Muslimeen United |
- Himpunan Bersih Medan Pulih Demokrasi Negara
- Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh!
- Umno Pengecut, Nafi Sertai Demo Ganas
- Agung titah kerajaan adil dan bijaksana
- Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang
- Tembelang Najib Pecah Lagi, Ugut Ambiga. Bukan Melayu Buka Mata 1Malaysia Hanya Retorik
- MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap
- JIKA POLIS TAHAN ANDA UNTK KE KUALA LUMPUR 9 JULAI INI
- Wahai!!! Rakyat Sekalian Ini Dia Bukti Polis Anjing!!! UmnoBN..!! (video)
- Royalti Kelantan: Samseng Bersenjata Parang Serang Sukarelawan GERAM
- Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) arah media putar-belitkan fakta?
Himpunan Bersih Medan Pulih Demokrasi Negara Posted: 03 Jul 2011 09:43 AM PDT |
Lagi Banyak Tangkapan Polis, Lagi Cepat UMNO BN Runtuh! Posted: 03 Jul 2011 09:29 AM PDT Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN KUALA LUMPUR : Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu. "Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah. "Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja. "Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan. "Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning. "Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN. "Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya. -Hrkh Polis tidak pernah belajar dari kesilapan. Setiap satu tangkapan akan menyaksikan peralihan undi BN kepada PR sekurang-kurangnya 100 orang. Ini kerana seorang yang ditangkap terdapat sekurang-kurangnya 100 ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang bersimpati. Kirakan jika 1000 orang yang dtangkap, bererti 100,000 BN akan kehilangan undinya. Bererti setiap tangkapan yang dilakukan oleh polis akan menyebabkan UMNO BN akan kehilangan lebih banyak undi. GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan: GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang? Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%. Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih. Apa yang berlaku pada PRU 2008? Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing! Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah? Justeru itu, jika polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN. Tindakan polis akan hanya meruntuhkan UMNO BN. Terima kasih PDRM! -GB |
Umno Pengecut, Nafi Sertai Demo Ganas Posted: 03 Jul 2011 09:28 AM PDT "Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang," kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini. Menurut Guan Eng, penafian yang dibuat oleh Zainal sekaligus menunjukkan sikap pengecut Umno Pulau Pinang walhal pada hari tersebut Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat dalam demonstrasi itu. "Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, "baling batu sembunyi tangan"," kata Guan Eng. Tambah beliau, Zainal bersikap berani dan memohon maaf kepada orang ramai di atas penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas tersebut. Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. "Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?" kata Guan Eng. Malah ujarnya, layanan media arus perdana terhadap insiden-insiden yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional juga kekal berat sebelah apabila tidak ada satu pun media itu melaporkan tentang penahanan Ezam. "Tiada langsung berita oleh News strait Times tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu," kata Guan Eng. Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini. Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan |
Agung titah kerajaan adil dan bijaksana Posted: 03 Jul 2011 09:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. |
Stadium: PAS Belum Tumbang, Stadium Sudah Tumbang Posted: 02 Jul 2011 11:47 PM PDT Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia. Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini... Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat. Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini... Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut: PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbangBeberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut: Kelantan Bakal Dapat Stadium BaruJangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat... Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan disini. Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.
PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan. Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal". Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh |
Tembelang Najib Pecah Lagi, Ugut Ambiga. Bukan Melayu Buka Mata 1Malaysia Hanya Retorik Posted: 02 Jul 2011 11:46 PM PDT Bersih 2.0: Najib muncul di Kelantan, kecam Ambiga dan PAS PAS PASIR PUTIH — Datuk Seri Najib Razak muncul di Kelantan hari ini dan mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini sambil mendakwa parti Islam itu akan melakukan apa sahaja bagi menawan Putrajaya. "Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu)," kata Najib ketika berucap di sini hari ini. Kenyataan beliau dibawa oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah hari tadi. Saluran itu turut menyiarkan klip video membantah perarakan 9 Julai dan memuji kepimpinan Najib sambil menggambarkan beliau sebagai pemimpin semua rakyat Malaysia. Najib (gambar) berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990. Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja ke Kelantan. Dalam pada itu Bernama Online memetik Najib berkata, kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Putih pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong Umno dan menentang perhimpunan 9 Julai ini. Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi. Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang Himpunan Bersih 2.0. "Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik. Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun. Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun. Katanya, keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti. Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Putih untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai. Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara. "Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya. Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai. Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti. -TMI Ada beberapa perkara di dalam ucapan Najib itu yang perlu diberi perhatian: -GB 1) Ugutan terhadap Ambiga. "Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," Najib menyimpan kukunya! Banyak persepsi di ayat itu. Apakah Najib sudah teerlepas cakap bahawa beliau sebenarnya "kuku besi" yang akan mencengkam Ambiga pada bila-bila masa? Atau "kuku" itu bermaksud ISA yang akan dikenakan terhadap Ambiga, atau apa? Walau apa pun jawapannya, Najib sedang menyimpan "kukunya" itu. Bererti, 1Malaysia yang dijajakan sebelum ini hanyalah retorik. 2) 20,000 hadir di Pasir Putih? Katakanlah benar yang datang itu 20,000 tetapi kedatangan itu kedatangan yang dipaksa. Laporan sebelum ini di SINI yang menunjukkan Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib. Dan Najib pula memerangkap mereka kononnya kesemua mereka tidka menyokong BERSIH 2.0. Kaedah yang serupa digunakan pada himpunan sejuta (sebenarnya cuma 5 ribu) belia. Diperalatkan mereka untuk pertahankan Putrajaya. Katanya lagi: jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi Kenapa tak buat di negeri lain? Nak tengok juga berapa ramai ahli UMNO yang turun? Apatah lagi jika tanpa bas percuma, nasi bungkus dan angpow? Peserta BERSIH datang TANPA menerima sebarang imbuhan dari sesiapa malah datang dari kocek sendiri, dari hati nurani sendiri. Baju sekali dirampas, beli lagi, itu semangat yang ada untuk pastikan BERSIH tetap berlansung walaupun UMNO membenci. 3) Najib berkata lagi: jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun. Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Kelantan cuba dirampas seperti mana UMNO BN merampas Terengganu, tetapi airmata TG Nik Aziz di hening subuh bersama rakyat Kelantan menyelamatkan Kelantan dari ditipu oleh SPR sehingga tipu daya itu tidak menjadi. Semua rakyat tahu hal itu. Kedua, PR menang di lima negeri - jika SPR bersih telus dan adil, PR telah memerintah banyak negeri malah telah memerintah kerajaan pusat di Putrajaya. Hakikatnya: Kemenangan UMNO/BN yang lepas adalah kemenangan yang rapuh - kemmmangan pengundi hantu, pengundi pos dan pengundi FELDA yang termakan peras-ugut UMNO. Najib mahu bicara apa lagi? Banyak rahsianya bakal terbongkar lagi. Itu doa kita kepada Ilahi. |
MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap Posted: 02 Jul 2011 11:43 PM PDT Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'. Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai. Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah". "Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu. Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu. "Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut. -M'kini |
JIKA POLIS TAHAN ANDA UNTK KE KUALA LUMPUR 9 JULAI INI Posted: 02 Jul 2011 04:17 PM PDT Dialog peserta Bersih 2.0 dengan pihak polis di suatu sekatan jalan raya. S: Saya berasal dari Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan untuk ke perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, saya ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut saya buat? J: Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut: Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur. Polis: Apa tujuan kamu ke sana? Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo) Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik. Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis. Polis: Errmm. Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis. Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya. (sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih-0163126463/0163126473/0 Contoh laporan polis jika saudara ditahan: Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas. By: Pemuda Pandan |
Wahai!!! Rakyat Sekalian Ini Dia Bukti Polis Anjing!!! UmnoBN..!! (video) Posted: 02 Jul 2011 04:15 PM PDT |
Royalti Kelantan: Samseng Bersenjata Parang Serang Sukarelawan GERAM Posted: 02 Jul 2011 03:54 PM PDT Banner yang menjadi ketakutan UMNO/BN Lebih kurang jam 10:30 malam tadi beberapa Sukarelawan GERAM yang sedang membuat kerja-kerja memasang Banner Royalti Rakyat Kelantan telah diserang oleh sekumpulan Samseng dipercayai upahan UMphorNO.Samseng seramai lebih kurang 30 orang, bersenjatakan Kayu, Pedang Samurai dan Parang tersebut datang dengan menaiki 6 biji kereta ke lokasi Sukarelawan GERAM memasang Banner Royalti Rakyat iaitu di atas Jejantas berhadapan dengan Ma'ahad Muhammadi Lelaki. Sebelum kejadian tersebut, pihak Sukarelawan pada sebelah siangnya telah menggantung beberapa Banner Royalti Rakyat tetapi dipercayai telah dibuang oleh Samseng yang sama dan ketika kejadian, Sukarelawan GERAM sedang menggantikan Banner-banner yang telah dibuang dengan yang baru. Samseng-samseng bersenjata kemudian datang dengan tiba-tiba, terus menyentap Banner-banner tersebut sambil mengugut akan mencederakan Sukarelawan GEGAR jika terus memasang Banner-banner tersebut dan mengarahkan mereka untuk beredar jika tidak mahu dicederakan. Bimbang dicederakan, Sukarelawan GERAM yang hanya seramai 5 orang sahaja terpaksa menurut sahaja arahan Samseng-samseng bersenjata tersebut dan beredar meninggalkan tempat kejadian. Dipercayai Samseng-samseng tersebut telah bertindak demikian hasil arahan pihak atasan UMNO kerana Banner tersebut dipasang dilaluan Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa selepas selesai Jamuan Rakyat di Wisma Persekutuan dalam lawatan seharinya ke Kelantan. Pihak GERAM sebelum ini telah memasang hampir 20 banner di sepanjang laluan Najib dalam lawatannya ke Kelantan iaitu di Pasir Putih, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa namun kesemua banner-banner yang tertulis "UMNO/BN Pengkhianat Nafikan Royalti Kelantan!!!" telah dibuang oleh pihak yang disyaki Samseng upahan UMNO. -Perisik Rakyat |
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan Posted: 02 Jul 2011 03:51 PM PDT Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan. Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut. Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara. Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit. "Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah. "Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau. Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan. Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis. Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam. "Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau. Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap : (1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat. (2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan. (3) Elak sebarang keganasan fizikal (4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain. (5) Memastikan balai polis mana anda ditahan. -tvsnews
|
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) arah media putar-belitkan fakta? Posted: 02 Jul 2011 03:39 PM PDT Adegan "kerosakan" yang dimaksudkan termasuklah pembakaran kereta, kedai, kesesakan lalu lintas dan sebagainya; sementara adegan "keganasan polis" termasuklah adegan polis atau FRU memukul peserta ketika menyuraikan perhimpunan. Demikianlah panduan yang diberikan oleh seorang pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pengamal media elektronik, dalam Seminar Kawal Selia Kandungan 2011 yang diadakan di auditorium SKMM, hari ini. Sebanyak 22 kumpulan syarikat media elektronik dijemput untuk menyertai seminar ini. Seminar ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, mengandungi tujuh sesi taklimat, "bertujuan untuk mewujudkan platform perbincangan rasmi antara SKMM dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan badan-badan penyiar swasta mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan agar mutu dan kualiti kandungan penyiaran dapat diterjemahkan oleh badan-badan penyiar dalam idea yang segar, kreatif serta berkesan." Seorang pengamal media yang menyertai seminar tersebut memberitahuMerdekaReview, bahawa panduan di atas diberikan oleh pegawai SKMM setelah salah seorang pengamal media membangkitkan soalan ini. Malah, pegawai SKMM yang memberi panduan itu meminta agar kata-katanya tidak didedahkan kepada umum (off the record). Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bakal mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, menuntut agar sistem pilihan raya direformasikan. Kerajaan dan polis telah memberi amaran sekeras-kerasnya, malah mengambil tindakan untuk menangkap dan menahan pemimpin yang terlibat, sebagai langkah untuk memastikan agar perhimpunan ini digagalkan. - http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12008 |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan