Rabu, 6 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Apa kata polis

Posted: 06 Jul 2011 11:05 PM PDT

Bersih: Polis Sedia Berdepan Sebarang Kemungkinan

KUALA LUMPUR: Polis bersiap sedia untuk menangani sebarang kemungkinan berlakunya demonstrasi jalanan oleh segelintir kumpulan pada Sabtu ini walaupun pengerus Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perarakan di jalanan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak memandang remeh perkara itu walaupun Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Namun kami akan memastikan sekatan jalan dan pengubahan laluan tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan kepada pemandu.

"Saya telah mengarahkan ketua polis negeri dan daerah untuk mengkaji semula pemeriksaan sekatan jalan raya. Ia hanya akan dijalankan jika benar-benar diperlukan.

"Keutamaan kami adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai," katanya pada Rabu.

Khalid berharap agar orang ramai memahami tugas mereka untuk memperketatkan kawalan keselamatan ekoran penemuan molotov koktel dan sejenis parang di sekitar Gombak dan ibu negara, dua hari lalu.

Beliau turut berjanji mempercepatkan sebarang permohonan permit bagi perhimpunan itu dan tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana penganjur yang gagal berbuat demikian.

Khalid juga mengingatkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu supaya tidak membawa atau memakai apa saja berkaitan dengan Bersih.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 3,256 laporan polis telah dibuat di seluruh negara ke atas Bersih manakala 235 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan perhimpunan haram itu dan 29 orang lagi didakwa di mahkamah.

Sementara itu, polis menemui sebuah beg yang mengandungi senapang patah di Petaling Jaya.

Polis berkata, beg itu ditemui oleh pengurus gim di luar sebuah rumah kedai di Taman Seri Manja pada Rabu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata senapang patah itu ditemui dalam sebuah beg yang dibaluti dengan kain kanvas berwarna kuning. mStar

30 murid 3 guru jadi tebusan lelaki bersenjata di Muar

Posted: 06 Jul 2011 10:17 PM PDT

MUAR: Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, dekat sini.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan tebusan itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BERSIH 2.0 : Tak pa mai KL naik kereta ... Najib bekukan permit bas ke KL hujung minggu ini

Posted: 06 Jul 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 7 — Putrajaya has frozen temporary bus permits for travel across the peninsula to Kuala Lumpur, in what is seen as an effort to limit the turnout for Saturday's Bersih rally.

Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Tan Sri Syed Hamid Albar confirmed the directive is effective tomorrow, saying the commission did not want traffic congestion in the capital city.

"We don't want to add to the congestion in the city, and are taking precautionary measures," he told The Malaysian Insider this morning.

The former Home Minister added that SPAD did not see the need for temporary permits as there were no festive occasions or school holidays that would require more buses entering the city.

But he added that normal express bus and train services including the city's light rail transit (LRT) would continue as usual.

"The LRT will run as usual without interruptions, and also normal bus services . . . no change, it will carry on as usual," Syed Hamid said. "I don't foresee any problems."

Asked if action would be taken if the SPAD directive was ignored, he expressed confidence that the bus operators were responsible and would heed the instruction, adding he just wanted to tell the public to use regular bus services to the Klang Valley.

The Road Transport Department (RTD) confirmed the directive had been issued by SPAD, which has taken over the regulation of temporary permits from RTD for buses for students and factory workers.

RTD director-general Datuk Solah Mat Hassan told The Malaysian Insider that SPAD had notified the department to take action against any such buses operating from today to Saturday.

"As SPAD has made the decision, RTD and police can take action on any buses carrying passengers without temporary permits," he said, confirming that the decision applied nationwide. "We can stop and impound the buses."

He added that temporary permits would usually be issued a week in advance.

Bus and city LRT services were affected in 2009 during demonstrations protesting the use of the Internal Security Act 1960, which allows for detentions without trial.

The government's latest action came as the mercury had risen over a planned Bersih street rally after Umno Youth and Perkasa pledged to hold counter-rallies.

A government clampdown over the past week that led to the arrest of hundreds of Bersih supporters only resulted in defiance from the electoral reform movement and Pakatan Rakyat (PR) leaders, who have strongly backed the march as it seeks to build momentum ahead of a general election expected within the year.

The opposition coalition continues to insist that up to 300,000 will attend the rally, despite Bersih accepting a government offer to move the July 9 street march to a stadium.

The offer from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Monday came after the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, stepped in to diffuse tension on Sunday by asking the government and Bersih to come to the negotiation table.

Despite Bersih's acceptance of Najib's offer, authorities are still insisting that the coalition of 62 NGOs apply for a police permit to hold its event.

However, Information Minister Datuk Seri Rais Yatim announced last night that the government would not accept any application to hold the Bersih rally in Kuala Lumpur as it was an outlawed organisation.

Bersih has vowed to carry on, and has told its supporters to gather in the historic Stadium Merdeka this Saturday.

This is the second such rally organised by Bersih. Fifty thousand people took to the streets in 2007 in Kuala Lumpur before they were dispersed by riot police using water cannons and tear gas.

The event has been partly credited for PR's record gains in Election 2008, when the opposition coalition was swept to power in five states, and won 82 federal parliamentary seats.- TMI

BERSIH 2.0 : Arnab tertidor di tengah perlumbaannya dengan kura-kura

Posted: 06 Jul 2011 06:33 PM PDT

Najib kata dia adil — Subky Latif

7 JULAI — Mengulas tentang rancangan unjuk rasa Bersih 2.0 bagi menuntut perjalan pilihan raya bersih dan adil serta mewujudkan sebuah SPR yang adil dan bersih, maka Perdana Menteri Najib berkata bahawa dirinya dan kerajaannya telah mengendali perjalanan pilihan raya dan mewujudkan SPR yang adil dan bersih.

Alasan mudahnya betapa ia bersih dan adil ialah ada pembangkang berjaya mengalahkan BN di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008 dulu dan ditambah pula BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya itu.

Termasuk akal setengah orang yang tidak panjang akalnya dengan alasan itu.

Oleh kerana adanya cerita jenaka arnab tertidur di tengah perlumbaannya dengan kura-kura, maka kalah arnab oleh kura-kura dalam perlumbaan itu. Adakah dapat diterima dalam realitinya kura-kura juga sama pantas berlari dengan arnab?

Pembangkang lima negeri dalam pilihan raya lalu bukan bukti perjalanan pilihan raya sudah adil dan bersih. Ketempangan yang wujud itu menyebabkan BN kalah dilima negeri saja. Kalau ia tidak tempang ia bukan kalah dalam banyak negeri lagi, malah belum tentu Putrajaya sentiasa dikuasainya.

Mungkin Najib dan kerajaannya betul-betul adil dan bersih, tetapi dia mesti mencari logik yang lain.

Pada Najib apa yang dibuatnya sudah dirasakan adil dan bersih tetapi ia perlu diuji dan disemak imbang. Diodit dulu apa yang dibuat dan apa yang dikata.

Tidak ramai orang yang didakwa di mahkamah mengaku bersalah. Cakapnya tidak diterima terus. Bicarakan dulu dan hakim serta mahkamah akan menentukan dia bersalah atau tidak.

Semua orang kata Firaun adalah sekejam-kejam pemerintah. Al-Quran yang Maha Benar itu mengatakan Firaun kejam, tetapi Firaun tidak pernah dirinya kejam dan zalim.

Bukan Firaun saja tidak mengaku dia zalim. Bahkan Haman dan Qarun serta orang-orang yang mendapat nikmat dari pemerintahannya mengaku Firaun adalah seadil orang.

Al-Quran merakamkan sekalian orang yang pernah beriman mengaku beriman apabila ditanya Allah. Setengah yang mengaku beriman itu sebenarnya tidak beriman. Setiap yang beriman itu mesti melalui ujian dulu sebelum masing-masing disahkan beriman di hadapan Allah.

Sebelum Najib mendakwa dirinya dan kerajaannya sentiasa adil dan bersih, dunia menyaksikan betapa Hosni Mubarak, Muamar Ghadaffi, Basher Assad dan lain-lain mengaku diri mereka dan pemerintahan mereka adalah adil dan bersih.

Tidak pernah Hosni Mubarak memenangi pilihan raya Presiden dengan undi kurang dari 98 peratus. Tidak ada siapa di negaranya sepanjang pemerintahannya sanggup berkata dia tidak adil dan tidak bersih.

Yang dapat menentukan dia bercakap benar atau hanya berbohong ialah amalan demokrasi di negara itu. Jika demokrasi itu mati, yang mati akan dikata hidup, yang zalim dikata adil dan yang adil dikata kejam.

Di hadapan mata kita, orang yang mengaku adil di Mesir, di Libya, di Yaman dan di Syria semuanya dikata tidak adil oleh orang-orang di jalan raya. Gadaffi dan Basher Assad masih berkuasa tetapi di jalan raya orang memekik mereka kejam. Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia sudah tidak dapat mempertahankan diri bahawa mereka itu adil dan bersih.

Ia adalah antara hujah bahawa sesorang pemimpin yang mendakwa dirinya begitu dan begini belum dapat dijamin betul bagai yang didakwanya.

Ketentuan adil dan kejamnya akan dapat dilihat dari sebuah pemerintahan yang telus yang memberi ruang kepada semua institusi dan orang melakukan semak dan imbang.

Najib dan kerajaannya boleh jadi benar adil dan bersih bagai yang didakwanya. Tetapi pernan semak dan imbang dalam pemerintahannya tidak begitu berbuka. Terlalu banyak yang memperikai kejituan perjalan mahkamah, jabatan peguam negara dan personaliti pimpinan setengah polis, tiada apa yang dilihat kerajaan Najib dapat membetulkannya.

Maka payah rasanya dakwah Najib tentang adil dan bersih kerajaannya hendak dipertahankan. Apabila kita tidak dapat terima bulat-bulat dakwaan Najib tentang keadilannya dan kerajaannya, maka kita tidak boleh melihat bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz, Azizan Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng betul belaka.

Mereka boleh jadi betul dan boleh jadi tidak betul. Apa pun ketelusan mereka dan kerajaannya akan menentukan kedudukan mereka. Dengan berbagai tunjuk perasaan kecil dan sederana dan banyak aduan polis dan aduan SPRM yang dibuat terhadap kerajaan mereka akan dapat menentukan mereka telus atau sebaliknya.

Bagi mengetahui Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain telus atau tidak lebih mudah disemak imbang dari menyemak imbang pentadbiran Najib dan BN. Unjuk rasa yang dicadang Bersih itu adalah langkah bagi membetulkan guna demokrasi. Bila demokrasi itu lurus maka mudah diketahui kerajaan dan ketuanya adil atau tidak. — harakahdaily.net

Buat penilaian masing-masing — semuanya dah besar panjang — Aspan Alias

Posted: 06 Jul 2011 06:16 PM PDT

7 JULAI — Berminggu-minggu negara kita berada di dalam keadaan yang hingar bingar dengan polimik di antara dua pihak, kerajaan dan rakyat yang bersama-sama Bersih 2.0. kehangatannya begitu ketara apabila kita mendengar pihak yang berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri memanggil Datuk Ambiga dengan "name calling" yang didengar agak janggal kerana keluar dari mulut seorang Perdana Menteri.

Siapa kah yang berjaya dan siapa pula yang tertewas di dalam kemelut polimik tuntutan Bersih 2 ini? Tiada yang menang dan tiada yang tertewas. Yang menang ialah rakyat. Tetapi yang kita boleh nampak dengan jelas ialah tahap kemampuan kedua-dua belah pihak mengendalikan isu yang sangat sensitif ini kepada satu pihak yang lain iaitu pihak pemerintah yang sedang asyik dan leka dengan nikmat kuasa sehingga wujud unsur-unsur kufur nikmat yang tidak terkawal dikalangan pimpinan kita.

Tahap pemikiran serta sikap kita sudah terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan perubahan pemikiran rakyat termasuk dalam isu pengendalian pilihanraya yang menjadi tuntutan asas bagi Bersih. Pemimpin kerajaan terlalu biasa dengan sokongan yang diperolehi tanpa soal dari rakyat selama ini dan pemimpin-pemimpin kita telah mengambil segala-galanya "for granted".

Apabila mendapat sedikit tentangan dari rakyat yang sudah berubah nilai pemikiran ini maka ianya dianggap sebagai tindakan yang "offensive" oleh pihak kerajaan. Matlamat Bersih yang menjemput semua pihak untuk mengadakan rally termasuk semua NGO serta parti-parti politik samada parti pemerintah atau pembangkang untuk mendesak supaya dilakukan transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya tidak di senangi oleh pihak pemerintah khususnya UMNO.

Dalam kes ini pihak pemerintah nampak berdiri dipihak yang gagal kerana dengan tindakan "pre-emptive" pihak berkuasa melakukan tangkapan di seluruh negara terhadap mereka yang disyaki menyokong rally ini.

Penahanan itu membayangkan ketakutan politik dari pihak yang memerintah kerana semua tahu yang jumlah kehadziran di rally yang bakal di anjurkan itu begitu ramai tanpa dibayar dan disediakan kemudahan perjalanan.

Pihak KDN terutamanya Menterinya Hishamudin pula mengambil tindakan yang tergesa-gesa dengan mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat jelata. Jelas tindakan "pre-emptive" ini adalah langkah awal untuk mencegah rakyat menunjukan manifestasi mereka dalam kumpulan yang besar.

Ramai menganggarkan tidak kurang dari 500,000 rakyat akan membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur jika rally itu diteruskan walaupun dengan tindakan Polis melakukan penahanan dan tangkapan di seluruh negara.

Jumlah kehadziran ini lah amat ditakuti oleh pentadbiran sekarang kerana ianya adalah lambang kepada gerakan rakyat yang merata di mana-mana. Kita selalu lupa yang ini melibatakan perasaan ramai.

Jika kita terus melakukan tangkapan dan penahanan secara "pre-emptive" ini ia tidak lain dari mengakui kejayaan Bersih telah mendapat sambutan ramai dari seluruh negara. Melakukan tekanan terhadap penyokong rally ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akhirnya akan berlakulah perkara yang lebih buruk dari apa yang di alami oleh pentadbiran sebelum ini di dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO gagal untuk menambat hati rakyat biasa terutamanya mereka dari generasi yang muda.

UMNO hanya berjaya mengambil hati kelompok oportunis seperti Perkasa dan beberapa kumpulan yang lain yang sememangnya tidak akan lari dari menyokong BN. Usaha dan cita-cita BN untuk mengembangkan parameter

sokongan dari rakyat sekali gus telah gagal dan amat payah untuk di dapatinya kembali. Kita selalu lupa yang rakyat sentiasa memerhati peri laku pemimpin-pemimpin kita bagaimana mereka mengendalikan isu rally Bersih ini.

Pendeknya tujuan asal Bersih untuk melakukan rally secara aman dan meminta semua pihak untuk bersama itu telah dipecahkan oleh pemerintah. Hasilnya pihak BN sendiri yang menambah kekuatan sokongan terhadap gerakan penentangan terhadap mereka (BN). Pihak pembangkanglah yang memperolehi sokongan yang diperkuatkan oleh pihak yang memerintah.

Apakah elemen sebenarnya yang menyebabkan ketirusan sokongan terhadap BN? Jawapan yang tepat ialah keengganan untuk BERUBAH. Kita tidak mahu berubah mengikut waktu dan zamannya. Dalam politik kita masih bercakap tentang isu-isu basi yang telah kita dengar dari mula negara kita mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959 dahulu.

Isu api letrik, air paip, jalan tar, subsidi gigi palsu, lembu dan kambing pawah pembangunan Putrajaya serta banyak perkara lain yang berkaitan dengan isu mengenang budi. Tetapi pimpinan tidak pula mengenang budi rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan tanpa berbelah bagi dengan melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah dan menyalah guna kuasa.

Mereka (rakyat) sudah jemu dengan pembohongan yang dilakukan dan semua pembohongan itu di war-warkan oleh media massa perdana sehinggakan rakyat tidak ada lagi apa yang mereka percaya dengan media perdana pada hari ini.

Pemimpin kerajaan kita telah gagal samasekali untuk mengekalkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan seperti yang kita alami dahulu kala. Mereka (rakyat) menganggap apa jua yang dilakukan tidak boleh dipercayai dan persepsi ini kian hari kian menebal. Ramai rakyat tidak mahu lagi mendengar apa yang mereka katakan kerana persepsi mereka (rakyat) terhadap kepimpinan terlalu rendah.

Kenapa keadaan menjadi begini? Jika ada masa dan ruang boleh dibahaskan pada bila-bila. Jika tidak ada masa dan ruang itu masing-masing boleh membuat penilaian masing-masing. masing-masing dah besar panjang. — aspanaliasnet.blogspot.com

Kabinet tolak, Bersih tetap mahu himpun di Stadium Merdeka Sabtu ini

Posted: 06 Jul 2011 04:30 PM PDT

Oleh G. ManimaranJuly 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Bersih 2.0 bertekad untuk berhimpun di Stadium Negara Sabtu ini meskipun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan gabungan itu menggunakan stadium di ibu negara atas alasan ia bukan sebuah pertubuhan sah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Bersih 2.0 berkata ia tidak akan berganjak daripada keputusannya mahu berhimpun di stadium yang bersejarah itu untuk menyatakan pendirian mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

"Apa pun berlaku antara sekarang dan kemudian (Sabtu ini), rakyat akan berhimpun secara bebas secara aman untuk meminta pilihan raya bebas dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai pukul 2 petang. Kami akan datang, kami akan (bertindak dengan) aman dan bersama, kami akan membina Malaysia yang lebih baik," kata gabungan itu.

Gabungan itu berkata pihaknya kecewa dengan cara perdana menteri dan Kabinetnya memungkiri janji untuk menyediakan sebuah stadium bagi mengadakan perhimpunan aman.

"Sebagai anggota masyarakat madani yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami mahu patuh sepenuhnya kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan perhimpunan kami di sebuah stadium untuk menyatakan tuntutan berkenaan pilihan raya bebas dan adil," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah sekiranya Najib seorang pemimpin yang mengotakan janjinya beliau seharusnya mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi perhimpunan itu diadakan secara aman di Stadium Merdeka.

"Sama ada kerajaan ikut prinsip mereka (atau tidak), kami rakyat Malaysia akan sentiasa berpegang kepada prinsip kami.

"Kesungguhan kami untuk melaksanakan hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi satu matlamat yang adil dan munasabah tidak goyah," kata kenyataan itu lagi.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam, Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan selain faktor keselamatan.

Kata Rais, selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.

"Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

"Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor," kata beliau.

BERSIH 2.0 : PBB kecam kerajaan Malaysia yang zalim

Posted: 06 Jul 2011 07:41 AM PDT

NOTA TAKLIMAT AKHBAR OHCHR – Malaysia

Jurucakap untuk Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak-hak Manusia: Rupert Colville
Lokasi: Geneva 5 Julai 2011

Malaysia

OHCHR baru-baru telah ini menerima laporan-laporan satu tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk gangguan, ugutan, penangkapan dan ancaman- ancaman, mensasarkan ahli-ahli Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) dalam menuju satu demonstrasi aman dijadual untuk sebegini kedatangan pada Sabtu, 9 Julai. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sekurang-kurangnya 150 orang telah disaman, ditahan atau mendakwa, termasuk sejumlah ahli-ahli Parlimen pembangkang .

Pihak berkuasa turut dilaporkan menahan aktivis-aktivis hanya untuk ada Kemeja-T kuning tersendiri dan risalah kempen Bersih. Kami sangat bimbang tentang pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara di Malaysia, termasuk tahanan pencegahan , dan keputusan Kerajaan dilaporkan mengisytiharkan Bersih satu organisasi menyalahi undang-undang.

Kami meminta pihak berkuasa mengeluarkan semua mereka yang iditahan kerana menjadikan secara aman bersenam kebebasan bersuara mereka. Kami juga menggesa Kerajaan bagi mengambil langkah-langkah untuk memansuhkan undang-undang pencegahan, termasuk Emergency (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Ordinance 1969, sebagai telah meminta oleh Working Group pada Arbitrary Detention.

Untuk lebih banyak maklumat atau temu duga, sila hubungi jurucakapRupert Colville (+41 22 917 9767 atau rcolville@ohchr.org ) atau pegawai-pegawai akhbar: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 atau rshamdasani@ohchr.org ) atau Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 atau xcelaya@ohchr.org )

Sumber: bersih. PASPB

Buat di jalan depa kata peniaga rugi taxi rugi, buat di stadium depa kata faktor sejarah ... kepala bapak hampa lah

Posted: 06 Jul 2011 06:19 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan.

"Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan.

"Mereka tidak berhak menghalang stadium itu digunakan untuk himpunan Bersih.Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui permasyhuran kemerdekaan yang dibaca Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka," katanya.

Justeru katanya, ia merupakan hak kepada seluruh warganegara Malaysia untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium berkenaan.

"Ia boleh digunakan tak kira sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu pun Patriot,"

"Tapi, kalau Patriot nak himpun di Stadium Shah Alam pun tiada masalah, (tapi) kena mohon permit dengan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dahulu," kata Khairul.

Menurut Khairul, jika 54 tahun dahulu Tunku Abdul Rahman membacakan permasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka bagi membina sebuah negara yang bebas dan adil, himpunan Sabtu ini mengulangi simbolik itu.

"Maka, himpunan Bersih 9 Julai ini adalah simbolik rakyat Malaysia mempertegas semula ikrar kemerdekaan itu. Ia adalah tanda bagi mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin negara secara telus bebas dan adil," tegasnya.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican hari ini berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah.

Beliau juga menyebut ia tidak boleh digunakan memandangkan Stadium Shah Alam sudah pun ditawarkan untuk tujuan perhimpunan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16725

BERSIH 2.0 : Stadium Merdeka tolak

Posted: 06 Jul 2011 05:20 AM PDT

PETALING JAYA: The management of Stadium Merdeka has rejected Bersih 2.0's application to use its facilities for the proposed rally on July 9.

"The booking officer for Stadium Merdeka said bookings could not be made because of an internal management sports event and renovations being done in the stadium," said the Bersih 2.0 steering committee in a statement Wednesday.

Bersih expressed disappointment at not being allowed to booked the stadium and insisted that Stadium Merdeka was an ideal location for the rally.

"Bersih is strongly of the view that as part of the agreement to hold the rally in the stadium, a proper venue that reflects the scale and centrality of this issue to Malaysians throughout the nation must be selected.

"We have decided that Stadium Merdeka is the only location that appropriately meets this criteria, and the Prime Minister must as a matter of honour make good on his offer to let us use an appropriate stadium immediately," said Bersih

Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak

Posted: 06 Jul 2011 01:49 AM PDT

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika terus menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysiadi Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

"Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak" - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.

Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.

Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram. - malaysiakini

Agong pun tak nak tengok muka Ibrahim ALi

Posted: 06 Jul 2011 12:17 AM PDT

Ibrahim Ali tidak dibenarkan mengadap Agong

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, membatalkan jadual mengadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai supaya memohon campurtangan baginda membatalkan himpunan Bersih.

Menurut Malaysiandigest.com, berdasarkan sumber, ia dibatalkan kerana pihak Istana tidak membenarkan Ibrahim Ali mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perkasa dijangka mengadap baginda pada pukul 10 pagi tadi untuk menyerahkan sepucuk surat sebelum 9 Julai- tarikh perhimpunan aman Bersih berlangsung.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16679

Tiada ulasan: