Selasa, 19 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Siapa yang ganas sebenarnya??

Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT



Hishamuddin kata dulu, polis ada banyak rakaman video himpunan BERSIH 2.0, yang diambil yang dimonitor dalam bilik gerakan khas yang disediakan semasa himpunan aman tersebut.

Walau bagaimanapun, rakaman video tentang himpunan BERSIH 2.0 yang banyak tersebar di alam maya ialah rakaman daripada mereka yang terlibat secara langsung, mau pun tak langsung dalam himpunan tersebut. Banyak rakaman tersebut memaparkan ke-brutal-an a.k.a keganasan pihak polis terhadap peserta himpunan aman tersebut. Dahsyat... dahsyat...

Lantaran itu, pihak polis telah dikecam hebat ekoran keganasan mereka. Pelbagai aksi keganasan dapat kita saksikan, baik secara fizikal mau pun verbal. Fuuhh!! Garangnya... Maak aaaihh.... brutalnya. Aduhaaii.... kasarnya. Menyinga belaka....

Apabila rakyat melihat aksi-aksi ganas pasukan polis ini, pelbagai maki hamun serta sumpah seranah yang dihamburkan kepada mereka. Semua ini, membuatkan pihak polis berada dalam keadaan defensif. Maka, kedengaranlah pak-pak menteri yang bersuara mempertahankan tindakan pasukan polis terhadap para peserta himpunan aman BERSIH 2.0 tersebut.

Hishamuddin selaku menteri yang mengepalai KDN, bertegas yang polis bertindak sewajarnya, Malah, mereka mendakwa ada rakaman yang akan menidakkan dan menyangkal tuduhan- tuduhan daripada rakyat. Tuduhan-tuduhan.... yang dianggap liar dan tidak berasas. Dia juga menegaskan yang polis akan mengeluarkan rakaman-rakaman tersebut, tapi hingga ke hari ini.... habuk pun tarak. Yeilek...!!

Lantaran itu, mungkin kerana mereka dah tak tahan telinga mendengar cemuhan rakyat, maka, Muhyiddin pulak mengesa agar polis mendedahkan segera rakaman-rakaman yang ada dalam simpanan polis bagi menyangkal tuduhan rakyat dan mendedahkan bahawa para peserta BERSIH 2.0 juga bertindak ganas. Uuuu.... very defensif nyer!! Polis baik... peserta BERSIH jahat. Polis bertindak betul... rakyat, yang macam hooligans. Macam tu, ya?? [sini]

Then, hari ini, anak Pak Yatim, Menteri yang jaga RTM pulak bersuara. Kata dia, RTM boleh tayangkan rakaman-rakam tersebut untuk ditatap dan dinilai oleh rakyat. Sekor lagi menteri yang cuba membela polis. [sini]

Ha ha ha...We are family, in the same parti. Sayap baru UMporNO!! So... you help us, we help you!!

Persoalannya sekarang.... mana rakaman-rakaman tersebut?? Kalau ada, mengapa tak segera ditayangkan. Tunggu apa lagi??

Aaaa.... rakyat tertanya-tanya, betoi-betoi ke ada, atau masih dalam pembikinan?? Shot-shot lakonan tak habis bikin lagi ke?? Atau... masih diedit dan disunting lagi ke??

Eh... eh.... Jangan diedit!! Jangan disunting!! Kita nak tengok yang original. Tayangkan yang asli... baru real sikit. No hanky-panky please, ya?? Jangan cuba nak kencing rakyat, ok??

Please... percepatkan tayangan rakaman yang dok ada dalam simpanan polis tu. Dok labun kata polis Malaysia cekap dan professional tapi ngapenya lembab ya amat?? Rakyat dah dak sabor nak melihatnya. Dan..... tolong jangan hampakan permintaan anak Pak Yassin dan anak Pak Yatim.

As for us, the rakyat.... kami pulak akan setia menunggunya tayangan jeng-jeng-jeng lu orang.

Meng-giler babi kerana takut

Posted: 18 Jul 2011 05:30 PM PDT


Bravo Generasi 907!!

Makin ditekan makin mereka melawan. Lawan tak semestinya di jalan raya tetapi melalui peti undi.

Now... 1Malaysia benci pentadbiran Najib. 1Malaysia BERSIH2.0 bukan retorik macam 1Malaysia Najib. 1Malaysia BERSIH 2.0 is real. Mereka hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya. Generasi 907 bukan generasi penakut yang mudah diugut. Mereka generasi yang berani!! Berani menuntut hak mereka!!

Kebangkitan rakyat telah menyebabkan UMporNO@BN hilang kewarasan dan bertindak macam babi gilerr. Menyondol rakyat tanpa ada rasa simpati. Rakyat dijadikan musuh. Buat apa memusuhi rakyat?? Yang rugi korang.... PRU13 pasti banyak lagi kerusi yang bungkus dan entah-entah akan kehilangan banyak lagi negeri kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, demi membaikpulihkan imej negara yang tercalar-balar, adalah baik jika kerajaan mempertimbangkan tuntutan BERSIH 2.0. Habis cerita.

Itulah lebih kurang intipati pandangan Marina Mahathir anak kepada mentor Najib Razak.

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya," kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.-Mkini

So... terpulangler, nak pakai atau tak nak. Ketuk-ketuk kepala batu tu... cyorkan otak. Pikior betoi-betoi...

Bagi si Shabery Chik pulak, gunakan ler akai sikit apabila bercakap. Amati pandangan si Marina. Jangan berlagak sombong, mengandaikan Pakatan Rakyat akan kalah dalam PRU13 nanti dan sebab itu mereka mengekploitasi BERSIH 2.0 agar boleh mencari alasan bagi kekalahan mereka nanti. Fuuhh...!! Mak aaihh... sedapnya mulut. Weh... kalah menang belum tahu lagi, ya... [sini]

Daun lemundi buat kerabu
Belum mengundi belum tahu

Jangan cakap besor. Entah-entah awak yang masuk kobor!!

Tiada ulasan: