Ahad, 31 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


DIAM La Najib 2!

Posted: 31 Jul 2011 08:45 AM PDT

Kami juga komited tangani isu pengundi hantu sebelum, kata Najib

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Tegas Perdana Menteri sistem biometrik yang akan diperkenalkan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

"Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

"Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan," katanya pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Sebelum ini SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan mahasiswa, Najib juga menyentuh pentadbiran PAS di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Jelas beliau, mudah untuk BN memanipulasikan undi namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

"Kerajaan PAS di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

"Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan," kata Najib.

Pada pilihan raya umum 2004, daripada 45 kerusi DUN, BN memperoleh 21 kerusi manakala PAS 24 kerusi.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak 21 tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang 38 kerusi, PKR satu kerusi dan BN hanya enam kerusi.

Jelas Najib, beliau menghormati amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara.

Kata beliau, semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya pasti akan bimbang kerana kemenangan bergantung kepada undian rakyat.

"Saya nak tegaskan adakah tiada demokrasi berparlimen di Malaysia? Kita boleh berdebat, bercakap pasal pilihan raya bebas.

"Bila tiba pilihan raya semua orang rasa takut, saya sendiri takut kerana bukan jaminan kita boleh menang, mustahil kita boleh memanipulasikan undi . . . mustahil kita boleh lakukan," katanya.

DIAM Lah Najib!

Posted: 31 Jul 2011 08:36 AM PDT

Saya sebenarnya mahu beri Bersih 2.0 Stadium Shah Alam, kata Najib

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menawarkan Stadium Shah Alam kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun, namun gabungan 62 badan bukan kerajaan itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi.

Najib sebelum ini tidak pernah mencadangkan mana-mana lokasi stadium kepada Bersih 2.0, sebaliknya hanya berkata bersedia menawarkan stadium.

Bagaimanapun Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan mahu menggunakan Stadium Merdeka bagi menjayakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Namun polis tidak mengeluarkan permit kepada Bersih 2.0.

"Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah.

"Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan . . . dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Jelas beliau, perhimpunan yang dibuat di stadium lebih selamat daripada diadakan di jalan.

"Kalau kita buat (perhimpunan) di jalan siapa yang boleh jamin tiada orang (awam) berada di sana? Siapa dapat jamin tiada masalah yang akan timbul?

"Setiap rakyat Malaysia dilindungi, sebab itu kita mahu ia (Himpunan Bersih 2.0) dibuat di stadium," katanya di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan kalangan mahasiswa.

Himpunan Bersih 2.0 menyaksikan hampir 1,700 peserta telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Najib mencari ‘Talian Hayat’

Posted: 31 Jul 2011 07:00 AM PDT

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Bila penulis menerbitkan satu makalah "General Election in July, folks!" pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk 'spin'. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau 'window' paling wajar menyerang-hendap atau 'ambush' Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam 'panic mode'. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau 'window' paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi 'liabiliti' terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ' su'ul khatimah' atau 'kesudahan buruk' dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan 'pendek kata'), Najib telah menjadi 'liabiliti paling besar' buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan 'perjuangan' mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin 'mantra' atau 'maxim' ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau 'approval rating' beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan 'pandangan awam' atau 'public opinion' sehingga sanggup mengungkpakan bahawa 'Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya "Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan'. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih 'persepsi' terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga 'netizen' dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan 'engaged' secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan 'warlords' partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, 'tahap sokongan' atau 'approval rating' terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar 'dirinya'. Beliau 'reckless' atau tidak punya 'jatidiri politik' yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti 'you help me dan I help u' memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu 'sokongan' semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku 'first ladynya' . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan 'taste' atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang 'entourage' keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan 'goodwill'nya atau 'sangka baik' dan 'hormat' rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang 'kotor' dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa 'era kerajaan tahu semua sudah berlalu'. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat 'netizen' media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai 'front' memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak 'sumbang' mungkin dengan nasihat pelbagai firma 'consulting'nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi' atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah 'broke-rank' lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara 'terdesak' mengambil tindakan menahan lantas 'mendeport' William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program 'fund raising' Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat "1-Malaysia" nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan 'inklusif' atau 'keterangkuman'nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu 'Malay first' sesuai dengan slogan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu' yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan 'inklusif' Najib tidak di'kongsi' oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh 'warlords' Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu "1-Malaysia". Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi 'warlord' partinya sendiri sebagai menghakis 'penguasaan politik' dan 'kedudukan ekonomi' orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan 'patah-balik' tidak dapat merawat 'kemarahan warlords' partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang "korupsi, kronisme dan krisis perkauman" yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu "Grand Coalition" untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah 'game-plan' atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?
Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya

KEDAH: ULAR TEDUNG DAN ULAR KAPAK

Posted: 31 Jul 2011 06:00 AM PDT

Ruhanie Ahmad

Di Kedah mutakhir ini kononnya tercetus satu psywar atau perang saraf yang menggunakan analogi sikap ular tedung dan ular kapak.

Psywar ini jauh berbeza dengan huraian Niccolo Machiavelli mengenai singa dan serigala dalam karyanya the Pricne kerana Machiavelli mengeluarkan analoginya untuk memotivasikan kepimpinan negara dalam menjaga kelangsungannya.

Tetapi, perang saraf di Kedah ini mempunyai matlamat yang sama dengan kisah singa dan serigala ala-Machiavelli. Perang saraf ini dipercayai adalah satu daripada strategi PAS Kedah untuk mempertahankan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.

Ular tedong bila ditiupkan serunai dengan irama yang lunak dan merdu akan membangkitkan kepalanya yang seperti senduk, kemudiannya menghembus-hembus, tetapi jarang sekali mematuk peniup serunai berkenaan.

Ular kapak tidak boleh dijinakkan oleh mana-mana peniup serunai. Ia juga sering bertindak seolah-olah mematikan dirinya. Tetapi, bila dipijak oleh binatang buas atau manusia, dia terus bingkas mematuk si pemijak tersebut dengan bisanya yang boleh membawa maut.

Perang saraf ala-ular kapak ini kononnya sudah diketahui umum di Kedah pada hari ini. Ianya dikatakan ditujukan khusus kepada kalangan ADUN BN, terutamanya UMNO.

Menerusi doktrin ini PAS Kedah dikatakan cuba menyebarkan mesej perang safar bahawa ADUN BN jangan cuba-cuba menggugatnya tanpa usul periksa.

Jika mereka berbuat demikian, pentadbiran Negreri Kedah di bawah PAS dikatakan akan berindak seperti ular kapak yang dipijak (walaupun secara ak sengaja) oleh binatang buas atau manusia. Ia akan terus mematuk sipemijaknya dengan bisanya yang boleh menyebabkan nahas.

Inilah kisah yang berlegar di kedai-kedai kopi di Kedah sekarang. Benar atau tidak, sukar untuk dipastikan. Namun begitu, sumber-sumber memberitahu saya baru-baru ini, kononnya wujud sesetengah kalangan yang memang gentar dengan psywar ini.

Tetapi, ada juga sahabat-sahabat memberitahu saya bahawa majoriti pihak UMNO tidak gentar dengan perang saraf ini. Mereka terus bekerja keras untuk menebus kekalahan BN di Kedah menerusi PRU13.

Kata mereka, jika karenah beberapa 'panglima perang' atau warlords di kalangan mereka dapat dihapuskan, dan semua pihak bekerja keras sebagai satu pasukan yang komited, peluang BN menebus Kedah adalah tidak mustahil.

Dalam pada itu, ada juga sahabat-sahabat berkata, BN Kedah perlu menganalisis tindak-tanduk serta gerak-geri Menteri Besar Kedah yang dikatakan sentiasa merendah diri dan pintar memikat hati orang BN menerusi pendekatan ala-kampungan, walaupun dikatakan sehingga menyebabkan sesetengah kalangan PAS berasa kecil hati.

Pada waktu yang sama, Menteri Besar Kedah mutakhir ini adalah seorang yang tidak jauh bezanya dengan kalangan BN. Beliau dikatakan sering memberikan sidang media dalam bahasa Inggeris yang fasih, tidak berjubah malahan selalu berkemeja siap dengan cufflings, dan pernah menghadiri majlis rasmi dengan berpakaian monkey jacket siap dengan bow-tie.

Demikian ole-ole yang saya bawa pulang dari Kedah baru-baru ini. Kisah di atas mungkin kecil, tetapi inilah realitinya di Kedah sekarang. Menteri Besarnya boleh disorong ke tengah dan di heret ke tepi---bertindak serba boleh untuk menawan hati orang UMNO, MCA serta masyarakat Siam yang menjadi sumber kekuatan BN di era pra PRU 12.

Kesimpulannya, doktrin ala-ular kapak di Kedah hanya sekadar perang saraf, BN Kedah, khususnya UMNO, perlu mengukuhkan saf serta jemaah perjuangan mereka, seluruh warlords UMNO perlu segera berdamai, dan kesemua lapisan kepimpinan BN juga perlu mendampingi rakyat secara kampungan dengan ikhlas dan jujur. Jika ini sedang dilakukan, ianya perlu ditingatkan sehingga rakyat jelata, khususnya golongan atas pagar, kembali tertawan dengan BN dalam PRU 13.

Najib harus diundurkan

Posted: 31 Jul 2011 05:00 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaann yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk 'Mubarak Model', apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan 'Malaysia's Najib Must Abandon The Mubarak Model.'

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan 'serba tak kena' kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan sistem kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS

Posted: 31 Jul 2011 04:14 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.

Hiburan: Khairul Fahmi (Apek) Dan Elia Putus Tunang!

Posted: 30 Jul 2011 09:42 PM PDT



KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

"SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan."


INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

Pelukis logo ‘ADIL’ meninggal dunia

Posted: 30 Jul 2011 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL , Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.

Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Ekoran keberaniannya, menyaksikan penyokong tegar Umno menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Islam Dan Melayu Kepala Hotak! Agama Mana Ajar Buat Bodoh Macam Ni?

Posted: 30 Jul 2011 04:44 PM PDT

Hadiah pakaian dalaman tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

"Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

"Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

"Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata "hadiah" itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

"Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

"Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami," katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima "hadiah" itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

"Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

"Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik," katanya.

kalau nak buat benda bodoh dan biadap macam ni tolong jangan mengaku melayu Islam la bro. Memalukan. Belajar tinggi tapi BODOH!

Gambar Kenangan Hari Hiburan Islam Kelantan

Posted: 30 Jul 2011 04:34 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185466_264665383547721_100000127833512_1256796_7738249_n.jpg

tahniah buat semua yang menjayakan program

Tiada ulasan: