Selasa, 26 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


TS Khalid Kena Buang Budaya Dan Perangai Jahiliyah UMNO!

Posted: 26 Jul 2011 08:30 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/281809_10150321484901535_682411534_9880185_481875_n.jpg

BUANG SIFAT JAHIL TAN SRI

KAMI MEMANG TIDAK MENYOKONG KALAU BERLAKU BENDA-BENDA MACAM NI

MENYANYI DAN MENYALAK NI KERJA UMNO

HARAP BERUBAH!

ADUN BN Dikesan Cuba Sabotaj Program MES

Posted: 26 Jul 2011 08:00 AM PDT

Kenyataan media: ADUN BN Dikesan Cuba Sabotaj Program MES

Pihak tidak bertanggungjawab dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor di Hotel Awana, Genting Highland, hari ini.

Beliau berkata, pihak berkenaan menghasut penduduk dengan mendakwa program MES yang diperkenalkan Kerajaan Selangor tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Tanpa berselindung, Nor Hisham mendedahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bertanggungjawab memburuk-burukkan program MES di kalangan penduduk di daerah itu.

Sehubungan dengan itu, Nor Hisham mencadangkan Kerajaan Negeri memperhebatkan promosi dan hebahan program MES supaya tiada lagi pihak tertentu yang memutar belitkan fakta tentang kebaikan MES.

Mengulas pendedahkan itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, sikap pemimpin membuktikan mereka dayus dan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan lebih banyak program kebajikan.

Beliau berkata, walaupun berbeza fahaman politik, wakil rakyat BN berkenaan sepatutnya membantu rakyat mendapat bantuan kebajikan yang ditawarkan kerajaan negeri.

"Bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor diagihkan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik. Amat tidak adil rakyat diberikan fahaman yang salah mengenai bantuan kebajikan ini sedangkan mereka berhak menerima bantuan yang disediakan," katanya.

Faekah menasihatkan wakil rakyat berkenaan supaya berhenti memainkan politik kotor dan memanipulasikan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yang sama menjadikan rakyat tidak bersalah sebagai mangsa.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Kenapa SPR Tidak Mahu Guna Dakwat Kekal Yang Kosnya Murah?

Posted: 26 Jul 2011 07:00 AM PDT

PRU-13: Bersih 2.0 tidak yakin biometrik kaedah efektif

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


SHAH ALAM, 26 Julai — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0) hari ini secara terbuka menerima apa sahaja sistem yang baik untuk pilihan raya tetapi menegaskan mahu penjelasan lanjut mengenai sistem biometrik yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevesan berkata cadangan yang dikemukakan SPR itu boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.

"Mengenai sistem biometrik, kami terbuka sistem yang bagus tapi SPR perlu jelaskan kepada rakyat dan kami juga bimbang adakah sistem ini akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana saya jangkakan ia tidak boleh dilakukan kerana sistem baru ini memerlukan kajian, percubaan selain ia perlu dijelaskan kepada rakyat.

"Di pusat-pusat mengundi bagaimana sistem ini akan beroperasi? Sebab kalau nak guna sistem biometrik ia memerlukan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), data yang berintgriti diperlukan agar rakyat boleh faham," katanya pada wacana "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Tegas beliau, perkara yang paling dibimbangkan adalah sama ada sistem biometrik boleh menangani isu pengundi hantu, mengundi dua kali dan pengundi yang sudah meninggal dunia.

Kata Ambiga, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan memandangkan tiada jaminan ia boleh menyelesaikan isu-isu berbangkit.

"Pengundi hantu yang kami paling bimbangkan, pengundi mati (yang sudah meninggal dunia) juga ... adakah nama mereka ini dikeluarkan dari data JPN.

"Kita tidak mempunyai data yang boleh rekod sama ada pengundi itu masih hidup atau meninggal dunia, saya bimbang jika sistem biometri ini digunakan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya mahu dakwat kekal yang merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0 digunakan sehingga sistem biometrik terbukti telus.

"Kenapa tak guna dakwat kekal, ia kaedah paling mudah, murah dan efektif," katanya.

Ayuh Sekarang! Kempen 'Diamlah Najib' Di FaceBook Najib

Posted: 26 Jul 2011 05:15 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQkHwURSEy1Cf1fEgZGO7UCXRuOtffv-x52zHaFwGGk_DA5CwvJ4L1NrKNhcr0UShyT7JxPXRyC3IJDoAwmzPJDuML1N3Gn8g7VYDMtjZc0_u6Ulo6B5w4UhtZkf12FOKLBwh3jkSuHNc/s320/LAGI+DIAM+LAH.jpg


http://www.facebook.com/najibrazak



kalau korang tak caya boleh terus ke FB Najib

teruskan kempen ini!

Mat Sabu Kecewa Dengan Polis

Posted: 26 Jul 2011 05:00 AM PDT

Video Husam: PAS Tolak Sistem Biometrik

Posted: 26 Jul 2011 04:30 AM PDT

Lynas : Perjuangan rakyat menentangnya

Posted: 26 Jul 2011 04:08 AM PDT

Huzir Sulaiman

Dua tahun sudah berlalu, Ahli Parlimen Kuantan Hjh.Fuziah Salleh dari PKR secara solo cuba menentang Lynas daripada bertapak di Gebeng Kuantan. Namun beliau dikatakan gagal. Namun saya tidak fikir begitu.

Selepas perhimpunan bersama penduduk dari Bandar Kuantan pada 20hb Mac 2011 yang lalu, sambutan cukup menggalakkan sehingga pada hari yang sama, 1500 tandatangan berjaya dikumpul dalam masa 2 jam sahaja dan diikuti dengan perhimpunan rakyat khususnya dari Kuantan di Parlimen kemudiannya sebagai bantahan kepada hasrat Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan untuk membenarkan Lynas daripada mula beroperasi pada bulan September atau November tahun ini di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan di mana terletaknya juga kepentingan pelaburan lain kepada negara seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals, syarikat Petro-Kimia yang besar di pantai timur negara dengan pelaburan yang hampir mencecah ratusan juta ringgit.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam tulisan beliau di Harakah baru-baru ini, memaklumkan kesan loji nadir bumi di Bukit Merah 20 tahun yang lalu masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan sisa radioaktif sebanyak RM300 juta sehingga ke hari ini, termasuk dikaitkan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kematian. Syarikat yang dimiliki oleh Mitsubishi Chemical itu telah ditutup pada tahun 1992 selepas mendapat protes dan bantahan daripada pihak awam.

Di Kemaman Terengganu, poster menentang Lynas dilihat terpampang di semua Markas Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai usaha membantah keputusan Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan yang dilihat seolah-olah membelakangkan keselamatan dan kesihatan rakyat serta impak negatif kepada persekitaran demi mengejar keuntungan wang ringgit semata-mata kerana mungkin terdesak dengan laporan Merrill Lynch, Bank of America, melalui tinjauan 'Fund Managers' mereka bahawa kedudukan Malaysia sebagai pilihan pelaburan rantau Asia telah jatuh ke kedudukan tercorot berbanding negara lain.

Saya juga melihat, Kerajaan Persekutuan seolah-olah cuba mengambil peluang daripada jangkaan penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun ini. China merupakan pembekal nadir bumi terbesar dunia sebanyak 95% dan penurunan export itu menyebabkan beberapa syarikat nadir bumi seperti Lynas berlumba-lumba untuk meningkatkan pengeluaran masing-masing kesan daripada pengurangan bekalan dunia itu yang banyak digunakan di dalam industri berteknologi tinggi seperti Smartphone, Kereta hybrid, Skrin LCD dan Komputer khususnya di Amerika Syarikat dan di Jepun.

Kita tahu, kebocoran radiasi di Fukushima mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

40KM kawasan evakuasi jika diambil kira dari Gebeng Kuantan, lokasi pusat pemprosesan nadir bumi Lynas akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang.

"Saya membantah Lynas kerana kesan negatifnya kepada penduduk setempat khususnya kepada keselamatan, kesihatan dan harta benda kami sekeluarga. Membenarkan Lynas untuk beroperasi akan menyebabkan nilai hartanah merudum teruk kerana tiada siapa yang mahu tinggal berdekatan Lynas. Banyak syarikat yang berdekatan termasuk Pusat Pelancongan terkemuka Cherating akan terjejas. Mereka yang kaya mempunyai pilihan untuk berpindah tetapi kami yang tidak kaya, tidak akan berupaya untuk berpindah. Hanya ini sahaja harta benda yang kami ada dan kami tidak yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Lynas kekal selamat untuk beroperasi dalam tahun yang mendatang kerana masalah bumbung Parlimen yang bocor pun tidak dapat mereka selesaikan, inikan pula Lynas. Malah, Jaminan 100% tidak akan dapat menyakinkan kami. Jika keputusan mereka selepas ini ialah untuk terus membenarkan Lynas beroperasi, kami, seluruh rakyat Kuantan dan Malaysia akan terus komited untuk menukar mereka dari terus memerintah negara ini di PRU-13 nanti", amaran keras dari sahabat saya Mr.Alex yang berbangsa Cina yang kini sedang menetap di Kuantan Pahang.

Kuantan yang kini dikenalpasti sebagai Zon Ekonomi Khas atau 'Special Economic Zone (SEZ)' di bawah ECER (East Coast Economic Region) dijangka akan menghasilkan hampir RM 90 Billion pelaburan dan RM23 Billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) termasuk menyediakan hampir 200,000 ribu peluang pekerjaan baru menjelang 2020. Saya berharap Jawatankuasa Khas Pelaburan ECER yang dianggotai oleh MOF, MITI, MIDA dan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan implikasi Lynas kepada kesihatan, keselamatan dan persekitaran rakyat Malaysia dan tidak gelap mata dengan pelaburan infrastruktur Lynas hampir RM700 juta di kawasan itu dan potensi nilai pengeluaran Lynas yang dijangka sekitar RM5 Billion pada tahun pertama dan RM8 Billion pada tahun yang ke-2 dan seterusnya.

Saya ragu-ragu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) yang pastinya duduk di bawah telunjuk Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelaburan Lynas sebanyak itu dan potensi keuntungan tinggi kepada ekonomi negara khususnya kepada SEZ ECER akan berpihak kepada rakyat Kuantan dan Kemaman khususnya untuk tidak membenarkan Lynas beroperasi walaupun kajian semula sedang dilakukan selama sebulan oleh panel yang dikatakan bebas dengan dibantu oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Lebih-lebih lagi, kenyataan wakil syarikat Lynas yang cukup yakin bahawa panel bebas itu akan berpihak kepada mereka.

Saya juga bertambah ragu apabila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membuka 2 lagi reaktor nuklear di mana salah satunya dicadangkan untuk dibuka di Temerloh Pahang dan berkemungkinan, sumber tenaga atau 'fuel' yang akan digunakan untuk menjana reaktor nuklear itu adalah dari sisa thorium yang dihasilkan oleh Lynas.

Saya tidak pasti AELB akan bersikap telus dalam kajian semula itu lebih-lebih lagi hanya RM50 juta sahaja denda yang akan dikenakan kepada Lynas untuk setiap kebocoran radiasi daripada potensi pendapatan atau 'revenue' RM8 Billion Lynas yang dijangka diperolehi pada tahun 2013 dan tahun seterusnya sedangkan kebocoran radiasi itu walaupun hanya sekali mampu memberi impak yang cukup besar dan tidak ternilai kepada kesihatan, keselamatan dan persekitaran penduduk dan syarikat berdekatan. RM50 juta denda kepada Lynas adalah ibarat 'kacang putih' tetapi kemudaratan yang mungkin berlaku akan mengambil berpuluh malah beratus tahun untuk dipulihkan seperti yang berlaku kini di Bukit Merah dan di Chernobyl.

Saya pasti tiada jaminan 100% keselamatan dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Kuantan dan Kemaman khususnya. Risiko kebocoran radiasi dari Lynas berpotensi masih ada walaupun kecil, kesannya cukup besar.

Kita juga tahu, kadar pertumbuhan penduduk di Kuantan adalah yang terbesar di pantai timur pada kadar 3.88 seperti yang dilaporkan oleh World Gazetter. Sejauh mana semua ini diyakini akan terus selamat dan kekal akan terus dipersoalkan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya di Kuantan dan Kemaman jika Lynas atau syarikat lain yang dikaitkan dengan pemprosesan atau pengurusan bahan radioaktif ini dibenarkan untuk bertapak dan beroperasi di negara ini menjelang suku ke-3 atau ke-4 tahun ini.

Kita tahu kesan radiasi kepada tubuh badan manusia seperti kanser tiroid, kanser tulang, kanser paru-paru, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser otak, kanser buah pinggang, kanser buah dada dan leukemia.

Malah ia juga boleh menyebabkan hilangnya selera makan, lemah, demam, sawan, loya, muntah, cirit birit, rosaknya tulang sum-sum dan juga kesan alahan dan kanser kepada kulit manusia termasuk impak yang besar kepada sumber air, binatang ternakan, sayur dan pelbagai sumber makanan lain jika berlakunya kebocoran radiasi.

Peristiwa kebocoran radiasi yang sedang dialami Jepun dan sejarah hitam di Toyama Pulau Honshu kerana sikap tidak bertanggungjawab Syarikat Kamioka Mines seharusnya mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan bahan radioaktif.

Sejauh mana Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan dapat memberi jaminan 100% bahawa Lynas akan sentiasa bertanggungjawab?

Malaysia lebih selamat tanpa Nadir Bumi atau 'Rare Earth'. Perjuangan yang menuntut setiap rakyat Malaysia untuk berjuang demi masa hadapan anak dan cucu kita.

Marilah bersama Pakatan Rakyat!. Katakan TIDAK pada LYNAS!!!.

UMNO Lebih Bahaya Dari Wahabi?

Posted: 26 Jul 2011 03:07 AM PDT

Susulan isu Wahabi, Asri tulis warkah sentuh tanggungjawab polis

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 26 Julai — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang semalam mendapat perhatian ekoran laporan bahawa menjadi fokus pihak berkuasa berhubung isu Wahabi dan terorisme, hari ini menulis warkah sambil meminta polis dapat mempertahankan keadilan sebaik mungkin agar "dibenci" dan "diragui" rakyat.

Bekas mufti Perlis ini berkata bidang tugas dan kuasa "saudara yang menghalang kezaliman itu, jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya."

"Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya," kata beliau dalam tulisannya bertajuk "Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis", yang bersifat umum, yang diedarkan kepada media hari ini.

Tulisannya tidak merujuk kepada mana-mana kes khusus.

Mengikut laporan media semalam, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan agar agensi agama negeri dan para mufti memantau pergerakan fahaman Wahabi dan dipercayai boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Asri dilaporkan antara nama yang disenaraikan. Turut disenaraikan ialah mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekitar 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Asri dari dulu menafikan beliau mengamalkan fahaman Wahabi.

Hari ini dalam tulisannya, kata Asri, jika keadaan itu berlaku, maka "rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas."

"Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui," kata beliau yang tidak merujuk kepada mana-mana kes secara khusus.

Asri, yang dilihat sebagai tokoh agama progresif, banyak memberikan pandangan peribadinya mengenai isu-isu semasa termasuk yang terbaru mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung pada 9 Julai.

Pihak polis diberi tanggungjawab menangani perhimpunan 9 Julai, tetapi tindakan mereka disifatkan sebagai terlalu oleh sesetengah pihak dan mengakibatkan mereka berhadapan kritikan dan kecaman.

Pentadbiran Najib mempertahankan tindakan polis.

Asri antara lain berpandangan bahawa rakyat harus diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun.

Dalam tulisannya hari ini, Asri juga berkata pasukan polis boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab di hadapan Allah.

"Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

"Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara," kata ahli akademik ini.

"Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: 'Benar adalah amanah, bohong adalah khianat'. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia," kata Asri lagi sambil menyifatkan tulisan ini sebagai "pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya."

Katanya, tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak di mana rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua.

"Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara.

"Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara," katanya lagi.

Asri seterusnya berkata tiada siapa yang dapat menyelamatkan dirinya daripada hukuman Tuhan.

Kata beliau, seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya atau si mangsa juga mungkin terlupa ataupun pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

"Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

"Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana," kata beliau lagi.

Sambil menarik perhatian bahawa dunia ini sementara, kata Asri, setiap "kita akan ada hari akhirnya."

"Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan," katanya lagi.

Erti Selangorku

Posted: 25 Jul 2011 09:15 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/283313_253574297985921_115711428438876_1097240_1709421_n.jpg

Perincian Logo Selangorku

1. Pembentukan kata yang diterakan secara condong adalah bagi menunjukkan rakyat "memandang atau menuju ke hadapan" sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri untuk mencapai kepesatan pembangunan dan kemajuan negeri bagi manfaat rakyat keseluruhannya.

2. Huruf "O" dalam kata Selangor diperlihatkan dalam bentuk hati dan memagari bendera negeri, yang melambangkan kecintaan dan komitmen Kerajaan Negeri ke arah kehidupan rakyat Selangor yang lebih terjamin.

3. Warna-warna yang melambangkan keberanian dan kematangan, samada merah,kuning atau hitam, menunjukkan kebergantungan yang kuat terhadap keadilan,ketelusan, hak asasi rakyat, kesamarataan dan prinsip-prinsip kesejahteraan hidup.

4. Warna merah melambangkan keberanian setiap rakyat untuk menyatakan kebenaran.

5. Warna kuning melambangkan budi pekerti lahir dan batin pihak Kerajaan Negeri dalam usaha mengembalikan hasil negeri kepada rakyat majmuk negeri Selangor demi kesejahteraan bersama.

6. Warna hitam melambangkan ketenangan dan kematangan dalam amal dan perbuatan di pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor seluruhnya.

Kepada siapa rakyat boleh mengadu?

Posted: 25 Jul 2011 08:09 PM PDT

Kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 telah mengejutkan negara, lebih-lebih lagi dengan pendedahan pihak polis yang menyatakan bahawa arwah meninggal dengan tiga tulang rusuk dan giginya patah… sedangkan pada awalnya polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa arwah meninggal kerana serangan jantung. Namun, menurut anak Allahyarham, Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah. Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.

Kini, rakyat sedang bertanya –

"Kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A.Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin?" Nak mengadu pada pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan perkakas yang tidak berani melawannya. Rakyat kini susah hendak menerima hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya apabila pihak berkuasa yang menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum mereka sendiri.

Paling hebat ditubuhkan Suruhanjaya Diraja – sekiranya satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang kewibawaan, maka akan ditubuhkan Suruhanjaya Khas pula – lambat-laun segalanya gagal mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka menyedari hakikat yang terang lagi bersuluh bahawa semuanya telah dicemari dengan campur tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional di belakang takbir.

Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya. Ia tidak lebih umpama bangunan yang telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

Kepincangan serius ini menuntut sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus diyakini.

Disebabkan itu itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.

Diharapkan rakyat sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan tersebut di PRU ke 13 nanti.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Katak Sinonim Dengan PERKASA

Posted: 25 Jul 2011 07:02 PM PDT

Niat jahat burukkan DAP terbongkar

KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Tindakan seorang bekas ahli DAP yang menyertai pertubuhan perkauman Perkasa telah membuktikan niat jahat penyertaannya dalam DAP semata-mata untuk membuat fitnah terhadap parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Mohamed Razali Abdul Rahman yang menyertai DAP daripada UMNO selepas pilihan raya umum 2008 telah mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat laporan polis berkenaan isu hangat mainan Utusan Malaysia yang menuduh DAP cuba menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagaimana pun, laporan polis beliau sehingga hari ini tidak ditunjukkan kepada umum walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak supaya menonjolkan "kebenaran" beliau berikutan berita palsu dan hasutan Utusan Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata keputusan Mohamed Razali menyertai Perkasa tidak mengejutkan sama sekali kerana ia mendedahkan sikapnya yang perkauman serta suka lompat parti.


"Dahulu masuk UMNO, dan kemudian apabila hadapi masalah dengan UMNO, dia lari masuk DAP kerana ingat boleh dapat habuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang. Sekarang masuk Perkasa pula," katanya kepada Roketkini.

Utusan sebagai lidah rasmi UMNO dan Perkasa hari ini dengan gambar besar bertajuk "Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa" menunjukkan Razali menyerahkan borang keahlian Perkasa.

Mohamed Razali dilaporkan berkata, penyertaannya ke dalam pertubuhan ultra Melayu itu bertujuan untuk membongkar "rahsia DAP" kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, Zairil berkata, Mohamed Razali bebas untuk "membongkarkan" apa sahaja kerana DAP yakin dengan amalan cekap, akauntabel dan telus yang diterima ramai rakyat Malaysia.

"Bongkarkan sahaja. Apa yang bakal dibuatnya akan sekali lagi tidak berakal dan kelihatan sebagai fitnah semata-mata.

"Namun, tindakan menikam dari belakang melalui fitnah dan tohmahan ke atas DAP menunjukkan bahawa beliau hanya seorang yang sanggup menjual maruahnya kepada sesiapa yang sanggup membeli," katanya.

Beliau menambah DAP tidak rugi apa-apa dengan ahli yang opportunis dan perkauman.

"Ramai lagi ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi termasuk dari kalangan orang Melayu yang jujur dan ikhlas. Mereka inilah tonggak perjuangan DAP, bukannya orang-orang yang rakus dan gila pangkat serta kedudukan," katanya.

Tiada ulasan: