Kopitiam Bang Nan |
- Bersih 2.0: From KTM to Pasar Seni
- Al-Fatihah...
- TGHA Bebas...
- Saja tala kat Anwar....
- PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 BERAKHIR: TIADA ANGGOTA POLIS YANG TERCEDERA...
- Suhakam seru rakyat pilih kerajaan baru yang boleh melindungi hak mereka...
- Dr. Hatta Ramli dan Chua Jia Meng di KLCC
- Live From TV Selangor
- Lagi info terkini...
- BERSIH:Lagi gambar2 terkini...
- KJ escort by the police...
- TG Abdul Hadi Awang Di Tangkap, Anwar cedera, Pak Khalid Samad dikejarkan ke hospital...
- Salute kepada yang berani...
- Mat Sabu ditahan, PAS Ampang berlindung di Masjid India...
- Polis kepong Anwar di KL Hilton...
- BERSIH: Tiada tangkapan di Melbourne...
- Mahfuz dan Salahudin Ayob antara yang telah ditangkap.
Bersih 2.0: From KTM to Pasar Seni Posted: 09 Jul 2011 08:24 AM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 05:24 AM PDT Mangsa gas pemedih mata meninggal Moga dianugerahkan Allah kerahmatan kepada roh Allahyarham, seorang pejuang!! |
Posted: 09 Jul 2011 05:12 AM PDT Ambiga dan Hadi dibebaskan petang ini Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Merasa juga Tuan Guru naik lori polis ya...Syabas Tok Guru!! Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini. Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan. Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini. Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini. |
Posted: 09 Jul 2011 02:30 AM PDT Nurul Izzah kesal tindakan ganas polis Posted on Julai 9, 2011 by KeadilanDaily KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kesal dengan keganasan pihak polis menangkap, mencederakan dan menghalang peserta himpunan aman Bersih di ibu negara hari ini. Pada himpunan hari ini, Polis bertindak ganas dengan mencederakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah turut menangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Manakala ratusan aktivis Bersih dan puluhan lagi pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap pihak polis di sekitar Kuala Lumpur. Anwar kini berada di Pantai Medical Center menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti kecederaan yang dialaminya selepas diserang dengan gas pemedih mata oleh pasukan FRU. Pengawal keselamatan Anwar pula mengalami luka sepanjang kira-kira empat inci di muka kerana menghadang Anwar sewaktu serangan itu berlaku di KL Sentral. "Banyak kecederaan yang berlaku hari ini adalah tindakan yang begitu zalim dan kasar oleh pihak polis seperti menurut arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri dan juga Perdana Menteri," kata Izzah ketika mengadakan sidang media di Hotel Hilton. Beliau turut menyatakan kesal ke atas kejadian yang menimpa bapanya itu. "Kami tak merusuh, kami tak mengganas, kami berjalan secara aman dan ramai pihak media yang melihat dengan mata sendiri. Tapi ditembak, tear gas canister bukan menuju ke arah atas tetapi terus ke arah pemimpin-pemimpin Pakatan, dituju ke kepala Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang turut kesal dengan kecederaan ke atas pengawal peribadi Anwar. Beliau juga menegaskan bahawa himpunan Bersih yang menuntut reformasi pilihan raya adalah satu himpunan aman, dan pihak polis tidak perlu bertindak kejam. "Saya tahu walaupun pihak polis menerima arahan, dengarlah cetusan hati nurani kami, kami bukan penjenayah, kami cuma mahu pilihan raya bebas dilakukan," kata Nurul Izzah. |
PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 BERAKHIR: TIADA ANGGOTA POLIS YANG TERCEDERA... Posted: 09 Jul 2011 02:18 AM PDT |
Suhakam seru rakyat pilih kerajaan baru yang boleh melindungi hak mereka... Posted: 09 Jul 2011 02:13 AM PDT 4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan. Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin. Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka. |
Dr. Hatta Ramli dan Chua Jia Meng di KLCC Posted: 09 Jul 2011 01:35 AM PDT http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/detik-dan-saat-sejarah.html Dilaporkan oleh Lobaiman..!! Gambar di bawah adalah pemimpin2 Pakatan Rakyat yang tercedera dan ditangkap.... Ini pula gambar TGHA ketika ditangkap.... |
Posted: 09 Jul 2011 01:34 AM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 01:22 AM PDT |
BERSIH:Lagi gambar2 terkini... Posted: 09 Jul 2011 01:18 AM PDT |
Posted: 09 Jul 2011 12:54 AM PDT |
TG Abdul Hadi Awang Di Tangkap, Anwar cedera, Pak Khalid Samad dikejarkan ke hospital... Posted: 09 Jul 2011 12:45 AM PDT |
Posted: 08 Jul 2011 11:11 PM PDT |
Mat Sabu ditahan, PAS Ampang berlindung di Masjid India... Posted: 08 Jul 2011 10:59 PM PDT |
Polis kepong Anwar di KL Hilton... Posted: 08 Jul 2011 10:29 PM PDT Lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari TERKINI @ 01:15:36 PM 09-07-2011 July 09, 2011 KUALA LUMPUR, 9 Julai — Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari. Dua Ahli Parlimen yang turut ditahan ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral. Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur. Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni. |
BERSIH: Tiada tangkapan di Melbourne... Posted: 08 Jul 2011 10:19 PM PDT Himpunan Bersih 2.0 sudah bermula di Melbourne July 09, 2011 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square di Melbourne. - gambar TMI KUALA LUMPUR, 9 Julai — Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia. Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing. Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury. Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza. Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat. |
Mahfuz dan Salahudin Ayob antara yang telah ditangkap. Posted: 08 Jul 2011 10:16 PM PDT Nurul Izzah lepasi halangan.... |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan