Isnin, 4 Julai 2011

Era Pasca

Era Pasca


APA PERLU ANDA DI LAKUKAN JIKA POLIS TAHAN ANDA PADA BERSIH2.0 NNT..

Posted: 03 Jul 2011 11:48 PM PDT

Sebaran UMUM...

Anda sebarkan sebanyak mungkin artikel ini untuk mmbantu rakan2 pejuang yang lain... tekan butang share di atas untuk sebaran di Facebook, Copy dan Paste untuk sebaran di tempat-tempat lain.. -makluman

Apa yang perlu ANDA lakukan jika ditahan polis pada 9hb July 2011. 

(1) Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri. 

 (2) Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan. 

 (3) Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja). 

 (4) Jika mereka tanya soal... pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap. 

 (5) Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. 

 (6) Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab: "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. 

 (7) Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan. 

(8) Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah. 

(9) Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut. 

(10) Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda. 

(11) Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

MEMBALAS TITAH KHAS AGONG

Posted: 03 Jul 2011 08:16 PM PDT


Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong,

Ampun Tuanku,

Saya ingatkan Tuanku tidak perasan apa berlaku dikalangan rakyat, rupanya sangkaan saya silap. 

Tuanku, walau bagaimanapun apa yang Tuanku nampak mungkin tidak sama dengan apa kami (Rakyat) nampak. Apa yang Tuanku rasai, sudah pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang kami (Rakyat) rasai. Tuanku tinggal di istana yang tersedia hasil daripada keringat kami, rakyat jelata. Sedangkan kami rakyat jelata memerah keringat dan bergadai nyawa untuk mencari sesuap nasi. Apakah Tuanku tahu? Mungkin tidak saya kira!

Ampun Tuanku, 

Kami (Rakyat) terdiri dari kaum petani, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang adalah golongan miskin dalam negara yang kaya! Apakah Tuanku tahu?. Mungkin tidak saya rasakan!

Tuanku, saya kira Tuanku telah berusaha untuk memahami kami (Rakyat) jelata, tetapi malangnya Tuanku hanya mendengar dari satu pihak. Apa yang Tuanku dengar bukan suara rakyat tetapi suara dan pandangan songsang daripada pemimpin yang zalim. 

Ampun Tuanku, 

Apakah Tuanku tidak pernah dengar tentang peristiwa ini? juga kes seperti ini? atau penyelewengan seperti ini?. Lebih dari itu, apa Tuanku tidak dapat merasai sayunya hati mereka yang dikhianati seperti ini?

Di bawah titipan titah Tuanku, saya paparkan apa yang rakyat hajati. Rakyat dahagakan pilihanraya yang adil kerna keadilan telah dikhianati oleh pemimpin Umno yang zalim! Bagaimana mungkin Tuanku dapat menitahkan sesuatu yang tepat jika Tuanku mendengar daripada Perdana Menteri yangdiragui kejujurannya!  

Ampun Tuanku,

Saya amat berharap Tuanku luangkan sedikit waktu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat ini, dengarlah Tuanku!

Saya tidak sekali-kali menyalahkan Tuanku kerna hidup Tuanku di Istana dan mampu untuk berkereta mewah seperti ini, manakala hidup saya di teratak usang!. Tuanku, Kami akan bangkit, kami menuntut keadilan dan kami menentang kezaliman demi Agama kami, Negara kami dan Maruah kami! 

Ampun Tuanku!
Mohd Sofi Yassin,

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

Selanjutnya sila ke [KERAJAAN RAKYAT]

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) NGO YANG BODOH SANGGUP JD BARUA UMNO..

Posted: 03 Jul 2011 04:31 AM PDT





ketua wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd Salleh, Berkata pelbagai aktiviti dan program oleh agensi kerajaandan swasta terpaksa dibatalkan dan di tunda kerana dikhuatiri terjejas akibat perhimpunan itu..


PERNAH DENGAR NAMA GROUP NI?? KAHKAH
GUA PUN XPERNAH DENGAR....KHAKHA

TAPI INILAH CARANYA SUPAYA ORG SEMUA
KENAI NGO PICISAN MACAM NI...KHAKHA

CARANYA MUDAH....
TIDOR MALAM NI... ESOK PAGI...
BANGUN TIDOR... PI BALAI BUAT REPORT...
BGTAU SEMUA ORG
BUNTUT KENA LIWAT DENGAN ANWAR...
BUNTUT KENA LIWAT DGN KARPAL SINGH...
BUNTUT KENA LIWAT DGN LIM KIT SIANG...KHAKHA

SURE MASUK SURAT KHABAR...KHAKHA
INILAH CARANYA NAK JADI POPULAR...
INILAH CARANYA NAK JADI ARTIS...KHAKHA

APA KAITAN DGN GROUP DI ATAS...? KAHKAH
CERITA DIA MUDAH...
NAK JADI POPULAR BUAT KENYATAAN BODOH...
NAK JADI BARUA UMNO...
BUAT KENYATAAN XMASUK AKAI...KAHKAH...



Menurutnya pihaknya merancang untuk mengadakan konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 di PUTRAJAYA 9JULAI terpaksa di tunda ke tarikh lain..



KAHAKHA....NAK JADI POPULAR PUN
XPAYAH LA JADI BODOH....

WOI...PUTRAJAYA KAT SELATAN SEL NUN...

DARI UTARA NAK KE PUTRAJAYA..
TAK PAYAH LALU KL...
IKUT HIGHWAY PLUS TRUS IKUT NPE-ELITE...

DARI SELATAN NK KE PUTRAJAYA..
TAK PAYAH LALU KL...
IKUT KELUAR TOL KAJANG..KAHKAH

DARI PANTAI TIMUR..
TAK PAYAH LALU KL...
IKUT MRR2 KELUAR PERGI ARAH CHERAS..KAHKAHA

WOI....JADILAH MCM ABIM (angkatan belia Islam Malaysia)....
JADILAH MACAM GAMIS (Gabungan Mahasiswa ISlam Malaysia)...
NGO YANG COOLLL...
SENTIASA COOLLL...

NGO YANG BERGERAK BERSAMA BERSIH 2.0...
TAK PERLU JADI BARUA...


P/S : bodoh satu penyakit yg sudah mula melarat...kahkah

layan video bawah ni...kahkah

Tiada ulasan: