Kerabu Bersuara ® |
- Blog Kerabu Bersuara Menentang Keputusan Terkini TG Haji Hadi! PAS Kena TEGAS!
- Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali
- Salam Bersih dari Kuala Lumpur ke Kota New York
- Syabas DS Ustaz Azizan!
- Pusat hiburan: Pemimpin DAP syor keluar Pakatan jika Kedah ‘berkeras’
Blog Kerabu Bersuara Menentang Keputusan Terkini TG Haji Hadi! PAS Kena TEGAS! Posted: 17 Jul 2011 07:15 AM PDT kenapa jadi macam ni? lain kali kena fikir dan tegas YAB DS! Kami harap sangat segala perkara untuk kebaikan Agama Islam, PAS membuat langkah dengan bijaksana. DAP tolong hormat hak PAS! Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN Oleh Syed Mu'az Syed Putra AMPANG, 17 Julai — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja. Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Bagaimana kata Hadi, undang -undang itu telah "diperbetulkan" agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. Ujar beliau, pusat hiburan di Kedah dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramada dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis itu. "Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat. "Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat. "Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk," katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka. Jelas Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan. Sebelum ini Azizan berkata pihaknya memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini. Azizan berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya satu dasar baru. Kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Tambah Azizan, di bawah enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. Hari ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, undang-undang BN membenarkan pusat hiburan dibuka namun tidak melarang orang Islam memasuki premis itu. "BN buka pusat hiburan tapi tak tengok orang Islam masuk atau tidak," kata sambil menegaskan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak. Sementara itu, Sanusi berkata premis-premis pusat hiburan sudah memberi jaminan tidak akan membenarkan orang Islam masuk sepanjang bulan Ramadan. Tambah beliau, premis pusat hiburan juga secara sukarela bersetuju dengan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka. "Operator (pusat hiburan) sudah janji tidak akan benarkan orang Islam masuk dan mereka sedia maklumkan tentang tindakan yang boleh dikenakan. "Ini adalah hal pentadbiran dan ia tidak ada kena-mengena dengan ahli politik... dan kita serah kepada pihak penguatkuasa untuk memantau," sambil menambah pihak penguat kuasa yang dimaksudkan adalah polis dan pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Sementara MCA dan Gerakan membantah langkah itu sejak awal minggu ini. |
Kenyataan keluarga YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali Posted: 17 Jul 2011 04:45 AM PDT Kami pihak keluarga Dr Lo'lo' mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo'lo' sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t. kami di team kerabu bersuara mendoakan agar yb cepat sembuh. kepada keluarga yb, semoga anda semua tabah. allahukhbar! |
Salam Bersih dari Kuala Lumpur ke Kota New York Posted: 16 Jul 2011 09:47 PM PDT 17 JULAI — Pagi hari yang cerah disinar mentari,dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir. Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu. Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia. Semenjak 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957. Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing. Tetapi, sejarah hitam 1969 mengajar bagaimana nafsu kuasa pihak yang mahu mengangkat satu ketuanan telah mengikat kembali kebebasan demokrasi dengan akta darurat berlapikkan hujah perkauman menjadi nyata. Mimpi merdeka bertukar ngeri kotor lagi menghampakan. Masya Allah, kita dijajah kembali bukan sahaja dengan dilarutkan demokrasi tetapi jauh lebih dasyat kerana minda dan jiwa dijajah hipokrasi sebuah nasionalisma sempit lagi menghimpit. "Inilah nasib kisah orang melayu, Hujah lapuk lagi palsu diterima bulat generasi minda yang lesu, Korupsi, Kolusi, Konspirasi depan mata biar diam membisu, Sibuk bersubahat menghalang rakyat berhimpun untuk bersatu, Yang mahu Negara Bersih dan bukan kiasu, Suruh semua bersyukur buta sejarah yang lalu, Tetapi buat lupa dosa kerajaan yang aib lagi tidak malu, Ibarat kisah si Luncai dengan labu-labu..Biarkan..Biarkan" Mana boleh dibiarkan......dibiarkan begitu sahaja? Oleh itu tahun 2011 menyusul di atas usaha gergasi 2007 untuk mengembalikan jiwa Malaysia yang berbilang bangsa melalui pilihanraya bebas dan adil menjadi agenda murni patriot jitu negara. Oleh itu hak demokrasi berani bertembung dengan tamparan kuku besi otokrasi yang tidak mahu negara Bersih daripada dijajah hipokrasi demokrasi penuh korupsi. Oleh itu kuning menjadi haram, bersih pula dikotorkan dan rakyat terus ditakutkan dengan cerita momok konon mengancam bangsa oleh pemangsa khayalan ciptaan ilusi jiwa muflis bersongkok tinggi. Mana boleh dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja? Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan menuntut janji demokrasi sebenar. Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan membebaskan ekonomi untuk semua. Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan memerdekakan minda dan jiwa daripada penjajah otokrasi Putrajaya. Mana boleh dibiarkan....dibiarkan begitu sahaja? Tepat jam 10 pagi bermulalah tiupan panggilan Bersih pada 9 Julai 2011 di Melbourne, Australia yang terus bergilir mengelilingi dunia secara aman sehingga tiba di Kuala Lumpur di mana patriot pertiwi yang ramai berhimpun damai diserang bertubi-tubi oleh penjajah baru biru yang tidak bersantun lagi lupa diri serta ikrar suci menjaga rakyat dahulu dan bukan diutamakan bersubahat bersama tuan berbibir merah jambu berambut kelabu. Tepat jam 10 pagi setibanya giliran tiupan Bersih di Kota New York, 12 jam selepas Kuala Lumpur yang masih basah berdarah lagi pedih berasap memahat sejarah; Bersih disambut dengan kain rentang kuning memanjang dan semangat Malaysia Muhibah yang baru. Mana boleh dibiarkan.....biarkan begitu sahaja? Maka tuhan dan dunia menyaksikan melalui YouTube, Facebook, Twitter mahupun SMS; pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara patriot dan penjajah dan antara Bersih dan Kotor. Maka Patriot Bersih beribu ditangkap, berjuta menunggu sedangkan 'Patriot' Kotor hanya beratus beratur paksa manakala juak berjuta menyorok di belakang tengkolok hanya taat berolok membuat bising seperti ayam berkokok menunggu disembelih keris tumpul lagi bengkok oleh puak pemakai songkok tinggi yang ghaib kehadiran tersesat di jalanan sebagai alasan balasan dosa nista pahlawan palsu berjiwa lesu. "Ada Bersih, Ada Kotor, Yang takut berkata karut, Yang berani sanggup digari, Akhirat nanti jawablah sendiri, Buku di tangan kanan atau kiri, Orang berani tidak takut mati, Kerana niat suci didalam hati, Berjuang demi Ilahi." Memang benar pagi hari yang indah menjadi petanda sejarah baru diukir. Cahaya mentari menerangi kegelapan penindasan serta pepohon hijau demokrasi memberi teduh kepanasan kezaliman, kicaun burung penuh kesyukuran perjuangan murni baru dimulakan dan warna-warni bunga ibarat berbagai bangsa bersama untuk menjadikan Malaysia Bebas, Bersatu dan Bersih. Insya Allah, Malaysia Muhibbah Merdeka sudah lahir bersih dari kekotoran pengkhianat bangsa-pemungkir janji-pemecah amanah-penghasut durjana. Terima kasih Bersih yang penuh cinta untuk pertiwi dan dengan penuh sayu salam AlFatihah untuk wira Baharudin yang gugur merintis perjuangan menuju kebebasan agar dipenuhi janji merdeka yang sebenar! Pesanan Peringatan bersama dari Thomas Jefferson: "Apabila Rakyat takut kepada kerajaan, Ia dinamakan Penjajahan (tyranny), Apabila Kerajaan takut kepada Rakyat, Itu Namanya Kemerdakaan (Liberty)" Masih mahu dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja? Nurul Syaheedah, USA |
Posted: 16 Jul 2011 08:38 PM PDT MB Kedah: Formula sudah dicari, isu pusat hiburan selesai KUALA LUMPUR, 17 Julai — Isu larangan ke atas pusat-pusat hiburan di Kedah agar tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadan akan diatasi menggunakan "jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan" semua pihak, kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipetik media tempatan hari ini. Menteri Besar Kedah berkata pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarah supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak. Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan. "Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam," kata beliau dipetik Mingguan Malaysia dalam laporannya bertajuk "Kedah tunduk tekanan DAP". "Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya semalam yang turut menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan. Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi. Mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya PAS khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan. Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian. "Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian. "Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah... saya tidak mahu kata apa," kata Azizan menjelang mesyuarat PAS pusat hari ini dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini. Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan. The Malaysian Insider pagi tadi membawa laporan bahawa Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu terbaru ini. Semalam, Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Menteri Besar Kedah tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. "Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. "Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah. Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini. Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Minggu lalu, Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Dalam kenyataannya, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. "Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? "Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. "Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi. PAS Tunduk Kepada DAP? UMNO? Selama Ini Buat Gapo? Jom La Ikut Cara Ustaz Azizan Bro |
Pusat hiburan: Pemimpin DAP syor keluar Pakatan jika Kedah ‘berkeras’ Posted: 16 Jul 2011 05:37 PM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 17 Julai — Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan. Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001. Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini. "(Kami) tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN," kata wakil rakyat ini. Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pua enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dengan berkata ia hanya pandangan peribadi, bukannya pendirian rasmi parti. Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini. Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. "Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. "Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor. Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. Laporan The Malaysian Insider semalam memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini. Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan. Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Dalam kenyataannya, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. "Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? "Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. "Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan