Selasa, 12 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ambiga : BERSIH 2.0 tiada kaitan dengan Facebook desak Najib undur

Posted: 12 Jul 2011 09:59 PM PDT

Oleh Shannon Teoh
July 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Kepimpinan Bersih 2.0 mengulangi ia tidak bertindak atas kepentingan Pakatan Rakyat semata-mata, sekali gus menolak ada kaitan dengan inisiatif menerusi laman sosial Facebook yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran perhimpunan Sabtu lalu.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) berkata, gabungan pimpinannya tiada sebarang kaitan dengan inisiatif itu yang sehingga kini telah menarik sokongan lebih 170,000 yang mahukan Najib berundur.

Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam pada April 2009.

"Kami tiada kaitan dengan (usaha) itu. Ia tidak pernah dan tidak pernah menjadi hasrat Bersih agar perdana menteri meletakkan jawatan. Sebagaimana saya telah katakan, kami mahu bekerja dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk mengadakan sistem pilihan raya yang lebih baik," kata Ambiga.

Selepas kejayaan menarik lebih 100,000 sokongan, inisiatif yang sama sedang diusahakan untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan. Satu lagi kumpulan mahu mengumpul satu juta atau lima juta sokongan bagi meminta Najib meletakkan jawatan.

Najib dan Hishammuddin masing-masing merupakan presiden dan naib presiden Umno.

Ambiga juga memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau tidak melihat akan ada banyak lagi perhimpunan susulan meskipun PAS, komponen Pakatan Rakyat bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan jika kerajaan mengabaikan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Saya tidak melihat ia akan berlaku dalam waktu terdekat," kata bekas presiden Majlis Peguam ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan perhimpunan Bersih 3.0. Perhimpunan pertama diadakan pada akhir 2007.

Malah Ambiga juga menafikan tanggapan bahawa usaha mereka mengadakan perhimpunan Bersih hanya kerana kepentingan Pakatan Rakyat.

"Tidak adil sama sekali," kata beliau yang sebelum ini pernah menekankan bahawa pihaknya juga telah mempelawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha mereka.

"Kami telah mempelawa kesemua parti politik termasuk BN agar menyokong kami. Bagaimana anda boleh kata usaha menuntut pilihan raya adil dan bebas hanya bagi pembangkang? Ia untuk setiap orang. Ahli-ahli Pakatan Rakyat juga rakyat negara ini. Apakah mereka tidak berhak untuk menyokong satu pergerakan bagi pilihan raya yang adil dan bebas?" katanya.

Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura semalam.

Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.

Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran "takut dan menekan", yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab. TMI

BERSIH 2.0 : Mengapa Umno gerun dengan Bersih?

Posted: 12 Jul 2011 07:09 PM PDT

Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

Secara kasarnya, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat terhadap perhimpunan yang menuntut piliha nraya yang bersih dan adil, yakni kumpulan yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, sama ada yang telah melaungkan "Hidup, hidup; hidup Bersih" dengan bersemangat dalam perhimpunan itu ataupun mereka yang menyambut baik tuntutan tersebut namun tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana sebab tertentu.

Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian.

Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.

Semua dakwaan yang dilontarkan ke atas gabungan dan perhimpunan BERSIH 2.0 sememangnya perlu dikaji satu per satu agar lapan tuntutan BERSIH 2.0 tidak dilenyapkan oleh mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada "misi" tersebut.

Perpaduan Melayu

Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut.

Antara perkara yang muncul dalam minda saya ialah, kenapakah kaum Melayu akan menjadi pecah-belah ekoran daripada menuntut pilihan raya yang adil? Apakah definisi dan konteks perpaduan Melayu dalam dakwaan tersebut?

Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu.

Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.

Maka, adalah cukup jahil sekali apabila adanya pihak tertentu yang mengkaitkan sokongan kaum Melayu terhadap parti politik selain Umno dengan tindakan memecah-belahkan kaum Melayu lalu menafikan hak kaum Melayu yang ingin memilih parti selain daripada Umno.

Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara?

Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?

Oleh itu, orang Melayu perlu menyoal diri lalu mencari perpaduan yang mereka mahukan. Saya yakin bahawa ia semestinya akan bertambah baik sekiranya perpaduan orang Melayu yang dibentuk itu turut membantu untuk membentuk perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini.

Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.

Melalui bukti gambar dan video yang boleh didapati melalui laman sesawang dan diri saya yang turut menjadi saksi kerana menyertai perhimpunan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menjelaskan betapa amannya perhimpunan BERSIH 2.0.

Jadi mangsa

Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.

Serangan air berkimia dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan menyebabkan mereka berlari bagaikan kambing keluar daripada kandang demi mengelak serangan yang dimulakan oleh pihak polis.

Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita.

Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang "makcik bunga daisi" dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Mereka menyertai perhimpunan tersebut dengan niat yang cukup naif, yakni menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Oleh itu, mereka yang berfikiran rasional akan faham bahawa peserta perhimpunan tidak akan mengancam keselamatan negara apatah lagi membawa kerugian kepada peniaga dan pemandu teksi.

Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat.

Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab.

Siapa ganas?

Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.

Pandangan ini kelihatan logik pada luarannya, namum, secara tidak langsung pandangan tersebut telah menghalalkan serangan polis terhadap mereka yang ingin mempertahankan perkara yang mereka yakin betul – menyuarakan ketidakpuasan mereka secara aman terhadap sistem pilihan raya sudah kurang menyakinkan.

Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.

Sekiranya sistem pilihan raya di negara kita berada dalam keadaan yang terurus, semestinya tiada gabungan BERSIH 2.0 dan apatah lagi perhimpunan yang telah menggugat satu nyawa itu.

Kenangan manis

Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut.

Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka.

Inilah "1Malaysia" sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.

Adalah diharapkan bahawa, kerajaan BN sedar akan mesej yang cuba disampaikan oleh peserta perhimpunan. Selain daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0, pada pendapat saya, kerajaan BN perlu sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan mendadak terhadap kelemahan dan kekurangan mereka.

Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).

Akhir kata, dengan menyangkal bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan tuntutan dan kebangkitan rakyat secara tidak langsung telah mendedahkan betapa tidak yakinnya pihak kerajaan akan masa depan mereka yang mungkin kehilangan mandat untuk terus mentadbir negara yang rakyatnya makin mendahagakan perubahan dan demokrasi sebenar.

Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja.

Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak.

Penulis ingin mengambil peluang ini untuk menggesa kerajaan agar membebaskan 6 mangsa tahanan PSM dalam masa terdekat. Hentikan seksaan mental terhadap tahanan dan ahli keluarga mereka! (Sila baca artikel S Arutchelvam mengenai perbezaan sosialis dan komunis di http://www.malaysiakini.com/letters/168512)

Wanita potong kemaluan suami

Posted: 12 Jul 2011 06:27 PM PDT

2011/07/13

GARDEN GROVE: Seorang wanita ditahan selepas dia memberi dadah kepada suaminya, mengikatnya di katil dan kemudian memotong kemaluan serta meletakannya ke dalam tempat pelupusan sampah.

Leftenan Jeff Nightengale berkata, Catherine Kieu Becker meletakkan dadah dalam makanan dan memberikan kepada mangsa, yang namanya tidak didedahkan sebaik sebelum kejadian lewat malam tadi. Nightengale berkata, mangsa berusia 51 tahun berada demam, terbaring dan tidak sedarkan diri. Becker kemudiannya mengikat mangsa tangan dan kaki mangsa dengan tali, membuka pakaian dan menyerang dengan pisau 25.4 sentimeter sebaik mangsa sedarkan diri.

"Mangsa tidak sedarkan diri apabila kemaluannya dipotong," kata Nightengale. - AP




BERSIH 2.0 : ... dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, 'bukan manusia'

Posted: 12 Jul 2011 04:33 PM PDT


Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Pelakon dipenjara

Posted: 12 Jul 2011 03:29 PM PDT

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan terhadap abang kepada Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad kerana memiliki 12.15 gram syabu di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak rayuan difailkan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti Seri Istana dan 'Cucu-cucu Atuk'.

Samzy Fuzette, 35, (pemohon) yang kini berniaga sendiri memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 30 November 2010.

Bapa kepada tiga anak yang kelihatan tenang dilihat memeluk isterinya, Sarinah Mohammad, 32, bagi menenangkan wanita itu yang menangis teresak-esak apabila mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula semalam.

Terdahulu, Samzy Fuzette yang hadir memakai kemeja putih dan diiringi beberapa rakannya sempat berbisik kepada pemberita, 'doakan saya' sebelum mengambil tempat di kandang tertuduh.

Mohtarudin pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati hujah pemohon dadah ditemui di tempat kejadian diletakkan orang lain adalah keterangan terfikir kemudian.

Beliau berkata, perkara itu seharusnya dibangkitkan ketika soal balas terhadap saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Majistret Ampang.

Katanya, pemohon itu juga mempunyai peluang paling awal untuk menerangkan kepada anggota polis berhubung penemuan dadah di tempat kejadian, tetapi sebaliknya tidak berbuat demikian.

Menurutnya, mahkamah berpendapat hukuman dijatuhkan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman tidak terlalu berat.

"Rayuan ditolak dan sabitan dan hukuman (terhadap pertuduhan) dikekalkan," katanya.

Mengikut pertuduhan, Samzy Fuzette didakwa memiliki 10 peket plastik lut sinar berisi syabu seberat 12.15g, di DG-W4, Villa Ria Condo, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, Ampang, jam 3.30 petang, 11 April 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pemohon diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil, manakala responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

Sepanjang perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Ampang, seramai tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada masa kejadian, Samzy ditahan bersama seorang lagi artis, Baby Arin atau nama sebenarnya Lily Zarina Khalil, 31, dan lima lagi individu dalam satu serbuan di kondominium di Bukit Antarabangsa.

BERSIH 2,0 : Pelakon porno kata polis terpaksa tembak gas ke arah Tung Shin hospital kerana nak jaga pesakit ... haha lawak

Posted: 12 Jul 2011 01:31 AM PDT

Gambar tidak menceritakan perkara sebenar, terpulang dari sudut mana dia diambil kata Soi Lek
Bab ni hampa jangan cuba lawan pelakon porno ni, kerana bab-bab sudut gambar diambil dia lebih hebat sebab dia dah pernah ........ hahahaha

 
Mula dulu ada sorang mamat tu kata polis tak tembak kearah Tung Shin, tapi bila dah ditunjukan bukti dia terus diam dan muncul pula pelakon porno ni yang masih cuba nak tegakkan benang basah.

 
Tapi hampa pun tau la kan, bab tegak-menegak ni dia ni memang hebat la ...

 
By Yow Hong Chieh arah
July 12, 2011

KUALA LUMPUR, July 12 — The police had to fire tear gas near Tung Shin Hospital to protect its patients from Bersih 2.0 protesters who sought refuge there, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has said.

The MCA president said the situation should be viewed "in totality", pointing out that the police would be accused of not doing their job had they decided against dispersing the crowd of protesters that ran into the hospital.

 "If the police don't do anything, people will say the police failed to safeguard the patients in the hospital," he told reporters at Wisma MCA here today.

 Dr Chua  also said it was difficult to determine what exactly transpired at the hospital on Saturday as it was difficult to tell the whole story from the photos and videos that have emerged online since then.

 "Pictures may not convey the total picture, depending on the angle the picture is shot," he said.

"It's just like sometimes the newspaper will show the picture of a politician, if they don't support the politician they will always show the politician's face very angry, very sad."

 MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai added that he had been told by Tung Shin's management that tear gas was fired into an adjacent carpark and not into the hospital compound proper.

 "If there is any other proof... (let) the police investigate. So be patient for the report," he said, adding that both the Health Ministry and Home Ministry will look into the incident.

 Since Saturday's chaotic events, debate has escalated between Bersih supporters and the Najib administration over whether the police had fired tear gas and water cannons into Tung Shin Hospital.

 Liow slammed protestors yesterday after meeting with hospital authorities, saying they had "ambushed" the hospital when they entered its compound to escape the bombardment.

 DAP publicity chief Tony Pua has accused Liow of "lying through his teeth" for contradicting "irrefutable" photo and video evidence, and urged the minister to apologise to Tung Shin and Malaysians for his statement. - TMI

BERSIH 2.0 : Warga Internet minta pemimpin letak jawatan

Posted: 12 Jul 2011 12:18 AM PDT

Gelombang kuning terus mengombak di dunia internet. Jika laman sosial facebook diwarnai "kuning" dengan gambar profile warganya menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, maka kini memperlihatkan trend untuk menubuhkan "page" mendesak pimpinan utama kerajaan meletak jawatan.

Bermula dengan page "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation", kini warga internet menyasarkan beberapa pimpinan utama dalam kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai. Malah, Ketua Polis Negara Ismail Omar juga tidak terelak daripada desakan warga internet untuk letak jawatan.

Page 100,000 rakyat mendesak Perdana Menteri Najib Razak letak jawatan mencecah sasarannya dalam masa dua hari, mencatat 159,779 sehingga tengah hari ini. Kini, satu lagi laman "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)" ditubuhkan, menyasarkan angka 1 juta. - SETERUSNYA

Tiada ulasan: