Era Pasca |
- DR Lo'Lo meninggal dunia adalah tidak benar..
- KAK ROSMOH BIKIN LAWAK LE PLAK... KAHKAHKAH
- Bersih 2.0 - Marina Mahathir salahkan Kerajaan dan polis
- LAWAK BERULANG: KHIDMAT GUAMAN PERCUMA PULAK...
DR Lo'Lo meninggal dunia adalah tidak benar.. Posted: 17 Jul 2011 12:06 AM PDT Berlaku kekeliruan berkenaan status Dr. Lo Lo Ghazali yang menghidapi barah paru-paru yang kini masih tenat di Hospital Selayang. Tadi, Addin mendapat berita dari Twitter DSAI mengatakan Dr. Lo Lo telah meninggal dunia. Namun selang beberapa minit, saya menerima berita FB dari Dr. Joyce Lee yang mengatakan berita itu tidak benar. Jadi saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana kesilapan ini. Doakan semoga Dr. Lo Lo selamat dan terus berjuang bersama kita. Berita selanjutnya akan menyusul. Berikut kronologi berita tersebut tersebar. BR: Dr Lo'Lo berada di hospital Selayang, dah kritikal beberapa hari.. mohon rakyat berdoa kepada ALLAH memohon ALLAH permudahkan segala urusan beliau... amin.. |
KAK ROSMOH BIKIN LAWAK LE PLAK... KAHKAHKAH Posted: 16 Jul 2011 09:59 PM PDT Ibu montel ketam ni nak suruh anak-anak berjalan betul .... hahahahaha Rosmah katek meminta pereka fesyen menghasilkan pakaian YANG MENUTUP AURAT Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat. Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut. "Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat. Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan. Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya. Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua. Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik. "Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia. "Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. - MKINI |
Bersih 2.0 - Marina Mahathir salahkan Kerajaan dan polis Posted: 16 Jul 2011 03:02 PM PDT Mungkin kebencian terhadap kerajaan rakus yang ernah dipimpin oleh ayahnya sendiri mendorong anak mantan perdana menteri malaysia ini bangkit dan bersuara. Marina Mahathir, salah seorang dari ribuan peserta himpunan bersih seminggu yang lalu menyalahkan kerajaan dan polis kerana gagal bertindak dengan cara bijak dalam kebangkitan rakyat itu, sekaligus tindakan kerajaan dan polis yang ganas itu merosakkan nama negara. mari ikuti ulasan Marina sendiri di sini |
LAWAK BERULANG: KHIDMAT GUAMAN PERCUMA PULAK... Posted: 16 Jul 2011 02:41 PM PDT Kaunter Khidmat Guaman Percuma telah dibuka di Bazaar berhampiran Masjid India untu para peniaga memfailkan SAMAN terhadap BERSIH 2.0. Dengarnya hari tu KERUGIAN mencecah rm40billion! Bukan sikit kerugian yang dialami. Bisnes korek pasir di selangor pun x dapat keuntungan yang begitu besar dalam SEHARI. Jadi taknak cakap banyak la, pada sesiape yang kerugian MINIMUM rm1juta tu (jika peniaga yang terlibat sehingga 40,000 peniaga), bolehlah ke kaunter yang sunyi sepi tu. Krew Skuad Berani Mati melaporkan kaunter tersebut menjadi tempat LEPAK pegawai ronda DBKL untuk mencari ketenangan sambil berbual bersama rakan rakan. Malangnya, sambutan yang diterima tidak seperti yang diharapkan walhal kerajaan dah pun mengatakan jumlah kerugian yang dialami di kawasan kawan yang terlibat. Kalau ikutkan pun memang susah nak spin dapatkan angka rm1Juta memandangkan dari catatan akaun harian peniaga disana bersama jenis perniagaannya. Lagipun hotel hotel sekitar mendapat keuntungan berlipat ganda apabila 3 hari sebelum BERSIH 2.0 diadakan, sekurang kurangnya 70% sudahpun ditempah dan dibayar. Dengan ertikata yang lain, HOTEL FULL BOOKED! Kalau ada yang datang pun, hanyalah kawan kawan dan juga kroni kroni yang hanya melepak sambil menunggu anak isteri bershopping. Nampaknya benar tekaan kami. hari dilangsungkan BERSIH tu mungkin benar mereka kerugian sekurang kurangnya rm1juta setiap peniaga, tetapi mereka x kisah sebab esoknya dah ok balik.. rm1juta sehari masyuuuukk setiap hari! Kerana itu juga kaunter ini x mendapat sambutan. Jangankan tokey kedai tekstil, brader jual air cedok pun x datang buat aduan. Jadi untuk apakah lagi kaunter tu MENYEMAK disitu? sedangkan lokasi khemahnya bukan dibawah PELAN TAPAK berniaga, adalah SALAH mengikut selaras dengan peruntukan Seksyen 2617, Akta Perancangan Bandar Wilayah Persekutuan 1982 dan beberapa akta berkaitan yang terkandung dalam Bidang Tubuh dan Akta Perancang Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Satu TEORI ASAS yang paling mudah untuk dicongak dan difikirkan. Jika benar pun, berapa ramai peniaga MELAYU? berapa ramai peniaga BANGSA lain? xnak UMNO xnak marah kot? Kata Ketuanan Melayu. FAKTA yang TEPAT adalah 64% di kaw Masjid India dan sekitar 2km persegi adalah dikuasai oleh kaum INDIA, 19% CINA dan 12% MELAYU dan selebihnya lain lain bangsa (Perangkaan DBKL sehingga Dec 2010). Siapa yang dapat keuntungan 'ATAS ANGIN' tu? Kita akan siasat dan bongkar.. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan