Kelab Greenboc |
- Akhirnya Dia Meninggal Dunia...
- PAS Dedahkan 44 Pengundi Nama & Kad Pengenalan Sama
- Era Untuk Menakut-nakutkan Rakyat Sudah Berlalu
- Marah DAP Utamakan Melayu: Terbukti MCA Lebih Cauvinis Dari DAP
- Ramai Tidak Percaya SPR, Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasatan Segera
- Isu Cincin RM24 Juta: SAMM Tolak Penafian Rosmah
- Menyayat Hati: Kanak-kanak Perempuan Mati Digilis Bapa
- BERS✔H 2.0: Video Sebenar Dikeluarkan Untuk Nafikan Video Palsu Keluaran PDRM
- 6 Tahanan Ordinan Darurat Dibebaskan - Tarikh Pilihanraya Begitu Hampir
- Polis Guna Kekerasan Tanpa Ada Sebarang Provokasi
- Najib PM Terakhir Dari UMNO
- Kes Cincin RM24 Juta: Rosmah Tak Nak Mengaku, Dakwa Ia Fitnah
Akhirnya Dia Meninggal Dunia... Posted: 30 Jul 2011 01:00 AM PDT Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. Ulasan GB Al-fatihah.. Semuga Allah s.w.t. megampuan dia dan mengampunkan kita, Hanya Dia Yang Maha Tahu perjalanan sebenar kisah ini dan hanya Dia Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuknya dan untuk kita. |
PAS Dedahkan 44 Pengundi Nama & Kad Pengenalan Sama Posted: 30 Jul 2011 12:30 AM PDT PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama. Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza. Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini. Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang. "Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi. "Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit. "Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula. Bukan pengundi klon "Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa," katanya. Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini. Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR. "Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza? "PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud. "Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara," tambahnya. -FMT |
Era Untuk Menakut-nakutkan Rakyat Sudah Berlalu Posted: 29 Jul 2011 10:44 PM PDT Sambutan pembebasan EO6: Rakyat tidak boleh ditakut-takutkan lagi Keenam-enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, sebulat suara mendakwa bahawa kuasa rakyat yang membebaskan mereka daripada penahanan. Malah, keberanian rakyat untuk turun ke jalan raya pada 9 Julai 2011, dan kecekalan untuk terus mendesak agar EO6 dibebaskan, membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi. Ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Deveraj menjangkakan dirinya bersama rakan seperjuangannya akan ditahan untuk tempoh 60 hari, malah mungkin dilanjutkan kepada dua tahun - namun akhirnya kerajaan terpaksa akur kerana desakan daripada rakyat Malaysia untuk membebaskan mereka. Micheal Jeyakumar menganggap penangkapan EO6 bertujuan untuk menakutkan rakyat Malaysia agar tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, namun strategi ini terbukti gagal. Ketika menggulung selepas EO6 yang dibebaskan jam 5.30 petang semalam berucap, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan menyimpulkan bahawa "Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan lagi dengan cerita karut!" Arutchelvan menceritakan bagaimana PSM sebagai parti yang paling miskin, meraih sokongan ramai selepas penahanan aktivis partinya berikutan perhimpunan BERSIH 2.0. Mereka sempat untuk mengumpul wang sebanyak RM192,000 dalam masa dua jam, untuk mengikat jamin aktivisnya yang ditahan. Malah, selepas penahanan EO6, ada orang yang mengunjungi ibu pejabatnya untuk mengisi borang kemasukan parti. Kira-kira 400 orang dari latar belakang kaum yang pelbagai hadir untuk menyambut pembebasan EO6 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Satu forum untuk membincangkan Ordinan Darurat dijadualkan untuk diadakan semalam, bertukar kepada perkongsian pengalaman EO6. Forum ini juga bertembung dengan candle light vigil untuk mendiang Teoh Beng Hock, yang diadakan pada 9 malam. Selepas EO6 berkongsi pengalaman mereka, hampir kesemua hadirin menyertai candle light vigil di tingkat bawah Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH) menambahkan bilangan peserta kepada kira-kira 600 orang. Pengerusi BERSIH 2.0, EO6 dan wakil-wakil NGO turut hadir untuk memberi solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Rakyat adalah wira demokrasi Laungan slogan "Hidup Rakyat", "Mansuh Akta Zalim", "Hancur EO", terus kedengaran, malah penyokong PSM menyanyikan lagu "Suara Rakyat" dan lagu "Internasionale" untuk menyambut ketibaan EO6. Selain penyokong PSM dan aktivis sosial, pemimpin politik yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan lain-lain. Puluhan polis berada di sekitar bangunan KL-SCAH, tetapi tidak mengganggu perjalanan aktiviti. Ketika berucap, AJK PSM Choo Chon Kai menjangkakan bahawa dirinya akan ditahan untuk tempoh yang panjang, namun beliau tidak pernah berasa gentar sama sekali. "Saya ada kepercayaan kepada rakyat di luar sana. Saya percaya rakyat kita sudah matang," katanya disambut dengan sorakan. Beliau menambah, "Saya tidak merasa kami enam orang ini adalah wira. Wira yang sebenarnya adalah anda semua. Setiap orang, setiap rakyat yang turun ke jalan raya pada 9 Julai. Anda semua adalah wira demokrasi kepada politik di Malaysia ini!" Penahanan di bawah Ordinan Darurat kali ini tidak melunturkan semangat R Saratbabu, malah beliau telah berjanji kepada dirinya, bahawa beliau akan bersama perjuangan PSM selepas dibebaskan. AP Letchumanan pula berkata, Ketua Polis Negara hanya boleh memenjarakan badannya, tetapi gagal memenjarakan semangat perjuangannya. Sugumaran a/l Munisamy mengisahkan pengalamannya dalam nada berjenaka, menceritakan betapa lucunya cara soal-siasat pegawai penyiasat. Beliau ditanya soalan apa yang dilakukan pada bulan pertama tahun 1990, diminta untuk bernyanyi, malah pegawai penyiasat cuba membandingkan PSM dengan Parti Komunis Malaya (PKM) - PSM dengan hanya seorang pemimpin berketurunan Melayu, iaitu Nasir Hashim, sementara yang selainnya adalah berketurunan India. Sugu berkata pegawai penyiasat cuba menyamakan situasi ini dengan PKM, yang mana Rashid Maidin seorang sahaja Melayu di kalangan pemimpin PKM, dengan pemimpin selebihnya adalah berketurunan Cina. Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, turut mengalami pengalaman yang agak sama, di mana pegawai penyiasatnya cuba menyamakan sosialisme dengan komunisme. Beliau yang tidak tahan dengan kenyataan pegawai penyiasat itu berkata mereka telah puluhan tahun ketinggalan, sedangkan kita kini berada dalam abad ke-21. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
Marah DAP Utamakan Melayu: Terbukti MCA Lebih Cauvinis Dari DAP Posted: 29 Jul 2011 09:22 PM PDT MCA marah DAP utamakan Melayu Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil, kata Pengerusi Pergerakan Wanita MCA negeri. PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim. Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu. "Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus. Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa. "Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk "mengambil hati" bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu," katanya. -FMT Ulasan GB Wahai UMNO dan sekalian pencacai mereka, sekarang siapa lebih cauvinis kecinaan? MCA atau DAP? Terbentang nyata kini usaha DAP membantu kontraktor Melayu di Pulau Pinang ditentang oleh MCA, komponen BN sendiri. Sekarang siapa yang kafir harbi? Siapa agaknya yang terlebih makan khinzir kini? Justeru mana juak-juak UMNO, PERKASA dan sekalian NGO konon pejuang Melayu jati yang selama ini menuding jari kepada DAP terhadap kepinggiran orang Melayu di Pulau Pinang. Pergilah hadiahkan kepada MCA tersebut spender dan coli ! |
Ramai Tidak Percaya SPR, Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasatan Segera Posted: 29 Jul 2011 07:30 PM PDT SPR berdepan krisis kepercayaan? Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih. Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku. Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan. "Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN. "Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu. Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan. Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan. "Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara. "Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih. Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan. Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu. Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip. Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR. "Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara. Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas. Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian. Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah. "Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah. -mk
Ulasan GB Banyaklah alasan SPR kali ini untuk pertahankan diri kononnya SPR tidak ada kuasa itu dan ini apabila ia melibatkan kepentingan UMNO BN. Walhal semua orang masih ingat apabila mengenai Pakatan Rakyat sepantas kilat SPR keluarkan kenyataan malah ada yanb berbaur ugutan untuk ambil tindakan seperti kes penyerahan wang zakat oleh Nik Aziz kepada orang asli di pilihanraya kecil Galas. Ternyata SPR kini cuba terus menipu rakyat. Kami ingin menyatakan kepada SPR, kamu tidak akan dilepaskan, kamu tidak mungkin menipu rakyat dalam setiap masa. Satu hari ada yang bakal dipenjarakan kerana perbuatan menipunya itu. |
Isu Cincin RM24 Juta: SAMM Tolak Penafian Rosmah Posted: 29 Jul 2011 05:25 PM PDT Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat. Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri. Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima. "Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,"katanya kepada Tv Selangor. Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya. "Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor. "Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,"katanya lagi. Sikap berdolak-dalih dan angkuh isteri Perdana Menteri menimbulkan 1001 persoalan manakala alasan pihak tertentu kononnya cincin itu dibawa masuk bagi tujuan pameran 'sulit' sebelum di bawa keluar ke Singapura tidak logik sama sekali. "Kalau (cincin) masuk untuk (tujuan) pameranlah.. (sedangkan) kalau dia buat pameran fesyen (biasa pun), dia paksa semua media untuk siarkan pameran fesyen dia. Kalau dia buat pameran berlian RM24 juta.. takkan dia tidak panggil media. "Bila kita tanya pameran di mana? Pameran di sebuah tempat sulit, Bila? Di tarikh yang sulit. Siapa tetamu jemputan tengok pameran ini, oh tetamu yang sulit. Saya merasakan mereka sedang mencipta alasan demi alasan untuk membela Rosmah bin Mansor," kata Chegubard. Terdahulu sebuah Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan. Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran. Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan. "Persoalan saya pula ialah....kalau masuk untuk pameran, kenapa tidak masuk prosedur untuk masuk pameran?" soal beliau. Semalam, ketika mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi ke Kedah, Rosmah dipetik berkata bahawa beliau difitnah oleh blogger tertentu sebagai memiliki sebentuk cincin berlian RM24 juta. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau. Bagaimanapun Rosmah tidak menjelaskan dokumen-dokumen Kastam bersabit pengimportan cincin itu atau pun siasatan SPRM mengenainya. -tvsnews |
Menyayat Hati: Kanak-kanak Perempuan Mati Digilis Bapa Posted: 29 Jul 2011 03:45 PM PDT Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini. Gambar hiasan. Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan. Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang. Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya. "Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini. Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan. Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA |
BERS✔H 2.0: Video Sebenar Dikeluarkan Untuk Nafikan Video Palsu Keluaran PDRM Posted: 29 Jul 2011 08:27 AM PDT Bersih 2.0: Peguam PKR pula tayang video nafi dakwaan polis PETALING JAYA, 29 Julai — Peguam-peguam PKR menayangkan rakaman video mereka sendiri, yang dirakamkan ketika 9 Julai lalu di kawasan terowong KL Sentral, sebagai respons kepada dakwaan polis kononnya peserta perhimpunan memprovokasi pasukan keselamatan sehingga memaksa menggunakan gas pemedih mata. Polis menayangkan rakaman video mereka Khamis lalu dan kemudian disiarkan menerusi RTM sejak itu. KL Sentral merupakan antara lokasi menjadi fokus pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun sebelum cuba bergerak ke kawasan Stadium Merdeka. Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis. Peguam-peguam itu berkata, dalam satu klip, Ketua Polis Daedah Brickfields Wan Bari Wan Khalid kelihatan menjerit ke arah para peserta agar bersurai dan dalam satu minit kemudian mengarahkan pegawainya melepaskan tembakan dan memekik "bawah" sebanyak tiga kali sebelum 12 tembakan kedengaran. Sebelum tembakan gas pemedih dilepaskan, kumpulan peserta perhimpunan bersemuka dengan barisan anggota polis dari satu jarak yang agak jauh. "Persoalan kami, adakah sesuatu yang sah bagi polis melepaskan begitu banyak tembakan ke atas mereka yang menyertai demostrasi? Bukan kumpulan yang besar ketika itu, ia ruang kecil di dalam terowong," katanya lagi. Sivarasa menambah, polis juga seharusnya memberi penunjuk perasaan masa selama lima minit untuk bersurai sebelum memberikan amaran kedua dan ketiga. Satu lagi klip menunjukkan seorang lelaki dihalang oleh polis dan seorang lagi anggota polis pula memukulannya berulang kali menggunakan cota. Khamis lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata, enam pasukan penyiasat polis telah menjalankan siasatan mereka berhubung dakwaan tindakan keras yang digunakan untuk menangani perhimpunan 9 Julai dan tidak menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0. Hari ini, Ketua cabang Klang Yew Boon memberitahu pemberita bahawa kanister gas pemedih terkena bahagian mata sebelah kiri, sekali gus menyebabkan luka kecil. "Saya kecewa dengan tindakan polis, tidak berperikemanusiaan dan kejam," kata beliau. "Orang ramai tidak berniat dan secara fizikal untuk menyerang, sebaliknya mereka (polis) yang menyerang kami, kami semua warganegara yang mencintai keamanan dan keadilan, tetapi kini nampaknya pihak polis tidak berfikiran begitu dan menggunakan pendekatan melampau, bukan saya seorang yang mengalami kecederaan," kata beliau. Sivarasa berkata Yew bukan satu-satunya yang terkena tembakan di bahagian kepala. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terkena di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan manakala pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry, 25, mengalami kecederaan lebih teruk. Kanister terkena di bahagian muka. "Tidak dapat dinafikan bahawa raifal gas pemedih mata dengan sengaja, bukan sahaja dituju ke arah orang ramai, tetapi juga ke arah kepala mereka dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius. "Hakikatnya, tiga orang, dalam kumpulan yang anda lihat dalam video, menerima tembakan di bahagian kepala bukan secara kebetulan. Raifal dihalakan terus ke bahagian kepala dengan niat mahu menyebabkan kecederaan serius," kata beliau. Beliau juga berkata, Naib Presiden Chua Tian Chang yang turut dikenali sebagai Tian Chua berjalan ke arah kiri, melepasi anggota polis untuk mengelakkan gas pemedih mata, tetapi ditahan oleh anggota polis berpakaian biasa, sekali gus pihak mendakwa dia mencetuskan provokasi. "Polis ada mengeluarkan beberapa video dan mereka kelihatan memfokus ke atas YB Tian Chua berlari bersama beberapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan bahawa beliau berlari ke arah polis. "Video hari ini menunjukkan bahawa ia satu pembohongan sama sekali, satu tindakan memutar belit . . . anda boleh melihat apa yang beliau sebenarnya lakukan," kata beliau. Surendran berulang kali menyifatkan agar tindakan polis itu diklasifikasikan sebagai percubaan membunuh. -TMI
|
6 Tahanan Ordinan Darurat Dibebaskan - Tarikh Pilihanraya Begitu Hampir Posted: 29 Jul 2011 07:00 AM PDT Semua enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara. "Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya. Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat. Mereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25. Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Bersih 2.0. Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan. Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan. Ulasan GB Kerajaan BN tahu semakin lama ditahan, kedudukan BN semakin terancam di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Malah penangkapan mereka oleh polis, ditambahi pula dengan pelbagai aksi kekejaman dan keganasan polis pada hari perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu, sudah cukup untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti kerajaan UMNO BN bukan sahaja di mata masyarakat tempatan malah masyarakat dunia. Ura-ura tarikh pilihanraya dipercepatkan semakin bertiup kencang. Kerana semakin dilambatkan pilihanraya kesan dari "damages" yang diakibatkan kkeganasan pihak polis berkenaan akan bertambah besar. Dengan kes Scorpene yang akan didengar perbicaraannya di Perancis pada September ini. Nama Najib pasti akan timbul dan ia juga semestinya menggugat kredibiliti kerajaan UMNO BN nanti. Justeru pembebasan hari ini ada kaitannya dengan pilihanraya umum yang begitu hampir. Hubaya-hubaya! |
Polis Guna Kekerasan Tanpa Ada Sebarang Provokasi Posted: 29 Jul 2011 04:40 AM PDT Tindakan polis melepaskan 12 das tembakan gas pemedih mata di terowong berhampiran KL Sentral pada 9 Julai lalu adalah satu tindakan dengan niat, kata naib presiden PKR, Tian Chua. Malah katanya, dakwaan bahawa anggota keselamatan menggunakan kekerasan minimum menyuraikan peserta himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih juga adalah tidak benar. Rakaman video ketika di KL Sental jelas menunjukkan pasukan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah kumpulan berkenaan tanpa henti walaupun dalam keadaan peserta dikepung. "Sesiapa saja dalam keadaan itu akan melihat bahaya jika berada di kawasan tertutup itu sekiranya polis melepaskan gas pemedih mata,"ujar beliau. Namun katanya, rakaman yang dipaparkan polis pula setelah dua minggu himpunan Bersih berlangsung tidak memaparkan senario sebenar. "Rakaman video itu hanya menunjukkan beberapa orang yang meluru keluar ke kawasan lapang, dan gas pemedih mata kemudiannya ditembak tepat ke arah orang ramai," katanya. Beliau mendakwa tindakan polis ini berniat untuk menyebabkan bahaya teruk ke atas kumpulan yang berhimpun secara aman tanpa sebarang amaran. "Ianya tindakan tanpa provokasi dan tidak wajar. Ianya adalah kekejaman polis," kata ahli parlimen Batu itu lagi. Tambahnya, video polis yang disunting itu juga menunjukkan bahawa kumpulan berkenaan berarak keluar dari KL Sentral dan disekat oleh sekumpulan polis. Menurut Tian, video yang disiarkan oleh stesyen televisyen juga tidak memberi gambaran sebenar terhadap apa yang berlaku di kawasan berkenaan dalam kejadian itu. "Video berkenaan dikatakan menunjukkan saya mengetuai peserta demonstrasi ke hadapan. PRDM menekankan bahawa ia merupakan bukti provokasi," kata Tian lagi. Tian yang pernah didakwa kerana tuduhan menggigit polis itu juga berkata, tindakannya itu digambarkan sebagai berniat untuk "menyerang" atau menyebabkan bahaya fizikal ke atas anggota polis. "Kerajaan perlu menerima tanggungjawab bahawa kekerasan melampau telah digunakan ke atas demonstrasi Bersih. Pemburuan ke atas saya atau peserta lain tidak boleh melepaskan (kerajaan) daripada keganasan yang dilakukan pada 9 Julai," katanya lagi. Keganasan polis di KL Sentral menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya dan juga ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengalami kecederaan. -tvsnews |
Posted: 29 Jul 2011 03:07 AM PDT Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan". - A. Samad Said, Sasterawan Negara. Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden. Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi - BERSIH 2.0. Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang "sebenarnya" terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama. Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, "pengkhianat" yang bermunculan daripada pendalaman - sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman. Tuduhan "pengkhianat" mahupun "al-Qaeda" tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi BERSIH 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri. Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri. Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden. Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai "golongan bangsawan". Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya. Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan (barangkali) cuma Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan. Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata… Memandang kepada susur-galur Dato' Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato' Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato' Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan. Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung - di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh. Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas. Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa "gerun" di hati rakyat terbanyak - sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM. Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25? Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemuh kawan-kawan… Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik. Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa "lusuhnya" Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia. Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi BERSIH 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh." Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya - sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai. Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari UMNO yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa. *Hasmi bin Hashim, 35 - seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat. -jalantentawi.com |
Kes Cincin RM24 Juta: Rosmah Tak Nak Mengaku, Dakwa Ia Fitnah Posted: 29 Jul 2011 01:27 AM PDT Setelah sekian lama mendiamkan diri sejak angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. "Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. "Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). "Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut. Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard memberitahu, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan media alternatif baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta. Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. "Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," katanya. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan