MIMPI SENJA |
- BERSIH 2.0 : Nasruddin terpaksa menggunakan 'jalan tikus' ....
- BERSIH 2.0 : Peguam PAS dah mula bertugas
- BERSIH 2.0 : dari The Guardian UK
- BERSIH 2.0 :TERKINI
- BERSIH 2.0 : Pesanan akhir - Jaga Akhlak
- BERSIH 2.0 : ESOK - Hati-hati dengan provokasi ...
- BERSIH 2.0 TERKINI : Permit TIDAK dikeluarkan
- BERSIH 2.0 : BERSIH DAPAT PERMIT POLIS
BERSIH 2.0 : Nasruddin terpaksa menggunakan 'jalan tikus' .... Posted: 08 Jul 2011 11:53 AM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok. Ketua DPPP, Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu. Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat. Katanya, ketika di balai polis, ayahnya diminta menasihatkaan beliau agar tidak menyertai himpinan aman Bersih 2.0 esok kerana perhimpunan itu tidak dibenarkan oleh pihak polis. "Ayah saya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang kesalahan, tetapi hanya diminta menasihatkan saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0 esok. "Amat lucu apa yang dilakukan oleh pihak polis itu. Ayah saya yang diminta menasihati saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0, pada hal apa salahnya himpunan Bersih 2.0 itu dari sisi undang-undang?" katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini. Selain kejadian itu, menurut beliau, terdapat tindakan provokasi terkini lain lagi yang dilakukan oleh pihak terhadap beliau untuk menghalang beliau menyertai perjimpunan itu esok. "Ini berlaku secara langsung ke atas saya ketilka saya melalui satu sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis ketika saya hendak ke sini tadi. "Pihak polis menjelaskan kepada saya yang saya termasuk dalam kumpulan 91 nama yang dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai. Oleh itu, saya diminta tidak ke Kuala Lumpur malam ini untuk ke sini. "Bagaimanapun, larangan itu tetap tak saya pedulikan. Malah saya jelaskan kepada pihak polis yang saya tak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai. Sekarang baru 8 Julai. Jadi tak ada halanganlah bagi saya untuk ke Kuala Lumpur malam ini," katanya sambil disambut laungan Allahu akbar daripada ribuan hadirin. Sungguhpun begitu, katanya, beliau tetap juga mengalami kerumitan untuk sampai ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada malam ini akibat sekatan itu, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan 'jalan tikus' dan memasuki perkampungan Orang Asli di gombak. "Kesemua kisah yang berlaku itu, walaupun memperlihatkan tindakan keterlaluan pihak polis, tetapi turut menjadi lucu sehingga menyebabkan sesiapa saja boleh tertawa mendengarnya," katanya. Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang turut hadir membaca doa pada akhir majlis |
BERSIH 2.0 : Peguam PAS dah mula bertugas Posted: 08 Jul 2011 11:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok. Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu. (Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini) Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu. Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka. 46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini. Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini. Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini. Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa. Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. (Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok) "Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan. Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali. Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. |
BERSIH 2.0 : dari The Guardian UK Posted: 08 Jul 2011 10:51 AM PDT Tensions mount as hundreds of thousands of activists expected in capital for Arab spring-style rally against 'dirty politics' Malaysia is bracing for an Arab spring-style stand-off on Saturday, when activists angry at "dirty politics" are expected to rally in Kuala Lumpur despite draconian government efforts to nip the movement in the bud. Tensions have mounted in this normally staid state, often called "Moderate Malaysia", after a group of 62 non-governmental organisations known locally as Bersih 2.0 proposed a peaceful protest, dubbed the "Walk for Democracy", against alleged vote-rigging and other electoral abuses in a recent state election. But the government last week declared Bersih – which means "clean" in Malay – illegal, and has warned that anyone wearing the yellow colours of protest will be detained. It has already arrested more than 200 supporters and organisers on charges ranging from the promotion of "illegal assembly" to "waging war against the king". Some are being held for an indefinite period without trial. Although Malaysia's next general election is not until 2013, polls could take place as soon as this year – with many speculating that the incumbent Barisan Nasional (National Front) may not fare so well. Headed by the prime minister, Najib Razak, Barisan Nasional has ruled Malaysia since 1955. It suffered a major setback in 2008 when it lost more than one-third of its parliamentary seats to Pakatan Rakyat (People's Alliance), a coalition of opposition parties. Despite government accusations that they are actively threatening national security, Bersih's leaders have been adamant that they are pushing solely for electoral changes. "We are calling for a government through free and fair elections, not street demonstrations" like in Egypt or Libya, said Bersih's chairwoman, Ambiga Sreenevasan. After calling Bersih illegal, the government assented to a rally in a stadium. Opposition groups expect as many as 300,000 supporters to turn out. Police, however, have refused to grant Bersih a permit for the rally – a requirement for any gathering of five or more people – and have said they will work with the army to disperse Saturday's crowds. Earlier this week police held a military exercise in which soldiers held up banners reading "Disperse or we will shoot". Najib threw his endorsement behind local silat – or martial arts – groups, including one that has openly vowed to "wage war" against Bersih. "If there are evil enemies who want to attack the country from without and within," Najib said this week, "you, my brothers, will rise to fight them". Bersih organisers say they have received death, bomb and gang-rape threats in recent weeks, which they claim police have not investigated. "It has been challenging personally," said Ambiga. Nonetheless, Bersih "understand our responsibility in holding the line on behalf of all of you who want nothing more than a clean electoral system and a better Malaysia." While no one is entirely sure what to expect on Saturday, the lead-up has already caused mayhem. Extensive roadblocks have caused near standstills in Kuala Lumpur and many businesses will be closing. Widespread mobile phone and internet disruption is expected. Despite it being a supposedly peaceful protest, many are expecting violence. "This is the formula now, all around the world – in Libya, Egypt, it's all the same – there will be violence," said Mohamed Rayak, 32, a hotel manager. "But no one knows if it will be coming from the government or the opposition. If it's from the government, then they can say it all got out of hand, and [the rally] has to be stopped." Thousands of supporters have aired their views on Facebook and Twitter, with many of them, such as Thomas Chai, tweeting directly to the prime minister. "Beneath this YELLOW there is an idea, Mr Najib, and ideas are bulletproof," he wrote. Bersih supporters in other parts of the world are expected to hold similar rallies on Saturday in Taiwan, Korea, Japan, Hong Kong, Australia, New Zealand, France, Switzerland, the US, Canada and the UK. - Guardian |
Posted: 08 Jul 2011 10:11 AM PDT Lebuhraya Persekutun menghala ke KL telah ditutup. Kenderaan telah dilencongkan samada ke Jln Kelang Lama atau terus ke Cheras atau Seremban. Dari selatan juga telah diadakan 'road block' selepas tol Sg Besi. Polis sedang melakukan pemeriksaan disetiap bilik-bilik hotel sekitar KL dan PJ Nota ; Kawan aku di Teluk Intan memberitahu tampat kerja dia Grand Court - hotel baru di Teluk Intan - telah diserbu malam tadi, periksa setiap bilik kira-kira jam 12.30 - DEPA CARI BAJU KUNING hahahaha |
BERSIH 2.0 : Pesanan akhir - Jaga Akhlak Posted: 08 Jul 2011 09:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok. "Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan. "Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad'u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. "Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir. Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS. Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita. Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu. "Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya. Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. -HD |
BERSIH 2.0 : ESOK - Hati-hati dengan provokasi ... Posted: 08 Jul 2011 08:05 AM PDT
Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak. "Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu. "Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di sini, Jumaat. Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat. Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu. Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih. |
BERSIH 2.0 TERKINI : Permit TIDAK dikeluarkan Posted: 08 Jul 2011 01:01 AM PDT Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan. "Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya. Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil. "Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya. "Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh. Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok "BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu. Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya". "Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission". Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini. |
BERSIH 2.0 : BERSIH DAPAT PERMIT POLIS Posted: 07 Jul 2011 11:19 PM PDT Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon. "BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH. Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan. Katanya, BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini. Sementara itu, Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi berkata beliau tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan. "Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya. Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil. "Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya. "Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan