Selasa, 12 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


BERSIH 2.0 – Tamparan buat UMNO

Posted: 12 Jul 2011 08:34 AM PDT

Memang seawal hebahan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dibuat oleh Jawatankuasa BERSIH 2.0, UMNO/BN dan kerajaan Malaysia kelihatan tersedu – tersedak lantas melatah mengatakan ini adalah sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat kepada negara – menghancurkan negara, usaha komunis dan sosialis – sehingga ugutan jangan keluar rumah – akan bertempur dengan PERKASA dan PATRIOT – pertentangan hebat serta macam-macam usaha menghalang perhimpunan dilakukan.

Tanpa disedari ini memberi suatu promosi yang meluas kepada BERSIH – dari hanya satu perhimpunan yang belum tentu disertai SECARA MENYELURUH oleh rakyat marhaen mahupun ahli-ahli parti pembangkang kepada sesuatu yang perlu disertai – bagi membuktikan perjuangan mereka. Pembangkang menggunakan sentimen mudah – ini satu perjuangan rakyat dan kepimpinan pembangkang berjaya mencairkan elemen politik yang ada dalam BERSIH 2.0 kepada satu usaha mendaulatkan perjuangan rakyat dan hak demokrasi. Ini semua berjaya dilakukan dengan pertolongan media pro UMNO dan tindakan-tindakan serta amaran melampau oleh POLIS. Hentakan bertubi-tubi, serangan media yang tidak terkawal, keletihan dan kelesuan tim-tim pemikir kerajaan dan UMNO menjadikan BERSIH 2.0 berubah – dari hanya satu perhimpunan politik kepada satu perhimpunan perjuangan rakyat.

Bagi pembangkang dan penyokong mereka 9hb Julai 2011 adalah hari membuktikan bahawa mereka kuat – mereka perlu hadir – ini satu perjuangan yang penting kerana cabaran yang dilemparkan kepada mereka oleh PERKASA dan PATRIOT yang akhirnya membuka pekong kekurangan bila dibandingkan dengan kehadiran mereka yang menyertai BERSIH 2.0

Satu kesilapan yang benar-benar jelas – bila PERKASA dan Pemuda UMNO mengambil inisiatif untuk mula berdemo tanpa arah dan tujuan yang tepat. Berdemo untuk menghalang demo – dalam keadaan amaran – amaran yang keras oleh kerajaan – hanya menjadikan partisipasi pemuda UMNO meleset tetapi tidak pada penyokong pembangkang. Akhirnya apa yang nampak adalah perhimpunan PATRIOT seakan terlampau kecil berbanding dengan BERSIH lantas memberi ruangan untuk persepsi timbul bahawa sokongan terhadap PATRIOT tidak menyeluruh serta kesatuan yang lemah.

Satu petunjuk jelas adalah apabila perhimpunan PATRIOT sendiri tidak dapat mengumpul ratusan ribu ahli UMNO khususnya PEMUDA UMNO sendiri. Sekiranya AJK Pemuda Bahagian semuanya turut – PATRIOT akan lebih nampak gah – dari apa yang kelihatan pada 9hb Julai 2011.

Mungkin semua ini ada hikmah untuk kepimpinan YAB Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan UMNO/BN. Mereka perlu tahu apa yang sedang bergolak dan cara aturan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka patut sedar bahawa apa yang cuba mereka mainkan – hanya membawa BN/UMNO bermain pada padang permainan yang amat biasa oleh pembangkang. UMNO secara khususnya perlu membuka minda dan ruangan kepada pemikir-pemikir baru, kepada cara baru yang lebih tersusun dan tidak bertindak atas cadangan ortodoks mereka yang duduk melihat tetapi tidak pernah merasai dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin YAB Najib Tun Abdul Razak sendiri perlu memecahkan benteng yang ada di sekelilingnya – melihat secara lebih realistik lagi dari mendengar cadangan yang usang, lemah dan tidak ada hala tuju yang tepat dalam menangani isu pembangkang – khususnya apabila berdepan dengan perhimpunan dan gerakan reformasi.

Sebenarnya BERSIH memberi tamparan kepada kerajaan serta UMNO/BN adalah kerana kealpaan sendiri. Mereka yang mencatur perang saraf untuk perkara ini perlu ditolak. Mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ini harus sedar bahawa idea dan teknik lama mereka sudah tidak boleh diterima pakai hari ini. Utusan Malaysia harus disedarkan bahawa apa yang berlaku juga adalah kesan dari kebodohan editorial dan perang saraf mereka. Mereka perlu sedar bahawa ini bukan zaman UMNO dengan logo kapal layar lagi. UMNO sendiri perlu sedar bahawa tamparan yang diterima ini mencederakan persepsi terhadap UMNO dan ini akan terus membengkak. Selagi UMNO masih menerima input-input palsu, menerima cadangan dan idea usang maka UMNO akan terus tersekat dalam paradigma lama yang akan menyakitkan perjuangan UMNO itu sendiri.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1155&Itemid=58

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Video: Sifat Kebinatangan Penguasa Dalam Menyuraikan Himpunan Rakyat. Najib Dan Muhyiddin Buta?

Posted: 12 Jul 2011 07:17 AM PDT



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Shukur: A. Samad Said dan golongan muda

Posted: 12 Jul 2011 06:00 AM PDT

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Meneliti video dan gambar Himpunan Bersih 2.0 di Ibukota Sabtu lalu ada sesuatu yang menarik, iaitu kita dapat menyaksikan bahawa hampir lapan puluh peratus (80%) mereka yang menyertai Himpunan tersebut adalah golongan muda.

Ini semua phenomena yang menarik. Boleh jadi di antara mereka bukan dari kalangan pendukung parti politik tertentu, walaupun tidak dinafikan ada sebahagian mereka yang menjadi aktivis parti. Namun semua yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 itu adalah rakyat yang sangat ingin kepada demokrasi dan mahukan pilihan raya negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil. Inilah yang mendorong mereka menyertai perhimpunan aman tersebut.

Phenomena menarik ini dirancakkan lagi dengan kemunculan Sasterawan Negara A. Samad Said di tengah-tengan Himpunan Bersih 2.0 tersebut di tengah-tengah suasana pergelutan dan semburan gas pemedih mata dari FRU. Sasterawan Negara itu dijangkakan akan menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada Yang DiPertuan Agung tetapi dihalang.

Selama beberapa minggu sasterawan ternama itu menjadi perhatian umum kerana puisinya 'Unggun Bersih' yang diucapkannya di Majlis Pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara di mana berikutnya beliau dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.

A.Samad Said menjadi perhatian ramai sejak beliau mengambil bahagian dalam perhimpunan para pejuang bahasa di Ibu Negara beberapa tahun lalu kerana menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Penglibatan Sasterawan Negara ini dalam Bersih 2.0 adalah manifestasi kekecewaan beliau dan beberapa sasterawan lain apabila menyaksikan suasana demokrasi di negara ini semakin tercabar dan menakutkan.

Yang menariknya empat lagi Sasterawan Negara memberikan sokongan kuat kepada A. Samad Said dalam memperjuangkan kebebasan berkarya. Di samping itu ada ramai lagi seniman – penyair, pelukis, kartunis, pemuzik – turut menyokong A. Samad Said.

Adalah sesuatu yang sangat menarik bahawa ramai para sasterawan dan seniman kini menyertai kebangkitan rakyat, terutamanya golongan muda dalam perjuangan menuntut demokrasi. Ini semua adalah perkembangan yang sangat menarik bahawa perjuangan ini ternyata disertai oleh pelbagai golongan dan dalam hal ini A. Samad Said tidak berseorangan.

Saya tertarik dengan pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam Malaysian Insider yang berkata bahawa meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara.

Menurutnya, seniman berusia 76 tahun ini menjadi perhatian selepas melahirkan puisi berjudul 'Unggun Bersih' pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu. Puisinya itu disusuli dengan 'Peludah Warna' dan dua lagi bakal menyusul.

Melihat pada perkembangan sejak sebulan lalu, Ibrahim melihat Samad sebagai menjadi 'ikon' kepada mereka yang mencintai dan mereka yang melihat tentang kesedaran baru tuntutan semasa'.

Ibrahim juga melihat kemunculan Samad akan membawa kelainan kepada penonjolan khususnya di kalangan orang Melayu.

Baginya, A. Samad Said telah membuktikan bahawa Bersih 2.0 tidak ada agenda politik, yang didakwa bertujuan memecahbelahkan orang Melayu. Bahkan, katanya, kemunculan Samad menggambarkan keperluan pengisian semangat kemerdekaan dan usaha membebaskan minda rakyat dihidupkan semula.

"Saya lihat ini gelombang baru. Pada akhir 1990-an, misalnya 1998, kita pernah menyaksikan Datuk Shahnon Ahmad, tetapi beliau terlibat dalam politik secara langsung dan mengkritik kepimpinan Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu).

Namun, katanya, Datuk Samad Said menggunakan pendekatan berbeza, yang telah diterima semua pihak dan kaum," kata Ibrahim lagi.

Sesungguhnya kini ramai penganalisis politik dan sosial sedang memerhatikan dengan sungguh-sungguh phenomena baru ini. Ia sangat menarik bahawa kemunculan A. Samad Said dan sasterawan yang lain bertepatan dengan kebangkitan gelombang golongan muda yang mahukan demokrasi dan kebebasan, sebuah phenomena yang sewajarnya diberi perhatian oleh Pakatan Rakya, khususnya PAS sendiri yang berusaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Gelombang kebangkitan golongan muda dan phenomena A. Samad Said ini adalah perkembangan baru yang sangat menarik untuk difikirkan dan seterusnya untuk dimanfaatkan.

Mereka ini mungkin tidak terikat dengan mana-mana parti politik, namun mereka menyebelahi rakyat yang menuntut demokrasi, hak-hak asasi mereka dan seterusnya keadilan sosial. Mereka akan menyokong mana-mana parti politik yang mendukung aspirasi mereka.

Kepada saya Himpunan Bersih 2.0 menghantar banyak isyarat yang penting bukan saja mengenai tuntutan pemulihan demokrasi tetapi juga hasrat golongan muda yang menjadi penentu masa depan negara.

Oleh itu bergantung kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang merasakan ia adalah masa depan politik Malaysia, untuk membaca dan memanfaatkan perkembangan yang menarik ini. Saya yakin A. Samad Said dan para seniman lain serta golongan muda yang ramai akan terus bersama dengan gelombang perubahan ini walau pihak manapun yang menerajuinya.

Bagi pendukung Pakatan Rakyat dan PAS, khususnya, seharusnya tidak sekedar bergembira dengan kejayaan Bersih 2.0, justru yang lebih penting dari itu ialah memahami dan memanfaatkan situasi yang wujud.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Nasib Flotilla II sama dengan Bersih 2.0

Posted: 12 Jul 2011 05:30 AM PDT

Subky Latif

SAYA terharu membaca laporan rombongan misi kemanusiaan ke Gaza dan rintihan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang terkandas di perairan Greece.

Bukan saja rombongan pelayaran Freedom Flottila 11 dihalang untuk datang ke Gaza, maka kapal-kapal konvoi yang berlabuh di perairan Greece tidak benarkan oleh kerajaannya meninggalkan pelabuhan mereka.

Ada kapal yang cuba meninggalkan perairan itu tanpa izin kerajan Athen tetapi ia telah dipaksa pulang ke pelabuhan transitnya.

Rombongan itu mendesak sokongan antarabangsa supaya menekan Greece membenarkan mereka meninggalkan perairannya bagi menuju Gaza, tetapi Greece bertindak tegas tidak membenarkannya.

Reaksi Greece itu adalah atas larangan regim Israil dan apa lagi Amerika adalah menyebalahi Israil. Walau pun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong rombongan kemanusiaan itu, tetapi apabila Amerika mmihak kepada Israil adalah sukar bagi Greece yang berdepan dengan krisis hutang sekarang menimbangkan pemergian rombongan Freedom Flottila itu.

Apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan rombongan Flottila di Greece itu sama dengan apa yang dihadapi oleh Bersih 2.0 untuk menyampaikan memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Khiry Jamaluddin dihalang untuk mencabar Bersih 2.0 dan Bersih pula dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur, maka samalah masalah yang dihadapi Bersih di Kuala Lumpur dengan apa yang dihadapi oleh rombongan Flottila di Greece.

Kerajaan Malaysia, UMNO dan sekalian yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di Gaza tidak senang dengan sekatan kerajaan Greece. Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang penting menggalakkan rombongan kemansuiaan itu sudah tentu amat keciwa dengan sekatan ke atas kapal yang tidak bergerak ke Gaza itu.

Semua orang menyokong tunjuk perasaan di kedutaan Greece di Kuala Lumpur membantah tindakan kerajaan Greece. Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib dipercayai bersama semagat tujuk perasaan itu.

Tetapi Dr. Maahathir dan kerajaan Malaysia mengira haram rancangan Bersih untuk mengadakan perarakan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Mereka disekat untuk masuk ke Kuala Lumpur.

Kedua-dua Bersih dan rombongan ke Gaza itu adalah sama-sama menuntut keadilan. Rombongan ke Gaza pergi untuk membawa barang keperluan rakyat Gaza seperti makanan, perubatan dan keperluan binaan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Gaza.

Perarakan Bersih ialah bagi mendapatkan pililhan raya yang bersih dan adil bagi memastikan demokrasi diamalkan sebaik-baiknya dan kezaliman tidak bermaharajalela.

Sikap Israel dan Greece menghalang rombongan kemanusiaan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa kecuali Amerika. Kerajaan Malaysia menghalang kemasukan penyokong Bersih ke Kuala Lumpur yang dunia mengira unjuk rasa itu satu tindakan biasa dan sah.

Dalam hal ini sama saja kerajaan Malaysia dengan Israel dan Greece.

Rombongan kemanuiaan itu dicemburui oleh Israel kerana ia dikatakan mungkin menyeludupkan senjata dan bahan bahaya yang boleh mengancam keselamatan Israel. Pada hal rombongan tidak bercadang untuk berperang dengan Israel. Apa yang mereka mahu ialah memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman Israel.

Bersih disyaki untuk menumbangkan kerajaan Malaysia walau pun sasaran Bersih hanya mahukan SPR yang adil dan telus. Tidak terlintas niat Bersih untuk menggulingkan kerajaan melaluigerakan jalanan.

Malaysia tidak setuju dengan prasangka Israel konon rombongan itu mengancam keselamatan Israil, tetapi kerajaan Malaysia pula bersikap seperti Israel bila ia mengira Bersih bertujuan untuk menumbangkan kerajaan di luar pilihan raya.

Malaysia pula menggunakan taktik Israel kononnya menjumpai barang-barang dari kalangan Bersih yang selalu digunakan dalam perkelahian dan rusuhan. Dari mana polis Malaysia dapat barang-barang itu? Yang nyata ia adalah taktik biasa Israil.

Sampai akhir rombongan kemanusiaan itu tidak dapat membawa muatannya ke Gaza. Mereka yang dari Malaysia sudah pun balik termasuk Khairy.

Sampai akhir polis tidak membenarkan Bersih mengadakan perarakan dan orang-orang dari luar Kuala Lumpur dihalang masuk Kuala Lumpur.

Kedegilan penyokong Bersih sama saja dengan kedegilan rombongan kemanusiaan ke Gaza. Semua sekatan itu cuba ditembusi. Semangat kedua-duanya adalah sama dan sikap Malaysia pula sama dengan Israel dan Greece.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Najib pemimpin paling tak popular sekarang

Posted: 12 Jul 2011 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 JULAI – Populariti Datuk Seri Najib Razak jatuh ke titik paling rendah sejak memegang jawatan Perdana Menteri selama 27 bulan.

gambar ehsan themalaysianinsider.com

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kebolehpercayaan rakyat terhadap Najib telah jatuh mendadak akibat kegagalan menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

"Semua ini adalah kerana 'kelap-kelip' pertukaran kepimpinan yang menyerupai kehancuran pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang turut menyamakan strategi Najib sama seperti bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush "turun padang" 24 jam selepas "serangan" untuk melihat sendiri kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap rakyat tak berdosa.

Katanya, Najib yang melawat ke kawasan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India sehari kemudian sama seperti Bush yang turun ke Baghdad sehari selepas tentera Amerika Syarikat mengebom Iraq.

"Kerana inilah yang menyebabkan hanya dalam 36 jam sahaja laman di Facebook 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation telah mencapai matlamatnya.

"Bolehkah Najib menyelamatkan jawatan beliau dengan memperbaiki keburukan sedia ada dan kembali kepada gagasan 1Malaysia bersama Bersih yang merentasi bangsa, agama, geografi, jantina dan umur yang mahu Malaysia bersih dari pilihan raya, sistem politik atau urus tadbir negara?" kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Justeru itu, Kit Siang mahu Najib benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkannya dengan:

1. Menubuhkan suruhanjaya diraja yang telus, adil dan bersih untuk menyiasat keganasan pihak berkuasa sewaktu perhimpunan aman Bersih.

2. Mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota-anggota polis yang melampaui batas dan bertindak kejam dan ganas serta tidak munasabah sehingga menyebabkan kematian Baharuddin Ahmad.

3. Membebaskan segera dan tanpa syarat Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia lain yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

4. Menarik kembali larangan terhadap Bersih 2.0 dan tamatkan dwi-fobia Barisan Nasional iaitu fobia terhadap Bersih dan Xanthophobia (takut kepada warna kuning).

Beliau juga mahu Najib dan BN keluar dari kepompong Perang Dingin supaya tidak terperangkap dengan politik masa lalu dan kembali kea lam nyata memenuhi tuntutan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menyeru Najib menunjukkan komitmen beliau terhadap slogan 1Malaysia yang dilaungkannya selama ini dengan bertindak tegas terhadap pemimpin UMNO yang melanggar undang-undang.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam telah dipetik media sebagai berkata, "Biar hilang seorang, jangan hilang semua.." yang dilihat sebagai satu hasutan dan ancaman terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ali, yang pernah hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana rasuah politik, juga dipetik sebagai berkata orang seperti Ambiga yang didakwanya cuba menghuru-harakan negara ini tidak layak menjadi warganegara.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Ali dengan mengemukakan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan: "Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau dikecualikan daripada Persekutuan."

Tambahnya, kenyataan Ali merupakan ancaman halus dan tidak bertanggungjawab yang tidak patut dikeluarkan oleh seorang Ketua Menteri.

"Oleh itu DAP menyeru Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengambil tindakan tegas ke atas Ali Rustam atas kata-katanya yang berunsur hasutan dan perkauman itu," katanya. – Roketkini.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Isu saham: Anak saudara Sultan Selangor mohon bonda dipenjara

Posted: 12 Jul 2011 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar pada Selasa di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Dipetik Bernama Online, peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.

Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.

Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.

Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Gambar: Majlis Penyerahan ipad2 Kepada Semua Wakil Rakyat Negeri Kelantan

Posted: 12 Jul 2011 03:00 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/283076_242389425789614_100000556758924_906050_1791241_n.jpg

antara adun yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/270536_242389409122949_100000556758924_906049_3803038_n.jpg

gembira dengan peralatan yang dapat

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/262375_242389445789612_100000556758924_906051_7546971_n.jpg

dua 0rang adun umno juga hadir


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

YB Teresa: Hishammuddin Haruslah Menarik Balik Keputusan Yang Mengharamkan Bahan Cetakan Yang Mempunyai perkataan "Bersih"

Posted: 12 Jul 2011 02:30 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan yang bodoh dengan mengisytiharkan objek yang mempunyai perkataan "Bersih" dan berwarna kuning adalah haram, di mana polis diarah mengambil tindakan terhadap mereka yang mengguna pakai bahan "Bersih" tersebut.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tersebut telah menjadikan kerajaan BN sebagai bahan lawak orang ramai di dalam dan luar negara. Selain itu, tindakan keganasan dan penangkapan PDRM sebelum dan pada hari Perhimpunan Bersih tersebut juga telah menjatuhkan imej Perdana Menteri dan PDRM di seluruh dunia.

Mengikut laporan akhbar, sehingga 8 Julai 2011, PDRM telah menahan seramai 198 orang dan menyoal-siasat seramai 25 orang berkaitan dengan Bersih.

Pada tarikh perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 pula, PDRM telah menyerang orang yang berhimpun secara aman dengan gas pemedih mata dan meriam air, dan menangkap 1,667 orang di pusat bandar Kuala Lumpur.

Lebih mengecewakan lagi, PDRM masih lagi menyalahgunakan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 untuk menahan enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia. Ordinan Darurat yang seharusnya digunakan untuk penjenayah sahaja telahpun digunakan ke atas aktivis yang tidak terbabit dalam aktiviti jenayah sekarang.

Memandangkan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 telah pun selesai, saya ingin menggesa Hishammuddin dan PDRM untuk membatalkan larangan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perhimpunan Bersih 2.0 telah pun berakhir dengan aman, damai dan tidak ada merosakkan sebarang harta benda seperti apa yang diura-urakan oleh pihak polis sebelum itu. Sebaliknya, golongan yang mencederakan para peserta adalah anggota PDRM sendiri.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang disertai oleh 50,000 orang yang bersuara lantang untuk menyokong kelapan-lapan tuntutan gabungan Bersih telah menunjukkan kempen yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tersebut telahpun berjaya.

Di sini saya ingin menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan ahli kabinet agar menghormati tuntutan dan kehendak rakyat, dan mengadakan pembaharuan politik dengan menunaikan kelapan-lapan tuntutan Bersih tersebut.

Tibalah masa bagi kerajaan BN untuk menghormati hak asasi manusia, termasuk memberi lebih kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti apa yang dipraktikkan di banyak negara di dunia.

Y.B Teresa Kok Suh Sim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian,

& Perdagangan Negeri Selangor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Pengerusi Bersih Ambiga tidak akan tanding PRU-13

Posted: 12 Jul 2011 02:18 AM PDT

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak akan sama sekali bertanding pada pilihan raya umum ke-13 meskipun ada gesaan agar meneruskan perjuangannya dengan menjadi wakil rakyat.

Bekas presiden Majlis Peguam ini dilihat sebagai ikon baru pergerakan masyarakat madani bersama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said selepas menerajui perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya umum meskipun berhadapan dengan kritikan dan halangan pentadbiran Najib.

Ekoran populariti itu, beberapa pihak mahukan beliau bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan awal tahun depan.

"Sudah pasti tidak," kata beliau ketika ditanya sama ada akan bertanding pada sidang media hari ini.

"Dan, saya boleh mengatakan mengapa (tidak). Saya tidak dapat bertahan dengan politik negara ini," kata beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Video Media Negara Jepun Berkaitan BERSIH 2.0

Posted: 11 Jul 2011 11:00 PM PDT



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Pak Lah 'Tikam' Najib Dari Belakang?

Posted: 11 Jul 2011 10:00 PM PDT

Pak Lah: Saya ingatkan Ambiga akur nasihat Agong

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 minggu lalu untuk memperingatkan beliau agar akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong mencari alternatif daripada mengadakan perhimpunan jalanan di ibu negara.

Abdullah telah bertemu dengan Ambiga pada 5 Julai lalu sebelum kepimpinan Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari yang sama.

Bekas perdana menteri berkata beliau mahu mengingatkan Ambiga bahawa Agong telah menitahkan satu kenyataan penting menyentuh isu Bersih 2.0 dan ia harus akur dengan nasihat itu.

"Saya mahu bertemu dengan beliau (Ambiga). Saya mahu mengingatkan beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat satu kenyataan sangat penting," kata beliau di sini hari ini.

"Saya memberitahu beliau bahawa beliau harus akur dengan apa yang dititahkan (oleh Agong), bahawa kita tidak harus adakan perhimpunan," kata Abdullah.

Bagaimanapun Abdullah menafikan beliau telah mengaturkan pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya tidak mengaturkan apa-apa (pertemuan dengan Agong)," katanya.

Abdullah juga berkata beliau tidak bertemu atau bercakap dengan ketua Bersih 2.0 sejak selepas perhimpunan Sabtu lalu.

"Kita tidak memerlukan (perhimpunan) seperti ini lagi," katanya.

Spekulasi beb!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Keratan Akhbar: Najib Kencing Berdiri, Menteri Kencing Berlari

Posted: 11 Jul 2011 09:00 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/270783_10150237440247592_358919387591_7926638_4084433_n.jpg

tunjuk kat anak cucu cicit nanti, ni bapak penipu besar!

janji tinggal janji!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Pendedahan Panas! Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani BERSIH 2.0.

Posted: 11 Jul 2011 08:00 PM PDT

Purported anti-Bersih script surfaces online

By Yow Hong Chieh

The media were to highlight that the Bersih assembly was illegal. — file pic
KUALA LUMPUR, July 11 — Popular website Malaysia Today today leaked what appears to be a letter from the Prime Minister's Office (PMO) with guidelines on how to demonise Bersih in the run-up to last Saturday's rally.

The letter, ostensibly issued on June 17 and signed by national communications head Jalil Hamid, said such treatment was necessary because the rally "will certainly go beyond issues of fair and free elections" to inflation, Teoh Beng Hock and even the controversial Lynas plant.

Attempts by The Malaysian Insider to contact Jalil and other senior press officers of the prime minister's department were unsuccessful.

"The protest, if not countered, could undermine the government, the economy and national security. This note sets out the policy guidance and the do's and don'ts in managing the issue," the guideline released by Malaysia Today this morning read.

In the guidance note, it states it was written up following an Umno political bureau meeting to discuss Bersih and was also circulated to bureau members, the letter said.

In it, the PMO reminded media outlets to discredit Bersih and its leaders as "a group of politicians and politically-inclined individuals who lack credibility" and to stress that the rally was an "illegal assembly".

Bersih was also to be painted as a front for the opposition or foreign agents as well as an attempt by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to find an undemocratic and unconstitutional "shortcut to Putrajaya".

Usual "attack dogs" like Ibrahim were to be shunned in favour of newer faces. — file pic
Media were told to highlight stories of how businesses, tourists and ordinary people would be affected; question Bersih's funding; target Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan and "budak suruhan DSAI and tali barut DAP" (Anwar and DAP's lackey) Mohamad Sabu; and use file photos of Ambiga with opposition leaders to highlight their close association.

The press were also instructed to use fewer old faces like Datuk Zulkifli Nordin and Datuk Ibrahim Ali as "attack dogs" in favour of fresh Barisan Nasional (BN) Youth leaders and non-governmental organisations; mobilise friendly bloggers; and play up images of ugly street demonstrations in other countries.

The do's and don'ts detailed were:

* [The home minister, Inspector-General of Police, Deputy Inspector-General] and Internal Security and Public Order Director are to brief media editors at KDN (Home Ministry). The meeting was to reinforce the branding as "perhimpunan haram" (illegal assembly), and that Bersih is an unlawful organisation and the perpetrators are out to create chaos.

* KDN, which has jurisdiction over all print media, needs to exert its authority in ensuring the press toe the line.

* Confine politicians to just making political statements. Let the police do their job.

* PDRM can start calling up Bersih organisers based on the hundreds of police reports lodged so far.

* Encourage the use of third party validators.

* Pre-empt chaos and disorder (fear paradigm). The "show of force" by Umno or silat groups well before July 9 may be imperative to deter demonstrators.

* The soundbytes in our favour MUST come from across the country and across the ethnic lines. The soundbytes should not just be confined to the Malays or those residing in the Klang Valley.

* We must not allow the rally to be exploited by international elements.

* As a pre-emptive measure, the authorities should stop the launch of Perhimpunan Bersih 2.0 scheduled for June 19 at the Chinese Assembly Hall. Likewise, a related Perkasa event called "Lawan Perhimpunan Bersih" at the Sultan Sulaiman Club on the same day should also be halted.

* [EC] should counter Bersih demands for free and fair elections by highlighting the various initiatives it has undertaken so far. Use the highly successful Sarawak PRN as its model. It should not meet up with Bersih people.

The letter said the goal of the exercise was to neutralise opposition noise, reinforce the view that public sentiment is not with Bersih and the opposition, send a strong message that the government is in full control of the situation and avoid adverse impact on investor confidence in Malaysia.

Bersih claimed a turnout of 50,000 for Saturday's street demonstration, which went ahead without police permission after protracted negotiation with the authorities.

The coalition of 62 NGOs took to the streets despite previously accepting Najib's offer to move the street rally to a stadium, after the government refused to allow the gathering to take place in Stadium Merdeka.

..................................

Kuala Lumpur, 11 Julai - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan lain-lain pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

sumber: TheMalaysianInsider
Kredit : KelabGreenboc

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Polis Malaysia Antara Terbaik Di Dunia?

Posted: 11 Jul 2011 07:00 PM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268968_242684542426010_100000533981667_902851_1091173_n.jpg


celaka punya kerja!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Berita Harian Menipu!

Posted: 11 Jul 2011 06:30 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269925_179292442135756_100001650043162_486550_4392887_n.jpg

jangan ingat sekarang rakyat bodoh macam puak umno!

hanya puak umno yang bangang lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Umno Gelabah! Hantar Ku Nan Ke Indonesia Untuk Hentam Anwar!

Posted: 11 Jul 2011 05:50 PM PDT

Pasca-Bersih: Putrajaya mula 'ubati' persepsi, hantar SU Agung Umno ke Jakarta

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pentadbiran Najib mengambil langkah luar biasa dengan menghantar setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ke Jakarta untuk memberi penjelasan mengenai perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu di ibu negara dan meredakan kebimbangan sementara akhbar Bahasa Inggeris tertua di Indonesia mengecam tindakan pihak berkuasa.

Akhbar Jakarta Post berkata rakyat Malaysia seharusnya "kaya dan bebas" sementara Tengku Adnan berkata perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil hanya satu helah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang popular sebagai pemimpin Muslim di Indonesia.

"Dua juta pelancong melawat (Malaysia) setiap tahun dan pelajar-pelajar Indonesia juga datang ke Malaysia. Rusuhan ini menyebabkan saya datang ke Indonesia dengan cepat untuk menjelaskan isu," kata laman web Vivanews memetik bekas menteri pelancongan itu pada sidang media di tengah Jakarta.

Kata beliau, kerajaan bimbang bilangan pelancong akan jatuh jika keadaan sebenar tidak diberi penjelasan.

Tengku Adnan menambah Indonesia memainkan peranan peranan dalam ekonomi Malaysia.

Kira-kira dua juta rakyat Malaysia bekerja di Malaysia secara sah manakala jumlah yang sama bekerja secara tidak sah.

Semalam, Putrajaya menggantung pendaftaran pekerja asing tidak sah sementara siasatan dijalankan mengenai sistem biometrik yang ada kecacatan.

Seiring dengan pendirian partinya, Tengku Adnan mempersalahkan Pakatan Rakyat atas perhimpunan Sabtu lalu sambil menafikan adanya kelemahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia sebagaimana didakwa oleh Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan.

Tengku Adnan menarik perhatian bahawa kebanyakan media Indonesia menyokong Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika pemerinthan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dipecat pada 1998.

Kata beliau, kehadirannya di Jakarta adalah untuk memperbetulkan salah faham ekoran perhimpunan Bersih 2.0.

Awal bulan ini, kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Rencana pengarang Jakarta Post dengan tajuk "Malaysia: Rich but not free" berkata pemimpin-pemimpin Malaysia masih bergerak dengan menggunakan "paradigma lama bahawa anda boleh ada pembangunan atau demokrasi, tetapi bukan kedua-duanya sekali."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Gambar: Bulan Syaaban Dan Fiesta Bera. Ismail Sabri Jahil Agama?

Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/267485_188874904502200_183718951684462_519643_2995674_n.jpg

Di daerah Bera, kami tidak meneropong anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa. Tidak juga kaedah hisab. Kami cuma tunggu Haji Ismail Sabri buat acara joget dan tanding kebaya. Itu petanda dah Syaaban dan tak lama lagi Ramadhan datang, maka berpuasalah kami.

Kita dah bantah, Haji Ismail Sabri buat juga. Urusan seterusnya terserahlah kepada Allah s.w.t. Kami tiada kuasa mencegahnya. Harap Pejabat Agama Islam Daerah Bera ambil tindakan tegas terhadap penghinaan terhadap hukum-hukum syarak di tempat awam sebegini. Jika perlu, mohon keluarkan garispanduan khusus kepada Tuan Haji Ismail Sabri agar acara-acara hiburan yang dianjurkannya selepas ini dapat menepati kaedah berhibur yang diajarkan oleh Al-Fadhil Tuan Kadi Daerah Bera dan tenaga pengajar bertauliah yang dihantar ke seluruh masjid dan surau di dalam daerah Bera ini.

tolong sedarkan mat mail sabri ni akan kematian!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Tiada ulasan: