Khamis, 14 Julai 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Gantung ADUN DAP: Jiwa Diktator Mula Bersarang Dalam Diri Ali Rustam

Posted: 14 Jul 2011 01:00 AM PDT

Tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Mereka ialah Ketua Pembangkang Goh Leong San (Kesidang), Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Banda Hilir).

Speaker DUN Melaka Datuk Othman Mohamad berkata, penggantungan mereka mengikut Fasa 34(6) kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan tidak patuh kepada arahan speaker ketika dewan bersidang semalam.

Menurutnya, keputusan menggantung tiga wakil DAP itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 23 wakil BN selepas usul dikemukakan ketua whip, Datuk Yaakob Md Amin.

"Kekecohan bermula semasa dewan menyambung persidangan pada hari semalam dan sebaik usul tergempar BN berhubung perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu diumumkan manakala usul DAP mengenai perjudian bukan bagi kaum Cina ditolak.

"Keputusan Speaker menyebabkan Poay Tiong bangun membacakan usulnya sehingga menyebabkan kekecohan antara wakil BN dan pembangkang.

"Kedegilan mereka mematuhi arahan Speaker supaya keluar dewan juga telah menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh selama 15 minit.

"Namun, mereka bersama Adun Kota Laksamana Betty Chew Gek Cheng dan Lim Jak Wong (Bachang) terus ingkar tidak berganjak apabila tempoh 15 minit itu tamat sekali gus memaksa Speaker menangguh persidangan," katanya.

Ali Rustam: Ini peringatan

Bagaimanapun, menurut Othman, sebagai tanda prihatin, Jawatankuasa Hak Asasi Dewan memutuskan elaun mereka sebagai ADUN masih lagi berjalan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keputusan penggantungan itu adalah pertama kali berlaku pada sidang DUN Melaka dan ketegasan adalah perlu untuk memberi pengajaran kepada ADUN terlibat.

Katanya, tindakan itu sebagai peringatan ahli dewan supaya mereka mesti menghormati prosedur proses persidangan dewan secara tertib.

"Kita telah terpilih untuk membawa suara rakyat jelata membincang perkara-perkara mengikut undang-undang demokrasi dan mereka mestilah profesional?" katanya. -mk


Angkuh Betul Manusia Yang Seorang Ini...

Posted: 13 Jul 2011 11:30 PM PDT

Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar jangan terlalu angkuh.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu.

Katanya, kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih.

Menurutnya, jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding.

"Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

"Saya kira soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya.

Mohd Yusof juga menyanggah kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu.

"Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu," katanya.

Tambahnya, tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar. -HD


PAS sifatkan pengerusi SPR angkuh

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan bagi menambahbaik sistem pilihan raya negara ini disifatkan angkuh dan tidak rasional.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata ia bukan sahaja menunjukkan bahawa SPR tidak bebas malah mengesahkan mereka bertindak demi kepentingan parti politik tertentu.

"Belum apa-apa dia kata tak nak tunduk desakan, ini satu kenyataan angkuh dan tidak rasional.

"Tuntutan yang dibuat bukan tak asas, malah kita kemukakan beberapa bukti manipulasi yang sudah berlaku," katanya.

Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam berkata beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak termasuk 8 tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang berhimpun 9 Julai lalu.

Katanya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pun tidak boleh memaksanya untuk melakukan reformasi pilihan raya.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang juga ketua dewan pemuda PAS Johor berkata, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri sebelum ini mengakui sistem pilihan raya yang sudah lama dipakai sekarang ini perlu kepada penambahbaikan.

"Kita pun bukan suruh dia terima bulat-bulat, kaji la dulu pandangan dari rakyat.

"Sekurang-kurangnya bagitahu la akan tubuh jawatankuasa untuk mengkaji tuntutan Bersih tu ke. Ini tidak, terus kata tak boleh paksa saya," tegasnya lagi.

Bersih dalam tuntutan mereka mahu SPR membersihkan senarai daftar pemilih, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, dan memanjangkan tempoh berkempin kepada 21 hari.

Dalam tuntutan itu juga mereka mahu SPR memastikan akses media yang bebas dan adil kepada semua parti yang bertanding, memperkukuh institusi awam agar tidak diperguna untuk kepentingan mana-mana parti politik, memantau rasuah politik sewaktu berkempen dan menghentikan politik kotor dalam pilihyan raya. -HD






BERS✔H: Tiong Lai Dibidas Lagi, Oleh SUHAKAM Pula

Posted: 13 Jul 2011 10:00 PM PDT

Kekerasan polis: Suhakam nafi kenyataan Tiong Lai

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Sebaliknya, pihak Suhakam sendiri turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai.

Menurut beliau, kenyataan Menteri Kesihatan yang mengatakan polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin di Jalan Pudu ketika menyuraikan perhimpunan itu tidak benar.

"Sebenarnya, pihak polis memang menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Saya sendiri telah lihat tindakan polis itu.

"Saya sendiri juga turut melihat tindakan kekerasan yang dilakukan polis semasa menangkap peserta. Cara yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, satu pencabulan, satu penyalahgunaan kuasa dan ia bertentangan dengan hak asasi manusia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena penyerahan memorandum oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 di pejabat Suhakam, di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga, merupakan satu pencabulan undang-undang.

"Mereka (polis) telah merancang untuk menahan mereka, tetapi ia sekadar penahanan sahaja bukan untuk diambil keterangan.

"Kita tidak boleh terima tindakan begitu dalam negara yang dikatakan negara maju, polis telah aniaya mereka dengan menggunakan kekerasan, peserta ditangkap, digari kemudian diarahkan menaiki trak dengan tangan di belakang," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua mangsa supaya tampil ke depan dan mengemukakan aduan secara terus supaya pihak Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi.

Pada 11 Julai lalu, Menteri Kesihatan seperti yang dilaporkan media berkata, polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin pada hari itu (11 Julai) sambil menambah, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata Timbalan Presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media yang sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi itu (11 Julai) berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat ditahan. Kesemua mereka yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Selain Liow, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti yang dilaporkan media, turut menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Muhammad menjelaskan, realiti sebenar tindakan kekerasan melampau pihak polis itu tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak.

Malah beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas peserta perhimpunan itu tidak ubah seperti "orang yang tiada pelajaran".

"Pihak itu tidak berpelajaran, mereka pakai uniform, pakai lencana, tetapi mereka tiada hak untuk bertindak kasar terhadap sesiapapun.

"Kami mahu kerajaan memastikan institusi polis menjaga kelakuan petugas supaya menghormati sesiapa yang mereka tangani," tegas beliau. -HD


Lembu Yang Melembukan Orang Lain

Posted: 13 Jul 2011 08:30 PM PDT

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dengan sinis, Noh berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.

Dinafikan hak bersuara

Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.
Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.

Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.

Ulasan GB

Mudah sangat Nih Omar nak menuduh orang lain sebagai lembu sedangkan satu jari beliau menunjuk ke arah lain, empat jari beliau menunjuk ke arah diri sendiri.

Semua orang tahu UMNO diperlembukan oleh APCO Yahudi.

Syarikat konsultansi Yahudi yang dilantik oleh UMNO selepas tewas di dalam PRU12 yang lalu bagi mengenalpasti kekalahan dan mencadangkan apa yang UMNO perlu lakukan selepasnya bagi memulihkan kedudukan UMNO BN yang hampir pupus itu sudah menjadi bukan rahsia lagi.

Berjuta dibelanjakan untuk membayar APCO dan UMNO termasuklah Noh Omar menjadi lembu-lembu mereka semata-mata untuk mempastikan merekaterus berkuasa.

BERS✔H: Menteri Kesihatan "Dibelasah" Oleh 11 Doktor Hospital Tung Shin

Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka
.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. -mk

BERS✔H: Dr Asri Libas Hujjah Ulamak Muda UMNO

Posted: 13 Jul 2011 05:30 PM PDT

Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."

"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

"Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya,"
katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya.

"Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri."

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.


Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas."

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

"Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

"Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu,"
katanya. -TMI

Kes Cincin RM74 Juta, Laporan SPRM Dibuat

Posted: 13 Jul 2011 05:05 PM PDT

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM telah dilakukan hari ini terhadap cincin yang bernilai RM74 juta yang didakwa telah dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Laporan tersebut telah difailkan oleh Badrul Hisham Shaharin, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO pro-Pakatan Rakyat.

Badrul berkata SPRM mempunyai tanggungjawab awam untuk mempastikan rakyat Malaysia teraniaya hasil dari sindrom "Imelda Marcos" Malaysia ini.

Beliau turut mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap laporan tersebut, menambah "terdapat banyak bahan bukti".

"Kita tidak mahu perulangan fiasco Filipina dimana Wanita Pertama Imelda menyalahgunakan wang rakyat untuk memenuhi nafsu belanja besarnya," kata Ketua PKR Bahagian Rembau berkenaan.

Semalam, bologger pro-Pakatan mendakwa cincin yang dikenali sebagai "Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring" telah dihantar kepada Rosmah oleh sebuah syarikat permata yang berpusat di New York, Jacob & Co pada bulan April tahun ini.

Cincin tersebut didakwa melepasi operasi pihak kastam KLIA dan telah dilepaskan olhe Pengurus Operasi Kastam dikenali sebagai A Krishnan.

Cekupan skrin terhadap paparan komputer kastam juga menunjukkan cincin berkenaan tidak dikenakan duti impot ke atasnya. Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin berkenaan ialah US$24.4 juta (RM74 juta).

Hari ini, seorang lagi blogger menyiarkan foto-foto Rosmah memakai gelang yang rupanya sama dengan yang dikeluarkan oleh Jacob & Co, yang pakar industri mendakwa konon ia boleh mendatangkan nasib yang baik kepada pemakainya.

'Jangan sapu ke bawah karpet'

Sementara itu, Badrul mencabar Rosmah untuk menafikan secara terbuka tuduhan tersebut. "Dari mana beliau memperolehi wang yang sebegitu banyak? Beliau mesti membersihkan namanya," tambah Badrul.

Beliau turut mempersoalkan samada suaminya, Najib Tun Razak, "menyalahgunakan" kedudukannya selaku Menteri kewangan untuk mengecualikan cincin berkenaan dari terkena duti impot.

Badrul mendakwa siasatan mendedahkan bahwa Rosmah menggemari barang-barang Jacob & Co seperti emas-permata, bag tangan dan pakaian.

"Rosmah keliahatan menggunakan barangan ini di dalam banyak acara," dakwanya.

Timbalan Ketua AMK Syed Mikael Rizal Aidid berharap SPRM "tidak menyapu kesemua ini ke bawah karpet".

Beliau menyatakan SPRM selalu berdalik dan mendiamkan diri terhadap laporan-laporan ke atas kes-kes berprofil tinggi.

Dengan mengambil contoh siasatan Perancis ke atas skandal kapalselam Scorpene, beliau berkata SPRM hanya bergerak untuk menjalankan tanggungjawabnya apabila pihak luar mula menyiasat ke atas kes berkenaan. -ZFMT/Terjemahan bebas: GB


cincin rosmah - RM20 juta atau RM60 juta? -semutmalaysia





sumber asal : chegubard
kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!

bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'. nah amik!

RM ke USD? gua nampak USD pada gambar ke-4 di atas. tak jumpa pun RM. maaf la kalau tersilap.

program permata dia dapat RM111 juta kan?

nama cincin

tarikh dan masa register, approved, dan released. kalau tak silap la

cari punya cari, eh kebetulan pulak april 2011 memang najib ada pergi amerika dengan rosmoh

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.




Meet Jacob the jeweller

PETALING JAYA: The founder of Jacob & Co, for whose luxury merchandise Rosmah Mansor allegedly has a soft spot for, is as colourful as his clientele.

Among foreign celebrities, Jacob Arabo, an Uzbekistan-born Jew, is a household name and those who flock to his lavish outlets range from the likes of Beyonce Knowles to David Beckham.

The other prominent individuals on Jacob's glittery list were renowned rappers 50 Cent, Diddy, Kanye West and other celebrities such as Jennifer Lopez and Naomi Campbell.

Arabo is so popular that in the video game "Def Jam: Fight for NY" part of the prize awaiting thugs who collect the most cash, was a choice to purchase jewellery from him. Apart from this, his name had also cropped up in numerous rap songs.

Famed for his opulent diamond-encrusted wrist watches and chunky jewellery, Jacob & Co, with outlets in 46 countries, was for those with very deep pockets.

Arabo had moved to the United States at the age of 14, and had dropped out of high school to enrol in a six-month jewellery design course.

By 21, he had opened a kiosk in the Kaplan Jewelry Exchange. Beginning in the 1990s, he started designing pieces for hip-hop artists.

Criminal record

But behind all the glitz and glamour, there was also a dark side to Arabo's story. He had been accused of many crimes including money laundering and possession of stolen property.

In June 2006, he was arrested by the FBI over allegations that he laundered millions for members of a notorious Detroit-based drug gang, Black Mafia Family, and that he failed to report large cash purchases to the US Internal Revenue Service.


Arabo, who also has an outlet in the upscale Star Hill shopping complex here, landed in the limelight in Malaysia after several pro-opposition bloggers claimed that Rosmah had acquired a diamond ring worth a whopping RM73 million from his outlet in New York.

When the report was published in FMT and found its way to numerous blogs, there were some commentators who claimed that Jacob & Co's website had removed Rosmah's photograph from its list of celebrities, but this could not be verified.

Today, another blogger published photographs of Rosmah sporting a set of bangles which looked strikingly similar to Jacob's "Zebra Safari" diamond bangles, which industry experts claimed could be worth a fortune.

A pro-Pakatan Rakyat NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) filed a report over the diamond ring with the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Rosmah, and her husband, Prime Minister Najib Tun Razak, are currently in the UK. -FMT


Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah mengulas di entri : Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah

Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Sebelum ini banyak hal tentang Najib diperkatakan. Kisah mengenai beliau menyalahgunakan lawatan rasmi ke Kazhastan untuk pertunangan anaknya, kes kos tinggi bil elektrik PM, TPM berjumlah RM160,000 sebulan untuk kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya dan kes hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya dan berbagai-bagai kes lagi yang lansugn tidak dijawab oleh Najib.

Ya, Najib di ambang kejatuhan!

BERS✔H 2.0: Warga Emas Bekas Guru Ini Dinobatkan "Lady Of Liberty" Malaysia

Posted: 13 Jul 2011 07:50 AM PDT

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

"Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu."

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

"Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu," kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih "mudah jika berjalan seorang diri".

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun," katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya." -mk

Kenangan




BERS✔H 2.0: Kisah Seorang Paderi Yang Turut Menyertai Himpunan Aman

Posted: 13 Jul 2011 06:30 AM PDT

Saya seorang paderi, malah seorang paderi perempuan.

Walaupun saya tidak pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, namun saya amat prihatin terhadap senario negara. Lebih-lebih lagi, negara kita seakan-akan keparahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemarahan meruap-ruap dalam hati saya. Maka saya mula mempertimbangkan sama ada turun ke jalan raya atau tidak kali ini.

Demi masa depan negara, dan supaya saya tidak kesal kemudian, maka saya mengambil keputusan untuk turut serta. Ia berlaku dua minggu sebelum tarikh perhimpunan berlangsung. Hati saya tidak tenang sejak itu.

Saya meronta-ronta dalam hati saya. Ketakutan, kontradiksi bergelut dalam diri saya.

Ini kerana identiti saya. Sekumpulan artis berada di bawah jagaan saya. Mereka juga tersentuh dengan keadaan sedemikian, namun mungkin ada yang menganggap mereka tidak sesuai untuk hadir aktiviti sedemikian kerana identiti mereka sebagai orang awam. Dan mungkin ada yang menganggap saya sebagai seorang paderi, hanya perlu menasihat agar mereka berdoa dalam rumah.

Namun demikian, selain identiti sebagai artis, mereka adalah warga sivil negara ini juga, dan mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan negara ini.

Air mata saya mengalir...

Dalam dilema sedemikian, saya berdiam diri ketika berdepan dengan mata mereka yang mahu mendapatkan jawapan daripada saya. Saya tidak menggalakkan secara langsung, tapi juga tidak menghalang secara terbuka. Di samping itu, saya mendidik mereka, berkongsi dengan mereka senario dalam negara kita. Apa itu BERSIH 2.0? Apakah lapan tuntutan tersebut? Apakah tujuan perhimpunan tersebut...

Saya berharap mereka akan memahami sepenuhnya, menggunakan kematangan diri untuk menilai dan membuat keputusan, sama ada hadir atau tidak.

Sehingga sehari sebelum perhimpunan, dua orang artis menyatakan keputusan mereka untuk menyertai. Dan saya pun mendedahkan hasrat saya untuk hadir. Mereka agak terkejut, kerana paderi yang tidak menunjukkan pendirian pada hakikatnya sudah bersedia untuk berdepan dengan apa yang mungkin berlaku.

Pada hakikatnya, saya bukannya berani, saya juga ketakutan.


Malam sebelum perhimpunan, hati saya tidak tenang. Tak lena tidur saya. Ketika saya berdoa untuk tanah air yang mana saya lahir dan membesar, air mata saya mengalir. Hati saya berat sekali.

Saya bangun dari tidur pada jam 5 pagi, 9 Julai. Saya bersembahyang, mendoakan agar perhimpunan aman ini berjalan dengan lancar.

Pelan A,B, C

Pada jam 9 pagi, saya bersarapan dengan dua orang artis, sambil berbincang bagaimana menembusi sekatan ke dalam bandar, malah kami mempunyai pelan A, B, dan C! Akhirnya kami mengambil pelan A, masuk ke bandar dengan kereta, dan pergi ke rumah seorang kawan yang berdekatan dengan Stadium Merdeka.

Tanpa diduga, polis memberi laluan kepada kami. Hallelujah! Tuhan mendengar doa kami!

Kami memasuki sebuah bandar yang sepi, lancar, dan dingin. Rasanya cukup pelik.

Orang ramai menyuntik semangat

Kami singgah di rumah kawan sehingga kira-kira jam 1 tengah hari, kemudian bertolak dengan resah dan gelisah. Kami tiba di bangunan Chan See Shu Yuen (bertentangan dengan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor), mendapati jalan memasuki Stadium Merdeka telah disekat dengan dawai besi, dan beberapa orang polis, pemerhati dari Majlis Peguam berada di situ. Kami tidak nampak orang ramai di situ.

Kira-kira 20 minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Pada ketika inilah kami nampak kumpulan orang berganding tangan berjalan dari arah Masjid Negara dan Jalan Petaling menuju ke arah kami. Walaupun orang tidak ramai di pihak kami, namun hati saya disuntik semangat setelah nampak mereka. Kami menyambut mereka dengan tepukan.

Tiba-tiba saya menjadi cemas pula. Saya memanjangkan leher saya untuk melihat apa yang berlaku, walaupun dengan ini saya yang berteduh di bawah jambatan akan dibasahi hujan.

Namun, tiba-tiba mereka berhenti, dipercayai dihalang polis. Saya nampak ramai orang berganding tangan dalam air hujan yang mencurah. Hati saya panas, dan mengeluh, apa yang telah kita lakukan? Mengapa negara ini bertindak sedemikian terhadap rakyat jelatanya?

Sejenak kemudian, mereka bergerak lagi ke depan dengan perlahan-lahan, dan akhirnya berdiri di hadapan dawai besi. Kini, polis juga berganding tangan menjadi satu barisan, bersemuka dengan peserta demonstrasi. Jarak mereka adalah dekat, boleh menyentuh satu sama lain jika menghulurkan tangan. Mujur kedua-dua pihak berjaya mengawal diri, dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kawal diri

Pada ketika ini, hujan semakin lebat, semua orang basah kuyup dibuatnya. Namun kita terus melaungkan slogan. Ada yang memakaikan baju kuningnya. Kita hanya mahu menunjukkan kuasa rakyat.

Pada masa itu, saya berhubung dengan kawan saya yang berada di Hospital Tung Shin. Beliau berkata keadaan di sana sangat sengit. Gas pemedih mata dan meriam air berkimia dilepaskan. Saya amat gelisah dan tidak berhenti mendoa. Malah ada seketika kawan yang berada di hujung talian panggilan sana menjerit, kemudian talian putus. Hati saya menjunam, hanya mendoakan agar ini tidak berlaku apa-apa terhadapnya. Hati saya lega apabila beliau memanggil balik untuk melaporkan bahawa dirinya selamat.

Demikianlah yang berlaku di tempat saya berada pada 9 Julai. Hati saya terkapai-kapai. Cemas, lega, kemudian resah... Hanyut tenggelam mengikut perkembangan yang berlaku. Tiada rempuhan, tiada bahasa kesat dikeluarkan di tempat saya berkumpul, malah seorang pemimpin mengulangi peringatan bahawa perhimpunan ini adalah aman.

Ada masanya sesetengah yang berdoa, dan kami pun menyertai bersama. Biarlah kita serah kepada Tuhan untuk menentukan. Hati saya kembali damai. Semoga Tuhan bersama kita untuk berdepan dengan segala ini.

FRU muncul untuk menangkap orang ketika kami bersedia untuk bersurai. Keadaan menjadi cemas ketika itu. Artis saya menarik saya untuk menyeberangi jalan. Kasut saya rosak pada saat-saat itu. Tapi saya tidak peduli, berlari untuk meninggalkan tempat kejadian. Mujur kami tidak ditangkap. Tercungap-cungap kami dibuatnya. Perhimpunan BERSIH 2.0 berakhir dalam suasana cemas berbaur ghairah.

Hati saya masih tersentuh

Setelah kembali ke rumah, saya melayari laman internet. Gambar, tulisan, klip video yang dimuatnaikkan ke laman internet tetap menyentuh hati saya. Rupa-rupanya tempat saya berada kemungkinan tempat yang paling "aman". Tiada gas pemedih mata dan meriam air berkimia, dan tiada keganasan yang berlaku.

Namun, saya tetap marah apabila mendapati keganasan berlaku di tempat perhimpunan yang lain. Mereka hanyalah rakyat jelata tanpa senjata, mengapa dilayan sebegini? Apakah polis tidak mempunyai saudara-mara atau adik-beradik? Bagaimana mereka sampai hati untuk menggunakan kekerasan sedemikian?

Untuk saya, tujuan perhimpunan ini bukan sahaja menyedarkan masyarakat Malaysia, malah menarik tumpuan seluruh dunia. Ini perhimpunan aman, tiada kereta yang dibakar, tiada kedai yang dirompak, tiada seorang pun anggota polis dicederakan, tiada orang yang menangguk di air keruh. Yang ada semangat tolong-menolong ketika berdepan dengan serangan tanpa simpati. Kita mengawal diri dengan baik. Bukankah ini makna sebenarnya Satu Malaysia?

Sebagai seorang paderi, saya gembira apabila mengetahui ramai penganut kristian yang hadir dalam perhimpunan. Saya harap lebih ramai penganut kristian akan tampil ke depan, mencintai negara kita dengan tindakan kita!

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua orang artis yang bersama saya. Keberanian mereka, semangat patriotik mereka, telah diterjemahkan kepada tindakan, bersama menyaksikan sejarah ini. Semua pejuang yang berani, dari semua kaum, terima kasih kerana keberanian anda, membubuh tanda noktah yang sempurna dalam perhimpunan ini, semoga Tuhan memberkati anda semua! -MR

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kenangan



BERS✔H 3.0: TG Nik Aziz Sokong Jika Tidak Berubah, Pemuda PAS Sedia Jadi Penggerak

Posted: 13 Jul 2011 06:00 AM PDT

Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

"Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,"ujarnya.

"Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,"ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

"Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,"ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat. -HD


Pemuda PAS sedia gerakkan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat, sedia menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat.

Menerusi perhimpunan itu, rakyat menuntut kerajaan melaksanakan 8 perkara iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan berkata, tuntutan tersebut bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar jujur kepada rakyat.

Menurut beliau, tambahan pula, kesemua tuntutan itu bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia amat wajar dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin keadilan kepada rakyat dan membersihkan imej kerajaan serta negara.

Katanya, kerajaan perlu sedar, perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu adalah atas kehendak rakyat dan ia diadakan ekoran desakan rakyat agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Ia bukan diadakan untuk suka-suka, tetapi kerana hasrat yang murni, sehingga para pesertanya sanggup datang dari jauh dari seluruh pelosok negara dan terpaksa menempuhi pelbagai halangan," katanya ketika ditemui di sini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, menurut beliau, sememangnya perhimpunan aman, tetapi ia telah mencatatkan rekod buruk sehingga menjadi sejarah hitam kepada negara.

"Semua itu terjadi kerana kerajaan BN menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kekerasan terhadap para peserta sehingga lebih 1,400 orang ditangkap, ada yang tercedera, malah ada yang meninggal dunia.

"Peserta yang meninggal dunia itu, Allahyarham Baharudin Ahmad. Beliau adalah bekas tentera dan telah berumur 56 tahun. Walaupun telah berumur, Allahyarham tetap hadir menyertai perhimpunan itu bagi bersama-sama orang ramai mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Allahyarham Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham mengalami kecederaan parah sehingga patah tulung rusuk dan patah gigi.

"Sesungguhnya, Allahyarham Baharudin itu adalah wira negara. Pengorbanannya amat besar kepada negara. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarganya di atas pemergian Allahyarham dan kita mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada," katanya.

Walaupun perhimpunan Bersih 2.0 memberikan pengalaman pahit kepada rakyat ekoran penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan BN terhadap para pesertanya, tegas beliau, rakyat negara ini tidak takut untuk mengadakan perhimpunan seperti itu sekali lagi jika kerajaan terus enggan membersihkan sistem pilihanraya di tanah air.

"Kerajaan BN tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, melainkan mesti memenuhi 8 tuntutan itu kerana ia adalah desakan rakyat," tegas beliau. -hd



BERS✔H: Parti Saadat Turki Nyatakan Sokongan, Bantah Tindakan Polis Malaysia

Posted: 13 Jul 2011 04:40 AM PDT

Naib Presiden Parti Saadat Turki, Prof. Dr. Arif Ersoy menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu sebagai munasabah kerana rakyat berhak menyatakan tuntutan mereka untuk pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berkata, rakyat hanya mahukan tuntutan mereka didengari dan kerajaan Malaysia seharusnya melayani tuntutan tersebut kerana rakyat merupakan 'tuan' kepada negaranya.

"Rakyat hanya mahukan kebebasan dan pilihan raya yang adil. Kerajaan Malaysia seharusnya mendengar tuntutan mereka ini.

"Untuk sesebuah kerajaan itu memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik, mereka seharusnya tahu apa yang dimahukan rakyat.

"Sebab itu kadang-kadang rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk menzahirkan suara hati secara terbuka," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini semalam.

Beliau yang juga setiausaha agung Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – (Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi-Esam) hadir ke Ibu Pejabat PAS dan bertemu dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau juga sempat berbual dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di Terengganu melalui telefon bagi bertanya khabar khususnya selepas dibebaskan setelah ditahan semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan Bersih 2.0, beliau yang sempat menyaksikan beberapa insiden tangkapan peserta oleh polis sangat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Katanya, tindakan polis itu sangat tidak 'gentleman' dalam sebuah negara demokrasi.

"Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan begini. Sikap polis terhadap peserta itu sangat tidak 'gentleman' dan itu bukan undang-undang negara demokrasi dan rakyat Malaysia sangat baik dan peramah jadi tidak harus diperlakukan begitu,"
katanya yang ke Malaysia kerana menghadiri seminar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pembentang kertas kerja.

Tambahnya, beliau yakin Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dan semuanya akan berjalan secara lebih teratur jika rakyat tidak terlalu diberikan tekanan.

"Saya harap proses demokrasi di Malaysia akan dibaikpulih. Semakin baik proses demokrasi itu, semakin senang sesebuah negara diurus.

"Lebih mudah untuk menguruskan negara yang rakyatnya diberikan kebebasan dan negara akan menjadi susah apabila rakyat diberikan tekanan yang kuat," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sangat berbesar hati untuk mendengar pelbagai pandangan daripada PAS dan mengakui mengenali secara rapat Ustaz Hadi melalui beberapa seminar antarabangsa yang dihadiri.

"Sebelum ini kita menjemput pimpinan PAS ke Turki untuk mendengar pandangan kami tapi sekarang saya datang untuk dengar pandangan PAS tapi masa tidak begitu tepat tapi akan datang kami nak dengar banyak pandangan dari PAS tentang pelbagai perkara," katanya.

Pada Mei 2009, Ustaz Hadi pernah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Esam di Istanbul, Turki. -HD

BERS✔H : Akui Kebangkitan Rakyat, Kata Pakar Media

Posted: 13 Jul 2011 03:35 AM PDT

Perhimpunan Bersih anjuran 62 badan bukan kerajaan Sabtu lalu menzahirkan keperluan mengikis anggapan tradisi bahawa setiap demontrasi di negara ini adalah kerja pihak pembangkang, kata seorang pensyarah universiti.

Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata negara tidak akan maju sekiranya segala cetusan rasa tidak puas hati dikaitkan kepada pembangkang semata-mata dan bukannya sebagai suara rakyat.

"(Dalam hal ini) terutama sekali ialah sikap. Sikap kita apabila ada kumpulan yang membantah, memprotes, mengkritik dan kita mentafsir serta mendefinisikannya sebagai (perbuatan) pembangkang. Jika kita tidak ubah sikap ini, kita tidak akan maju,kata beliau kepada TvSelangor. .

Dr Abu Hassan berkata sebagai rakyat yang mendokong sistem demokrasi berparllimen "kita sepatutnya harus meraikan demokrasi," dan bukan mencemuh amalan-amalan yang dikaitkan kepada kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman.

"Apabila kita meraikan demokrasi, maka akan ada ritual-ritual atau amalan yang mencerminkan demokrasi dan antaranya yang selalu berlaku ialah demontrasi," atau tunjuk perasaan, kata beliau.

Dr Abu Hassan membidas tindakan pihak tertentu yang cuba memberikan gambaran bahawa himpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan negatif sekumpulan rakyat Malaysia yang dihasut golongan pembangkang.

Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bersabit Bersih sebagai usaha memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kononnya pembangkang berhasrat menghancurkan negara melalui siri "rusuhan" secara besar-besaran di ibu negara.


Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai dalang mengumpulkan rakyat dari seluruh pelusuk negara untuk menentang kerajaan.

Media arus perdana pula digerakkan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada tuntutan sebenar Bersih sebagai sebuah himpunan aman yang menuntut pilihan raya adil dan telus.

Dr Abu Hassan berkata taktik itu hanya boleh mempengaruhi segelintir masyarakat yang cetek pemikirannya dan mereka yang tidak mendapat akses kepada maklumat yang telus dan seimbang.

Beliau berkata Bersih menzahirkan bahawa proses demokrasi di negara ini berjaya dihidupkan semula oleh NGO-NGO yang berkesedaran terhadap kepentingan suara rakyat.

Dr Abu Hassan menyifatkan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak konsisten dengan kenyataannya untuk membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di stadium sebagai hanya merugikan negara.

"Perkara tentang pertukaran lokasi himpunan, (guna alasan) Stadium Merdeka itu suci atau tidak, itu hanyalah slogan-slogan atau pun retorik politik yang boleh diberitahu oleh sesiapa. Namun apa yang didesak oleh rakyat sekarang ini ialah jaminan bahawa mereka akan memiliki penghidupan yang sejahtera," kata beliau.

"Tidak mungkin, tidak mungkin ada rakyat (Malaysia) yang mahu menghancurkan negaranya sendiri. Apabila Nicolae Ceaușescu memerintah Romania selama 20 tahun, rakyatnya miskin,rakyatnya dibunuh, maka rakyat jugalah yang bangkit menyelamatkan Romania. Begitu juga di Mesir," tegas beliau.

Menurut Dr Abu Hassan lagi, kerajaan pada hari ini harus sedar bahawa kebangkitan rakyat di sesebuah negara itu adalah bersebab dan mereka bukan berhimpun beramai-ramai tanpa alasan yang kukuh.

Beliau mengingatkan bahawa himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perkara yang dipersetujui demi sebuah pilihan raya yang adil dan bersih, harus dipandang serius oleh kerajaan.

"Jika setiap pemimpin boleh mengarahkan sejuta rakyat untuk berkumpul bagi mendengar suara mereka seperti dalam perasmian, konvensyen, kenapa pula apabila beberapa orang rakyat berkumpul, mereka dianggap sebagai perusuh? Mereka dianggap sebagai penyangak? Sedangkan mereka berhimpun untuk menyatakan (hasrat) kepada pemimpin,"
kata beliau.

"Jika pemimpin boleh menghimpunkan sejuta orang di dalam stadium untuk mendengar hujahan mereka, maka sudah tiba pula, pemimpin (perlu) bersetuju untuk mendengar luahan beberapa orang rakyat. Ini asas demokrasi. Kita tidak mahu ketidakadilan, kita tidak mahu kemusnahan dalam aspek-aspek di mana kita tidak adil dan saksama kepada ahli masyarakat," tegas Dr Abu Hassan lagi.

Mengulas tohmahan media arus perdana kononnya himpunan Bersih membuahkan unsur-unsur ganas, Dr Abu Hassan sekali lagi menegaskan, perhimpunan aman bukan satu kesalahan mahupun jenayah dalam sebuah negara berperlembagaan seperti Malaysia.

"Tidak timbul isu kononnya demontrasi memberi ancaman, kerana demontrasi sama sekali bukan rusuhan. Demontrasi sama sekali bukan peristiwa amuk mana-mana pihak sehingga boleh mencetuskan konflik ke atas negara," jelas beliau.




Tiada ulasan: