Pahang Daily Online |
- Memalukan: Gentar Dengan 'Himpunan' Bersih 2, UMNO Pahang Upah 'Pekida' Serta Remaja Untuk Berdemo Di Hadapan Pejabat Parti Pembangkang
- Memalukan: 'Kerajaan Negeri Pahang' Buat Silap Besar Bila Guna "Karam Singh" Untuk Temubual Samseng UMNO Bagi Kenyataan Pasal Isu Lynas !
- Panas: Pakar IAEA 'Mengesahkan' Projek Selamat Sedangkan Wujud Laporan Khas New York Times Oleh Jurutera Lynas Sendiri Kata Ia Bermasalah !
- Kontroversi: "Adik MB Pahang" Bekas Orang Kuat IAEA, Maka Itu Rakyat Sudah Lama Boleh Jangka Keputusan Kajian Pihak Berkenaan Sebenarnya !
Posted: 01 Jul 2011 02:16 AM PDT KUANTAN, 1 Julai - UMNO Pahang hari ini telah mengarahkan juak-juaknya untuk menyerang pejabat parti dan pemimpin pembangkang di negeri ini. Terbaru dua kejadian dilaporkan berlaku hari ini. Satunya demontrasi di hadapan Pejabat PAS Pahang, Jalan Dato' Bahaman Temerloh dan satu lagi di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini. Di Temerloh, UMNO disyaki mengupah 20 orang remaja membuat demonstrasi. Salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu. Mereka kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Remaja terbabit dipercayai datang dari Kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan "Selamatkan Malaysia" dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS lapor blog selamatkan pahang. Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita. Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Ahmad Nizam Hamid (PKR) serta ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS ketika itu. Sementara itu, di Kuantan pula seramai lebih 20 orang pemuda yang diysaki ahli Pekida dipercayai telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini. Antara kumpulan pemuda yang dipercayai anggota Pekida yang berdemo Pelik, kain rentang ditujukan kepada PAS tapi demo dibuat di pejabat PKR Kain rentang "low class" yang diguna oleh perserta demo itu tengahari tadi [Mereka berkumpul sambil membawa kain rentang dan poster yang membantah himpunan Bersih 2.0. Antara tulisan yang jelas dapat dilihat pada kain rentang itu ialah "Kenapa Buat Di Jalanan, Buatlah Di Stadium" dan "Wahai Pemimpin PAS, Jangan Terpedaya Dengan Datuk Ambiga, Nanti Nyesal Tak Sudah". Ketika kejadian hanya dua pekerja pejabat Fuziah yang berada disitu. "Kah Gee dah pesan jangan cakap apa-apa. Kalau dia nak bagi apa ambil aje... kunci pintu grill dan ambil (memorandum) dari dalam aje..Pada mulanya kami dapat info kata demo lynas.. sebab Jumaat lepas Karam Singh Walia buat rakaman disini", kata seorang pegawai pejabat Fuziah. Melihat kepada kain rentang yang dipaparkan jelas menujukan bantahan kepada pemimpin PAS, tetapi anehnya mereka ini berdemo pula di pejabat Naib Presiden PKR. Ternyata puak-puak ini tidak punyai kepakaran dan pengalaman berdemo]. |
Posted: 30 Jun 2011 11:53 AM PDT Ramai yang terkejut apabila Karam Singh (foto) TV3 berbicara malah menyokong isu alam sekitar yang ditakuti rakyat itu sebenarnya. Mereka yang menyaksikan adengan memalukan Karam Singh itu "mengucap panjang" melihat kedurjanaan pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia seperti beliau yang akhirnya "berpaling tadah". Rakyat yang selama ini dibela, sudah tidak menjadi matlamat Karam Singh lagi. Beliau lebih selesa mempertahankan kerajaan yang terdesak untuk terus menipu rakyat. Karam sebenarnya bakal "karam" dek kebodohan dirinya sendiri. Imej dan popularitinya pasti merudum dek kerana kesilapan besar yang dilakukannya. Sanjungan sebagai pembela rakyat dalam isu-isu alam sekitar selepas ini pasti tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Malah, dek kerana kejelekan beliau cuba mempertahankan "benang yang basah" itu, maka Karam Singh bakal dikenang sebagai pengkhianat rakyat. Apatah lagi sekiranya, rakyat berhadapan dengan risiko akibat keputusan kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam edisi siasat Karam Singh itu, beliau langsung tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang membantah Lynas terutamanya NGO Save Malaysia. Selama ini kita dipaparkan dengan laporan eksklusif yang tidak berat sebelah oleh NTV7 dalam isu Lynas. Biar pun dalam bahasa Mandarin, namun laporannya amat menarik dan padat dengan maklumat berguna. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang Karam Singh lakukan. Tindakan beliau menemubual "individu yang dikaitkan dengan samseng UMNO" ketika demontrasi aman Lynas di Pantai Teluk Chempedak pada 31 Mei lalu, amatlah memalukan. Karam Singh gagal untuk menyiasat siapakah yang ditemubualnya, sebelum menerbitkan rancangan tersebut. Di sini, nampak benar beliau telah "dibayar dengan harga tertentu" oleh pihak berkenaan untuk membuat propaganda memesongkan minda rakyat agar percaya Lynas tidak berbahaya, sedangkan beliau sendiri tahu hakikat projek ini. [Malah, kerajaan juga berkali-kali mengatakan isu tersebut hanyalah dipolitikkan oleh parti pembangkang bagi menagih sokongan dalam pilihanraya umum akan datang. Mendengar kenyataan seperti ini, jelas sekali telah mencemarkan imej kerajaan itu sebenarnya. Bukankah ramai dikalangan ahli dan pemimpin MCA iaitu komponen BN yang menyokong bantahan Lynas. Maka kenapa ia dikaitkan dengan isu pembangkang. Pemimpin pembangkang terpaksa memperjuangkan isu ini selepas melihat UMNO BN gagal bertindak dengan sewajarnya. Malah, UMNO BN perlu ingat bahawa lokasi kilang Lynas terletak dalam kawasan parlimen pembangkang iaitu Indera Mahkota yang diwakili oleh Azan Ismail (PKR). Malah, Kuantan sendiri diwakili oleh Fuziah Salleh juga dari PKR. Maka, apakah menjadi satu kesalahan untuk mereka bangkit membela rakyat?. Sedangkan ia adalah hak dan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit. Kebodohan Karam Singh menerbitkan siaran tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang akhirnya mendapat malu. Tahniah kepada Karam Singh kerena mempercepatkan kapal UMNO BN karam di negeri Pahang]. |
Posted: 30 Jun 2011 09:27 AM PDT Pakar-pakar IAEA dilihat gagal memberi keputusan secara profesional terhadap kajian mereka tentang projek Lynas. Lantaran itulah, rakyat melihat keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar IAEA itu adalah "tidak ikhlas, jujur dan dalam tekanan", sama seperti apa yang terjadi kepada pihak berkaitan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan juga Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum ini. Kita tidak hairan bila pakar IAEA mengatakan Lynas itu selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya. Paling mengejutkan laporan hasil kajian pakar agensi pemantauan nuklear itu menyatakan ia tidak menemui sebarang "ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa" dalam projek itu. Soalnya jika semuanya mengikut peraturan, kenapa ada pihak yang mendedahkan tentang kepincangan projek itu?. Malah kenyataan tersebut disiarkan dalam portal antarabangsa New York Times atas tajuk The Fear of a Toxic Rerun. Antara maklumat penting yang dipetik dari Jurutera LAMP milik LYNAS yang sedang dibina itu ialah (1) Keretakan Struktur; (2) Poket Udara Dan Kebocoran dari 70 Tangki Simpanan; (3) REC yang diimport dari Mount Weld, yang bercampur dengan asid yang kuat akan dialirkan ke Tanki-tanki tersebut pada suhu 200 F; (4) Besi yang diimport dibuat dari Besi biasa yang mereka dapati tidak sesuai untuk bahan-bahan yang bersifat menghakis itu. Di negara lain, kilang nadir bumi akan menggunakan Besi Tahan Karat atau Stainless Steel yang lebih mahal atau Paip Besi dengan ceramic atau lapisan getah; (5) Tanki yang telah dibina gunakan konkrit konvensional bukan konkrit polimer yang dicampur dengan plastik .. Laporan dimuka hadapan portal terkenal New York Times tentang isu Lynas yang sedang digunakan secara meluas di kilang-kilang di negara barat untuk mengurangkan risiko keretakan; (6) Lynas dan UGL Resources (Kontraktor Pengurusan Projek LAMP) sedang bertengkar dengan kontraktor tempatan mereka bahawa keretakan dan kelembapan yang berlaku kepada dinding tanki simpanan bukan masalah kritikal; (7) Memo juga menunjukkan bahawa Lynas dan UGL memaksa Kontraktor Tempatan Cradotex untuk terus memasang lapisan kalis air fiberglass yang dibentuk untuk tanki simpanan mereka tanpa memperbaiki masalah kelembapan termasuk kerja baik pulih minima yang dibuat kepada dinding tanki tetapi Cradotex telah menolak. (8) Peter Wan, GM Cradotex dalam memo 20/6 menyatakan bahawa "isu tersebut mampu menyebabkan kegagalan yang cukup kritikal kepada operasi kilang. Bahan beracun atau toxic, juga beradioaktif jika bocor akan pasti menyebabkan masalah pencemaran"; (9) Syarikat yang menghasilkan bahan lapisan kalis air fiberglass yang beribu pejabat di Amsterdam (AkzoNobel) juga berasa bimbang dengan peningkatan masalah kelembapan itu. Mereka tidak akan mengurniakan sijil kelulusan jika masalah itu tidak diatasi; (10) Memo itu juga menjelaskan bahawa tapak kilang itu dibina tanpa lapisan plastik yang mungkin boleh menarik kelembapan dari tapak paya yang ditimbus. Walaupun ia suatu keperluan seperti yang tercatat di pelan pembinaan, tapi tidak dipohon kerana ingin menjimatkan kos. Pihak LYNAS membantah bahawa rekabentuk kilang tidak pernah memerlukan lapisan plastik itu; (11) Penghantaran Paip terlalu lewat dan telah melebihi jadual yang telah ditetapkan. Pemasangan wayar elektrik juga akan ambil masa selama 9 bulan lagi sedangkan jadual operasinya pada bulan September ini.Pakar IAEA kata Lynas selamat atas hasil kajian atau nasihat MB Pahang [Jika inilah keadaannya, mana mungkin rakyat boleh percaya Lynas itu selamat. Sebelum ini kami juga ada mendengar CEO Lynas mahu projek itu disiaokan ikut jadual iaitu bulan September ini, sedangkan itu bukanlah tempoh yang wajar untuk pembinaan kilang seperti ini. Akhirnya, pekerja ditambah dan mereka dikerahkan bekerja 24 jam. Terdapat laporan daripada beberapa orang pegawai Lynas sendiri yang mengatakan projek itu memang merbahaya. Namun mereka tetap terus sebab telah mendapat "lampu hijau" daripada pihak-pihak tertentu. Malah dipercayai banyak kontrak yang besar-besar telah diberikan kepada proksi-proksi tertentu. Kami akan dedahkan selepas ini, antara syarikat utama yang berjaya mendapat kontrak jutaan ringgit dengan projek ini. Lantaran itulah, apa sahaja bantahan dan keluhan rakyat sudah pasti tidak akan diendahkan oleh mereka. Malahan mereka akan "pekakkan telinga" kerana projek ini sudah hampir siap sepenuhnya. Kehadiran pakar-pakar IAEA adalah atas jemputan Kerajaan Negeri Pahang yang menggunakan nama MITI sebenarnya. Ia pernah didedahkan oleh MB Adnan Yaakob dalam beberapa kenyataan beberapa bulan lalu. Beliau yakin pakar IAEA akan berpihak kepada Lynas. Maka, akhirnya rakyat tertipu jua oleh kelicikan mereka yang terbabit untuk memonopoli keuntungan projek itu]. |
Posted: 30 Jun 2011 08:57 AM PDT KUANTAN, 1 Julai - Keputusan pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng adalah selamat sememangnya sudah dapat dijangka dan dibaca oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ia ditambah lagi dengan kerakusan kerajaan menggunakan Karam Singh Walia (foto) dan TV3 untuk menyokong keputusan tersebut. Siaran eksklusif tentang Lynas yang disiarkan oleh TV3 bermula dari 28 hingga malam tadi (30 Jun), sememangnya sudah dirancang bagi membolehkan keputusan pakar itu berpihak kepada Lynas dan bukannya rakyat. Rata-rata yang ditemui, tidak menolak dakwaan mana mungkin pakar-pakar IAEA akan menyatakan Lynas tidak selamat. "Bayangkan kehadiran mereka ke sini pun ditaja oleh Lynas, MITI dan Kerajaan Malaysia. Itu belum termasuk elaun kerja-kerja mereka lagi. Tidak mungkin pakar-pakar terbabit akan memberi jawapan negatif yang bole mengecewakan kerajaan sebenarnya", kata seorang penduduk dari Kampung Chengal Lempong, Balok dekat sini. "Kami juga tidak hairan mereka sanggup gunakan beberapa individu yang merupakan penyokong tegar UMNO supaya mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan YB Fuziah Salleh dan rakyat yang membantah projek ini. Bayangkan, Karam Singh tergamak gunakan budak mentah (anak Ketua Kampung Chengal Lempong) yang baru setahun jagung tamat pengajian itu untuk berhujjah pasal Lynas. Begitu juga beberapa kerat individu yang dijaja kononnya mengatakan Lynas tidak berbahaya sebagai bukti untuk mengesahkan projek itu selamat. Semuanya ini adalah satu lagi pengkhianatan buat majoriti rakyat", tambah beliau lagi. Bukti, kenyataan adik MB Pahang adalah The Chair of the Board of Governors for the unexpired term of office for IAEA ( 2009–2010) Sila Klik SINI Pakar-pakar IAEA ini adalah bekas anak buah kepada adik MB Pahang sendiri maka itu, apakah mereka boleh menyatakan yang negatif terhadap Lynas? Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar, Adnan Yaakob dilihat begitu terdesak untuk mengarahkan pakar-pakar IAEA memberi gambaran positif terhadap projek tersebut. Hingga sanggup menggadaikan maruah mereka sendiri. Umum mengetahui bahawa "adik MB Pahang" itu sendiri adalah bekas orang kuat IAEA dari tahun 2009 hingga 2010. Malah Adnan juga pernah berkata bahawa dia tidak takut dengan suara bantahan rakyat kerana yakin pakar-pakar antarabangsa akan berpihak kepadanya. Kenyataan itu seolah-olah beliau sudah mendapat isyarat jelas bahawa pakar-pakar yang datang mengkaji itu akan memberi jawapan Lynas selamat. Inilah kenyataan beliau kepada beberapa kerat individu beberapa bulan lalu iaitu ketika bantahan Lynas memuncak. Soalnya, siapa yang memberi isyarat kepada Adnan agar mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa tanpa melalui info dari orang dalam IAEA itu sendiri. [Lantaran itulah, rakyat melihat keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar IAEA itu adalah "tidak ikhlas, jujur dan dalam tekanan", sama seperti apa yang terjadi kepada pihak berkaitan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan juga Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum ini. Kita tidak hairan bila pakar IAEA mengatakan Lynas itu selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya. Paling mengejutkan laporan hasil kajian pakar agensi pemantauan nuklear itu menyatakan ia tidak menemui sebarang "ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa" dalam projek itu. Soalnya jika semuanya mengikut peraturan, kenapa ada pihak yang mendedahkan tentang kepincangan projek itu?. Malah kenyataan tersebut disiar dalam sebuah portal antarabangsa New York Times bertajuk The Fear of a Toxic Rerun]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan