangan tetapi takut dengan kekalahan. Semoga rakyat akan turun beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Biar apa yang berlaku, kita mesti pertahankan hak-haka kita sebagai rakyat di negara berdaulat ini. UMNO BN begitu takut dengan bersih kerana mereka selesa mengamalkan taktik kotor dalam setiap kali pilihanraya. Inilah yang perlu diketahui oleh rakyat. Jangan biarkan kekotoran itu mencemari pilihanraya kita lagi. Penipuan diatas telah dibongkarkan oleh Blogger MiloSuam dalam blog beliau baru-baru ini]. |
Posted: 02 Jul 2011 11:48 PM PDT BERA, 3 Julai - Rakyat dan Umat Islam di kawasan ini kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (foto), yang mengajak rakyat menolak perhimpunan haram dan datang ke kawasannya untuk menyaksikan pesta maksiat anjurannya. Apa yang beliau suarakan itu jelas sekali membuktikan Ismail Sabri sememangnya mempunyai jiwa dan fikiran yang cukup "kotor" dan perlu "dibersihkan". Sebagai seorang Islam beliau sepatutnya sedar dengan apa yang dilakukannya. Bukankah menganjur pesta maksiat sudah dikira berdosa malah mengajak manusia ke arah maksiat apatah lagi. Maka sebagai orang Melayu yang beragama Islam kenapa Ismail Sabri tergamak mengajak manusia ke arah kemungkaran?. Inilah bukti bahawa begitu "tidak bersih" keimanan dan ketakwaan pemimpin UMNO BN yang wajar diketahui rakyat sebenarnya. Semalam, Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), secara terang-terangan mempelawa seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor untuk berkunjung ke Bera sempena kehadiran Fiesta Bera edisi kedua pada 8, 9 dan 10 Julai ini. "Fiesta Bera edisi kedua ini dianggap lebih berfaedah dan selamat untuk dihadiri oleh orang ramai berbanding perhimpunan haram," kata Ismail. Ismail Sabri bersama Patriot UMNO yang bakal menggempur Fiesta Bera [Ternyata cukup berbahaya bagi umat Islam di Bera mengekalkan seorang pemimpin seperti ini. Soalnya, apakah puak-puak UMNO sedar dengan keterlanjuran pemimpin mereka ini?. Apa guna mengaku berbangsa Melayu dan beragama Islam jika hiburan maksiat terus disuburkan sewenang-wenangnya. Memang kita tahu mereka ada menyelitkan acara keagamaan seperti keagamaan forum perdana, pertandingan lagu-lagu ketuhanan dan pertandingan azan. Namun, semua itu adalah "tempelan" semata-mata, sedangkan acara hiburan itu yang lebih diutamakan sebenarnya. Justeru itu, kepada seluruh rakyat di kawasan Bera dan kawasan yang sewaktu dengannya diminta agar berhati-hati bila mendapat jemputan rasmi daripada Ahli Parlimen terbabit. Masalah air dan kenaikan harga barang di kawasan Bera masih gagal diatasi, tiba-tiba Ismail Sabri terkinja-kinja pula menaja acara hiburan seperti ini. Apalah nak jadi dengan "Si Bapak Dafi" ini. Rosak akhlak umat Islam di Bera dibuatnya]. |
Posted: 02 Jul 2011 10:02 PM PDT KUANTAN, 3 Julai - Kenyataan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) merayu agar rakyat negeri itu tidak terlibat dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dirancang diadakan 9 Julai ini, sungguh mengejutkan rakyat negeri ini sebenarnya. Dalam satu kenyataan semalam, baginda bertitah perhimpunan itu tidak memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya bakal menyusahkan banyak pihak yang selama ini tinggal dalam suasana aman dan harmoni di negara ini tanpa mengira kaum. "Saya merayu rakyat saya supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini, bersih ke kotor ke, tetapi sekali ia namanya demonstrasi, memang ia tidak bersih lagi," titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Stesen Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) Muadzam Shah. Baginda bagaimanapun percaya rakyat Pahang sudah cukup bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan menyertai perhimpunan itu dan yakin mereka tidak akan libatkan diri. Titah baginda, perhimpunan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia sudah kecapi kemerdekaan selama 54 tahun. "Kita duduk aman makmur antara satu kaum dengan kaum yang lain sudah 54 tahun, jadi tak payahlah ada demonstrasi, dan saya secara peribadinya memang tentang perkara ini, dan kita harus tentang habis-habisan," titah baginda [Soalnya sekarang rata-rata rakyat Malaysia dan Pahang kecewa dengan tindakan UMNO BN yang mempergunakan institusi Istana untuk menghalang rakyat. Semua ini mungkin satu strategi agar rakyat akan akur, kononnya menyokong Bersih itu bermakna "derhaka kepada Tuanku Sultan". Soalnya sekarang, apakah Sultan Pahang telah dimaklumkan kenapa rakyat mahu menyertai himpunan tersebut dan kenapa ia diadakan?.Langkah melibatkan Istana dalam kancah politik adalah satu tindakan terdesak sebenarnya. Malah, tinjauan kami di ruangan komen portal Malaysiakini atas tajuk "Sultan Pahang rayu rakyat jauhi perhimpunan 9 Julai" menyaksikan begitu banyak komentar yang diterima daripada rakyat Malaysia yang kecewa dengan tindakan UMNO BN ini. Malah, rakyat juga marah dengan tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan tersebut dimuka depan akhbar terbabit hari ini]. |
Bantahan Lynas Terus Bersemarak, Save Malaysia Menggempur PC Fair Berjaya Megamall Semalam !! Posted: 02 Jul 2011 08:39 PM PDT KUANTAN, 3 Julai - NGO Save Malaysia terus mengadakan aktiviti mereka biar pun keputusan pakar IAEA terhadap keselamatan projek Lynas telah diketahui. Semalam, mereka mengadakan program berbentuk promosi "bantah Lynas" di komplek membeli belah Berjaya Megamall, dekat sini. Program yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu berakhir beberapa jam kemudian. Jawatankuasa Save Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya, Dr.Tan Bun Teat telah bertemu orang ramai untuk menunjukkan rakyat terus membantah projek berkenaan. Mereka memakai baju T-Shirt "Save Malaysia" dan bergerak bertemu orang ramai untuk meraih sokongan agar sama-sama meneruskan perjuangan membantah Lynas. Turut dilihat hadir ialah Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota dan prnyokong yang lain termasuk mahasiswa dari beberapa buat IPT sekitar Kuantan. Aktiviti kumpulan terbabit menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ. Tambah menarik apabila ramai petugas di PC Fair yang sedang berlangsung, juga mengenakan pakaian T-Shirt Save Malaysia. Apapun, tidak ada sessi ucapan atau acara perhimpunan. Mereka kemudian berkumpul di sebuah restoran makanan segera untuk berbincang isu-isu yang berkenaan. Menarik perhatian, petugas PC Fair pakai baju T-Shirt Save Malaysia Gelombang hitam kuning Save Malaysia menyerang Berjaya Megamall |
Posted: 01 Jul 2011 09:25 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Julai - Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar (foto) dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Darurat setelah mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Aruchelcan ketika dihubungi TV Selangor mengesahkan hal itu. "Ya beliau ditahan di bawah Akta Darurat bersama lima yang lain." Mereka tadi dibebaskan dan mereka akan dibawa ke Bukit Aman pukul empat petang ini," kata beliau. Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Dr Jeyakumar pada 25 Jun lalu ditahan polis bersama 31 yang lain ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi. Namun mereka ditangkap semula oleh anggota polis Bukit Aman yang telah bersedia menunggu di luar balai berkenaan. [Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini. Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Akta Darurat merupakan suatu akta yang menggunakan pendakatan penahanan tanpa bicara seperti yang diamalkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)]. tvnews |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan