A Mum Of Three Mohd |
- Kerana bisanya kuning
- Zulbabwe kata...
- Bodohnya Pakatan Rakyat memerintah Selangor
- Pondan tarak tuluurr
| Posted: 07 Jul 2011 07:00 AM PDT ![]() Peludah Warna Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A Samad Said [sumber] |
| Posted: 06 Jul 2011 09:30 PM PDT ![]() ZulNordin kata semasa demo 98, memang ada tempat2 yg disembunyikan molotov cocktail, pembakar dan kayu, dgn niat bila lalu akan guna ZulNordin kata semasa dia ketuai demo bantah IFC, @Ambiga_S ajak dia brunding. Skrg apa sudah jadi? Kenapa tak runding dgn kerajaan? ZulNordin kata semasa dia dlm PKR, demo mesti buat dlm bandar, sabtu tengahhari atau lepas smbhyg jumaat sebab dah ada ready crowd. Kah kah kah kah kah Hangpa rasa boleh pakai ka apa Zulbabwe al-Kulim Bandar BarUA, si hipokrit ni kata?? Hat last dan second last tu, rasanya make sense jugak ler. Tapi.... yang paling lawak ialah kata-kata dia yang nun..... hat ataih sekali tu. Fuuuiyoo... cukup pandai promote wayang teater komedi PDRM. Komedi tajaan KDN dan dinaungi oleh kerajaan 1Malaysia. Wayang teater komedi terpaling terhot dan terkini, hingga mendapat perhatian pihak antarabangsa. [sini] Kah kah kah kah.... Komedi terpaling gilerr dan terpaling babi!! Yang dipromote oleh Profesional Promoter. Pasal bab-bab nak perdaya orang, mamat ni expert beb!! Tak percaya kalu... pi tanya Najib. Sesiapa yang nak promote apa-apa wayang ke... drama ke... bangsawan ke.... penglipur lara ke.... boleh ler kontek Zulbabwe-al Kulim Bandar BarUA. Bayaran boleh dirunding. |
| Bodohnya Pakatan Rakyat memerintah Selangor Posted: 06 Jul 2011 07:30 PM PDT ![]() UMporNO@BN kempunan nak tawan semula Selangor. Fuuuhhh.... lubuk emas oooo. Itulah sebab mereka all out cuba halang BERSIH2.0 dan tolak penambaikan dalam sistem pilihan raya. Mereka berharap selagi sistem pilihan raya boleh mereka manipulasi, Selangor boleh mereka tawani. Ha ha ha ha.... Tarak tipu tak boleh ka?? Tarak pertolongan tarak boleh menang ka?? Haiyoo.... Very desperate aaa. Well.... terus ler bermimpi. Mimpi Mat Jenin!! Selangor mencatatkan kenaikan lembaran imbangan kewangan 20 peratus atau kira-kira RM200,000 bagi enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata, pada Disember 2010, nilai kunci kira-kira Selangor dicatatkan RM1.6 bilion berbanding RM1.8 bilion sehingga Jun 2011. "Sebanyak RM1 bilion cairan wang tunai disimpan dalam sistem perbankan manakala RM600 juta pula merupakan dalam bentuk pemilikan saham," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco negeri itu di Shah Alam hari ini. Abdul Khalid berkata baki atau rizab kewangan berkenaan pula diperuntukkan untuk memperbaiki dan menaik taraf beberapa prasarana seperti jalan raya dan sistem perparitan di seluruh Selangor. "Sejumlah besar pendapatan itu adalah berdasarkan cukai yang dipungut sejak awal tahun ini," katanya. Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kedudukan kewangan negeri yang telah diluluskan itu akan diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula minggu hadapan.-Mkini |
| Posted: 06 Jul 2011 05:30 PM PDT ![]() Tak dapat tanduk telinga di pulas. Kalau nak pulas pun, cer buat depan-depan. Baruler anak jantan yang ada tuluur. Ini macam kalu.... perbuatan anak pondan!! Tarak tuluuur.... Woit.... Pengucuuutt jer yang takutkan BERSIH dan suka main KOTOR!! Huiyooo....Ini dah gila babas punyer TAKUT!! Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat PAS termasuk rumah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam semalam dan awal pagi ini. Selain itu, sebahagian daripada mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu ini. Dalam kejadian itu, selain rumah Azizan di Sungai Limau, Yan, kereta ahli parlimen Pendang Dr Hayati Othman dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kuala Kedah Mohd Radi Said. Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa. Azizan berkata laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian-kejadian itu dan berharap polis dapat melakukan siasatan segera. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan budak-budak nakal yang cuba menimbulkan kontroversi. "Polis dah pergi tengok. Biarkan polis menjalan tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, hari ini. - Bernama [Sumber:malaysiakini] |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan