Era Pasca |
- HERO MELAYU DATANG LAGI... TAK BERHENTI GELI BUAH PINGGANG AKU HINGGA HARI INI...
- ALLAH MAHA PENGAMPUN.. SO UMNO WAJAR BERTAUBAT!!
- SUDAH 115 ORANG DI TAHAN POLIS BAWAH AKTA HASUTAN BERHUBUNG HIMPUNAN BERSIH
HERO MELAYU DATANG LAGI... TAK BERHENTI GELI BUAH PINGGANG AKU HINGGA HARI INI... Posted: 01 Jul 2011 02:50 PM PDT Lokman dan penyokong WONDERPETS tiba dengan diiringi lebih kurang 25 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari kelmarin. Beliau bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan. nak tanya sikit, mana yang lain? Tayar pancit ka? Kira kira 30 orang polis dan 5 FRU dikerah menjaga kawasan sekitar balai. seramai lebihkurang 100 AMK menunggu sejak jam 11 pagi. Ingatkan ramai le WONDERPETS ni bawak tentera merahnya, sekali alahaaaaaaaii, harap kaler merah je menyerlah dari jauh. Yang kelakarnya, kalau sebelum ini mereka punyalah GAH kononnya HERO MELAYU, kali ni amatlah diluar dugaan! SENYAP hinggakan BATUK PUN TIDAK BERBUNYI. Walhal kalau baca di blog blog puak mereka ni, meraka masih lagi berlahak seperti HERO. HERO TAIK KUCING! Dalam hal saman menyaman ni, sudah jadi resam org2 kuat politik bacul yg nak cari publisiti murahan sahaja. Lokman berkata dalam sidang media, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu. Inilah lawak puak puak jahilliah moden yang sering dimainkan tapi satu hape takde! Dengar cerita laaaa, LOKMAN ADAM NI BERLAGAK BERANI... tapi aku dapat tau kisah dia semasa dalam tahanan ISA pernah menangis sbb takut.... betul ke?? Aku malas nak ulas banyak, korang nilai le sendiri. Nak gelak sikit... kah kah kaaaaaaaaaaaaa!! Esklusif: Dipercayai hanya aku sahaja ada gambar ketika ketua ketua WONDERPETS ni dalam balai ketka buat report. Macamana aku dapat? itu kepakaran aku. Reporter yang hadir pun takde gambar ni. KHAS untuk korang! APA DIA BUAT TU? |
ALLAH MAHA PENGAMPUN.. SO UMNO WAJAR BERTAUBAT!! Posted: 01 Jul 2011 11:02 AM PDT Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meroyakkan hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya… telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan durjana, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Dia tak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian terharu. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 Kisah Teladan - KH Abdurrahman Ar-Roisy) |
SUDAH 115 ORANG DI TAHAN POLIS BAWAH AKTA HASUTAN BERHUBUNG HIMPUNAN BERSIH Posted: 01 Jul 2011 07:10 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan