Komentar Kini |
Kebanyakan rakyat merungut, bil Letrik naik 100 peratus Posted: 02 Jul 2011 06:37 AM PDT Seminggu dua ini ramai rakyat Malaysia rakyat didahulukan merungut. Tidak dinafikan selama ini mereka merungut juga, tapi tak semacam hari ini. Mungkin kerana terlalu dibebani sedemikian rupa oleh Kerajaan yang "utamakan pencapaian". Mengapa tidak? Bayangkan sebelum ini bil api rumah mereka hanya RM 40.00 saja satu bulan, Tapi bulan Jun 2011 lepas melambung naik jadi 100 peratus. Seorang suri rumah sepenuh masa mengadu kepada penulis bahawa bil terkininya jadi RM 80.00, sedangkan bil terdahulu hanya RM 40.00 saja.Masakan tak marah jika kadar bil literiknya melambung jadi 100 peratus. Oleh kerana terlalu ramai yang merungut didepan penulis, maka penulis juga rasa hairan dan dukacita kerana bil dahulu penulis RM 90.00 saja sebulan, tapi bil bulan Jun naik jadi RM 214. Bermakna naik lebih daripada 100 peratus. Ini membebankan dan sangat tak munasabah. Mengapa penulis berkata demikian? Mengapa tidak? Ia sangat membebankan rakyat yang berada dibawah kerajaan yang "rakyat didahukukan" ini. Persoalan yang timbul dimana letaknya slogan "rakyat didahulukan",Mana dia rakyat didahulukan itu, sedangkan rakyat tak lekang menanggung beban disamping dibebani kenaikan harga barang yang bukan saja semakin ringan, tetapi semakin hari semakin berat dipikulnya. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan