Jumaat, 29 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Rosmah kena fitnah

Posted: 28 Jul 2011 11:42 PM PDT


CheGU Bard... hang buat fitnah ekk?

La... awatlah hang reka cipta cerita sensasi lagu tu. Citer 'The RM24 Million Ring' sudah capai box-office di pentas 1Malaysia, tup-tup empunya cincin bersuara. Rosmah kata...

No...No.... Itu semua fitnah belaka. Mampuih hangpa la. Aku tak der masa nak layan. Daripada layan fitnah hangpa, lebih baik aku buat benda lain yang berfaedah such as beri tumpuan pada 'Permata'ku.

Ayoooohh.... Terjah penafian dia!! Terjah jangan tak terjah!!

Sekarang, berhati-hati..... Her eyes are now on Permata. Duit... duit.... Permata nak duit!!

Aha... dengor tu. Dia nak beri tumpuan pada Permata. Dan.... dia nak lebih banyak duit untuk Permatanya. Macam-macam dia nak buat untuk mengabiskan duit rakyat. Udahler negara sedang 'kering poket'nya.... nak dikeceknya lagi duit untuk Permatanya. Weh.... berpada-pada ler. Cukupler dulu dengan apa yang udah ada. Jangan ler rupa 'Belanda mintak tanah'. Buruk perangai namanya tu.

Fuuhhh.... dia ni jenis suka yang hat besaq-besaq. Suami.... nakkan pembesaq, badan pun sememangnya besaq, cincin nak yang besaq, peruntukan pun, tak besaq kalu tak main ler... dan ego pun pastinya besaq. Ada lagi yang besaq tapi malas aku nak cakap. Tak baik tau...

Apabila dia bercakap pasal Permatanya.... siap puji-pujian lagi. Ha ha ha.... masuk lif, tekan butang dan zzuuuppp ke atas!! Yang syiuknya lagi.... siap dia kata, kalau kerajaan bagi lebih peruntukan.... rakyat jangan marah.

Getik aku.... Apa dia ingat duit tu, duit laki dia?? Wei, kesan Permatanya pun belum nampak lagi, malah boleh dipertikaikan lagi, sudah nak mintak lebih-lebih. Hisssyy.... Patutler.... baik mereka yang duduk di dalam UMporNO, getik dengan makcik sorang ni, dan di luar UMporNO pulak, bertambah lagiler...

Weh... banyak lagi masalah rakyat yang kerajaan kena ambil perhatian dan tumpukan. Nak memerintah kalau, kena tahu priority ler. Mana yang patut diutamakan dan mana yang patut ditolak ketepi dulu. Jangan pulak, just because itu projek sang 'bini'.... maka ia tidak boleh tidak... mesti diberi keutamaan. Takut bini namanya tu.

Menyampah betoi dengan kerajaan laki-bini ni. Harap-harap dan doa-doakan ler semoga PRU13 ni nanti.... biar terkubor kerajaan laki-bini ni. Aman sejahtera Malaysia.

[Sumber:sini dan sini]

Bukan cemburu tapi cemoih

Posted: 28 Jul 2011 07:19 PM PDT

"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya- Ibrahim Ali

Kah kah kah kah kah....

Orang cemburu?? Siapa cemburukan Braheng Ali, angkat tangan??

Kah kah kah kah kah...

Pecah perut aku dengor lawak ni!!


Weh... tak der sapa yang cemburukan mu. Orang sebenarnya, dah cemoih dengan lawak bodohmu.

Barang rejek yang dah tak laku macam mu ni.... layak dicampakkan ke laut jer untuk dijadikan tukun tempat pembiakan ikan. Itu sajalah gunamu. Lelainnya.... tarak guna!!

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

[sumber]

Tiada ulasan: