Kelab Greenboc |
- Gadis 19 Tahun Hampir Diperkosa Oleh Anggota Beruniform
- Isu Seluar Dalam: UMNO Memang Biadab Dulu, Kini & Selamanya
- Sebagaimana Dia Datang, Begitulah Dia Kembali, Dia Disemadikan Sebagai Seorang Lelaki
- Menteri KDN Tidak Seharusnya Diberikan Kuasa Tuhan Bagi Menahan Tanpa Bicara
- Kami Dibebaskan Kerana Sokongan Rakyat, Kata Dr Jeyakumar
- PAS Akan Tayang Dan Edarkan 200,000 DVD BERS✔H Perbetulkan Video Versi Polis
- Buang Bayi Menjadi-jadi - Apakah Penyelesaiannya?
- Pimpinan Tertinggi SPRM Mesti Dikenakan Tindakan
- Kes Kematian Baharudin: Shuhardi Nafi Enggan Kerjasama Dengan Polis
- Ulangsiar: Siapa Sangka Bapa Tergilis Anaknya Sendiri
Gadis 19 Tahun Hampir Diperkosa Oleh Anggota Beruniform Posted: 31 Jul 2011 12:42 AM PDT Gadis 19 tahun hampir diperkosa BATU FERINGGHI – Helah seorang lelaki yang meminta bagi menunjukkan arah tandas hampir menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun diperkosa lelaki berhidung belang. Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Nani dari Teluk Bahang itu bekerja di sebuah hotel bajet di Batu Feringghi. Menceritakan kejadian itu, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu sebagai pelanggan tetap hotel di tempatnya bekerja. Menurutnya, lelaki berkenaan adalah seorang anggota berpakaian seragam. Malam kejadian, lelaki terbabit datang ke hotel itu dan meminta untuk menggunakan tandas hotel. "Saya kata kami tiada tandas, saya terpaksa layannya berbual memandangkan dia adalah pelanggan tetap kami, kemudian dia minta untuk gunakan tandas di dalam bilik hotel, saya terangkan itu hanya untuk pelanggan yang mendaftar masuk ke bilik sahaja. "Dia berkeras dengan mengatakan dirinya adalah pelanggan tetap, saya memberinya kunci bilik supaya dia boleh pergi sendiri, namun dia memberi alasan tidak tahu bilik mana satu dan mahu saya membukanya sendiri. "Dalam hati memang saya tidak mahu tetapi saya fikir positif, setibanya di bilik saya ditolak dari arah belakang," katanya sambil terhenti-henti kerana sedih mengenangkan saat itu semula. Nani bertambah takut, tambahan lagi keadaan dalam bilik begitu gelap, ketika dia mahu keluar, lelaki terbabit yang agak tinggi awal-awal lagi sudah menghalangnya. "Saya menjerit dan cuba kuatkan kudrat, akhirnya saya lepas dan terus bergegas ke bilik bos saya, sementara lelaki itu boleh buat macam tiada apa-apa bila dia keluar. "Bos saya meminta penjelasan daripadanya namun dia berlalu begitu sahaja, keesokannya saya dan keluarga telah ke pejabat lelaki berkenaan dan memang di hadapan kami ketuanya mengaku yang anak buahnya ada cubaan untuk mengganggu saya. "Apa yang menjadi kemusykilan pada kami ialah setelah membuat laporan polis dan juga memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukti yang kami ingin kemukakan melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dikatakan hilang secara tiba-tiba. "Alasannya mereka kata video rakaman hanya bertahan dalam satu hari lebih sahaja sedangkan kami sudah menontonnya dan ada rakaman yang tersimpan dari 22 Julai hingga 25 Julai 2011," katanya. Sementara itu kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia dengan ahli keluarga tidak mengharapkan sebarang ganti rugi atau sebagainya, namun maruah keluarganya sudah tercalar. Seharusnya lelaki itu datang memohon maaf kepada mangsa dan ahli keluarga memandangkan berita khabar angin yang tidak baik sudah melanda mereka sekeluarga. "Ada ke patut mereka memberi adik saya RM500 sebagai ganti rugi, begitu mudah bagi pihak hotel dan juga pihak ketua lelaki hidung belang itu buat kami sebegini, bila kami tanya siapa yang berikan RM500 itu masing-masing tidak mengaku dan paling memalukan majikan adik saya menyuruhnya sedekahkan duit berkenaan ke masjid jika tidak mahu terima. "Itu duit halal atau haram? Tetapi dia mahu kami beri kepada masjid pula, sekarang kedua-dua sama ada hotel atau pihak majikan lelaki berkenaan semuanya hendak menjaga nama, nama baik adik saya siapa yang hendak jaga pula?," katanya. Ketika berkunjung ke rumah mangsa, hampir 10 ahli keluarga turut berkumpul berkongsi rasa kecewa mereka terhadap tindakan majikan dan juga pihak majikan lelaki berkenaan. Sementara itu Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Balik Pulau, Saniah Abdul Kamal berkata, beliau bersama-sama dengan keluarga berkenaan datang menemui ketua lelaki terbabit. "Saya datang kerana bimbang jika mereka kata saksi keluarga tidak boleh digunakan memandangkan takut sebelah pihak saja, jadi saya orang luar dan mereka pula ialah orang di kampung saya, saya bertanggungjawab. "Saya sendiri mendengar pengakuan daripada ketua lelaki berkenaan mengaku sendiri yang anak buahnya ada niat melakukan perbuatan tidak senonoh itu," katanya. Sementara itu Nani dalam keadaan kecewa berkata, dia telah berhenti daripada bekerja di hotel itu. "Sekarang saya duduk di rumah sahaja kerana saya takut, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kalau masa dia tolak saya itu saya jatuh atau pengsan, mungkin saya sudah jadi mangsa dia. "Sekarang saya hanya mahu pembelaan ke atas diri saya, saya mahu dia minta maaf," katanya. -SH |
Isu Seluar Dalam: UMNO Memang Biadab Dulu, Kini & Selamanya Posted: 30 Jul 2011 11:30 PM PDT Hadiah pakaian dalaman tindakan biadab, kata bekas presiden Abim KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan "hadiah" berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya. Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini. "Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan. "Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang. "Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu," katanya. Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata "hadiah" itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang. Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau. "Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya. "Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami," katanya. Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima "hadiah" itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim. Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam. "Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah. "Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik," katanya. -TMI Ulasan GB UMNO memang biadab (tidak beradab) dulu, kini dan selamanya. Tak kira siapa yang ada kaitannya dengan UMNO, memang mereka biadab. Mereka akan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islamiah apabila mendapati mereka terdesak dan tersedak. Kes video seks lucah adalah bukti nyata mengenai hal tersebut dimana tanpa segan silu mereka menayangkan kepada orang kampung dan masyarakat umum sesuatu yang di luar batasan akhlak untuk mendapatkan political mileage. Malah kita dapat melihat juga bagaimana akhbar-akhbar & TV arus perdana bersama-sama dengan blog-blog pencacai UMNO melakukan tindakan tidak bermoral dan tanpa segan silu menyiarkan gambar porno dan video lucah berkenaan. Selain daripada itu, yang terlebih buruk ialah blogger-blogger bersama pengikut-pengikut UMNO, akan menggunakan bahasa lucah dan mencarut di sana-sana sini sebagai menggambarkan watak mereka sebenar, bahawa golongan UMNO ini memang jenis tidak lansung mempunayi kesedaran bahawa setiap apa yang mereka tutur dan tulis diperhatikan dan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid yang menyertai bersama anak-anak Adam. Tunggulah saat itu dimana... Allah telah berfirman bahawa "apa yang mereka nantikan hanyalah satu teriakan!" |
Sebagaimana Dia Datang, Begitulah Dia Kembali, Dia Disemadikan Sebagai Seorang Lelaki Posted: 30 Jul 2011 09:44 PM PDT Kuala Terengganu – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam. Gambar: ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam. Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan. Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk. Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana. "Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam. -kosmo
Ulasan GB Begitulah, sebagaimana kita datang ke atas dunia, dengan keadaan demikianlah kita pergi menemui Ilahi agar rohnya dan roh kita nanti diterima sebagai hambaNya.... Inna Lillahi wa Inna ilahi rajiuun |
Menteri KDN Tidak Seharusnya Diberikan Kuasa Tuhan Bagi Menahan Tanpa Bicara Posted: 30 Jul 2011 08:50 PM PDT Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera. Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini. "Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini. Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai. Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan. Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi "lembaga keselamatan khas" dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri. Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan. Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri. Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah "tidak betul". -mk Ulasan GB Selepas era BERSIH 2.0 ini kita berharap akan lebih ramai para cendekiawan dan penjawat awam yang berani tampil ke hadapan untuk membela dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan sepertimana Prof Shad Saleem di atas. Sudah ramai dari kelompok masyarakat yang berbagai yang terdiri dari kaum para peguam, seniman, peniaga, intelektual yang kini telah berani tampil menyuarakan pandangan mereka tanpa rasa takut dan tanpa berselindung kerana kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat oleh polis dan kerajaan BN itu sewajarnya diberikan noktah terakhir. Penting untuk masa depan negara yang lebih aman, damai dan makmur dengan mengembalikan hak asasi manusia sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan itu dihormati dan kebenaran serta keadilan itu diletakkan di tempatnya yang leboih abadi. Persetankan sekalian pencacai yang mengampu dan membodek untuk kedudukan, pangkat, nama dan harta kekayaan. Kebenaran itu akan tetap terserlah jua akhirnya, sepertimana kezaliman SPRM yang akhirnya terdedah di dalam kes Teoh Beng Hock. Malah sebelum ini GB telah menyarankan supaya menteri-menteri seperti Hishamuddin dan Mohd Nazri itu serta pegawai-pegawai kanan Polis & SPRM ditangkap dan diheret ke muka pengadilan. Kerana perlanggaran ke atas hak asasi manusia yang keterlaluan di samping tidak lansung menghormati Perlembagaan. Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t. اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ 1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah, wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya: Firman Allah bermaksud, Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) |
Kami Dibebaskan Kerana Sokongan Rakyat, Kata Dr Jeyakumar Posted: 30 Jul 2011 06:10 PM PDT Kesemua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, percaya bahawa kuasa rakyat terus-menerus mengenakan tekanan terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan mereka. Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan. Malah Ahli Parlimen Sg Siput Dr Jeyakumar berkata, beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya. "Kalau tiada kuasa rakyat, kami tak akan keluar. Terima kasih semua," katanya selepas beberapa jam dibebaskan semalam. Justeru itu, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat. "Kita kena baik pulih polis, oleh itu kita kena tukar pemerintah. Kita mahu polis yang betul-betul tangkap penjenayah, kalau polis tangkap orang yang tak salah lepas itu bohong rakyat...apa guna jadi polis? soalnya. "Kita kena pulih sistem kehakiman yang semakin terhakis, kerana agensi itu perlu seimbang dalam melaksanakan undang-undang, tetapi sebaliknya pula yang berlaku," ujarnya. Jelasnya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM serta akan berjuang demi menuntut keadilan terhadap mangsa tahanan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Dr Jeyakumar lagi, pembebasan mereka kali ini adalah bukti jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah berani bangkit menentang kezaliman pemerintahan Umno-Barisan Nasional(BN) yang selama ini hanya bertindak untuk memperbodohkan rakyat. Tambah Dr Jeyakumar lagi, penahananya enam aktivis PSM kali ini perlu dijadikan ikhtibar oleh semua rakyat Malaysia agar hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan perlu dihormati kerajaan pimpinan Najib supaya tidak sekali-kali cuba untuk merampas hak tersebut. Sejak jam 7.45 malam, Pusat Perkhidmatan PSM di Sungai Siput dipenuhi kira-kira 100 orang yang menunggu enam pimpinan PSM atau EO6 yang baru dibebaskan dari tahanan sekitar jam 5.30 petang semalam. Mereka dibebaskan di balai polis Jinjang dan dijadual ke KLSCAH yang mulanya dijadual sebagai lokasi program nyalaan lilin sebagai desakan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan mereka. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lepas. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. -tvsnews |
PAS Akan Tayang Dan Edarkan 200,000 DVD BERS✔H Perbetulkan Video Versi Polis Posted: 30 Jul 2011 04:30 PM PDT PAS akan menyiarkan video Bersih dan mengagihkan sekitar 200,000 DVD di kampung-kampung berhubung dengan perhimpunan aman sempena Hari Raya, untuk menepis dakwaan dan fitnah polis yang menyatakan tiada keganasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan. Langkah itu adalah sebahagian dari program "balik kampung" yang dianjurkan oleh PAS, yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya, dan ia bermatlamat membantu PAS mendapatkan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu akhbar online, The Malaysian Insider bahawa PAS mengambil berat tentang orang-orang kampung yang tidak memperolehi maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku pada 9 Julai lalu dan juga untuk memperbetulkan video versi yang dikeluarkan oleh pihak polis. "Keseluruhan isu ini telah dimanipulasikan banyak pihak, oleh itu kami ingin masyarakat mengetahui kronologi sebenar perhimpunan berkenaan... terutamanya, mengapa himpunan Bersih diadakan dan apakah tuntutan-tuntutannya," ujar beliau. Beliau menambah, ketika ini, fokus yang banyak diberikan kepada perhimpunan tersebut sehingga orangramai melupakan matlamat sebenar Bersih, iaitu untuk memperjuangkan pilihanraya yang telus, adil dan bersih. DVD yang PAS hasilkan, katanya, akan meliputi beberapa kejadian dan foto yang membawa kepada perhimpunan 9 Julai, termasuk petikan dari perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007. "Kita akan paparkan kronologinya... daripada perhimpunan yang pertama kemudian perhimpunan yang kedua, dan kita akan tunjukkan klip-klip dan gambar-gambar apa yang berlaku pada hari BERSIH 2.0. "Rakyat perlu faham bahawa Bersih bukan sekadar perhimpunan semata-mata tetapi satu perjuangan untuk membersihkan proses pilihanraya di Malaysia ini," katanya. Namun Tuan Ibrahim menafikan video-video berkenaan bertujuan untuk menghasut rakyat membenci pihak-pihak terlibat, tetapi ia hanyalah untuk memberikan "penerangan". "Kami belum memutuskan jumlah sebenar yang akan dibuat tetapi angkanya tidak kurang dari 200,000. Kami juga akan mengedarkan risalah terhadap peristiwa tersebut supaya rakyat boleh membacanya dan memahami isu tersebut dengan lebih baik. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata selain dari mengagihkan DVD dan risalah, ahli-ahli PAS digalakkan untuk menayangkan video perhimpunan Bersih semasa aktiviti-aktiviti Hari Raya diadakan. "Kami telah meminta ahli-ahli kami untuk memainkan video-video berkenaan di mana-mana semasa (Hari) Raya. Ramai penyokong dan ahli kami akan balik kampung di hari perayaan berkenaan dan kami mahu mereka menyiarkan di rumah-rumah ahli keluarga, sewaktu jamuan, semasa rumah terbuka, dan juga waktu makan malam.... kita ingin paparkan kepada semua betapa ganasnya polis dan betapa hak asasi manusia telah dinafikan," katanya. Mahfuz menambah orang-orang kampung sudah pun meminta untuk menonton video berkenaan kerana ramai yang tidak mempunyai akses Internet atau membaca media alternatif. "Tetapi perlu kita ingatkan usaha ini bukan untuk menerbitkan kebencian terhadap pasukan polis. Sebaliknya, kami hendak menunjukkan bagaiaman pihak polis telah diperkudakan oleh pihak parti kerajaan di dalam permainan politik mereka," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan tindakan berkenaan boleh membantu PAS dari segi sokongan dan menambahkan bilangan keahliannya. -TMI Terjemahan bebas Oleh GB
|
Buang Bayi Menjadi-jadi - Apakah Penyelesaiannya? Posted: 30 Jul 2011 08:00 AM PDT Bayi kena tinggal di gerai makan ALOR SETAR - Sepasang suami isteri tidak menyangka niat murni mereka membantu seorang gadis yang meminta menjaga bayinya dengan alasan ingin ke tandas, menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama satu jam di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana, namun gadis itu terus menghilangkan diri. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, pasangan suami isteri yang singgah menjamu selera di sebuah gerai makanan berhampiran terminal, dihampiri seorang gadis yang sedang mendukung seorang bayi. Gadis berkenaan meminta wanita menjaga bayinya kerana dia ingin pergi ke tandas, bagaimanapun setelah sejam berlalu, kelibat gadis itu tidak kelihatan. Bimbang dengan keadaan itu, pasangan suami isteri terbabit bergegas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. "Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung proses penjagaan. "Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. Dalam perkembangan sama, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, bayi seberat 1.58 kilogram itu kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada di dalam keadaan stabil. "Sewaktu dibawa ke HSB, tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi terbabit bagaimanapun bayi itu memerlukan pengawasan rapi memandangkan kelahirannya tidak matang. "Bayi itu akan diletakkan di bawah pengawasan hospital sehingga beratnya mencecah 1.8 kg," katanya. -SH
Ulasan GB Apabila sistem hidup lebih menjurus kepada henodisme, maka perzinaan yang akhirnya mengakibatkan lahirnya bayi pada pasangan yang tidak mempunyai ikatan pernikahan. Jalan mudah yang diambil ialah membuang bayi tersebut. Semua pihak berkewajipan memandang isu ini sebagai isu yang serius. Dan tiada jalan lain selain dari mengembalikan sistem kehidupan kepada fitrahnya - Islam. |
Pimpinan Tertinggi SPRM Mesti Dikenakan Tindakan Posted: 30 Jul 2011 06:04 AM PDT Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan tentang laporan Suruhanjaya siasatan Teoh Beng Hock yang membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock "di-bunuh diri". Analisis psikologi suruhanjaya siasatan bahawa Teoh berubah daripada kumpulan risiko rendah kepada kumpulan risiko tinggi untuk membunuh diri selepas sesi soal siasat SPRM cuma suatu andaian, kesimpulan bunuh diri tersebut dibuat tanpa sebarang bukti fizikal adalah dangkal dan terburu-buru, melanggar prinsip-prinsip undang-undang yang memerlukan bukti kukuh. Kesimpulan yang tidak professional ini dibuat oleh lima orang pesuruhjaya yang mempunyai latar belakang professional telah mengecewakan rakyat. Sebenarnya, bagi kes kematian Teoh Beng Hock, rakyat telah ada jawapan di dalam hati, jika kesimpulan suruhanjaya siasatan dan kerajaan terpesong jauh dari persepsi umum rakyat, ia hanya akan merosakkan keseluruhan integriti kerajaan, tidak memanfaatkan usaha transformasi kerajaan. Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pimpinan tertinggi SPRM. Dua tahun yang lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said mengatakan Teoh bunuh diri sebelum pihak polis menyempurnakan siasatan. Dia berkata SPRM tidak perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kerana ketika itu Teoh tidak lagi di bawah jagaan SPRM. Sekarang, laporan suruhanjaya siasatan telah membuktikan, Teoh belum dibebaskan oleh SPRM pada masa kematiannya. Jelasnya Ahmad Said telah berbohong dua tahun yang lalu, dia tidak ada sedikit pun perasaan kesal terhadap kematian Teoh, ini membangkitkan kemarahan rakyat! Kami meminta kerajaan mengambil kira tanggungjawab Ahmad Said, merampas segala pencen dan kebajikan penjawat awamnya. Kerajaan mesti menghukum Ahmad Said. Ketua Pesuruhjaya SPRM kini Abu Kassim pernah mengemukakan surat terbuka kepada keluarga Teoh bahawa SPRM tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kematian Teoh. Tetapi, bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim yang mengakibatkan kematian Teoh, telah dinaik-pangkat ke pengarah SPRM Negeri Sembilan semasa Abu Kassim memegang jawatan ketua pesuruhjaya. Hishamuddin juga hanya digantung sementara selepas laporan suruhanjaya siasatan diumumkan. Ini menunjukkan Abu Kassim cakap tak serupa bikin, tidak benar-benar mengkaji semula kaedah-kaedah soal-siasat SPRM yang mencabuli hak asasi manusia, SPRM tidak ada sebarang tindakan boleh dikatakan ikhlas dalam tragedi Teoh. Kes kematian kedua pula terjadi dalam tempoh Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya. Kami menggesa Abu Kassim segera meletakkan jawatan atas kematian Teoh dan kes-kes penyelewengan kuasa lain. Jikalau tidak ada seorang pun bertanggungjawab ke atas kematian Teoh dan dikenakan hukuman, kematian di bawah tahanan agensi kerajaan tidak akan dipandang serius, reputasi kerajaan akan dicemarkan. -MR *Kenyataan media oleh Toh Kin Woon selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG. |
Kes Kematian Baharudin: Shuhardi Nafi Enggan Kerjasama Dengan Polis Posted: 30 Jul 2011 04:45 AM PDT Isu Baharuddin: Shuhardi nafi sembunyi, tak mahu bantu siasatan polis KUALA LUMPUR, 30 Julai — Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis. Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. "Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya. Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya. "Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya. "Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya. Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri. "Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya. "Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya. Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut. Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri. "Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya. Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. -Bernama |
Ulangsiar: Siapa Sangka Bapa Tergilis Anaknya Sendiri Posted: 30 Jul 2011 02:57 AM PDT Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan yang berhasrat mengikut ibu bapanya membeli kelengkapan hari raya tidak kesampaian apabila maut digilis kereta dipandu bapanya dalam kejadian di Kampung Tok Jawa, Bachok, pagi semalam. Tambah menyedihkan, bapa kanak-kanak itu, Che Pauzi Mamat, 44, kehilangan anak tunggalnya, Nuramni Athirah adalah hasil perkahwinan keduanya bersama, Noraini Othman, 38. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Che Pauzi yang menghidupkan kereta Produa Alza di garaj rumahnya dikatakan tidak menyedari kehadiran Nuramni berhampiran kenderaan pelbagai guna (MPV) itu. "Saya ingatkan dia berada dengan ibunya dalam rumah. Saya undurkan kereta dan mendengar bunyi seolah-olah melanggar sesuatu lalu turun melihat ke luar. "Alangkah terkejutnya, apabila ternampak sekujur tubuh Nuramni ditindih tayar depan sebelah kiri kereta," katanya. Che Pauzi berkata, sebelum itu dia menghidupkan enjin kereta, sementara menunggu isterinya yang sedang bersiap untuk keluar membeli persiapan menjelang puasa, termasuk baju raya puteri tunggalnya itu. "Saya tidak menyangka objek dilanggar itu adalah Nuramni. Dalam keadaan cemas saya berusaha mengubah kedudukan kereta bagi membolehkan anak saya diselamatkan," katanya. Menurutnya, sejurus pelanggaran itu, isterinya keluar dari rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tidak bergerak. "Tanpa berlengah, saya segera membawa anak ke klinik berhampiran, sementara dalam perjalanan saya cuba memberi bantuan pernafasan, tetapi belum sempat sampai klinik anak sudah tidak bernyawa," katanya. Che Pauzi berkata, sebelum ini setiap kali hendak menaiki kenderaan, dia akan mendukung anaknya itu, tetapi semalam tidak seperti kebiasaannya kerana menganggap Nuramni berada bersama ibunya. "Telatah Nuramni pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha tahun lalu masih segar dalam ingatan," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan