MIMPI SENJA |
- Muhyiddin jumpa 100 MP ... nak singkir Najib?
- Cincin 24.4j ..... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa - Rosmah
- "Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan" - Fareez
Muhyiddin jumpa 100 MP ... nak singkir Najib? Posted: 28 Jul 2011 09:17 PM PDT (Oleh: Nabihah Hamid) Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya. Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib. "Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan)," kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard. Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu. Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan. Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis. Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin. Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib. Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri. Tambah Chegu Bard, melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu. "Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka," "Polemik ini dilihat semakin tajam di dalam pentadbiran kerajaan Umno-BN," kata Chegu Bard kepada Keadilandaily. Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008. Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya. Ia juga berikutan desakan Mahathir supaya Abdullah segera berundur dari jawatannya sebagai perdana menteri. Sebuah laman web popular, Tukartiub.wordpress.com, yang dikendalikan aktivis Hishamuddin Rais, hari ini membuat analisis yang lebih menarik berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan media arus perdana. Analisis itu dilakukan berdasarkan pendekatan 'semiotik' atau ilmu untuk memahami tanda 'makna' dan 'imej' berdasarkan paparan imej. Gambar tersebut memaparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, jutawan terkenal Vincent Tan dan Muhyiddin Yassin. Hishamuddin Rais menimbulkan persoalan mengapa Najib dan isterinya, tidak kelihatan pada gambar tersebut- yang disiarkan di akhbar arus perdana. "Imej ini amat amat penting kerana ini adalah tanda-tanda bahawa satu kumpulan baru sedang disusun, satu kumpulan baru sedang diatur bertujuan untuk menolak Rosmah dan Najib keluar," "Tak ada Rosmah dan Najib di sini makna yang cukup besar ini kerana madey (Mahathir) adalah orang yang menaikkan Najib ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong Najib, justeru Vincent Tan tahu lalu Rosmah dan Najib tidak dijemput," tulis Tukar tiub. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17813 |
Cincin 24.4j ..... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa - Rosmah Posted: 28 Jul 2011 08:04 PM PDT Isu cincin RM24j: Rosmah kata fitnah, tiada masa mahu layan July 29, 2011 KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). "Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut. Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import. Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta. Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. "Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya. - The Malaysian Insider |
"Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan" - Fareez Posted: 28 Jul 2011 01:39 AM PDT PETALING JAYA: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang ditahan polis ketika majlis pelancaran pengibaran bendera Jalur Gemilang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan beliau ada hak untuk berjumpa dan menegur perdana menteri. "Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat. Demi rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan," katanya dalam kenyataan media hari ini. Beliau bersama enam ahli AMK yang lain ditahan di KL Sentral semalam kerana dikatakan cuba menyampaikan memorandum kepada Najib. Bagaimanapun, Mohd Fareez menegaskan beliau bukan seorang teroris. "Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan mensabotaj program edaran Jalur Gemilang. Tentera upahan Umno "Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu mencedera dan membunuh Perdana Menteri hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM). "Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hattaPapa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti. "Maka, demi memelihara keselamatan PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan mencabar kesabaran rakyat lagi," katanya. Mohd Fareez berkata, penahanan semalam juga menggambarkan seolah-olah beliau dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. "Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya," tambahnya. -FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan