Ahad, 17 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dinosaur Tak Bertelor

Posted: 17 Jul 2011 09:30 AM PDT


"Jadi, saya ingin memberitahu Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan memperbodohkan orang lain tetapi tidak dinosaur Ibrahim Ali."

[sumber]

Emmmm.....
Ibrahim Ali a dinosaur??

Well, if you think so.
A toothless dinosaur without telor!!

Kah kah kah kah

But, to me... he si just a miserable katak.
A katak without telor!!

Al-fatihah. Dia pergi jua..

Posted: 17 Jul 2011 08:05 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bijak seorang Azizan Razak

Posted: 17 Jul 2011 07:00 AM PDT


Licik betoi PAS Kedah meng-kantoi-kan Barisan Nasional. Bijak... Bijak rupanya MB Kedah ni. Dia mengenakan BN dengan bersahaja saja. Bravo!! Cayala sama lu...

Strategi liciknya, bermula apabila dia bikin gempaq 1Malaysia dengan berita penutupan semua pusat-pusat hiburan di negeri Kedah dalam bulan Ramadan. Ruih-rendah 1 Malaysia beb.... isu ini imainkan oleh akhbar-akhbar arus perdana yang menjadi pencacai rasmi UMporNO@BN. Tujuan mereka adalah untuk menampakkan keburukan dan sikap ekstrimis PAS Kedah, pimpinan Azizan Razak agar menimbulkan kemarahan kaum bukan-Melayu.

Yang syiuknya.... sampai DAP pun melatah sama. In fact... ramai yang melatah. Baik dalam kalangan rakan, mau pun lawan. Teruk Azizan kena bantai. Tapi dia relax jer. Di sebalik hentaman dan kritikan tu, dia tersenyum sendirian. Ha ha ha... Hangpa dah masuk perangkap aku dah. Bom yang aku lempaq dah meletop dah.

Apabila 1Malaysia dah kecoh-kecoh.... PAS Pusat pun masuk campur. Dan... lepas tu keluarlah kenyataan daripada Tuan Guru Hj Hadi, selaku Presiden PAS. Baca sini.

Ooo... rupanya MB Kedah guna pakai dan kuatkuasakan undang-undang dan peraturan sedia ada yang telah dibuat oleh BN dulu. BN buat peraturan tersebut, kononnya nak tunjuk yang mereka menghormati bulan Ramadhan tetapi itu cuma on paper saja. Mereka tak pernah menguatkuasakannya. Mereka tak pernah serius untuk memartabatkan agama Islam, mau pun menghormati bulan Ramadan

Ha ha ha ha.... Maka terdedahlah sikap, cakap tak serupa buat atau NATO UMporNO selama ini. Talk only but no action!! Hypocrisy mereka terdedah. Kantoi beb!! Pejuang Islam konon.... Piiiaraahhhh!!

Lantas... setelah tembelang UMporNO di Kedah terkantoi, barulah PAS mengambil langkah untuk melaksanakan yang betul. Pusat-pusat hiburan dibenarkan beroperasi tetapi hanya boleh melibatkan orang bukan-Islam sahaja. Itulah keadilan yang dilaksanakan oleh PAS demi menjaga hak kaum bukan-Islam.

Sebaliknya, mereka yang beragama Islam dilarang memasuki premis-premis hiburan dan sebarang penganjuran persembahan yang tidak sesuai dengan Islam adalah dilarang di pusat-pusat hiburan tersebut semasa bulan Ramadan Dan... alhamdulillah PAS Kedah akan memastikan enakmen baru ini dikuasakan sepenuhnya dengan kerjasama semua pihak penguatkuasa. No krompomi dalam isu ini.

Now you see, bertapa bijaknya MB Kedah, Azizan Razak menjerat dan men-kantoi-kan UMporNO dan media arus perdana yang menjilat mereka. Hasil kerja tangan UMporNO@BN digunakannya untuk menjerat semula leher mereka.

Sekarang amacam?? Aaaa.... ternganga hangpa!! Padan muka!!

Doaku buatmu

Posted: 17 Jul 2011 05:40 AM PDT


Kami pihak keluarga Dr Lo'lo' mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo'lo' sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Semua yang berlaku ke atas kita adalah ketentuan Illahi. Redhalah dengan sabar. M3m serta keluarga mendoakan semoga Dr Lo'Lo' cepat sembuh... amin.

Another CHEAP Matinee

Posted: 17 Jul 2011 04:35 AM PDT


Amboi... riaknya!! Amboi marahnya!!

Habis 1Malaysia dia hebohkan tentang perkahwinan anak tunggalnya yang menelan belanja puluhan ribu. Apa le Anwar ni...??? Habis duit yang disimpannya buat sekian lama untuk tujuan beriak-riak semasa perkahwinan anak tunggalnya 'burn' begitu saja.

Ini semua, BERSIH punya pasal ler. Ini semua, Anwar punya pasal le kerana mendalangi himpunan BERSIH tempoh hari. Kalau tak der BERSIH, tentu ramai orang datang ke majlis perkahwinan tersebut dan barulah hidung dia dapat kembang kempis kerana pujian para tetamu yang datang. Ini.... kerana angkara BERSIH dan Anwar, dia tak dapat nak berglamour-glamour.

Lantas, kerana itu makcik Kamariya kata, dia nak tumbuk Anwar jika dia bertembung dengannya nanti. Waaahh.... garangnya!! Waaahh....brutalnya!! Aaaii.... berani ke?? Atau.... eksen jer??

Makcik.... makcik.... Yang hang nak marah Anwar tu pasai apa?? Yang hang nak hangat dengan BERSIH tu awatnya??

Hang pi la marah kat Hishamuddin anak Hussien. Hang pi la semboq KPN dan Ketua Polis KL... Bukan Anwar yang sekat jalan raya. Bukan BERSIH yang gatai nak buat road block sana sini dan di merata-rata tempat?? BERSIH hanya mau berhimpun secara aman di tempat-tempat tertentu ja. Yang polis dok gila pi sekat jalan di merata penjuru masuk ke KL tu apa hal??

Hisy.... hang ni marah dah salah orang. Akai pi mana?? Lari.... dok di kepala lutut ka??

Konon... katanya nak tumbuk Anwar. Apa hang ingat Anwar takut dengan penumbuk hang?? Udah-udah la tu makcik ooii.... Bersabar dan usah ler riak sangat bunyi cakap tu. Getik dan meluat orang mendengarnya.

Dah buat report polis tu, alhamdulillah ler. Tunggu jer ler hasilnya. Itu pun jika polis nak layan report hang tu atau mungkin juga lepas press conference ini, report terus masuk bakul sampah. Why....?? Kerana tak mustahil penampilan hang di Utusan Meloya tu... sekadar sebuah wayang murahan tajaan... you know who.

Nak habaq mai.... Wayang hang TAK LAKU!!

[sumber]

SPR dan bullshit-nya

Posted: 16 Jul 2011 10:16 PM PDT


Pelik aku tengok si Aziz, bapak SPR yang balik-balik mempertikaikan keikhlasan BERSIH 2.0 mengadakan himpunan pada 9 Julai yang lau. BERSIH 2.0 didalangi parti pembangkan ler... BERSIH 2.0 tidak ikhlas dan ada agenda lain ler.

Bullshit ler!! Weh.... jangan nak alihkan isu. SPR memang anjing UMporNO. Aha... anjing yang ditunggang untuk melakukan penipuan bagi memenang dan mengekalkan kuasa politik UMporNO. Samada BERSIH didalangi oleh pembangkang atau tidak, itu bukan isunya. ISUnya... rakyat mahukan pilihan raya yang adil dan bebas serta telus. Itu saja.

BERSIH bukan didalangi tetapi mendapat sokongan parti pembangkang yang sama-sama mendokong hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bebas. Tuntutan-tuntuan BERSIH selari dengan apa yang mereka mahukan. Jadi... salahkah BERSIH disokong oleh parti pembangkang dan salahkah sekiranya para pemimpin parti pembangkang hadir bersama-sama pimpinan BERSIH dalam perhimpunan aman tempoh hari, sebagai tanda solidariti??

Weh.... jangan jadi si otak jumud yang bangang!! Tunjuklah sikit kecerdikan akal yang Allah SWT anugerahkan tu. Janganlah insult anugerah Allah SWT tu. Nanti... Allah SWT tarik balik akal yang diberikan tu, baru padan muka!! Perangai betul-betul jadi serupa anjing... mau ke??

Instead of addressing tuntutan BERSIH, sibuk dia menuduh BERSIH punya niat yang tak ikhlas. Cer be specifik.... apa niat BERSIH yang tak ikhlas?? BERSIH nak gulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan?? BERSIH nak rampas kuasa politik Melayu?? Apa....?? Say it out loud la... Don't beat around the bush.

Weh... jangankan kata BERSIH dan jangankan kata parti pembangkang... majoriti rakyat Malaysia yang ada akai pun mahu gulingkan kerajaan tetapi.... secara DEMOKRASI, melalui PILIHAN RAYA bukan di JALAN RAYA!! Tapi... kalau SPR terus-terusan menjadi anjing yang taat kepada kemahuan tuannya yang durjana, maka sudah barang tentu rakyat tak berpuas hati. Mana mungkin rakyat boleh berpuas hati dan memeluk tubuh saja.... membiarkan mereka diperbodoh dengan segala macam penipuan yang dilakukan oleh SPR??

Sebab tu, BERSIH dan parti pembangkang mahukan beberapa reform dalam pelaksanaan proses pilihan raya, selari dengan sistem demokrasi. Itu pun susah nak paham ke?? Biol sangat ke?? Atau.... sengaja buat-buat tak paham??

BERSIH 2.0 memang NGO berkecuali, tetapi.... kalau pembangkang dah nak sokong tuntuan mereka, lu orang nak sakit hati kenapa?? Lepas tu sedap mulut, tuduh BERSIH dah jadi seperti parti politik??

Weh.... lu, SPR apa pula kurangnya?? SPRlah badan yang sepatutnya mesti terang lagi bersuluh BERKECUALI. Tapi... apa sudah jadi?? Mengata dulang paku selangga. Mengata orang.... lu orang apa kurangnya??

Bukankah lu orang pun, sudah menjadi seolah-olah sayap baru UMporNO. Sayap.... yang melakukan kerja-kerja penipuan tapi buat-buat macam ia tak disengajakan. Ha ha ha... helah sang penipu!! Sang penipu yang melakukan penipuan dan manipulasi dalam proses pilihan raya di negara ini untuk memenangkan UMporNO. Banyak sudah terbukti... jadi tak payah ler nak menegakkan benang basah lu orang!!

Oleh itu, sebelum menuduh dan mengata orang.... cermin diri sendiiri terlebih dahulu. But, biasaler orang yang tak der kemaluan.... tidak akan nampak apa-apa cacat cela pada diri sendiri. Kalau nampak pun, tak boleh nak buat apa-apa... sebab telor mereka sudah kena genggam dan picit dengan UMporNO hinggakan mereka tak mampu untuk berfungsi seperti yang sepatutnya. Ha ha ha... Mereka sudah mengalami ERECTILE DYSFUNCTION!! Tak boleh pakai dah weh...

Sebab tu, kalau mereka masih berdolak-dalik... kita cari yang baru. Sebelum itu, kita BERSIH 3.0 terlebih dahulu. Fuuhh.... Ramai yang kini gian nak BERSIH lagi. Baik anak Melayu.... anak Cina, mau pun anak India... semuanya dah syok dengan BERSIH 2.0. Mereka dah bersedia untuk BERSIH 3.0 pulak, sekiranya SPR masih berdegil dan tak mengendahkan tuntutan rakyat yang mahukan keadilan dalam pilihan raya.

Syabas!! Rakyat 1Malaysia sudah tidak takut dan tidak gentar lagi!!

Boleh nak percaya ka??

Posted: 16 Jul 2011 07:30 PM PDT


Polis siasat polis.... Boleh percaya ka??

Frankly.... aku tak percaya. Sekarang ni bukankah polis.... RAJA di Malaysia?? Takkan depa nak cemarkan nama RAJA. RAJA is 'protected' by the law. This RAJA got license maa. RAJA helps the BOSS, the BOSS hepls RAJA.

Ha ha ha ha.... Kot-kot nanti, RAJA main wayang jer. Main wayang silap mata untuk mengaburi dan memperdaya kita khususnya keluarga Allahyarham Baharuddin.

Polis siasat polis....?? Susah mau percaya la.

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Polis mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ku berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan berhubung kematian Baharuddin Ahmad, 56, di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan di kawasan KLCC ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan air berasid.

Pagi tadi, keluarga Baharuddin yang diwakili oleh abangnya Major (R) Kassim Ahmad dan anaknya Azhar Kassim menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta agar diadakan siasatan segera.

PKR pula diwakili oleh anggota Majlis Pimpinan Pusatnya Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden N Surendran manakala Lawyers for Liberty pula diwakili Eric Paulsen dan Renuka T Bala dan Warga Aman diwakili oleh Pengerusinya Rajaretinam serta Lee Khai Loon dari Youth for Change.

Dalam memorandum itu mereka menuntut agar kesemua pegawai polis termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang menyelia operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes tersebut.

Selain itu mereka juga mahu siasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera dan laporan penuh hasil penyiasatan diumumkan kepada orang awam.

Selain mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua pegawai polis yang terbabit, memorandum itu juga mahu Ketua Polis Negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga Allahyarham Baharuddin dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalah guna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat.-MI

Eleh...

Posted: 16 Jul 2011 05:30 PM PDT


Getik aku!! Meluat....

LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan," katanya dipetik Bernama Online.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi. [Terus baca di sini]

Eleh... settle dalam pilhan raya konon. Weh... nak settle dalam pilihan raya kalu, settlekan dulu tuntutan BERSIH 2.0. Kalau settle... tak yah demonstrasi dah. Amacam...?? Ada berani??

Jangan riak bercakap jer. Macam dulu... dia kata nak bagi stadium untuk BERSIH adakan himpunan amannya, asalkan jangan turun ke jalan raya. Last-last apa jadi?? Stadium ke mana, hapa ke mana. Yang dia bagi kat kita... anjing-anjing peliharaan dia. Dilepaskannya untuk serang kita. Penipu!! Lidah biawak!!

Weh.. kalau betul nak berlawan secara anak jantan... lepaskan telor SPR. Jangan kau genggam dan picit telornya. Then, kita berlawan atas padang yang sama rata. Baru adil dan kita tengok siapa rakyat prefer untuk bentuk kerajaan??

Kalau Najib sanggup ler, potong telinga aku. Tapi, aku percaya..... eksen dia jer tu. Takberani punyer. 'Telor'... tak der. Setakat berkokok, berani ler dia. Eleh.... siapa tak kenal Najib anak Razak??

Ceehh waaahh... siap kata, mereka bentang kes mereka, kita bentang kes kita dan biar rakyat yang menentukannya. Bentang kes dekat mana?? Mahkamah kangaroo komer?? Hmm.... simpan jer ler kes komer. Ciiitt!! Cakap bukan main gah tapi apabila ajak berdebat.... kecut telor. Ooopppss...!! Sori.... dia tak der telor. Sebab tu.... dia tak berani dan banyak songehnya. Eleh... mana dia berani nak berdepan secara anak jantan.

So, jangan cakap banyak. Address tuntutan BERSIH dulu, lepas tu baru cakap. Nak adakan pilihan raya.... no problem. We are ready whenever you're ready. No hal ler. Small matter jer...

Daripada 8 tuntutan BERSIH tu, ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa yang cepat. So, macam...?? Kalau settle... no more himpunan aman dan kita bertarung dalam pilihan raya seperti yang disuggestkan??

Ha ha ha ha..... Sekali lagi gua nak tanya?? Ada berani??

Tiada ulasan: