Sabtu, 2 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Save Malaysia Meneruskan Perjuangan Bantahan Lynas, Biar Pun Pakar IAEA Mengesahkan Projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Itu Selamat !!

Posted: 01 Jul 2011 10:09 PM PDT

KUANTAN, 2 Julai - Satu sidang media khas telah dibuat oleh NGO Save Malaysia, bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh pakar-pakar IAEA kononnya projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng itu selamat. Sidang media telah diadakan di bilik mesyuarat Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang di Jalan Gambut dekat sini jam 3.00 petang semalam. Pengerusi Save Malaysia, Dr.Tan Bun Teat (foto), dalam kenyataannya mendedahkan ada banyak kepincangan yang berlaku dalam projek itu sebenarnya dan beliau amat hairan kenapa pakar IAEA menyokong Lynas. Sedangkan ada pendedahan yang telah dibuat oleh Jurutera Lynas sendiri bahawa terdapat 11 kepincangan yang ketara terhadap projek itu. "Jurutera itu mendedahkan kilang Lynas berbahaya jika ia beroperasi kelak. Keluli tidak tahan hakisan asid yang kuat, pengunaan simen biasa hingga menyebabkan berlaku retakan, dan banyak lagi", kata Tan. Laporan mengenai perkara itu telah didedahkan oleh portal New York Times. Sementara itu, pihak Save Malaysia tidak akan berganjak untuk terus membantah Lynas dan tindakan susulan termasuk mahkamah akan dibuat dalam masa terdekat ini. "Kita akan mengikut saluran undang-undang untuk meneruskan perjuangann isu ini", katanya.

Tiada ulasan: