Kelab Greenboc |
- Najib, Bukan Saja SPRM, Polis Lagi Teruk Salahguna Kuasa!
- UMNO Mahu Rampas Kerusi Marang
- Ambiga-Wan Ahmad Bertemu Lagi Esok Dalam Forum Di PJ
- Terdapat 1,600 Pengundi Berusia Lebih 100 Tahun Di Perak?
- PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih
- Najib PM Tidak Bermaruah, Peralatkan Pelatih PLKN Untuk Sambut Kedatangannya
- Buka Kamus Kalau Tak Faham "Demonstrasi" - Saifuddin Abdullah
- Apabila Majlis Perundingan Media Tiada Sambutan, Rais Pun Berdalih Kata Ia Hanya Cadangan
- Nik Aziz Nafi Sokong Biometrik SPR
- Polis Buat Laporan Polis Untuk Tangkap 10 Pemakai Baju Kuning
- BERS✔H: Biometrik Bukan Penyelesaian Untuk Undi Bertindih
Najib, Bukan Saja SPRM, Polis Lagi Teruk Salahguna Kuasa! Posted: 28 Jul 2011 12:22 AM PDT Kes Teoh: Najib setuju SPRM tak wajar guna kuasa sembarangan PUTRAJAYA, 27 Julai – Datuk Seri Najib Razak kelihatan bersetuju dengan syor-syor agar kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikaji semula sambil berkata, agensi itu tidak perlu berada dalam kedudukan ia boleh menggunakan skop kuasa secara sewenang-wenangnya. Pendirian ini dikeluarkan susulan laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock di premis SPRM dua tahun lalu. "Kami tidak mahu mereka salah guna kuasa... sudah tentu. Mereka tidak harus berada dalam kedudukan di mana mereka boleh menggunakan kuasa tanpa mengira kira kepentingan awam," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Bagaimanapun perdana menteri tidak menyatakan dengan terperinci sama ada kerajaan akan melihat untuk mengawal kuasa SPRM. Bagaimanapun katanya, langkah sedang diambil untuk memperbaiki kaedah-kaedah soal siasat SPRM. Ahad lalu, Putrajaya memperakui Teoh, bekas setiausaha politik, tidak mati dua tahun lalu jika SPRM mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian. Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada. Tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan. "Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan," kata Nazri sambil menambah, "saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja." "Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu," katanya lagi. Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan. "Ikut dan contohilah mereka," kata beliau. Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa. Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. -TMI Ulasan GB Dari awal kes Teog Beng Hock dahulu kita telah menyatakan bahawa wujudnya pegawai-pegawai SPRM yang betaraf binatang, menyalahgunakan kuasa untuk pangkat, harta dan menganiayakan orang-orang yang disasat. Kerajaan pada masa itu cepat menafikannya. Inkues tidak berjaya mengesannya lantaran institusi kehakiman negara yang masih penuh dengan hakim-hakim yang korup, tetapi Suruhanjaya Diraja membuktikan persepsi rakyat itu adalah BENAR. Bahawa terdapat pegawai SPRM yang memang angkuh, menyalahgunakan kuasa dan berdusta semasa memberi keterangan, bukan sahaja di mahkamah tetapi di depan Suruhanjaya sendiri. Tindakan melampau SPRM dikatakan sebagai punca Teoh membunuh diri. Dan kini Najib sendiri mengakui bahawa tidak wajar "agensi itu tidak perlu berada dalam kedudukan ia boleh menggunakan skop kuasa secara sewenang-wenangnya." Begitu jugalah agensi lain seperti PDRM. Kini rakyat berpersepsi bahawa polis berlaku zalim dan bertindak ganas terhadap rakyat. Polis menafikan, siap keluarkan video versi mereka nak tunjukkan betapa baik dan wanginya tindakan PDRM. Kerajaan beriya-iya membela mereka. Suruhanjaya tidak ditubuhkan. GB yakin, andaikata Suruhanjaya ditubuhkan, dan penemuan nanti membuktikan PDRM juga angkuh dan menyalahgunakan kuasa. Apakah kata Najib dan kerajaannya ketika itu? Justeru itu, tubuhkan segera Suruhanjaya Diraja Siasatan Terhadap Keganasan Polis! Rakyat tidak samasekali akan lepaskan polis-polis yang kejam, zalim & pendusta itu. |
UMNO Mahu Rampas Kerusi Marang Posted: 27 Jul 2011 10:57 PM PDT MB yakin rampas Marang MARANG - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyuarakan keyakinannya bahawa BN akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen Marang dari tangan pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Beliau berkata, hasrat itu pasti tercapai jika masyarakat berketurunan Cina di parlimen ini dapat sama-sama membantu BN bagi memberi sokongan mereka yang tidak berbelah-bahagi dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum itu. Menurutnya, walaupun jumlah pengundi Cina di parlimen itu adalah minoriti namun peranan serta komitmen mereka sangat penting bagi membolehkan BN merampas semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRU Ke-13 nanti. "Kita mengharapkan masyarakat Tionghoa di Parlimen Marang akan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN. Saya yakin mereka tak ada masalah untuk berbuat demikian dan Parlimen Marang tidak mustahil akan berada di tangan UMNO," katanya. Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian di Majlis Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Tionghoa Parlimen Marang, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai, di sini, malam kelmarin. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad dan ADUN Alur Limbat, Alias Abdullah. Menurutnya, golongan itu yang layak mengundi di Parlimen Marang berjumlah 1,834 pengundi melibatkan 801 (Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat), 61 (DUN Bukit Payong), 104 (DUN Rhu Rendang) dan 868 orang di DUN Pengkalan Berangan. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, hanya kerusi DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat dimenangi calon BN iaitu Datuk Yahya Khatib Mohamad dan Alias Abdullah manakala DUN Rhu Rendang, DUN Bukit Payong dan Parlimen Marang dimenangi Pas. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berharap dengan kehadiran Menteri Besar ia mampu meraih lebih banyak sokongan golongan Tionghoa terhadap parti itu di kawasan parlimen berkenaan. -SH Ulasan GB Untuk tindakan PAS Terengganu. p/s Ingat, mereka pernah memeranjatkan negara apabila calon UMNO, Datuk Abdul Rahman Bakar pernah mengalahkan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang. Justeru itu PAS Terengganu perlu berwaspada dan bekerja lebih keras untuk pastikan kerusi presiden parti selamat dan tidak dirampas oleh UMNO BN. |
Ambiga-Wan Ahmad Bertemu Lagi Esok Dalam Forum Di PJ Posted: 27 Jul 2011 09:00 PM PDT Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan. Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya. Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut. "Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya. Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular. Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham. -mk Ulasan GB Takut bebenar Wan Ahmad sekarang ini dengar akan kena tangkap dan dipenjara jika PR memerintah, sehingga menyebabkan beliau ambil keputusan penuhi semua jemputan forum supaya dilihat SPR itu "bersih". Sekurang-kurangnya itulah tanggapan rakyat kini - kerana kehadiran beliau di dalam forum seperti yang berlansung baru-baru ini anjuran Karangkraf sebenarnya tidak membawa apa-apa signifika di dalam hujjah-hujjahnya kecuali menunjukkan bahawa "SPR hanyalah sekadar budak kerani kepada UMNO BN". Ia diakui oleh Wan Ahmad yang menyatakan hanya Putrajaya ada kuasa memenuhi tuntutan Bersih. Jika demikian halnya seperti yang GB ulas sebelum ini, sahihlah SPR itu hanyalah kuda tunggangan UMNO BN! |
Terdapat 1,600 Pengundi Berusia Lebih 100 Tahun Di Perak? Posted: 27 Jul 2011 08:40 PM PDT Benarkah ramai pengundi lebih 100 tahun KUALA LUMPUR, 27 Julai: Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem pengurusan maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan pada 24 Julai lalu mendakwa bahawa terdapat lebih 1,600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak. Menurut beliau, daripada jumlah itu pula, dilaporkan seramai 1,447 orang pengundi warga emas di Perak yang berusia melebihi 100 tahun itu berumur di antara 100 sehingga 109 tahun. "Adakah benar pengundi warga emas berusia dalam lingkungan itu seramai itu di Perak? "Kalau dah seramai itu di Perak, bagaimana pula dengan pengundi warga emas yang berusia melebihi 100 tahun di seluruh negara?" soalnya. Angka tersebut, menurut beliau, tentunya meragukan dan disebabkan keraguan itulah PAS dan Pakatan Rakyat serta Bersih 2.0 mahukan SPR menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara ini. "Penggunaan sistem biometrik tidak akan menyelesaikan masalah pengundian bertindih. Malah, proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan tetap tidak selamat. "Sebab itulah SPR diminta menimbang 8 cadangan Jawatankuasa Bersih 2.0 yang antara lainnya mendesak SPR menggunakan kaedah dakwat kekal dalam pilihanraya," katanya ketika dihubungi, hari ini. Namun beliau kesal kerana SPR tetap enggan menerima cadangan itu dan bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri. Cadangan SPR untuk menggunakan sistem bimometrik, katanya, diyakini tetap tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan masalah-masalah lain yang berlaku dalam pilihanraya di negara ini sejak dulu. Menurutnya, jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai oleh SPR bukanlah kerana aplikasi itu, tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data. "Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti data atau maklumat bukanlah kerana aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu, kenapa sistem biometrik pula yang dicadangkan?" tanya beliau hairan. Sistem biometrik juga, tegasnya, adalah sebuah aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan 'hardware' atau perkakasan serta perisian dan bukan 'software' atau perisian semata-mata untuk capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini. Sehubungan itu, beliau amat bimbang dengan fenomena yang berlaku kerana ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil di negara ini, walaupun pihak kerajaan dan SPR telah diberikan pelbagai pandangan dan cadangan yang baik ke arah mengatasinya oleh rakyat negara ini. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada sidang medianya yang diadakan selepas perbincangan dengan para pemimpin PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam telah menegaskan PAS menolak sistem biometrik dan mahu SPR menggunakan kaedah dakwat kekal. Husam turut menjelaskan, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS dengan menggunakan sistem komputer telah mengesan seramai 500 orang pengundian bertindih. Timbalan Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir ketika berucap pada majlis pelancaran NGO itu di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, turut menyarankan kerajaan menerima cadangan yang baik dari rakyat bagi memperbaiki sistem pilihanraya di negara ini. Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan berkata, cadangan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO sememangnya satu cadangan yang baik yang patut diterima oleh kerajaan. "Sekiranya kesemua cadangan yang baik dari rakyat tidak juga diberikan pertimbangan oleh kerajaan dan SPR, tidak ada sebarang alasan lagi bagi pihak kerajaan dan SPR mempertikaikan keraguan rakyat mengenai perjalanan pilihanraya di negara kita yang sememangnya tidak bersih dan tidak adil sejak dulu," tegas beliau. -HD |
PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih Posted: 27 Jul 2011 07:00 PM PDT PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu. Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali. Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan. Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah. Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani. Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian. Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih. Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi. Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya. Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan. Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya. "Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau. Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). -tvsnews |
Najib PM Tidak Bermaruah, Peralatkan Pelatih PLKN Untuk Sambut Kedatangannya Posted: 27 Jul 2011 04:58 PM PDT Dah tak ada yang nak sambut Najib, budak-budak PLKN jadi mangsa Najib dan rombongannya telah menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini dan ketibaannya pada 2.10 petang dikatakan disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi. Gambar diatas adalah sekeping gambar yang membuktikan Najib masih mempunyai sokongon yang kuat dari Rakyat Malaysia… tapi jika diperhatikan betul-betul yang menjadikannya ramai adalah Pelatih PLKN Demi menggembirakan Najib, pelatih-pelatih PLKN telah diangkut dan dibariskan bagi menyambut ketibaannya disepanjang laluan untuk beliau merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di KL Sentral.. OBJEKTIF Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut: 1.Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. 2.Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. 3.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. 4.Menyemarakkan semangat kesukarelaan. 5.Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. Tak ada pun dikatakan Program Khidmat Negara akan dilatih untuk menyambut kenamaan..-darisungaiderhaka Ulasan GB Ia sudah menjadi satu tabiat UMNO BN... menggunakan pelatih PLKN, pelajar sekolah, penjawat awam... untuk beratur, berbaris.. nak tunjukkan huh betapa ramainya yang datang sokong atau sambut Najib. Ia "auta" dan "temberang" lama UMNO. Kemudiaan disusuli dengan BERNAMA dan sekalian wartawan pencacai melaporkan ribu-ribu yang hadir (semua didarab 10, jika yang datang 300 maka ditulis 3,000). Rakyat sudah masak "kelentong" kewartawanan darjat longkang ini. Dan PM itu, memang tidak bermaruah kerana memaksa pelatih PLKN untuk menyambut kedatangannya. Dan mungkin dengan sebab itu juga beliau akan jatuh dari kerusi PM dengan tidak bermaruah juga. Agakan GB sahaja. |
Buka Kamus Kalau Tak Faham "Demonstrasi" - Saifuddin Abdullah Posted: 27 Jul 2011 10:00 AM PDT Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu. Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat 'Apa Selepas 9 Julai' yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam. "Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan," kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir. Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin. Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu. Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan. "Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad," katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan. Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu. "Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi. "Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan. "(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah," kata Saifuddin. -KD
|
Apabila Majlis Perundingan Media Tiada Sambutan, Rais Pun Berdalih Kata Ia Hanya Cadangan Posted: 27 Jul 2011 07:55 AM PDT Majlis Perundingan Media hanya cadangan, kata Rais KUALA LUMPUR, 27 Julai – Di sebalik bantahan berterusan daripada organisasi media yang bimbang ia akan menambah kawalan pihak berkuasa, Putrajaya hari ini berkata, Majlis Perundingan Media (MPM) yang dihalusi Isnin lalu hanyalah satu cadangan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (gambar) berkata, MPM "hanya satu percubaan". "Jika ia tidak menerima sokongan... kami tiada masalah untuk melepaskan daripada penyeliaan kami," katanya. Bagaimanapun Rais yang juga pengerusi bersama MPM berkata, "ramai yang sudah menyatakan persetujuan" tetapi hanya golongan "elitis tidak memberi persetujuan mereka". Seorang lagi pengerusi MPM ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Mesyuarat Isnin lalu dikatakan gagal mencapai konsensus atau persetujuan mengenai cadangan Putrajaya mahu mengadakan MPM. Ketika ditemui di sini hari ini, Rais berkata MPM bertujuan memastikan media bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mematuhi undang-undang. "Kami mahukan kerjasama, tiada agenda lain," kata beliau. Katanya, satu pakatan media mesti wujud dan "mereka boleh melakukan apa yang mereka hendak lakukan, tetapi undang-undang mesti dihormati." Pada Khamis lalu, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa beberapa ketua organisasi media dijangka membantah cadangan Putrajaya yang mahu membentuk MPM dengan tidak mempedulikan satu pertemuan bagi membincangkan terma rujukannya yang diadakan Isnin lalu. Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa daripada mereka sendiri menghadiri pertemuan itu, beberapa ketua media telah bersetuju untuk memperlihatkan protes dengan menghantar editor-editor junior sebagai wakil. Difahamkan ketua-ketua berkenaan termasuk dari organisasi media yang dikawal oleh Barisan Nasional, bimbang majlis seumpama itu hanya akan mengenakan lebih banyak halangan ke atas kebebasan akhbar di Malaysia. Menurut surat kementerian Rais, anggota MPM termasuklah wakil dari kerajaan, media cetak, elektronik dan media baru serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang dijemput agensi berita Bernama, Kumpulan Utusan, Astro TV, stesen Media Prima seperti TV3, NTV7, TV8, TV9, Hot FM, Fly FM dan One FM, AMP Radio Network, AlHijrah Media Corporation, Suara Johor, Star RFM, Husa Network, kesemua akhbar di bawah Kumpulan NSTP, Kumpulan Media Karangkraf, Star Publications (M) Berhad, The Sun, The Edge, Malay Mail, Makkal Osai, Tamil Nesan, Sin Chew Daily, Malaysia Nanban, Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, China Press, Nanyang Siang Pau, Sarawak Press Sdn Bhd, See Hua Daily dan United Daily News. Kesemua akhbar perlu mendapatkan permit penerbitan tahunan manakala stesen siaran elektronik dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Blog House Malaysia telah dipilih sebagai wakil tunggal media baru manakala pertubuhan bukan kerajaan terdiri daripada Institut Akhbar Malaysia, Kesatuan Wartawan Malaysia dan Persatuan Penerbit Majalah. Portal berita atas talian seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Today atau Merdeka Review sendiri tidak dijemput meskipun mereka mempunyai kad tauliah media dikeluarkan Jabatan Penerangan. Surat jemputan kementerian itu juga disertakan dengan kertas cadangan penubuhan MPM, yang memperincikan terma rujukan untuk dibincangkan pada pertemuan Isnin ini termasuk peranan, objektif, fungsi, keanggotaan dan aktivitinya. Kertas cadangan itu menggariskan lima fungsi MPM, antara lain memperbaiki pengurusan dan perkongksian maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, program dan aktiviti komuniti dan membincangkan isu-isu semasa dan merangka pelan komunikasi untuk menangani mereka secara bersepadu dan teratur. Dalam pada itu, Rais menganggap pelancaran kempen Kibarkan Jalur Gemilang tahun ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dianggap unik kerana ia melibatkan pemimpin pergi ke tempat tumpuan awam yang berbeza dari sebelum ini apabila rakyat dibawa ke lokasi sambutan. Kata Rais, pelancaran kempen itu di Stesen KL Sentral di sini adalah istimewa kerana melibatkan pemimpin tertinggi negara bersama rakyat. Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran kempen itu, beliau berharap rakyat tidak lupa kepada amanat Najib dalam ucapan pelancaran itu bahawa kesejahteraan yang dicapai melalui transformasi akan mensejahterakan suasana dalam negara. "Kerajaan yang beliau pimpin kini telah membawa kita ke tahap kemajuan, satu demi satu, sehingga gagasan 1Malaysia itu bererti kepada setiap insan yang menjadi warganegara Malaysia dapat bersama berasa megah dan bangga tidak kira apa pegangan politik, agama ataupun kebudayaan masing-masing," katanya. Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 tahun ini, Rais berkata 244 program jalinan dirancang untuk diadakan di negeri-negeri menerusi Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta. Selain melancarkan kempen itu, Perdana Menteri turut melepaskan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 Jabatan Penerangan ke setiap negeri untuk menjalankan aktiviti serta program kemasyarakatan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini. Tahun ini, sambutan kemerdekaan diadakan pada 16 September serentak dengan sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. -TMI Berita Sebelum Ini Rais Terkedu, Media Arus Perdana Bantah Keras Penubuhan Majlis Perundingan Media |
Nik Aziz Nafi Sokong Biometrik SPR Posted: 27 Jul 2011 06:30 AM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum. "Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. "Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Baharu hari ini. Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di Kota Baharu. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik. Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi. --Bernama
|
Polis Buat Laporan Polis Untuk Tangkap 10 Pemakai Baju Kuning Posted: 27 Jul 2011 05:40 AM PDT Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya. "Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini. Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers. Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap. Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini. Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi. Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu. Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau. "Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur. "Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," tulisnya. Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut. -mk
Ulasan GB Baca semula ayat yang GB merahkan:. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," Bila tidak ada laporan polis untuk mereka bertindak, maka mereka (polis) sendiri membuat laoran polis untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Nampak jelas bahawa POLIS itu bekerja untuk Najib dan UMNO. |
BERS✔H: Biometrik Bukan Penyelesaian Untuk Undi Bertindih Posted: 27 Jul 2011 03:50 AM PDT Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan. Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau. Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini. "Saya risau kerana sistem biometrik akan bergantung sepenuhnya terhadap JPN yang tidak boleh mengesan orang mati. Saya ada masalah dengan itu," kata beliau. Justeru, saranan supaya SPR memperkenalkan dakwat kekal untuk mengelak isu pengundi bertindih adalah jauh lebih rasional, murah dan mudah untuk dilaksanakan. Parti Keadilan Rakyat baru- baru ini mengenalpasti lebih 1,607 pengundi yang sudah mati di Perak tetapi masih disenaraikan dalam daftar SPR. SPR sering dikecam bersabit dakwaan- dakwaan bahawa daftar pengundi dimanipulasi bagi membolehkan pengundian dua kali oleh individu sama atau kes individu menggunakan butiran pihak lain untuk mengundi. Ambiga hari ini tampil di sebuah wacana untuk membincangkan hala tuju sistem pilihanraya susulan perhimpunan aman Bersih 9 Julai lalu. Hadir sama di wacana itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar termasuk Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Ambiga seterusnya mempersolkan sama ada SPR mampu melaksanakan sistem biometrik menjelang pilihan raya umum yang dijangka di adakah dalam tempoh beberapa bulan lagi. "Ia melibatkan jumlah teknologi yang besar. Sistem ini akan mudah tergendala kerana melibatkan sistem yang rumit," ujar beliau. Beliau seterusnya menyarankan SPR mengorak langkah melaksanakan pendaftaran pengundi undi secara automatik apabila seseorang mencapai usia 21 tahun. Ambiga gusar sistem yang ada sekarang akan menafikan hampir 3.5 juta pengundi hak untuk mengundi, semata- mata kerana nama- nama mereka tidak sempat diwartakan dalam daftar pengundi terbaru. "Kita perlu mengorak langkah untuk memastikan (mereka boleh mengundi) dan bukan halang mereka. Untuk daftar pengundi mudah tapi (untuk mengundi mereka) terpaksa menunggu beberapa bulan. Tiga juta orang (kemungkinan) tidak boleh mengundi dan itu melanggar perlembagaan," ujarnya lagi disahut tepukan para hadirin. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan