Sabtu, 23 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


700 Mat Rempit, ikrar pertahankan Kelantan

Posted: 22 Jul 2011 07:11 PM PDT

TUMPAT, 22 Julai: Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.

Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.

Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.

Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.

Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.

Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.

Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.

"Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu," katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.

Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta gusti lengan terbuka Johor pada 23 Julai ini.

Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.

Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaaffar. Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.

"Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.

"Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah," ujarnya. [Harakah]


ReJaM© "Rempit merangkap pejuang..."

Panas! Rakaman video penuh dedahkan putar belit Polis!

Posted: 22 Jul 2011 07:56 AM PDT

PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [Malaysian Insider].



Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.



Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.



Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Kami ada bukti bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis.
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis!
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Land Rover itu tak langgar Mat Sabu! Mat Sabu jahat! Polis baik!

ReJaM© "Patut ditubuhkan satu badan khas untuk menangkap Polis yang kuat tipu..."

Peguam "scorpene" ditahan atas kesalahan apa?

Posted: 22 Jul 2011 05:44 AM PDT

PORTAL Malaysiakini melaporkan bahawa Peguam Perancis William Bourdon yang terlibat dalam perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam "Scoerpene" antara kerajaan Malaysia dan Perancis telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA [Malaysiakini].


Persoalan yang harus kita fikirkan di sini ialah, berapa ramai wanita Malaysia yang sudah dirogol oleh peguam Perancis itu? Berapa banyak bank yang sudah dirompaknya? Adakah beg tangan Lady Gajah yang berharga jutaan ringgit telah diragut olehnya?

Adakah William Bourdon masuk ke Malaysia tanpa permit yang sah? Berapa banyak bom koktail dan berapa bilah parang panjang yang dibawa William Bourdon masuk ke Malaysia? Secara ringkasnya, undang-undang Malaysia yang mana yang sudah dilanggar oleh William Bourdon sehingga pihak berkuasa berhak menahannya?

Jika tidak ada mana-mana undang-undang yang dilanggar oleh William Bourdon, mengapa beliau ditangkap? Perkara pelik-pelik berlaku secara terang-terangan di negara kita di depan mata rakyat.

ReJaM© "Ada orang takut pontianak Monggolia bangkit dari kubur tanpa nesan..."

Bekas Menteri minta Najib laksanakan Pilihanraya yang telus

Posted: 22 Jul 2011 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik," kata beliau.

"Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, "merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat."

"Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

"Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan)," katanya.

Kata beliau, "sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya."

"Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

"Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

"Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki," katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden. [Malaysian Insider]



ReJaM© "Bekas menteri pun sedar, tuntutan BERSIH 2.0 ada asasnya, Najib je meracau tak tentu pasal..."

Tiada ulasan: