Isnin, 11 Julai 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


TERKINI : Mat Sabu SEDANG BERCERAMAH Di Atas Kerusi Roda

Posted: 11 Jul 2011 09:24 AM PDT

Kesan daripada perhimpunan Bersih menyebabkan sambutan orang ramai menghadiri program ceramah di Pulau Pinang. Dianggarkan 8 ribu orang hadir untuk mendengar ceramah daripada DS Anwar Ibrahim yang memakai pendakap leher, Mat Sabu di atas kerusi roda.

Mat Sabu sedang berucap dari atas kerusi roda di hadapan kira-kira 8 ribu hadirin di Penang sambil di sambut teriakan Najib Razak pembohong!

Bapak Anjing Ini Gelak Tengok Anak Anjing Belasah Pendemostran BERSIH

Posted: 11 Jul 2011 05:19 AM PDT



Gelagat polis yang seronok melihat anak-anak buahnya membelasah salah seorang yang terlibat dalam demonstrasi BERSIH baru-baru ini membuktikan tiada apa makna bagi polis. Mereka akan kata "kami ikut arahan orang atas" dan "kami menjalankan tugas". Inilah ayat-ayat yang selalu digunakan oleh anjing UMNO/BN untuk meyekat kemaraan rakyat.

Pihak polis membelasah lelaki yang tangan terikat dengan memegang bendera Malaysia seolah-olah nilai bendera Malaysia hanya terletak di kaki polis. Cuba perhatikan video di bawah dengan teliti gelagat sikap anggota polis yang tidak bertamadun ini. Polis lebih ganas dari pengganas.

Paling menyakitkan ialah, tindakan anggota polis datang beramai-ramai menyepak lelaki yang tidak berlawan itu. Mereka hanya berani bertindak demikian kepada yang lemah tetapi bacul untuk bertindak kepada gangster-gangster di sekitar pusat bandar. Bagaikan seekor anjing yang menuruti perintah tuannya.



Sekarang keganasan polis telah ditunjukkan ke dunia luar betapa ganasnya polis Malaysia melayan peserta demonstrasi seperti binatang. Tindakan ganas itu lebih ganas dari binatang dan jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jika mahu melihat jin, lihatlah sikap polis seperti video di atas.

Hari ini mereka terajang, tendang dan belasah orang awam. Suatu hari nanti mereka akan lumpuh dan terkena stroke seperti ketua polis yang terdahulu kerana belasah orang awam. Kita tidak perlulah cerita siapa anggota polis yang kena stroke dan berkerusi roda.

Kebanyakan polis akan menerima musibah dari penciptaNya kerana berlaku zalim. Jangan sampai ada anggota polis yang menyepak dan terajang ini lumpuh akibat kezaliman mereka kerana mendapat balasan dari ALLAH. Sesungguhnya orang yang dizalimi akan dimakbulkan doanya. sumber

Video A Samad Said: "Apa namanya ni?"

Posted: 11 Jul 2011 04:33 AM PDT

Tindakan Tidak Bertamadun Polis, PAS Desak KPN & Timbalan Letak Jawatan

Posted: 11 Jul 2011 04:31 AM PDT

PAS hari ini mendesak Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.

"PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Tindakan ganas dan melampau polis, kata Tuan Ibrahim langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.

"Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.

"Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat," tambah beliau.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.

Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.

Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya.

Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.

Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.

Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.

"Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.

"Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya," bidas Tuan Ibrahim yang juga menyertai perhimpunan tersebut kelmarin.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyelar kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.

Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, Tuan Ibrahim berkata kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.

Kepada para peserta Bersih 2.0, beliau mengucapkan syabas bagi pihak PAS dan mengingatkan mereka kuasa menentukan masa depan negara sudah berada di tangan mereka sekarang.

"Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

"Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka," terang beliau.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.

"Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di'offset'kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa," terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional.

"Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara," kata beliau.

PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.

"Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini," tambahnya. -Hrkh


Apa itu BERSIH 2.0

Posted: 11 Jul 2011 04:28 AM PDT

Pendedahan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil.

BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?

PEMUDA PAS TUNTUT SIASATAN KEGANASAN POLIS DIBUAT

Posted: 11 Jul 2011 03:56 AM PDT

t

Video Terbaik Bersih 2.0 - Saat-saat Akhir Allahyarham Baharudin Ahmad

Posted: 11 Jul 2011 02:42 AM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/264847_246854645327417_100000086506684_1119906_3029531_n.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzqVYOxXq-ImZtwKwqcN1ZI6pDOuxzeQtzeX90ULEC4m4aRtQ187scjjXzMtAXwV5ud9647eG2Mx8ww0saMWzjZbqIFCVqjf3I093YUWBXVBb2H8rc8qWsvnAfawxA5c9r2H3LX6nOPO0/s640/267168_10150238742711097_646501096_7698282_5048993_o.jpg

Sila lihat pada minit 8:55, sangat menyayat hati, saat-saat terakhir sebelum Allahyaham Baharudin Ahmad kembali kerahmatullah.

1. Polis tidak membantu langsung.
2. Ketika sedang nazak, tali (Cable Tie) yang mengikat tangannya pun polis tak buka.
3. Tiada bantuan perubatan diberikan oleh pihak polis.
4. Muslimat dan orang yang berada sekeliling yang melihatnya tak sampai hati dan menangis.
5. Setelah 25 minit baru ada bantuan datang, bukan ambulance tetapi kereta peronda polis.



Keberanian kamu mengerunkan UMNO ! MESTI BACA !!

Posted: 11 Jul 2011 02:01 AM PDT



Alhamdulillah, terburai jua spekulasi aksi yang ditohmah akhbar celaka kelmarin. Baru sebentar tadi wak dihubungi oleh sahabat dari Pahang, bahawa aksi berani yang menunjukkan peserta melontar objek itu sebenarnya bukan batu atau pisau, tetapi tin bom asap yg ditembak polis kearah peserta BERSIH., dan dia memulangkannya semula. Sahabat itu memaklumkan bahwa peserta itu adalah rakan baiknya di dalam Unit Amal. Bukan SB atau provocator sebagaimana yang digembar-gembur oleh ramai facebooker dan blog. Alhamdulillah. Hebatnya dia, bilamana tin bom asap yg panas berasap itu dilontarkan semula olehnya kepada polis yang menembak mereka ke tepi rumput. Ini baru buku bertemu ruas !

Tahniah kepada Pemuda Unit Amal yang sungguh berani ini ! Anda adalah HERO kami ! Takbir !!

TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej "pemuda bertopeng" semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.
Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

"Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

"Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar," katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Hrkh

Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah

Posted: 11 Jul 2011 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing membuat laporan polis hari ini berhubung penahanan tanpa sebab ke atas mereka di Setesen Sentral Kuala Lumpur pada tengahari 9 Julai lalu.

Mahfuz yang hadir berbaju kuning bercetak "Bersih 2.0" bersama Salahudin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sri Petaling kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Kedua-duanya diiringi peguam masing-masing.

(Salahudin dan Mahfuz bersama peguam masing-masing menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat)


NONEBercakap kepada pemberita selepas itu, kedua-duanya sekali lagi mempersoal berhubung penangkapan tanpa dinyatakan alasan kepada mereka pada hari tersebut.

"Saya tanya apa alasan saya ditahan. Seorang anggota polis bertanya pula kepada saya adakah saya tak tahu hari ini (9 Julai) saya tidak dibenarkan masuk KL," kata Mahfuz.

"Saya kata, KL sentral tidak tidak termasuk dalam kawasan yang disebut dalam perintah larangan itu," tambahnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Tidak mengindahkan penjelasan itu, polis kemudiaan dakwanya terus menangkap mereka.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Mahfuz dan Salahudin antara pemimpin terawal Pakatan Rakyat ditahan dalam usaha pihak polis menggagalkan himpunan Bersih 2.0.

Mereka ditahan kira-kira jam 11.45pg ketika berada di Stesen Sentral KL.

Kedua-duanya juga adalah antara 91 nama yang dilarang mahkamah berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, dalam perintah larangan yang diperolehi polis dari mahkamah Majistret itu, KL Sentral adalah tidak termasuk.


NONE"Saya tidak buat apa-apa kesalahan. Saya ditahan ketika berada di pintu masuk KL Sentral, bukan di mana-mana himpunan," katanya.

Selain tidak diberitahu alasan ditahan, mereka juga memberitahu, polis tidak membenarkan mereka menghubungi keluarga dan peguam.

Tindakan tersebut ujarnya bertentangan dengan seksyen 28 A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Sehubungan itu, beliau dan Salahudin akan memfailkan saman sivil untuk menuntut gantirugi berhubung tangkapan itu.

"Kami akan failkan saman malu menuntut ganti rugi terhadap penangkapan saya, keresahan isteri, anak dan keluarga saya, serta memalukan imej saya kepada pengundi kawasan saya dan masyarakat antarabangsa,"jelasnya.

Tubuh suruhanjaya pembaikan SPR

Sementara itu, Salahudin ayub berkata, perjuangan menuntut reformasi pilihan raya akan diteruskan biarpun berdepan halangan dari pihak berkuasa.

Tuntutan itu akan ditumpukan kepada reformasi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri dahulu selaku penyelia proses pilihan raya di negara ini.

"Perjuangan ini akan diteruskan oleh parti-parti politik. Kita akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pembaikan SPR secepat mungkin,"katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. -Hrkh

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

Posted: 11 Jul 2011 01:58 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin. NONE

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu. Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis. Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital. -M'kini



Insiden Tembak Gas Di KL Sentral Satu Perbuatan Jenayah

Posted: 10 Jul 2011 11:44 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan yang dilakukan pegawai senior polis termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengarahkan polis melakukan kekejaman dan perbuatan jenayah dalam usaha menghalang hak mutlak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.

Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.

"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman. Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Antara mangsa yang terkena serangan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan di jalan bawah (underpass) KL Sentral ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan di bahagian mukanya ketika menyelamatkan pemimpin itu.

Ironinya, walaupun dirakam lensa kamera media seluruh negara termasuk Reuters akan kejadian di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa Anwar cedera dan menyatakan tembakan gas pemedih mata hanya dilepaskan di sekitar Pudu dan tidak di tempat lain.

Jawatankuasa Penggerak Bersih dan Pakatan Rakyat menganggap Bersih 2.0 semalam sebagai "satu kejayaan besar" dengan lebih 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Setelah kumpulan kami yang aman memasuki laluan bawah itu, kami berhadapan dengan sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berbaris dan menghalang laluan di hadapan dan bersenjatakan gas pemedih mata. Naib Presiden Tian Chua kemudian pergi ke barisan polis tersebut untuk berunding tetapi polis terus bereaksi dengan menjerit, mengetuk perisai mereka dan menghalakan senapang pemedih mata ke arah kami," terang Surendren.

Selain Anwar, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mengalami kecederaaan ekoran insiden itu. -tvsnews



A Samad Said ajak golongan muda ubah negara

Posted: 10 Jul 2011 11:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.

"Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU," kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.

" Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita," katanya.

Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.

Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.

Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.

Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. "saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.

"Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?" soal beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:

"saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.

(Antara ribuan yang mendengar ucapan A Samad Said)

Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."

Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu.

Gandakan kejayaan Bersih 2007


Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, "walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh Umno tetapi kita berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri".

Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.

"Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.

"Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas lima negeri dan akan datang saya harap kita akan rampas semua negeri di Malaysia ini," katanya dengan disambut laungan takbir.

Beberapa badan NGO, aktivis anti ISA juga turut beri ucapan menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti. -Hrkh

Gempar! Utusan Malaysia Edisi Khas Sempena BERSIH Dikeluarkan Hari Ini. Mari Tengok!

Posted: 10 Jul 2011 11:28 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/269952_240495639302539_100000263140624_984406_2150572_n.jpg

yang mana satu korang nak beli?

hahaha

korang boleh tengok perbezaan perjumpaan situasi di atas.

sebelah kiri perjumpaan paksaan untuk membodek

sebelah kanan perhimpunan rakyat untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

mereka datang dengan sukarela dan tangan kosong.

sampai ke mati umno nak bodek najib!

Mari tengok kepala YB Khalid Samad berjahit yang pencacai UMNO kata tipu

Posted: 10 Jul 2011 09:27 PM PDT

YB Khalid Samad juga di'layan' seperti pejuang Palestin di Gaza. Rupanya pun seiras Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yaassin

Semalam Berita Minggu menipu dengan fitnah peserta himpunan BERSIH 2.0 bawa pisau sedangkan itu adalah bendera Malaysia kecil.

Hari ini, ada pula pencacai UMNO melalui blog mereka menuduh Ahli Parlimen Khalid Samad menipu kepalanya kena 6 jahitan. Di bawah di paparkan apa kata YB Khalid dan kepala beliau yang dijahit .

Percayalah dengan gambar ini pun pencacai UMNO akan tuduh tipu juga sebab memang semua orang tahu bahawa UMNO itu menipu, kalau menipu mesti UMNO .

Apa kata Khalid Samad di dalam twitternya:

"Ada (yang) minta gambar 6 jahitan (kepala) saya. Mungkin biasa dengan ahli politik penipu, ingat saya tipu juga kut? Tu BN. PR tak tipu. Kalau terpalit dengan BN, jadi IGP pun jadi penipu. Buat malu je 1 dunia nampak kamu tipu. Kes Mat Sabu lagi dahsyat. Dilanggar dengan Pajero. Macam nak bunuh! Semoga polis dibebaskan dari cengkaman BN, jadi profesional. Jaga rakyat, bukan BN."



Maklumat Kastam Membuktikan Rosmah Mansor Pengkhianat Negara

Posted: 10 Jul 2011 09:24 PM PDT

Sebagai isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bolih menggunakan keistimewaan laluan VIP dilaluan keluar masuk negara. Keistimewaan ini tidak bermaksud beliau bolih membodohkan Kastam dengan melakukan jenayah merompak hasil negara melalui aktiviti penyeludupan.

Sistem maklumat Kastam di Lapangan Terbang KLIA membuktikan isteri kepada Presiden Umno (Baru) adalah seorang penyeludup dan penjenayah berat.





SPRM yang terkenal dengan jolokan Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia sepatutnya bunuh penjenayah seperti ini.

PDRM yang suka melakukan kerja sundal yang telah menjadi budaya mereka sewajibnya menyiasat kes seumpama ini. Opp lupa la pulak.... ramai penyiasat polis yang bacul..!! Lebih bacul daripada Nazri ... !

Mengikut laporan, penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Mongolia ini telah menyeludup masuk barangan bernilai RM24.4 juta ..... tanpa membayar walau sesen pun cukai kepada kerajaan Malaysia.

Rosmah Mansor inilah betina jalang yang diagongkan oleh penyokong Umno yang bahalol...

[Video] Rakaman Sambutan BERSIH 2.0 Di Seluruh Dunia

Posted: 10 Jul 2011 08:57 PM PDT


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Perhimpunan Aman Bersih 2.0 telah disambut meriah di seluruh bahagian dunia.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

Di Bangkok, berpuluh aktivis hak asasi manusia mengadakan demonstrasi aman di depan Kedutaan Malaysia sebagai menyokong perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur.

Patcharee Sae-Eaw, pegawai undang-undang People's Empowerment Foundation, kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Bangkok, berkata kehadiran kumpulan itu bagi menunjukkan permuafakatan dengan pergerakan yang mendesak bagi pilihan raya lebih adil dan bersih di Malaysia.

Katanya pergerakan hak asasi manusia yang lain dari Jepun, Malaysia dan Sweden yang berpangkalan di ibu negara itu turut menyertai demonstrasi kira-kira sejam bermula 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Demonstrasi di Bangkok diselaraskan antara kumpulan hak asasi manusia di Malaysia dan Thailand serta Parti Sosialis Malaysia, katanya.

Di Singapura, dilaporkan kira-kira 100 penyokong Bersih 2.0 berkumpul di Hong Lim Park pada tengah hari dengan memakai pakaian kuning dan mengagihkan ros kuning kepada orang ramai di kawasan itu.

Sementara itu agensi berita AFP melaporkan di Hong Kong, warga Malaysia yang memakai kemeja T kuning berkumpul di depan Pejabat Konsulat Malaysia dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rakyat Malaysia yang tinggal di Hong Kong, menyokong desakan Bersih 2.0 bagi pilihan raya bebas dan adil.

Di Seoul, rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar dan mereka yang bekerja di ibu negara Korea Selatan itu berkumpul sambil membawa sepanduk dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menggesa bagi pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Melbourne, Australia, rakyat Nalaysia dilaporkan berkumpul di Federation Square manakala di New Zealand, mereka berkumpul di Christchurch.

Di negara-negara berkenaan, tiada pasukan polis yang datang mengejar para demonstrans dengan gas pemedih mata dan seumpamanya. Tiada pembelasahan, tiada provokasi, tiada keganasan. Semuanya berjalan aman tidak seperti di Malaysia di mana polis menghuru-harakan negara dengan pelbagai tindakan kurang akal untuk mencetuskan keganasan di perhimpunan aman BERSIH.
























Bersih 2.0: RAKYAT MELAKAR SEJARAH

Posted: 10 Jul 2011 05:40 PM PDT


Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.

Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan.
Bersih 2.0 Update l Gambar sekitar Bersih 2.0
Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih. 【Baca: Bersih 2.0: Polis membunuh lagi

Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap. Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini. (Lihat gambar Anwar terlantar di hospital)


Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari.

Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang

Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang.

Hatta Ramli terus berucap, menyeru mereka yang masih mempunyai T-shirt kuning BERSIH 2.0 untuk memakai baju tersebut. Sebelum ini, polis menangkap mereka yang berpakaian kuning di sekitar pusat bandar, sejak awal pagi, malah mereka yang tidak berpakaian kuning juga ditangkap.

Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007.

Gas pemedih mata dan meriam air berkimia


Polis dan FRU tiba di Menara MayBank pada kira-kira jam 1.30 petang. Meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak secara bertalu-talu ke arah peserta perhimpunan. Sekumpulannya berlari ke arah Jalan Petaling, dan satu lagi kumpulan berlari menuju ke arah Pudu. Tangkapan dilakukan, tahanan digari dengan tali plastik, malah kekerasan digunakan sehingga terdapat tahanan yang berdarah di bahagian kepalanya.

Pemerhatian wartawan mendapati sesetengah anggota FRU menembak gas pemedih secara mendatar menghala ke kelompok manusia, (lihat gambar polis haramjadah) dan bukannya menghala ke atas jika diikut peraturan. Angin yang berbaur dengan gas pemedih menyebar secara luas dalam masa yang singkat apabila helikopter terbang dengan lebih rendah ketika itu.

Kelompok orang kemudian berlari ke arah Hospital Tong Shin, dan sesetengah pula berlari untuk berkumpul di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Bekas Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Timbalan Setiausaha Agong Ngeh Koo Ham cuba berunding dengan pihak polis. Menurut Sivarasa Rasiah, pihaknya meminta polis membuka Jalan Sultan, supaya peserta boleh bersurai secara aman, dan permintaan ini disetujui peserta perhimpunan.

Bagaimanapun, polis akhirnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malah Sivarasa Rasiah diheret oleh polis. Polis melepaskan meriam air, dan peserta perhimpunan melarikan diri ke dalam hospital. Polis kemudiannya masuk ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan.

Dengan ini, polis semakin menguasai keadaan di depan Hospital Tong Tsin, selepas menguasai kawasan di Menara MayBank pada kira-kira jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang.


Tiada molotov cocktail


Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.

Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan.

Khairy ditangkap

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengepalai perhimpunan PATRIOT, juga ditangkap polis. Perhimpunan PATRIOT yang bermula dari Jalan Bukit Bintang, menarik penyertaan kira-kira 500 orang sebagaimana yang dilaporkan.

Di samping itu, tiada yang menyahut seruan Presiden PERKASA Ibrahim Ali untuk "bersiar-siar" di Taman Titiwangsa, menurut laporan Bernama.

Gesaan Najib Makan Diri, Masyarakat Siber Minta Najib Berundur

Posted: 10 Jul 2011 05:38 PM PDT

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).



Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Samad Said: PRU-13 ada sinar harapan perubahan

Posted: 10 Jul 2011 05:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai "ikon baru" berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.

"Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa," kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara ini, "selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat."

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

Samad (gambar, tengah) juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.

Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.

Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak.

Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.

"Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara," katanya.

Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk "Unggun Bersih".

Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.

Samad telah membacakan sebuah puisi "Unggun Bersih" pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.

Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai "satu kejayaan besar" kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang.

Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.

Tiada ulasan: